BUTTON

Wednesday, February 6, 2013

Permulaan Tahun yang Tragedi

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia.

memandangkan ini adalah entri pertama yang menjadi post untuk 2013 ini jom saya nak ceriter sedikit tentang tragedi bila menjelang tahun baru ini.

Azam baru, peribadi baru, buka minda baru barulah kita menjadi insan yang berguna(ala-ala Dr.Fadzilah Kamsah)

Tahun ini bermula dengan tragedi penting yang dah macam drama tb. Kes jatuh tangga akibat pengsan menyebabkan amnesia. hahahaha..... Tekezuttlah kengkawan kita bila drama amnesia ini wujud. Kita pun tak sangka bahawa akan terjadinya drama seperti ini. SEBAB! Tak pernah terjadi. Sebelum ni gua landing baik punyer, mesti landing di tempat yang betul pada masa yang betul ada beberapa kerat kali aje landing dekat depan bilik orang tapi kira ok lagi lah, tak lah tragik sangat,. Tapi kali ini dia landing dekat tangga da...! Bergoleklah jatuh (sebenarnya tak tahu macam mana cara keadaan mahupun ketika jatuh tu. Hah, kejadian itu masih menjadi misteri kerana gua hilang ingatan tentang kejadian tu beb!

Tragedi oh tragedi.

Ingatan kembali pulih dan Alhamdulilah kita dapat mengenali kembali kawan-kawan kita. (Drama sangat bila kawan-kawan datang menangis sebab kita tak ingat dia) eh? ingat pulak.... hahaha... memori gua hilang dari ketika awal pagi kejadian sebab gua cuma ingat makan laksa beli kat rumah cikgu nelayan eh salah cikgu nayan malam tu sebelum tido. kebulur sangat, sehinggalah memori terbaru yang gua ingat naik ambulen medec pegi hospital. Kejadian yang berlaku pada tempoh ketika tragedi itu memang telah hilang, lesap bergitu sahaja. Sadis-sadis!

Namun dalam lewat waktu yang beredar, gua balik rumah kejap, nasib baik masih ingat semua ahli keluarga, tokwan dah macam nak menangis tengok aku macam budak hilang arah, akhirnya bawak jugak berubat kampung pulihkan semangat, iyalah Pada ALLAH tetap tempat perlu kita minta, bawa jumpa ustaz dan alhamdulilah saya sihat untuk mementaskan teater semalam bersama pelakon yang lain.

Pualng ke sini (eh apa yang dah macam catitan perjalan hidup ni) tak kire! nak cerita juga... OK, sambung, pulang dari kampung taklah kampung sangat) dr tempat lahir tanah tumpah darahku, kembalilah NURAMALINA menjalani kehidupan di kampus JENGKA yang TERCINTA.

Tibajah.... Eh siapa tu??? Rupanya ada yang tertinggal hilang bersama kotak memori tragedi sadis itu. Mengenalinya pada malam MAG saya bertanya kepada nisa, "Siapa XXX tu?" dan Nisa terkejut. Dia pada mulanya ingatkan mek ni berdrama jejak ingatan, buat-buat lupa siapa dia, tapi saya tidak berjejak dramalah kak oi... saya tak ingat. Sewaktu dia menyanyi di atas pentas, seaktu kawan baik saya asilah sibuk berbicara dengan saya tentang dia hati saya di buru pertanyaan, saya kenal diakah? Kenapa asilah berbual dengan saya seolah kami kenal dengan dia sangat? saya simpan persoalan tu, menghapiri ahli kelab debat yang lain dan cuba tersenyum. Zapp!!! kepala saya berdenyut dengan cargas menyebabkan saya benar-benar rasa sakit. Tapi tahan-tahan, nanti hilanglah. Dia tersenyum dan menyapa tapi saya gagal mengenalinya.

Nisa terangkan kepada saya siapa dia dan saya hanya mengangguk seperti mendengar satu cerita yang tak pernah saya dengar! Ya memang saya tak tahu cerita itu, saya ingat saya ke tempat-tempat atau pertandingan yang Nisa sebutkan tapi saya tak dapat mengumpul memori berkenaan dia.

Kita pun cubalah tenangkan hati, Mungkin nanti ingatlah. Minggu berlalu menjadi dua, sehingga bulan febuari menjelang dan minggu depan raya cina, saya tetap gagal mengingati dia. Ya, saya nampak gambar dia dialam lp saya, kami semua bergambar riang di kuala gandah, di mana entah tapi yang pasti saya melihat dia bersama keluarga debat ini. Tapi kenapa saya tak ingat dia ada di situ, mengingati setiap inci kejadian di tempat tersebut tapi gagal mengingati kehadiran dia disitu.

Akhirnya semalam Nina cuba bercerita untuk menarik memori lama saya tentang keluarga ini, tapi maafkan saya, saya masih gagal untuk mengingati. Mungkin hanya ujian tuhan di tahun 2013. Yang penting saya lihat dia hadir semalam memberi sokongan bersama sahabat debat yang lain. Terima kasih. Mungkin perkenalan dan detik baru perlu kita cipta dan saya tidak janggal untuk berbicara dengan dia seperti orang baru berkenalan. Ok, cikgu kena ramah dan kuat!!
Makenai!