BUTTON

Sunday, July 29, 2012

Kalam II

Takdir bukan yang patut di perslaah
Mimpi hanyalah mainan perasaan
Terungkapkah realiti
Dalam permainan yang berorientasi fantasi

Kita anak watan dalam merdeka
Mencari makna yang tersusun kata
Dalam bicara yang tak bermadah
Perjuangan
Pengakhiran
Keputusan

Kalam

Andai mimpi itu realitiDimana janji yang tak tertepati

Manis bicara kalam yang berbisa
Juntaian yang tak bermakna
Hanya kata

TAQWA dan Matlamat Kehidupan

Assalammualaikum salam luar biasa...
Dalam keriuhan menyambut bulan ramdhan baru-baru ini tiga forum di adakan di kampus khazanah alam bagi membakar semangat anak uitm untuk bersama menyambut bulan penuh kerahmatan dan keampuan ini.
Forum yang berkisar tentang ketibaan ramadhan banyak berbicara mengenai TAQWA yang sememangnya menjadi titik positif dalam diri yang membakar semangat jihad dalam hidup mengejar jalan yang di redhai. Saat TAQWA menakluk hati tiada gentar untuk berdiri di jalan NYA kerana keyakinan akan mencapai pada tahap maksimum dengan takat pemikiran utnutk menggapak Keredhaanya pada tahap paling maksimum. Pada ketika ini, kobaran iman dalam hati akan memuncak mencari yang paling hakiki. Langkah untuk mencari kebenaran terus terpacu pantas lantas menjauhi segala kejahatan dan kebatilan. Hebatnya kuasa TAQWA yang terpah di sedari oleh umat Islam.
Keyakinan Khalid dal menuju jihad kepada ALLAh kerana TAQWA yang memacu iman di dadanya menebalkan lapisan keinginan bertemu pencipta dalam keadaan tertinggi (penuh amalan), kerana itulah di siangnya (sewaktu berperang) matanya mengobar semangat jihad tanpa getar pada sesuatu yang bernama 'Kematian' yang di yakini hanyalah di dunia dan kehidupan selepasnya masih ada cuma di alam yang berbeza tetapi saat malam menyingkap tirai hidupnya dia seperti abid yang mengabdikan diri kepada penciptanya. Kemanisan iman tercapai pada takat keTAQWAan yang maksimum. Kerana itulah Rabiatul Adawiah mampu bertanya ' siapakah yang beribadah kepada tuhanya kerana merasakan dia sememangnya perlu beribadah tanpa memikirkan ganjaran yang di perolehi sedangkan ramai yang beribadah kepada tuhanya kerana inginkan surga dan takutkan neraka'. Kerana mencapai tahap kemanisan imanlah beliau mampu untuk berfikir apakah matlamat hidup ini yang sebenar.

Apakah matlamat hidup? Persoalan yang di timbulkan oleh Ustaz Rujhan sewaktu salah satu forum berlangsung. Apakah matlamat hidup kita? Cita-cita adalah ambisi yang merungkai persoalan fizikalnya tentang masa hadapan. Ingin menjadi pelajar yang cemerlang juga adlaah ambisi fizikal yang berada pada luaran sahaja. Matlamat adalah ambisi kerohanian yang mana tujuan hidup secara total? Manusia tidak pernah mampu menjadi makhluk yang paling sempurna tetapi mampu menghampirinya. Untuk menghampiri kesempuarnaan hidup adalah dengan meletakkan matlamat yang cukup mendalam dan lahir dari dalam rohani yang tertinggi. Falsafah ini adalah antara konklusi asas kepada falsafah pemikiran Tinny Rainbird pemenang anugerah nobel kelihatan seakan memesongkan kita kerana hanya ALLAH yang paling sempurna. Namun jika kita melihat berulang kali memang benar. Kita adalah manusia dan takkan pernah mencapai kesempurnaan mutlak yang hanya ALLAH yang mampu. Namun apa yang mampu kita laksanakan adalah satu takat pemikiran yang menghampiri kesempurnaan iaitu dengan mengikuti segalam ketetapan yang di berikan oleh ALLAH dan RASUL. Mengikut segala ajaran ALLAH dan meyakininya membuatkan kita tetap pada lamdasan yang sempurna lantas meminimumkan kecacatan dalam hidup. Malah dalam menjauhi melakukan dosa kita turut menjauhi yang subhah adalah satu takat kehidupan yang menghampiri kehidupan tanpa kesalahan. Cuma kita takkan mampu untuk naik lebih tinggi kepada takat kesempurnaan.

Kerana itulah bimbingan TAQWA adalah satu pemamtapan iman di dalam diri kita semua untuk mencapai kebenaran yang tertinggi dan pada jumlah paling maksimum. Memantapkan iman beerti kita akan meminimumkan perlakuan yang membawa kepada doa dalam erti kata lain meminimumkan dosa dan memaksimumkan pahala.Apakah sememangnya ini matlamat hidup kita atau cukup dengan ambisi fizikal. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya adalah mencapai TAQWA paling tertinggi berbanding meletakkan ambisi yang hanya berhenti di dunia dan tidak bersambung lagi? Kita semua selalu merasakan matlamat hidup untuk dunia sudha memadai dan ditambah dengan ibadah sebagai bekalan di akhirat. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya tidak terhenti di dunia malam merancang matlamat akhiratnya iaitu bertemu penciptanya, bertemu rasulnya atau memasuki daerah Syurga bersama keluarga dan sahabtnya?? Siapa yang pernah memasukkan matlamat ini di dalam kamus hidupnya?

Dalam dunia ini harta, kekayaan dan kuasa adalah kebenaran yang paling jahil kita kejar. Kita menganggap ketiga perkara ini jaminan di dunia untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga kita sanggup mengetepikan segala yang menyekat kita untuk mendapatkanya. Lebih bahaya apabila yang jahil berlagak mereka pandai dengan memiliki pelajaran atau kelulusan dari univerisit pada peringkat tertinggi sedangkan mereka masih jahil tentang matlamat kehidupan dunia dan akhirat mereka.

TAQWA adalah jawapan kepada kejahilan ini kerana dengan TAQWA manusia mula sedar akan matlamat kewujudan dirinya di atas bumi ALLAH ini sehingga mereka akan tunduk dan patuh pada tujuan kehidupan yang hakiki. Malah mereka akan berpaling dari melihat kemewahan yang membinaskan dan berfikir untuk membawa keamana dan kasih sayang antara semua. Pemenang anugerah nobel Tinny Rainbird tegas menyatakan dunia tanpa kasih sayang adalah dunia yang paling kasihan sekali. Kerana itulah kasih sayang adalah kunci kepada persaudaraan yang mana ianya adalah nilai Iman dalam hati yang di jana dari TAQWA.

TAQWA, takut kepada ALLAH. Takut kepada pencipta bukan seperti takutnya kita kepada haiwan yang ganas atau hantu yang berkeliaran. Takut kita kepada ALLAH adalah nilai ketakutan yang paling manis kerana kita sedar siapa kita dengan takut kepada ALLAH. Hari ini kita terlalu takutkan manusia sehingga menggap segala yang mereka lakukan adalah betul lantas mengabdikan diri kepada manusia. Ketakutan ini tidak memberikan apa-apa makna malah tidak menjana sebarang kemanisan dalam hidup sedangkan dalam dunia ini andai ketakutan kita kepada ALLAH adalah satu ketakutan yang indah yang mana ia membawa kita ke satu dimensi nilai murni dan kebenaran yang berpanjangan. Inilah keindahan TAQWA bukan menyekat mahupun mengongkong kita.

Hari ini sudah seminggu ramadhan bersama kita. Marilah kita mencari kemanisan TAQWA danal usaha mencari kemanisan iman. Keindahan dunia ini kita nikmati kerana ia adalah anugerah dari tuhan MAHA SEMPURNA untuk menjadikan kita manusia yang tahu erti bersyukur apatah lagi untuk mencapai matlamat kehidupan yang hakiki.
Akhir kalam...
Salam RAMADHAN buat semua.
"Masa hadapan kita adalah dunia yang seharusnya bukan dunia yang ada ini"- Tinny Rainbird-

Niskala Hati

Andai di gentar sayap yang patah
Usah berpaling pada yang benar
Kata yang hilang dalam sepi
Hampa

Malam itu tidak lagi bermimpi
tentang siang esok hari
Atau kaki yang longlai meniti
Sebuah perjalana
Tak Pasti

Kalam yang indah tak lagi di idami
Apatah lagi getaran dalam sanubari
Apakah jiwa cuba melangkah pergi
Bersama hati yang semakin berfantasi

Malam
Siang
Pagi
Petang
Bezanya?
Samanya?

Gentayangan jiwa dalam kamar yang sepi
Menagih semimpi hati
Pergi