BUTTON

Friday, April 20, 2012

Teringat Tentang Sahabat


 Baru sahaja terbaca sebuah coretan lama… monolog tentang cinta dengan sahabat lama sewaktu sekolah… balasan yang bermu lapa penulisan bersahaja di mejaku… saat itu aku sedang di amuk cinta buat sastera dalam hidup… maka aku mencoret sebuah kat-kata yang aku gubahnya sendiri… tak kusangka kelas tambahan bertempat di kelasku mengundang coretan balasan yang tersisip kemas di mejaku… mengundang Tanya di minda pemilik kata-kata itu… balasan pada idea yang aku zahrkan dalam lakaran yang bertemankan tulip merah… bermula saat itu setia hari akan aku terima balasan yang tersisip di mejaku… anehnya pemilik kata-kata itu tidak bernama… Cuma kusisip balasan di mejaku sendiri kerana aku tahu dia akan mengambilnya… bila? Tak pernah aku pasti… namun kata-katanya penuh bernas… malah perspektifnya tentang cinta kadang kurasa dia bahagia kadang dia pernah kecewa…

Akhirnya pemilik kata-kata indah itu memperkenalkan dirinya melalui tandatangan di dalam jawi hurufnya tersusun… nama yang indah membuatkan aku tersenyum… tak kusangka pemilik warkah penuh kata pujangga itu jejaka… cintanya pada sastera juga rupanya sepertiku… jika tidak masakan mampu mengarang balasan kata-kataku yang penuh kiasan… nama yang bermaksud mata itu di miliki seorang jejaka yang manis orangnya… berkulit putih dan bijak orangnya… bermula bibit pertukaran nombor telefon memanjangkan madah cinta kami ke dalam sms… Cuma lebih ringkas kerana penat jari untuk menaip…

Namun kisah kami bukanlah kisah seperti pasangan kekasih yang bercinta… meski bicara kami berkisar tentang cinta namun bukanlah cinta buat manusia semata… dia mengingatkan aku tentang cinta yang lebih agung… cinta yang lebih kekal… cinta yang lebih tinggi darjatnya… cinta buat Illahi… Di turuti bersama cinta buat ibu bapa… warkahnya kini tidak pasti di mana… terlalu banyak perpindahan yang berlaku sehingga banyak warkah yang hilang dari sahabat-sahabatku…. Namun kutemukan bicaranya tercatit di dalam dari lamaku… membuatkan aku yakin ada yang istimewa dari katanya hingga tertempat di diariku…

Selepas menatap dan membacanya semula aku tersedar… katanya benar-benar istimewa… kata yang penuh dengan hikamh dan cukup membuatkan aku terkedu… Allah itulah destinasi cintaku yang sebenar… bukan kepahitan cinta yang dunia yang sentiasa mengecewakan… memecah kebuntuanpada kepahitan yang sedang bersarang dalam hati… namun aku tidak pasti lagi yang mana satu coretanya yang mana satu coretan dariku kerana aku menulis keduanya… Cuma ada beberapa yang masih aku ingat dan tak pernah aku lupa kerana kata-katanya cukup dalam bagi menjawab warkah bicaraku...

Pasti aku kongsikan di sini namun aku hanya meletakkan mengikut turutan namaun tak aku pasti yang mana satu bicaraku dan bicaranya…

Sekalung terima kasih aku kalungkan untukmu sahabatku… nyata di saat aku kelelahan dengan kekecewaan hati kata-katamu ini cukup bermakna… aku tersedar akhirnya… dan aku semakin yakin… aku mampu merawat kekecewaan hati ni pada palsu cinta dunia… kekhilafanku dalam menyayangi… kealpaanku dalam merindui… kini aku sedar… ‘dia’ bukan untuk aku dan aku tak seharusnya mengharapkanya… kini nekad di hati utnuk melupakanya… dan kuserah cinta ini untuk Illahi… merantainya di kalbu keinsafan pada sebuah tahajud cinta buat Allah… kasih buat kekasih Allah ya Rasulluah… enghirup manis kerinduan buat bonda dan Ayahda… dan keindahan memori kita semua sahabat lamaku yang setia… kerana mereka tak pernah mengkhianati seperti mereka… menikam saat aku tersenyum dalam pahit membantu… mungkin ada salahku… namun tak siapa berhak menjatuhkan hukuman selain Dia Yang Satu… Allah tuhanku…

Sahabat itu tak bisa kua anugerah kepada mereka… selain kamu dan dia… teman akrab sehingga empat darjah kita meniti… sayangnya kau harus pergi mengikut kaki abi… bertukar ke daerah halamanmu sehingga lenyap jauh dari mataku… sehingga… suatu ketika ku terima panggilanmu… menjengah khabar persahabatan kita…. Sehingga aku terasa ingin menghitung tiap detik… bilakah kita mampu bertemu… Nyata kawan itu ramai… teman juga berderet… namun sahabat itu sedikit… dan tiada gantinya….

Sahabat lamaku…
Ku nanti hari kita bertemu…
untuk ku kalung rasa terima kasih ini…



No comments:

Post a Comment