BUTTON

Monday, August 31, 2015

Hani 1

Melihat dia bahagia adalah kebahagiaan aku. Mungkin aku adalah manusia paling bodoh untuk mencintainya dalam diam. Namun aku tahu. Bahagia itu hanya bila dia bahagia.

------
"Kehmain skang dia... ada marka teruih lupa ceq ni hah"

"Ish. Mana ada marka. Hang ni memandai je"

Hani sudah sengeh2.

Hani perasan. Sejak hari sukan mia makin rapat dengan Megat. Hani juga perasan. Antara mereka simpan rahsia.

"Hai gossip girls. Can I?" Megat merujuk kepada kerusi yang kosong di hadapan hani dan mia.

"Sure"-jawab hani pantas.

"Uollz gossip apa?" Tanya megat ramah.

"Tak da apa. Baru nak start gossip" jawab mia pantas.

"Boleh saya join?"

"Kalau kami kata tak boleh pun awak dah duduk kan"

Megat angkat kening sambil senyum. Pamer lesung pipitnya.
----
"Hani! Wait! "

Langkah hani terhenti. Megat termengah2 di belakangnya.

"Dah kenapa ni? Ada hantu kejar ke" hani sudah gelak2.

"Saya nak tanya awak ni"

Kening hani terangkat.

"Apa?"

"Maybe kita boleh lepak dekat kedai situ kejap" megat sengeh tunjuk warung abc mak tom.

----
Megat tak tanya hani. Terus oderkan dua mangkuk abc. Hani cuma geleng kepala. Budak ni memang pelik. Kat sekolah kemain senyap.

"Awak nak tanya apa?"

"Saya nak tanya pasal mia"

Wajah hani tidak beriak. Meskipun hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang pedih.

"Tanyalah" hani pandai kawal riak.

"Mia tu.... single lagi ke?"

Hani ketawa spontan. Tak sangka soalan megat yang nampak suspen tu rupanya soalan itu.

Wajah megat merona merah.

"Ok sorry sorry" hani masih tidak mampu henti ketawa.

Senyumnya puas dikawal.

"Sorry... he..he... single-single"

Hani masih kawal tawa.

Megat masih merona merah.

"Awak minat mia erk?" Tanya hani selamba.

Megat merona lagi.
Angguk.
angguk.

"Patotlah.... ni saya bagi clear advice sebagai kawan mesra kehmain dengan mia tu"
Hani sengeh

"Mia tu single mingle. Tak pernah kaple2. Mia ni tak same macam makwe awak yang lain"

Uhukkk... uhukkk... megat yang sedang kusyuh dengar sambil sedut abc tersedak

"Eh awak ok tak ni"

Muka megat merah akibat batuk pula. Hish mat salleh ni. Macam2. Bisik hati hani.

"Hish minum elok le sikit. Bersembur dah hah" marah hani sambil gelak2.

"Saya tak ada makwe la."

"Ecececr... nipu le"

"Betul la. Ni first time saya rasa suka dekat seseorang"  luah megat
"Seyez arrr!!"

"Hmm" megat angguk laju.

"First love la ni?"

Megat jungkit bahu.

Petang itu lama mereka lepak makan abc. Sambil sembang pasal mia. Dan pasal cinta megat untuk mia.

Khairul : Akhir

Masa terlalu cepat. Perut mia sudah semakin membesar.
Khairul menghitung waktu. Menanti kelahiran ahli keluarga baru.
Bunyi mia menjerit mengejutkan khairul. Khairul bergegas mendapatkan mia. Mia dalam kesakitan. Air ketuban sudah pecah.
----
Khairul menanti gelisah. Dr kata bayi mereka songsang. Dia tidak boleh turut serta utk proses melahirkan. Khairul makin gelisah.
Kehulu. Kehilir. Khairul tak senang hati.
Duduk bangun. Khairul tak senang duduk.
----
Pintu terbuka dan doktor muncul. Pada tangan jururawat belakang doktor pengang sesuatu. Bayi.
Khairul rasa ingin melompat. Gembira bukan kepalang.
"Semua selamat" doktor nama Mawar itu senyum dan terus berlalu.
Jururawat muda menghampiri Khairul.
"Perempuan" kata jururawat itu. "Puan mia ada di dalam. Mari"
Khairul terlalu teruja. Dia minta untuk kendong anak perempuanya. Jururawat bagi.
Khairul melangkah masuk. Kelihatan mia tersenyum girang.
"Anak kita. Perempuan" khairul masih teruja.
Mia angguk2 sambil senyum. Mia masih lemah.
"Abang dah fikir nama. Nuramya. Macam nama mia" khairul teruja.
"Mia ikut je"
Khairul terus peluk cium anaknya.
------
"Macam mana doktor?"
"Susah. Keadaan dia makin teruk"
"Tak da cara ke doktor"
Doktor mawar geleng kepala.
"Takkan saya nak biar dia terus macam tu"
"Kami dah cuba. Tapi keadaan dia makin teruk. Kami dah cuba sebaik mungkin. Ubat saja tak cukup"
-----
Khairul kelihatan gembira menggendong bungkusan anak patung di tanganya.
"Khai... khai anak mak"
Puan Sabariah menangis teresak.
"Mak. Tengok. Anak khai dengan mia "
Puan sabariah makin sebak.
"Khai. Semua ni tak wujud. Mia dah meninggal masa hari perkahwinan korang"
Mata khairul membulat.
"Tak. Mia ada. Tu. Mia baru je lahirkan mya"
Khairul jauhkan diri. Seketika dia kembali ketawa
"Alololo mya... anak papa..." patung kaku di tangan dicium khairul berulang kali.
Khairul ketawa gembira.
Wad psikitrik semakin riuh. Puan sabariah berlalu pergi. Khairul sudah hidup dalam dunianya sendiri.

Sunday, August 30, 2015

Khairul 3

Mia mula muntah2. Khairul jadi bimbang. Mia sakitkah?
"Jom abang bawang syang pergi klinik"
"Tak pe. Mia ok"
Khairul tetap bimbang
"Jom!" Tangan mia ditarik lembut. Khairul tak betah lihat mia sakit.
-----
"Alhamdulilah. Isteri encik ni morning sick. Pembawaan budak"
Khairul rasa nak melompat2. Wajah mia pula merona merah. Antara malu dan gembira.
Perlahan tangan mia khairul raih. Dikucup lembut.
-----
Muntah2 mia makin teruk. Khairul pula yang tak senang duduk.
"Sayang sure sayang ok ni?"
Entah kali ke berapa khairul tanya. Mia geleng2 tanda tak apa.
"Jom la pergi hospital" desak khairul.
"Mia o...." satu hamburan lagi terluah dalam sinki. Habis semua sarapan mereka pagi ini.
"Tengok tu. Jom la. Teruk sangat ni. Kesian baby. Makanan mia semua dah keluar tu"
"Mia..." mia rebah.
Khairul panik.
---
Mia ditahan di ward. Akibat kehilangan banyak air dan dehydrasi.
"Abang balik amik barang sayang dulu ya" khairul mengucup lembut dahi mia.
"Hmm" mia masih nampak lesu.
----

Saturday, August 29, 2015

Khairul 2

Sudah setahun mia memegang gelaran sebagai wartawan. Setahun juga usia perkahwinanya.
Khairul makin biasa. Mia sibuk. Terlalu sibuk. Khairul faham kerana dulu dia pernah berada di posisi itu. Dia juga pernah menjadi wartawan. Sebelum memohon jawatan menjadi pensyarah.
Bunyi telefon bergema. Pantas khairul angkat.
"Malam ni mia kena stay office. Kami kena standby" suara mia serak di hujung talian.
"Sayang sakit tekak ke?"
"Tak pe. Mia ok" jawab mia ringkas.
"Ok take care. Love you" khairul cuba memahami.
Talian dimatikan tanpa kata balas. Bergitulah setiap kali.
Khairul tahu mia masih belum mampu mencintai dirinya. Khairul tak kisah.
------
"Sayang..."
Khairul memegang lembut bahu mia dari belakang. Di urut-urut lembut bahu isternya.
"Maafkan mia"
Khairul berkerut. Mia selalu minta maaf. Terlalu kerap.
"Abang sentiasa maafkan mia walau apapun"
Khairul terlalu baik. Melayani setiap karenah Mia. Khairul terlalu setia. Sehinggakan mia terasa bersalah.
"Abang terlalu baik untuk mia"
Wajah khairul berkerut. "Kenapa cakap mcm tu. Tak da siapa lebih baik dari siapa la" khairul mengucup lembut ubun2-mia
Perlahan khairul berlutut dihadapan mia. Mengucup lembut tangan isterinya.
"Mia..."
"Syhh... " khairul meletakkan jarinya pada bibir mia
"sekali lagi mia cakap maaf abang cium mia"
Mia ketap bibir. Khairul sengih-sengih. Suka benar menyakat melihat wajah mia bergitu.
Khairul merenung lama wajah isterinya.
"I will love you forever"
------

Friday, August 28, 2015

Khairul

Mia masih membisu. Khairul tahu. Hati mia bukan untuknya. Tapi khairul tahu ini bukan pengakhiran segala.
Nuramira Liyana. Nama itu disebut berulang kali sebelum majlis akad nikah mereka. Tak mahu tersasul semasa lafaz akad.
"Abang janji akan jaga mia" bisik khairul.
Mia tersentak dari lamunan.
"Abang tahu hati Mia bukan untuk abang. Tapi abang nak mia tahu, hati abang juga bukan untuk abang lagi" khairul raih lembut tangan mia.
Perlahan air mata mia menitik.
"Maafkan mia" mia sebak
"Abang faham. Abang nak mia tahu. Abang tetap sayangkan mia walau apa pun"
Air mata mia semakin laju.
"Syhhh... jangan nangis" khairul kesat air mata mia perlahan. Pipi mia dielus lembut.
"Mia akan jadi isteri yang baik utk a...bang" mia masih tak biasa.
"Mia dah ada di sisi abang pun abang dah rasa cukup bahagia"
Mia terharu. Tidak sangka pensyarahnya ini cukup mencintai dia.
------
"Sayang masak apa ni" pinggang mia dirangkul perlahan.
"Eh bila a..bang balik" mia nampak terkejut.
"Tadi. Petang ni kelas start lambat. Abang balik la sebab ada hal urgent nak bagitahu ni"
Kening mia terangkat.
"Kecemasan apa?"
"Abang...." khairul buat muka serius
"Kenapa?" Mia cemas
"Abang rindukan mia" khairul tergelak kecil.
Mia muncungkan bibir. Hish suaminya ini buat saspen je.
"Abang ni kan" mia cubit manja khairul.
"Abang rindukan mia sangat-sangat" khairul rangkul balik pinggang mia erat2.
Mia tersenyum bahagia. Kalau keadaan ni berterusan mungkinkah mia akan jatuh cinta pada lelaki ini.
Mia tak pasti.
"Sayang..." panggil khairul lembut
"Hmm"
"I love you sooo much"

Antara Demostrasi dan Demokrasi ada Agend Yang Tersembuyi

Ramai yang mula sedar. Terlalu banyak benda yang tak kena. Terlalu aneh dan semakin pelik

Maka mereka merasakan untuk merubah keanehan ini mereka akan turun ke jalanan dan berteriak. Kembalikan normaliti yang hilang.

Namun aku tertanya. Apakah cara mereka tepat dan benar.
Mereka mungkin salah. Atau aku yang tidak betul.

Aku berada jauh dari tengah hiruk udara berdebu kuala lumpur. Bersama sebuah gerai. Ditemani langit mendung seakan mahu menangis.

Aku tahu sesuatu. Jauh disana mereka sedang siap siaga. Turun kejalanan menuntut pengembalian normaliti. Dalam kekusutan rasa dan perasaan yang berkecamuk.

Aku tahu. Tak mungkin mereka turun dengan penuh tenang. Manusia takkan tenang dengan ruang udara yang panas dan asakan tempikan keinginan. Aku tahu. Kerana aku juga manusia.

Langit semakin mendung dan aku makin sebak.

Kenapa bergitu mudah kalian terjebak.
Dan kenapa bergitu mudah tewas dalam nafsu syaitan.
Kenapa bergitu mudah salah tafsir itu berlaku.

Kalian hanya keliru.
Antara demokrasi dan demostrasi. Ada sesuatu yang jahat sedang menunggu.

Aku pula faham. Agenda yang aneh sedang bertopeng. Dari balik topeng demokrasi dari demostrasi. Lebih aneh agenda itu gelap dan hitam.

Mungkinkah. Abnormaliti yang ingin dijadikan normaliti. Akhirnya tewas menjadi lebih abnormal.

Dunia memang aneh.

Thursday, August 27, 2015

MIA : AKHIR

Andai abang pergi. Mia jaga diri

Mia tidak sangka. Megat rebah tiba2.

Nadi megat berdenyut lemah dipantul dari mesin yang berbunyi lemah.

Hati mia sebak. Apa yang megat sembunyikan.

"Syifa..." mata mia membulat.

Nama itu meniti dari bibir megat sejak semalam. Sejak megat berada dalam alam bawah sedar.

Hati mia sakit. Fikirkan siapa syifa.

Mia lupa. Sudah tiga tahun berlalu
Mungkin hati megat sudah di isi.

Mia rasa sakit. Hatinya pedih. Kalau benar sangkaany kenapa megat datang setiap hari melawatnya. Kenapa megat berikan harapan untuknya.

Mia mula membenci. Megat kejam. Pada dia. Dan pada syifa.
----

Megat bermimpi. Tangan halus syifa memegang erat tanganya. Bagaikan memberi kekuatan.

"Abang jangan risau. Syifa akan jaga abang" syifa tersenyum manis

Megat rasa bahagia.

Mereka duduk diatas padang yang luas. Dibawah rendang pokok. Hanya itu sahaja pokok di situ.

Syifa duduk menyandar pada batang pokok. Megat rebahkan kepalanya di riba syifa.

Syifa usap kepala megat perlahan. Megat terbuai.

"Syifa akan jaga abang sampai bila2" jemari syifa terus bermain di rambut megat.

Megat pejamkan mata menikmati rasa nyaman bersama syifa. Megat akui. Cinta untuk syifa tidak sehebat cinta pada mia.
Tapi syifa segala-galanya untuk megat.

"Maafkan abang. Abang tak dapat jaga syifa"

Megat terasa ada titis air jatuh pada pipinya. Perlahan megat buka mata.

Megat nampak syifa. Menangis penuh sayu.

"Abang minta maaf" syifa terus menangis

"Syifa redha"

Perlahan air mata megat jatuh. Mata megat mula memberat.

-----
"Doktor!!!"
Mia hampir histeria. Mesin nadi bunyi senada.
Kocak nafas dada megat sudah tak ada.

Tika doktor datang. Megat sudah pergi. Tubuh kaku megat tenang seolah sedang tidur. Cuma pada tubir matanya yang terpejam. Air mata megat jatuh.
-----
Mia suram dalam persalinan perkahwinan yang cukup biasa. Ini perkahwinan kedua. Mia tak rasa bahagia.

Mia masih ingat kisah dua bulan yang lepas.

Pertemuan yang cukup memilukan. Pada hari pengebumian megat, syifa datang. Bersama jawapan2 yang mia cari.

-----
"Abang megat tahu, risikonya tinggi"

Gadis bertudung labuh itu bertutur penuh teratur. Bicara satu2 dari bibirnya yang pucat.

"Syifa tak sangka. Abang megat korbankan cinta dia demi syifa"

Mia masih bungkam. Kaku hilang kata. Mia cuba kumpul perasaan. Cari kekuatan untuk bertanya.

"Syifa... "-mia rasa sebak. Takut membayangkan jawapan bakal diterima

"Megat mesti sayangkan syifa kan" mia makin sebak

"Syifa sayangkan abang megat lebih dari diri syifa. Tapi sayang abang megat untuk kak mia takkan siapa dapat tandingi"

"Tapi dia tinggalkan saya demi syifa. Mustahil dia sygkan saya lebih dari syifa"

"Sakit ditinggalkan hidup boleh tukar benci. Sakit ditinggalkan kematian kekal sampai bila2"

Mia berkerut.

"Syifa perlukan hati. Dan hanya abang megat mampu beri" air mata syifa jatuh.

"Memberi hatinya umpama memberi hidupnya. Abang megat tahu"

Mia terasa nafasnya sesak. Bergitu sekali cinta megat untuk syifa. Mia tewas. Sangka dia wanita paling megat cinta. Mia salah.

Perlahan mia bangun. Tidak sanggup untuk terus terluka. Hati mia sudah berkecai. Entah kenapa. Mia benci pada megat.

Benci kerana mencintai lelaki itu sedangkan megat mencintai wanita lain. Megat kejam.

----
Hani setia menanti mia. Melihat wajah suram mia buatkan hati hani sebak.

"Aku salah hani. Cinta megat bukan untuk aku. Cinta megat untuk syifa"

"Kau gila ke apa?"

"Ya aku gila bila fikirkan megat sebenarnya cintakan syifa. Perceraian kami bukan sebab akum tapi sebab megat. Sebab dia sayangkan perempuan tu" mia sudah meraung

-----
Sir khairul baru sahaja selesai melafaz lafaz akad nikah.

Air mata mia gugur. Teringat saat megat melafazkan ungkapan yg sama.

Megat kini sudah pergi. Mia menangkap susuk tubuh syifa dari celah tetamu yang ada.

Upacara pernikahan selesai. Mia masih tidak mampu tersenyum girang.

"Semoga bahagia hingga akhirat kak mia"

Suara lembut dan bibir yang pucat. Syifa ada segala kecantikan yang megat mahukan. Mia terluka.

"Terima kasih"

"Esok kami sekeluarga akan pulang ke uk. Kalau kak mia sudi. Jenguklah pusara abang megat untuk kami"

Hati mia terguris. Nampaknya benar sangkaanya. Syifa sudah berkahwin dengan megat.

"Keluarga syifa tak kisah ke syifa ikut keluarga megat. Walaupun mia menantu mereka tapi syifa masih ada kehidupan syifa juga bukan?"

Wajah syifa berkerut.

"Menantu?Maksud kak mia?"

"Bukan syifa isteri megat?" Hani mencelah

"Syifa adik abang megat. Adik kembar yang terpisah dari bayi"

Mia terasa dunianya gelap.

----
Perlahan bunyi kompan sayup kedengaran. Rumah mia kecoh. Pengantin perempuan rebah. Dengan nadi yang berhenti.