Assalammualaikum dan salam luar biasa untuk manusia hebat di luar sana...
sudah lama tidak menjengah ruang legar jejak kaki untuk menitipkan sedikit pesanan dan perkongsian pendapat.... malam ni terajin la pulek untuk menulis sedikit... terima kasih untuk beberapa sebab atau individu yang menyebabkan tercetusnya idea penulisan nie.... :D
Tajuk penulisan hari ini berkenaan krisis peradaban manusia... acececeh! tajuk kemain lagi... over sangat... hehehe.... tapi tajuk hari ni memang memerlukan ke'over'an diri untuk berkongsi pandangan... weee...
Krisis peradaban... wow! adakah hari ini manusia sudah menjadi tidak beradab? bukan secara sepenuhnya tetapi terhakis, terkikis malah terluntur dalam keperibadian manusia hari ini...
Bila kita bercakap berkenaan krsis peradaban bermakna kita sedang bercakap mengenai krisis keperibadian yang mulia dalam diri atau lebih mudah di kenali sebagai adab.
Setiap perilaku manusia perlulah untuk di isi dengan aturan etika atau adap supaya manusia dapat untuk menjadi manusia yang kenal akan diri. malah mengenali akan hakikat kehidupan manusia yang sama di sisi tuhanya kecuali iman dan Taqwa yang menjadikan mereka berbeza di pandangan ALLAH. Agittooohh...
Kita selalu lupa. Untuk menunduk ke bumi. lihat tanah yang merupakan sumber penciptaan kita. sibuk untuk mendongak ke langit mencari keangkuhan. maka krisis peradaban terus menular dalam kehidupan manusia.
Haaa.... sebab tu lah... sebagai manusia kita sebenarnya tidak tercipta untuk jadi jahat. Malah saya yakin amat sangat semua manusia sukakan kebaikan membenci keburukan...
Namun! Bila manusia mula d kelirukan dengan yang mana kebaikan yang mana keburukan maka yang buruk mula di kata baik. yang baik dikat buruk.
Dunia ni hanyalah pinjaman ajer! jangan rasa terlalu berkuasa.... setinggi mana terbang burung di langit. matinya jatuh juga ke bumi... (eh boleh jugak tersangkut di pokok.) hehehe.... itu haiwan... tapi kita manusia... hehehe... setinggi mana kita mendaki... tujuh kaki dalam tanah juga kita akan bersemadi... tidak berkecuali dari pertanyaan mungkar nangkir...
Jadi... Wahai pembaca sidang hadirin yang di hormati... macam pidato plak kan... hehehe.... krisis peradaban ini bermula dari didikan. bukan hanya ibu bapa yang salah. masyarakat juga main peranan... ini tak... duduk berasmaradana kat depan rumah... anak jiran tu terkelip-kelip tengok.... Ingat! kanak-kanak belajar dari melihat. jadi tak mustahl memori anak jiran anda berkenaan asmaradana anda tu akan kekal dan dia mula mengaplikasikanya.... adakah salah ibu bapanya? tideekkk... salah anda yang berasmaradana depan dia!
didikan manusia ini banyak melalui penglihatan. sebab tu ramai yang masih tak mao ikut atau lakukan biar di suruh. sebab mereka tidak melihat yang menyuruhnya itu buat.... acano?
Maka.... untuk krisis peradaban ini... saya berilah anda semua ruang dan peluang untuk berfikir... sejenak ajer.... di mana kita bila tiba masanya? kemana akhiran kita? jika bukan di akhirat.... di sana bukan darjat jadi ukuran... tapi keimanan dan ketaqwaan yang terzahir melalui perlakuan dan peradaban semasa....
Salam Mesra dari anak kuala LEPEH ni untuk para pembaca yang di kasehi.... weee....
Selamat beramal.... :D
BUTTON
Friday, September 27, 2013
Saturday, May 25, 2013
PUAS MANUSIA
Manusia tidak akan pernah puas
Selagi mereka tidak di atas
Manusia tidak akan berhenti
Selagi mereka tak mampu berdiri
Manusia tidak akan cukup
Selagi semua tidak di kaut
Manusia tidak akan bersyukur
Selagi mereka tidak bertakafur
Manusia tidak akan pernah diam
Selagi mereka tidak menang
Manusia tidak akan pernah mengalah
Selagi tidak di cipta sejara
Apapun manusia tidak pernah puas
Apapun manusia memang bergitu sikapnya
Manusia seharusnya puas
Bila mereka masih bernafas
Manusia seharusnya sedar
Dunia sementara tidaklah kekal
Manusia seharusnya mengerti
Akan makna kata SYUKUR.
Selagi mereka tidak di atas
Manusia tidak akan berhenti
Selagi mereka tak mampu berdiri
Manusia tidak akan cukup
Selagi semua tidak di kaut
Manusia tidak akan bersyukur
Selagi mereka tidak bertakafur
Manusia tidak akan pernah diam
Selagi mereka tidak menang
Manusia tidak akan pernah mengalah
Selagi tidak di cipta sejara
Apapun manusia tidak pernah puas
Apapun manusia memang bergitu sikapnya
Manusia seharusnya puas
Bila mereka masih bernafas
Manusia seharusnya sedar
Dunia sementara tidaklah kekal
Manusia seharusnya mengerti
Akan makna kata SYUKUR.
BILA TAMAK MENGUASAI DIRI
Assalammualaikum dan salam luar biasa buat semua.
Sudah lama tidak menulis. Bukan sebab tak ada idea. Tapi sebab malas nak menaip. Al maklumlah sudah memiliki kerjaya sampingan tidak sempat untuk mencetus idea.
Owh tajuk di atas ni saja jer nak bagi gempak sdikit. Tapi ia memang inilah yang ingin di kupas sedikit (alahai dah macam telur pulak men kupas2) hehehe...
Kalo sebut pasal tamak, fuuuhhh... memang orang tak suka. Waima orang yang tamak itu sendiri pun tidak suka apabila sebut perkataan ini. kalau perkataan pun sudah tidak di sukai apatah lagi di amalkan. namun, dalam lanskap kehidupan manusia yang tidak suka akan ketamakkan ini ramai sahaja yang terus menyuburkan sifat tamak di dalam diri tanpa mereka sedari atau sengaja buat tak sedar.
Masalah tamak ini kalau tidak menjejaskan hidup orang lain ataupun pembinaan ummah tidaklah ada masalah. Tidak juga akan di hiraukan. Namun, ketamakan yang menyubur di dalam diri manusia hanya akan menjadi barah kepada orang lain yang terlibat secara langsung malah ia juga melibatkan kebejatan moral untuk membina ummah yang terbilang. kenapa pula saya berpendapat bergini? (Ini pendapat peribadi erk berdasarkan pemerhatian dan analisis. bukan pendapat kosong semata)
Dalam satu situasi manusia mengumpul ketamakkan kepada dunia mereka telah pun rupanya menafikan hak beberapa pihak. sebagai contoh, dalam ketamakkan manusia untuk terus mendapat gaji bulanan sehingga tidak mahu melepaskan jawatan telah menyebabkan ada individu yang ingnkan pekerjaan telah tertutup peluang. Eh, bukankah rezeki ALLAH di mana sahaja? ya memang rezeki ALLAH di mana sahaja. namun kalau dah semua rezeki yang ALLAH limpahkan dia kaut ape ke hal youk. ini baru bab jawatan.
Belum lagi bab harta orang yang telah pergi. Bila sahaja manusia ini sudah tidak bernyawa, tinggalah jasad yang hanya akan di mamah bumi. malah hartanya juga di tinggalkan di dunia yang sementara ini. ok untuk manusia yang sudah meninggal itu tidak ada apalah yang boleh kita lakukan selain berdoa namun, masalah yang berlaku pada zaman era globalisasi ini (gittew) apabila jasad di kebumikan mula berdecit sedikit demi sedikit perihal harta si mati. MALAH, sangat dohsyat apabila berebut mengangkut barang si mati ini menjadi hak milik sebelum sempat wasiat di bacakan. lebih KEJI apabila ada yang sanggup mencipta wasiat untuk mendapatkan barang si mati. AUZUBILLAHMINALZALIK!
Ok untuk manusia seperti ini mungkin perlu di beri makan jerung ajer. Eh tak adalah. kita kurung jer kat dalam tempat yang gelap dan buat shooting filem menanti di barzakh sampai insaf. Kita cop nasir bilal khan gali kubor utk mereka. hahahaha.
Inilah yang berlaku wahai dunia apabila tamak menguasai diri. kadang-kadang tu bukan tak mampu nak beli tapi saja kedekut kut kut kut. sayang duit nak beli. Manusia oit, awak mati pun tak dapat bawak duit tu *emosi*
Inilah tanda dunia akhir zaman. Apabila manusia mula di takutkan dengan kemiskinan maka ketamakan akan menguasai diri. Ingin di nasihati bimbang terasa hati. Namun jika tidak di tegur bimbang bertambah takbur. maka, penulisan sinis ini saya hadiahkan. Moga mereka ini sempat tersedar dan bertaubat. jangan tunggu sampai IZRAIL datang memanggil barulah bertaubat mengigil-gigil. Tiada guna tiada.
Peringatan ini juga buat diri ini yang juga serba kekurangan. Moga bersama kita muhasabah. Mungkin ada jalan untuk kembali kerana ALLAH maha pemurah.
Sekian. Salam untuk semua. :)

Wednesday, February 6, 2013
Permulaan Tahun yang Tragedi
Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia.
memandangkan ini adalah entri pertama yang menjadi post untuk 2013 ini jom saya nak ceriter sedikit tentang tragedi bila menjelang tahun baru ini.
Azam baru, peribadi baru, buka minda baru barulah kita menjadi insan yang berguna(ala-ala Dr.Fadzilah Kamsah)
Tahun ini bermula dengan tragedi penting yang dah macam drama tb. Kes jatuh tangga akibat pengsan menyebabkan amnesia. hahahaha..... Tekezuttlah kengkawan kita bila drama amnesia ini wujud. Kita pun tak sangka bahawa akan terjadinya drama seperti ini. SEBAB! Tak pernah terjadi. Sebelum ni gua landing baik punyer, mesti landing di tempat yang betul pada masa yang betul ada beberapa kerat kali aje landing dekat depan bilik orang tapi kira ok lagi lah, tak lah tragik sangat,. Tapi kali ini dia landing dekat tangga da...! Bergoleklah jatuh (sebenarnya tak tahu macam mana cara keadaan mahupun ketika jatuh tu. Hah, kejadian itu masih menjadi misteri kerana gua hilang ingatan tentang kejadian tu beb!
Tragedi oh tragedi.
Ingatan kembali pulih dan Alhamdulilah kita dapat mengenali kembali kawan-kawan kita. (Drama sangat bila kawan-kawan datang menangis sebab kita tak ingat dia) eh? ingat pulak.... hahaha... memori gua hilang dari ketika awal pagi kejadian sebab gua cuma ingat makan laksa beli kat rumah cikgu nelayan eh salah cikgu nayan malam tu sebelum tido. kebulur sangat, sehinggalah memori terbaru yang gua ingat naik ambulen medec pegi hospital. Kejadian yang berlaku pada tempoh ketika tragedi itu memang telah hilang, lesap bergitu sahaja. Sadis-sadis!
Namun dalam lewat waktu yang beredar, gua balik rumah kejap, nasib baik masih ingat semua ahli keluarga, tokwan dah macam nak menangis tengok aku macam budak hilang arah, akhirnya bawak jugak berubat kampung pulihkan semangat, iyalah Pada ALLAH tetap tempat perlu kita minta, bawa jumpa ustaz dan alhamdulilah saya sihat untuk mementaskan teater semalam bersama pelakon yang lain.
Pualng ke sini (eh apa yang dah macam catitan perjalan hidup ni) tak kire! nak cerita juga... OK, sambung, pulang dari kampung taklah kampung sangat) dr tempat lahir tanah tumpah darahku, kembalilah NURAMALINA menjalani kehidupan di kampus JENGKA yang TERCINTA.
Tibajah.... Eh siapa tu??? Rupanya ada yang tertinggal hilang bersama kotak memori tragedi sadis itu. Mengenalinya pada malam MAG saya bertanya kepada nisa, "Siapa XXX tu?" dan Nisa terkejut. Dia pada mulanya ingatkan mek ni berdrama jejak ingatan, buat-buat lupa siapa dia, tapi saya tidak berjejak dramalah kak oi... saya tak ingat. Sewaktu dia menyanyi di atas pentas, seaktu kawan baik saya asilah sibuk berbicara dengan saya tentang dia hati saya di buru pertanyaan, saya kenal diakah? Kenapa asilah berbual dengan saya seolah kami kenal dengan dia sangat? saya simpan persoalan tu, menghapiri ahli kelab debat yang lain dan cuba tersenyum. Zapp!!! kepala saya berdenyut dengan cargas menyebabkan saya benar-benar rasa sakit. Tapi tahan-tahan, nanti hilanglah. Dia tersenyum dan menyapa tapi saya gagal mengenalinya.
Nisa terangkan kepada saya siapa dia dan saya hanya mengangguk seperti mendengar satu cerita yang tak pernah saya dengar! Ya memang saya tak tahu cerita itu, saya ingat saya ke tempat-tempat atau pertandingan yang Nisa sebutkan tapi saya tak dapat mengumpul memori berkenaan dia.
Kita pun cubalah tenangkan hati, Mungkin nanti ingatlah. Minggu berlalu menjadi dua, sehingga bulan febuari menjelang dan minggu depan raya cina, saya tetap gagal mengingati dia. Ya, saya nampak gambar dia dialam lp saya, kami semua bergambar riang di kuala gandah, di mana entah tapi yang pasti saya melihat dia bersama keluarga debat ini. Tapi kenapa saya tak ingat dia ada di situ, mengingati setiap inci kejadian di tempat tersebut tapi gagal mengingati kehadiran dia disitu.
Akhirnya semalam Nina cuba bercerita untuk menarik memori lama saya tentang keluarga ini, tapi maafkan saya, saya masih gagal untuk mengingati. Mungkin hanya ujian tuhan di tahun 2013. Yang penting saya lihat dia hadir semalam memberi sokongan bersama sahabat debat yang lain. Terima kasih. Mungkin perkenalan dan detik baru perlu kita cipta dan saya tidak janggal untuk berbicara dengan dia seperti orang baru berkenalan. Ok, cikgu kena ramah dan kuat!!
Makenai!

Wednesday, December 26, 2012
Cikgu... Pelajar...dan Subjek
Assalammualaikum....
Sudah lama blog ini sunyi tanpa entri baru. Terima kasihlah kepada adik angkat saya yang mengilhamkan penulisan ini untuk tatapan semua....
Sempena hujung tahun ini yang sedang menghampiri pada musim persekolahan semula pada awal tahun hadapan, saya nak kongsi sket pendapat saya tentang tiga perkara kat tajuk atas... (Cepat skroll up jap!)
Al kisahnya bergini...
Eh, ini bukan cerita dongeng.... hahaha... saja jer nak melawak sket....
Cikgu merupakan insan yang kita hormat, sanjung dan kita kena tabik springlah! Ialah, kalau tak ada cikgu, tak ada nyer kalian dapat jadi Doktor, Professor sehinggalah kerani. Semua dapat kerja sebab sekolah. Bila sekolah siapa yang ajar? CIKGU jugak....
Sejak kebelakangan ini, rasa hormat dekat guru ini kita lihat dah memudar sirna... cewaah ayat... Maksudnya semakin kurang, hilang, lenyap dan pupus.... Cuber tengok sket kes-kes ni...
Masya-ALLAH... kenapakah berlaku perkara serbegini??? ish...ish...ish....
Pelajar....
Pelajar ini adalah murid... tak pun menjawab persoalan definisi... Hehehe
Pelajar ini adalah manusia yang sedang menuntut ilmu dari guru... ada cikgu ada pelajar... kalau ada pelajar tak ada cikgu namanya bukan pelajar... tapi petapa... eh? Kalau ada cikgu tak ada pelajar... tu namanya syok sendiri.... (oopppsss!! Jangan marah ya...)
Pelajar sejak kebelakangan ini banyak bebenor kes pukul memukul antara manusia-manusia... teringin masuk wrestling ke aper?? belum lagi kes2 cintan cintu over sampai dalam tandas pun dating extreme... Ish...ish...ish.... Tak terkata dek kata-kata perangai budak-budak ni... tak cayer???
Ekstreme tak bebebudak zaman sekarang??? hahaha..... Yang tak boleh bla ada gadis dua ketul tu bangge puler dengan rokoknya... posing da ala-ala model tu... hahaha..... Meski korang pelik kenapalah entri kali ini penuh dengan gamabr.... BUKTI... BUKTI... penting untuk ada bukti.....
Ok... Skang nak masuk cerita sebenar yang merupakan matlamat awal tajuk ini.....
Nak jadikan cerita.... eh... slap.... bermula dengan Bismillahirahmanirahim.... kisahnyer bergini.....
Dalam dunia sekarang, tidak di nafikan tahap IQ bebudak kita ini terutama pelajar semakin cepat ke hadapan... Masalahnya bukan IQ yang jadikan mereka genius ke aper, tapi IQ pasal bab-bab yang tak wajar untuk di selitkan dalam akal pemikiran dan otak mereka... Apa kebende??
1. Cinter... Ala.... Kapel-kapel tu...
2. Bahan merbahaya.... spt dadah, rokok dan sebagainya yg seangkatan merupakan perkara yg bahaya kepada kesihatan dan institusi kemasyarakatan
3. keganasan.... (yg ni paham2 lah...)
dan....
BANYAK PERKARA YANG TAK BERKAITAN DENGAN MATAPELAJARAN DI SEKOLAH.....
Aper kaitan dengan ckgu??
Ceritanya apabila budak-budak ini terlalu advanced... guru sepatunya menjadi pendidik kepada pelajar-pelajar yang terlebey sudah....
Namun sayangnya..... guru-guru ini terlalu advanced pula dalam mengumpat, mengeji dan mencaras pelajar-pelajar ini.... bayangkan.... sampaikan pelajar terpaksa berlari keluar dan menangis mendengar umpatan cikgu ke atas diri mereka.... jadi jangan hairan apabila rasa hormat semakin menipis bersam iman dalam hati mereka. Kes di atas bukti ye...
Sudahlah kata-kata itu satu doa... dari pula seorang pendidik.... bukanya ingin mendoakan pelajar-pelajar ini berubah kembali ke jalan yang benar sebaliknya sibuk mengumpul kupon nak masuk dalam api.... ish.... dahsyat lah fenomena sekarang. Cerita ini bukan rekaan tapi berlaku di beberapa sekolah.
Sudahnya, sekolah yang memiliki pelajar seperti ini di tambah asam garam guru yang memang 'siti jarum' ini tidak maju-maju. Sekolah lain sudah melakukan anjakan paradigmanya menjadi sekolah cermelang, menjadi sekolah bestari malah melangkah ke arah kecermelangan yang lebih hebat dengan status kluster dan sebagainya. Pengetua mula menggaruk kepala yang semakin kurang helaian rambut akibat memikirkan tentang sekolah yang masih di takuk lama tidak maju-maju.
Kerana itulah, muhasabah ini bukan untuk para pelajar kita yang memang terlebey sudah ni... tetapi perlu juga buat seisi sekolah. Subjek-subjek yang selama ini menjadikan sekolah satu gelanggang perlumbaan akademik yang akhirnya tidakpun mampu di capai apabila akhlak dan akidah pelajar bukan taruhan yang pertama. Iyalah.... akhlak cemerlang Insya-Allah... akademik juga cemerlang....
Kerana itulah, masalah subjek-subjek yang tidak termasuk dalam matapelajaran ini terus berleluasa dan menjadi semakin rancak di dalam kehidupan pelajar sekarang. Kerana 'subjek' perosak moral dan akhlak pelajar ini di cambahkan dengan ceuhan guru sehingga pelajar mula berfikir... "SUDAH TIDAK AD JALAN KEMBALI' .... AWAS!! Sangat bahaya untuk mendidik pelajar dengan metaliti ini kerana pelajar tidak akan mencuba untuk berubah kerana mereka tahu, menjadi se'malaikat' manapun, sekali silap selamanya mereka akan di anggap salah.
Jadi... apa matlamat entri kali ini?
Saya bukanlah sarjana, ahli falsafah mahupun seorang guru. Namun, saya melihat perkara ini dari perspektif seorang masyarakat, (kalau pelajar nanti biased)... dan keprihatinan ini saya ingin luahkan melalui entri ini.
Buat guru... LAMA... BARU...SEMENTARA...BESAR...dan sebangainya....
Jangan sehingga pelajar terfikir 'TIADA JALAN PULANG' untuk mereka kembali mengingsafi diri dan menjadi pelajar yang berjaya moral dan akademik. Berikan mereka kesempatan, dan kalau tak reti-reti, jangan di umpat doakan... kalau tak berubah juga... hempuk dengan kerusi bagi mereka sedar (eh jangan buat ni... salah di sisi undang-undang)...
SENJATA ORANG MUKMIN ADALAH DOA
Assalammualaikum.... Selamat Tahun BARU dan Memasuki alam persekolahan untuk sesi yang baru...
^________________^

Sunday, October 28, 2012
Telagah yang tak perlu
Tiba-tiba terdetk
untuk menulis tentang perkara ini. Ia bukanlah suatu yang tidak penting malahan
ia juga perlu untuk kita renungi bersama… Di dalam dunia hari ini kita terlalu
mencari kesalahan orang lain sehingga mula mengabaikan tentang masalah yang
penting untuk di selesaikan.
Cetusan ini datang apabila terbaca beberapa artikel yang
sibuk memburukkan rakan seagama endri kerana tidak menentang kebiadapan yang
sedang menguasai hari ini. Masalah sebenarnya bukan kerana rakan seagama itu
tidak menentang yang sepatutnya di lihat dengan teliti dan mencari
penyelesaian. Mengapa mesti bertelagah untuk kebiadapan yang hanya di diamkan.
Sedangkan kebiadapan itu bukan sahaja datang dari pihak tertentu tersebut sahaja
malahan hampir semua kaum mereka tanpa ada perbezaan ideology. Mereka menentang
agama bukan politikmu! Kerana itulah pelik di hati melihat mereka bertelagah
untuk perkara yang tidak perlu sehingga sanggup mengabaikan perkara yang perlu.
Pasti kata-kata ini mengundang kekeliruan. Situasinya cukup
mudah namun menimbulkan komplesiti yang tinggi kerana sensitivity yang
tersentuh dek kebiadapan mereka. Situasinya apabila ada system check and
balance di dalam sebuah Negara… Lebih mudah pihak kerajaan dan pembangkang.
Maka dua pihak ini mempunyai perbezaan ideology yang besar dan membentuk jurang
yang besar di antara mereka kerana ia sememangnya satu system penyokong dan
penentangan. Di dalam perbezaan ini falsafah dan ideologinya akan turut saling
bertentangan atau lebih mudah haluan yang berbeza. Namun haruslah kita jelas
matlamat yang sama perlu di letakkan kerana untuk mencapa matlamat itu ideology
dan falsafah siapakah paling praktikal atau lebih menyenangkan. Maka munculah
golongan pengundi yang akan mlhat falsafah dan ideology siapa yang pada mereka
bukan hanya menarik, ia juga praktikal dan menyenangkan mereka. Maka golongan
ini akan tertarik kepada pihak yang paling banyak memenuhi kehendak mereka
kerana lumrah manusia untuk keinginan mereka di penuhi secara jelas.
Namun kerana terlalu patuh kepada peranan masing-masing dan
kedudukan masing-masing yang di katakana sebagai ‘lawan’ atau ‘pesaing’ maka
segala kemanisan musuh akan di lenyapkan dari kamus pemikiran mereka semua.
Musuh tetap musuh. Meski terjunam di dalam gaung dan musuh datang menghulur
tangan dengan senyuman lalu berkata ‘Biar saya tolong’ akan di sambut dengan
wajah yang mencuka lalu mulalah terdetik ‘Pasti ada udang di sebalik batu’.
Tiada tanda optimis apatah lagi pemikiran yang mampu untuk menghilangkan segala
titik permusuhan malah dendam dan api di dalam jiwa akan di tanam dan di benam
terus menerus tanpa berfikir.
Siapalah saya untuk mengkritik. Namun inilah scenario
politik di Negara kita yang penuh dengan dendam, amarah, benci dan keegoan
sehingga titik kebaikan di tukar menjadi titik gelap yang buruh lagi hodoh.
Tulisan ini hanya secara umum. Mungkin ada yang tidak sebergini di dalam adab
bersaingnya namun yang jelas adalah corak persaingan sebergini. Tahniah buat
yang tdak mengamalkan adab sebergini sebaliknya penuh santun dan berpegang
kepada cara yang betul.
Maka kerana adab berpolitik yang di amalkan sebahagian rupa
maka kita adalah musuh selagi ideology kita berbeza. Usah peduli lagi apa
agamamu, apa bangsamu mahupun apa jua gelaranmu. Kita musuh selagi kita d pihak
berbeza. Kita lawan selagi idealogi kita tidak sekata. Meski matlamat kita sama
dan satu kita tetap berbeza dan bukan itu sahaja, kita adalah MUSUH. Kerana
pemikiran serbegini telah tertanam jauh dan di benamkan dengan penuh rapi dan
kemas maka segala kemanisa dan kebaikan telah terpadam. Waima kalam Allah atau
Hadis yang kau pertuturkan tidak akan kami dengar kerana idealogi kita berbeza.
Apakah ini peradaban berpolitik kita? Mungkinlah bukan kesalahan untuk tidak
membezakan bangsa namun membezakan agama kerana idealogi akan menyebabkan
perpecahan besar berlaku. Runtuhnya empayar islam apabila ada yang mengagungkan
sesetengah khalifah atau pemimpin. Umat
Islam yang dahulunya di kuasai oleh Rasulluah dengan kepmpinan pusat dengan
seorang khalifah tidak terbahagi, kerana kita menghadapa kiblat yang sama,
solat pada jumlah yang sama, Al-Quran yang sama, malah lebih besar dan agung
kita hamba ALLAH yang SAMA!
Jadi kerana perbezaan ideology, falsafah malah lebih dasyat
kita tidak berada di pihak politik yang sama maka kita terpisah dalam
lingkungan yang cukup jauh sehingga turut menjauhkan hakikat kita agama yang
sama. Apakah ini adab berpolitik kita? Jika di kaitkan dengan kebiadapan
terhadapa agama kita bukan kerana mereka tidak menentang atau bersuara.
Kejumudan yang membelenggu sehingga menutup seluruh pancaindera untuk mencerap
apakah masalah sebenar.
Kenapa mesti memikirkan ‘KENAPA APABILA PIHAK LAWAN ITU
MENGHINA AGAMA KITA DAN KALIAN BERDIAM DIRI’ tidak pula sesiapa dari politikus
ini mencetus satu soalan penting ‘KENAPA MEREKA SEKARANG SEMAKIN BERANI
MENGHINA AGAMA KITA? APA KELEMAHAN KITA SEHINGGA MEREKA SANGGUP MENGHINA KITA?
KENAPA MEREKA SEMAKIN BERAN MENGHINA KITA DI HADAPAN? APAKAH KITA TERLALU
LEMAH?’ sedangkan soalan ini lebh pentng kerana ia akan merungkai satu
permasalahan besar bukan berlaku kepada kita yang mendiamkan diri apabila mereka
mencerca sebaliknya keberanian mereka yang terlampau untuk menghina kita.
Saya petik sedikit kisah Rasulluah, apabila baginda
memberikan makanan kepada yahudi buta yang mencercanya siang dan malam. Namun
cercaan itu tidak dibalas malah Rasulluah tetap member makan akan yahudi itu. Persoalanya
bukan cercaan apa yang yahudi itu katakan atau kenapa Rasulluah diamkan semua
cercaan itu tetapi kenapa Yahudi itu berani mencerca Rasulluah. Kerana dia
BUTA. Dia tidak Nampak siapa yang memberikanya makan. Dia tidak Nampak akan
kebaikan yang Rasulluah lakukan kepadanya dan kepada orang lain. Dia hanya
mendengar akan orang kafir mengutuk Rasulluah dan percaya akan kata-kata itu
lalu turut sama mencerca baginda. Kerana dia BUTA dia tidak tahu akan
kebenaran. Dia tidak kenal siapa baginda. Kerana KEBUTAAN inilah dia berani
mencerca Rasulluah. Selepas Rasulluah wafat dia bersorak gembira sehingga di
mendapat tahu, orang memberinya makan sudah mati. Orang yang dia cerca dan hina
ada di hadapanya setia memberikanya makan. Maka selepas itu yahudi itu
bertaubat dan memeluk Islam.
Kisah ini adalah kisah KEBUTAAN kepada kebaikan. Kerana mata
yang BUTA sehingga tidak tahu akan kebaikan yang di berikan. Namun apa yang
berlaku di Negara kita bukan ‘mereka’ yang lancing menghina agama ini yang buta
sebaliknya mereka hanya mengambil maksud lain daripada buta iaitu tidak Nampak.
Mereka tidak Nampak akan kebaikan agama. YA! Memang kita sentiasa katakan
kepada mereka, KAMI BERSAUDARA, KAMI SEAGAMA, KAMI SUKAKAN KEBAIKAN, SETIAP LARANGAN
KERANA ADA KEBURUKAN, ALLAH CINTAKAN KEADILAN, AGAMA INI TERBUKA, AGAMA INI
BUKAN PAKSAAN, AGAMA INI KETENANGAN. Tapi di mana bukti segala kata-kata kita jika kita tidak
tunjukkan langsung ‘persaudaraan’ yang di perkatakan. Kita sibuk bertelagah
sesame umat kerana kita berada pada Mazhab yang berbeza. Malah kita sanggup
mengabaikan saudara kita hanya kerana dia menegur sikap kita. Apakah ini
namanya persaudaraan?
Kita seagama namun kita menolak saudara seagama kita hanya
kerana berbeza Mazhab. Kami berlainan pegangan kerana dia pengikut Mazhab
Syafie dan saya pengikut Mazhab Maliki. Apakah ini namanya seagama? Kami
sukakan kebaikan sedangkan setiap langkah pihak lawan kita waima adalah perkara
kearah kebaikan kita katakan buruk. Memisahkan segala unsure kebaikan dan
kejahatan berlandaskan ideology bukan syariat. Setiap larangan kerana ada
keburukan tidak terlihat walau di dasarnya kerana kita tetap melakukan perkara
yang buruk itu. Araq itu memudaratkan tapi kita enak meneguknya di hadapan
mereka. Allah cintakan keadilan tidak langsung di buktikan apabilan
ketidakadilan terus menjadi darah daging Negara. Agama ini terbuka di lihatkan
sebagai agama tertutup rapi apabila pendapat orang lain tidak lagi mampu di
terima walaupun ianya untuk kemaslahatan umat. Di mana terbukanya andai
pendapat dan pandangan rakan ulama yang berbeza idealogi politik tidak akan di
terima sehingga kiamat?! Agama ini bukan paksaan sedangkan mereka melihat kita
terus memaksa orang lain untuk menerima pendapat kita. Memusuhinya andai dia
menolak dan menjunjungnya tinggi andai dia menerima dan terus menghasut
diterima jika dia dalam dilemma hanya mencetus rasa terpaksa di hati mereka
lalu menunjukkan kepada mereka,Islam suka MEMAKSA! Dan agama ini Ketenangan di
tunjukkan dengan kekocakkan perhubungan, kehidupan dan perpaduan antara kita di
dalam agama ini lantas membongkar segala nanah dan kudis kotor dari dalam diri
penganut agama ini. AGAMA tidak kotor, tapi PENGANUTNYA yang menjadikan a
Nampak KOTOR dengan kekotoran dan kejijikan yang mereka pertontonkan kepada
kita.
Bermakna mereka tidak BUTA tetapi TIDAK NAMPAK akan agama
ini dan kekuatanya. Kerana itu mereka boleh menjadi ‘YAHUDI BUTA’ tadi terus
mencerca kita di hadapan wajah kita walaupun kita mengangguk dan bertenang
menghadapi cercaan kita.
MAKA!
BERSATULAH! BERSATULAH UMAT ISLAM. Penghinaan bukan hanya
dari mereka (dari parti tertentu atau bangsa tertentu) tapi agama kita sedang
di cerca dengan lantang di seluruh dunia oleh mereka yang mengharap LAKNAT
ALLAH. Nonnie Darwish, Ibn Warraq, Tarek
Fatah, Irshan Manji atau Ayaan Hirsil Ali, cukuplah mereka terus mengutuk agama ini… Mereka bukan buta tetap mereka tidak diperlihatkan akan keindahan.. sedangkan ada yang melihat keindahan dan berpndah masuk ke agama ini dengan cnta dan hatinya untuk agama ini.
Apakah sehingga kita
dimusnahkan sepenuhnya barulah kita akan sedar dan pada masa itu… KITA SUDAH
TERLEWAT. Masa itu kita tidak akan telagah lagi dan meratapi sikap kita pada
telagah yang tak perlu
PENYAKIT SOSIAL
Kita sering menyalahkan pelbagai pihak di dalam isu moral yang sedang menghambat kita semua pada hari ini. Sedar atau tidak bahawa pesalah di dalam krisis moral ini bukanlah orang lain sebaliknya kita semua. Tidak perlu untuk menunding jari kepada orang lain tentang masalah moraliti remaja mahupun kanak-kanak pada hari ini kerana kitalah (masyarakat) menjadi punca kepada krisis moral ini. Apabla saya menyalahkan semua pasti ada yang akan meloncat dan melatah mengatakan mengapa mereka turut terlibat? Selepas membaca sebuah buku yang mana membawa saya kepada satu teori hakikat kewujudan kita dan hukum pembelajaran yang menjadikan kita semua dalam paras kemusnahan masa kini saya mula menyedari bahawa ada sesuatu yang dahsyat dan berbahaya kepada kita semua sedang berlaku. Kemusnahan moraliti yang terlalu dahsyat sedang berlaku. Hal ini kerana kitalah yang membentuk kemusnahan ini.
Dalam membentuk satu kesatuan dalam umat perkara penting untuk kita teliti adalah sikap dan perlakuan kita semua. Namun apa yang menjadi perkara yang penting adalah bagaimana kita semua telah menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada anak-anak kita. Dalam masyarakt hari ini, penyakit yang sedang melanda anak-anak kita adalah keganasan yang sedang menguasai diri mereka yang menyebabkan tindakan subversif, ganas dan keterlaluan sedang menguasai diri anak-anak kita. Semuanya kerana pembelajaran yang berterusan yang sedang mereka pelajari melalui ransangan dari pancaindera utama mereka iaitu mata, Tindakan mereka yang semakin di luar kawalan akibat daripada didikan yang sedang berleluasa di dalam masyarakat iaitu TV. Rancangan yang memaparkan tindakan-tindakan subversif yang berpanjangan akhirnya meninggalkan kesan kedalam diri kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran. Lebih dahsyat dan bahaya jika mereka mula hilang rasa takut dan simpati daripada tindakan keganasan ini sehinggakan mereka kembali menjadi orang gasar yang menganggap tindakan ini adalah satu hiburan kepada diri mereka. Ini adalah penyakit sosial yang sangat merbahaya kerana mereka akan mula merasakan keganasan itu adalah satu hiburan yang menyeronokkan dan lebih teruk untuk melihat mereka merasa ketagh untuk melihat keganasan. Ransangan operan seperti ini adalah terlalu bahaya untuk anak-anak ini membesar dan ketika mereka mula memasuki kelompok masyarakat kita tidak lagi dapat mengawal anak-anak ini dari terus berkelakuan elok sebaliknya hanya mampu melihat mereka mula bertindak liar di luar kawalan ibu bapa. Saat ini semua lapisan masyarakat perlu menerima kesalahan ini bersama bukan hanya ibubapa kanak-kanak terbabit.
Ini adalah penyakit sosial yang melanda kanak-kanak. Bagaimanapula masalah seks luar nikah yang semakin menghantui kita semua terutama remaja awal adalah perkara yang membimbangkan bukan. Kerana perkara ini akan menjadi penyakit sosial dan menghancurkan ketamadunan manusia. Masalah ini adalah masalah yang semakin merebak dan membesar. Kerana itulah langkah penting dan kesedaran yang tinggi perlu kepada semua. Selagi kita mengaggungkan keganasan masalah ini tidak akan selesai malahan akan membesar. Tahukah anda di dalam hukum pembelajaran di dalam teori kesatuan kewujudan, pembelajaran dan tindakan lazim adalah satu kaedah pembelajaran yang membentuk seseorang individu. Mungkin ada yang tidakpun di ajar semasa kecil dan kerana ada sistem gangguan yang menyebabkan campur tangan elemen luar menyebabkan berlaku perubahan mendadak. Namun kejadian ini jarang berlaku sebaliknya tindakan yang melibatkan tindakkan subversif atau tindakan baik adalah melibatkan pembelajaran melalui penlaziman.
Kerana itulah medium yang menjadi alat pembelajaran haruslah menjadi penting di dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang membenarkan anak-anak menonton televisen tanpa kawalan seterunya kelompok masyarakat yang terus ketagih menyajikan cerita berunsur keganasan akhirnya mnjadikan ank-anak kecil mula mencerap apa yang di lihat dan mengaplikasikan di dunia sebenar sedikit demi sedikit. Perasankah anda apabila seorang kanak-kanak menonton cerita yang menyajikan adengan bertumbuk atau menampar, tidak lama kemudian kanak-kanak itu mula mengaplikasikan tindakan tersebut, maka terjadilah anak-anak yang bertindak ganas di dalam sesuatu keadaan. Jika penlaziman berterusan, anak-anak ini akan membesar bersama tindakan itu yang menjadikanya lebih ganas.
Semua ini bermula dari menu sajian perbelajaran yang silap. Memang ada tontonan yang bagus melalui televisen namun kebanyakanya adalah kurang bagus. Malah jika kita lihat, tontonan yang memiliki adengan berahi semakin menular, terutamanya cerita barat. Jika kita lihat kadang kala adengan itu langsung tidak membantu plot cerita dan kononya hanylah penambah rasa. Namun kehadiran adengan yang tidak patut ini memberikan sumbangan yang cukup dalam dan terkesan untuk otak kanak-kanak yang baru sahaja mula belajar. Kerana itulah ada istlah 'cuba-cuba' dan 'mencuba' dalam kalangan ank remaja kerana apabila mereka sering disajikan dengan tontonan sepert ini sejak kecil otak mereka akan menympan segala memori itu dan keinginan untuk mengaplikasikanya semakin membuak apabila mereka mula mengenali dunia luar. Tidak hairanlah ada yang sudah 'mencuba-cuba' meskipun baru berusia 12 tahun.
Kesimpulanya, berdasarkan teori ini, masalah anak-anak kita yang semakin di luar kawalan bukanlah hanya di sebabkan kurang didikan agama malahan mereka kadangkala di sajikan dengan menu pembelajaran yang tidak sihat dan bermanfaat. Untuk menyelamatkan ketamadunan manusia dari hancur kerana tindakan kita sendiri seluruh kita harus sedar akan punca penyakit sosial. Bukan berlari dari penyakit ini sebaliknya perlu menyelesaikanya dengan lebih bernas dan berkesan.
selamat Beramal dan semoga masih belum terlambat untuk kita mencari kebenaran...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)