BUTTON

Sunday, October 28, 2012

PENYAKIT SOSIAL


Kita sering menyalahkan pelbagai pihak di dalam isu moral yang sedang menghambat kita semua pada hari ini. Sedar atau tidak bahawa pesalah di dalam krisis moral ini bukanlah orang lain sebaliknya kita semua. Tidak perlu untuk menunding jari kepada orang lain tentang masalah moraliti remaja mahupun kanak-kanak pada hari ini kerana kitalah (masyarakat) menjadi punca kepada krisis moral ini. Apabla saya menyalahkan semua pasti ada yang akan meloncat dan melatah mengatakan mengapa mereka turut terlibat? Selepas membaca sebuah buku yang mana membawa saya kepada satu teori hakikat kewujudan kita dan hukum pembelajaran yang menjadikan kita semua dalam paras kemusnahan masa kini saya mula menyedari bahawa ada sesuatu yang dahsyat dan berbahaya kepada kita semua sedang berlaku. Kemusnahan moraliti yang terlalu dahsyat sedang berlaku. Hal ini kerana kitalah yang membentuk kemusnahan ini.

Dalam membentuk satu kesatuan dalam umat perkara penting untuk kita teliti adalah sikap dan perlakuan kita semua. Namun apa yang menjadi perkara yang penting adalah bagaimana kita semua telah menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada anak-anak kita. Dalam masyarakt hari ini, penyakit yang sedang melanda anak-anak kita adalah keganasan yang sedang menguasai diri mereka yang menyebabkan tindakan subversif, ganas dan keterlaluan sedang menguasai diri anak-anak kita. Semuanya kerana pembelajaran yang berterusan yang sedang mereka pelajari melalui ransangan dari pancaindera utama mereka iaitu mata, Tindakan mereka yang semakin di luar kawalan akibat daripada didikan yang sedang berleluasa di dalam masyarakat iaitu TV. Rancangan yang memaparkan tindakan-tindakan subversif yang berpanjangan akhirnya meninggalkan kesan kedalam diri kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran. Lebih dahsyat dan bahaya jika mereka mula hilang rasa takut dan simpati daripada tindakan keganasan ini sehinggakan mereka kembali menjadi orang gasar yang menganggap tindakan ini adalah satu hiburan kepada diri mereka. Ini adalah penyakit sosial yang sangat merbahaya kerana mereka akan mula merasakan keganasan itu adalah satu hiburan yang menyeronokkan dan lebih teruk untuk melihat mereka merasa ketagh untuk melihat keganasan. Ransangan operan seperti ini adalah terlalu bahaya untuk anak-anak ini membesar dan ketika mereka mula memasuki kelompok masyarakat kita tidak lagi dapat mengawal anak-anak ini dari terus berkelakuan elok sebaliknya hanya mampu melihat mereka mula bertindak liar di luar kawalan ibu bapa. Saat ini semua lapisan masyarakat perlu menerima kesalahan ini bersama bukan hanya ibubapa kanak-kanak terbabit.

Ini adalah penyakit sosial yang melanda kanak-kanak. Bagaimanapula masalah seks luar nikah yang semakin menghantui kita semua terutama remaja awal adalah perkara yang membimbangkan bukan. Kerana perkara ini akan menjadi penyakit sosial dan menghancurkan ketamadunan manusia. Masalah ini adalah masalah yang semakin merebak dan membesar. Kerana itulah langkah penting dan kesedaran yang tinggi perlu kepada semua. Selagi kita mengaggungkan keganasan masalah ini tidak akan selesai malahan akan membesar. Tahukah anda di dalam hukum pembelajaran di dalam teori kesatuan kewujudan, pembelajaran dan tindakan lazim adalah satu kaedah pembelajaran yang membentuk seseorang individu. Mungkin ada yang tidakpun di ajar semasa kecil dan kerana ada sistem gangguan yang menyebabkan campur tangan elemen luar menyebabkan  berlaku perubahan mendadak. Namun kejadian ini jarang berlaku sebaliknya tindakan yang melibatkan tindakkan subversif atau tindakan baik adalah melibatkan pembelajaran melalui penlaziman.

Kerana itulah medium yang menjadi alat pembelajaran haruslah menjadi penting di dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang membenarkan anak-anak menonton televisen tanpa kawalan seterunya kelompok masyarakat yang terus ketagih menyajikan cerita berunsur keganasan akhirnya mnjadikan ank-anak kecil mula mencerap apa yang di lihat dan mengaplikasikan di dunia sebenar sedikit demi sedikit. Perasankah anda apabila seorang kanak-kanak menonton cerita yang menyajikan adengan bertumbuk atau menampar, tidak lama kemudian kanak-kanak itu mula mengaplikasikan tindakan tersebut, maka terjadilah anak-anak yang bertindak ganas di dalam sesuatu keadaan. Jika penlaziman berterusan, anak-anak ini akan membesar bersama tindakan itu yang menjadikanya lebih ganas.

Semua ini bermula dari menu sajian perbelajaran yang silap. Memang ada tontonan yang bagus melalui televisen namun kebanyakanya adalah kurang bagus. Malah jika kita lihat, tontonan yang memiliki adengan berahi semakin menular, terutamanya cerita barat. Jika kita lihat kadang kala adengan itu langsung tidak membantu plot cerita dan kononya hanylah penambah rasa. Namun kehadiran adengan yang tidak patut ini memberikan sumbangan yang cukup dalam dan terkesan untuk otak kanak-kanak yang baru sahaja mula belajar. Kerana itulah ada istlah 'cuba-cuba' dan 'mencuba' dalam kalangan ank remaja kerana apabila mereka sering disajikan dengan tontonan sepert ini sejak kecil otak mereka akan menympan segala memori itu dan keinginan untuk mengaplikasikanya semakin membuak apabila mereka mula mengenali dunia luar. Tidak hairanlah ada yang sudah 'mencuba-cuba' meskipun baru berusia 12 tahun.

Kesimpulanya, berdasarkan teori ini, masalah anak-anak kita yang semakin di luar kawalan bukanlah hanya di sebabkan kurang didikan agama malahan mereka kadangkala di sajikan dengan menu pembelajaran yang tidak sihat dan bermanfaat. Untuk menyelamatkan ketamadunan manusia dari hancur kerana tindakan kita sendiri seluruh kita harus sedar akan punca penyakit sosial. Bukan berlari dari penyakit ini sebaliknya perlu menyelesaikanya dengan lebih bernas dan berkesan.

selamat Beramal dan semoga masih belum terlambat untuk kita mencari kebenaran...

No comments:

Post a Comment