BUTTON

Friday, April 25, 2014

ADA


Dalam dengkur malam ini
Kau ada dalam jiwa
Cuba halau ketenangan
Dalam lubuk kalbu
Sisip rasa tak tentu

Dalam mimpi malam ini
Kau ada dalam hati
Cuba halau rindu
Dalam lubuk jiwa
Sisip rasa menunggu

Dalam cinta malam ini
Kau ada dalam kenangan
Usir rasa dalam kita
Mungkin tak mahu
Simpan

Dalam minda malam ini
Kau ada berlegar luah rasa
Rasuk amarah dan kecewa
Tapi aku cuba
Tak mahu peduli

Dalam mana mana
Kau ada
Ada
Peduli apa aku
Walau kau ada.

Sahabat


Bertapa ku rindu saat kita ketawa tak mahu henti
Tak peduli siapa
Ini dunia kita

Bertapa aku rindu saat kita ukir kisah kita
Tak mahu peduli
Apa orang kata

Bertapa aku rindu
Kenangan dibina kita
Dalam lewat kalbu semalam
Aku takkan lupa

Biarpun banyak persoalan buatmu
Namun kau tahu bukan
Aku tak mahu tahu
Aku cuma perlukan kamu
Sahabat di sisi

Ini nota aku sisip
Untukmu sahabat
Ini nota buat kita
Simpan jadi kenangan
Untukmu sahabat.

(Dedikasi khas utk semua yg bergelar sahabat)

Sunday, March 16, 2014

KEJAR AKHIRAT

Berlari lelaki itu
Lelah mencari jalan
Apakah mungkin ada jalan untuk kembali pada tuhan

Berteriak wanita itu
Mohon di ampunkan
Agar kembali terbuka jalan
Kembali pada tuhan

Teriak dan berlari seluruh manusia
Lupa pada dunia
Kini mengejar akhirat
Sedang mereka sudah bangun di mahsyar
Apa lagi akhirat di cari
Kerna akhirat sudah menanti.

PENDUSTA

Bercabang lidah lagakan umah
Manusia semakin hilang hemah
Lalu ku jerit gempita pada dunia
Keberadaan manusia yabg hilang pedoman
Angkuh dalam gelap yang tak punya teman
Dunia yanh semakin sakit
Menyaksi manusia hilang arah
Tuju pedoman
Dalam ingar dusta kata!!

Kala

Kala ujian itu datang
Manusia khilaf mencari sebab
Menyalahkan dan di psrsalahkan

Kala ujian itu sedang menerpa di penjuru hati
Manusia terasa dunia sudah mati
Tak sudi lagi berbakti
Berteleku menyalahkan diri

Kala ujian itu tetap ada.
Kala ujian itu tetap tiba
Kala itu manusia perlu sedar
Harga sebuah diri
Harga sebuah ikatan
Harga sebuah...
Jati Diri...


*dedikasi khas buat keluarga penumpang & anak kapal MH370. Tabahkan diri. Ini semua ujian Illahi*

Mohon Kembali

Mungkin ada di balik awan sana
Kamu bersembunyi
Mungkin ada di penjuru desa 
Kalian bertarung hidup
Di mana juga 
Mesti tinggi terbang
Atau dalam dasar bumi
Hanya dipinta satu
Kembali.

(Dedikasi sempena kehilang MH370)

Cari

Mereka cari masih tak jumpa
Mencari terus cari
Masih tak temu
Melaung panggil
Kemana kalian pergi
Mohon untuk engkau kembali
Kerana sakit utk merindu

(Jejak kaki,2014)