BUTTON

Saturday, July 24, 2010

Cerita Hari Esok Seindah....

Berbicara dari hati...
mungkin sukar tuk di mengerti...
poernah suatu ketika aku berfikir... aku menjana minda...
memalarkan hati yang kian layu di pupuk kedamaian yang tak pernah henti mahu di kunjungi... namun... aku masih belum benar-benar menemui jalan yang indah dalam kemalaran itu kerna aku masih menanti hari esok... mungkin tragis meratapi musang yang mati di langgar namun lebih tragis menangisi anak bangsa yang sedang mengelar diri... untuk apa... hidup terlalu rumit/... hidup terlalu bersimpang siur... akibatnya jalan mudah digapai penuh susah payah semata-mata meraih kesenangan yang palsu...
tak siapa akan mengerti... tak siapa akan memahami... liku kehidupan yang merobek sanubari ini... ada kala aku masih memikirkan tentang kehidupan... akan adakah hari esok andai mentari tidak mahu naik melihat kerosakkan dunia... masih lagi berfikir dengan sekerasnya...
untuk mengapai kenyataan malam itu tak selalunya berbintang tetapi lagi pasti ada menemani malam yang sepi/... pungguk mula menyahut kekasih bulan yang jauh di angkasa sedangkan bulan tak pernah peduli... siapa ingin peduli... siapa ingin mengerti...
malah ada yang cuba menjauhi kerana takut merindui... mengapa masih mencuba merindui sedangkan hati takut mengakui untuk cekal meskipun di lukai... masihkah ada sirna yang terang dalam kegelapan sedangkan kita tahu pungguk setia menemani jalan-jalan sunyi... gelap...
jijik atau hina siapa peduli... pencetus demi peruntun aku menulis... mengarap seribu persoalan dalam kekesalan... mungkin langkah sedang bermula tapi hati tak mahu kecewa...
menulis dan menerokai...
cerita hari esok...
masih indahkah????

Sunday, July 18, 2010

INTERPRESTASI DALAM KEMALARAN

Menulis lagi tentang bangsa...
jemu?? aku takkan pernah jemu untuk menulistentangnya... masih panjang aku mencorak kehidupan dalam kesamaran yang malap... aku masih menanti andainya aku masih mampu untuk mencari sinar di dalam kehidupan bangsaku... 13 mei menggamit memori...
peristiwa berdarah yang takkan aku lupakan kisahnya...aku tak wujud di situ saat peristiwa itu berlaku tetapi aku merasai perkara itu... apakah sejarah kembali terulang... cuma corak dan keadilanya berbeza...
13 mei... tarikh keramat yang berlaku di saat negara dalam kekucar-kaciran...
siapa yang salah... Melayu saat itu di gelungi bara API MENJAMAH SANUBARI KERANA SAKIT HATI PADA NASIB BANGSA... AKU SENDIRI TAK MENGERTI...
MUNGKIN AKAN TERUNGKAP...
APA YANG SEDANG BAERLAKU KINI AKAN BERLAKU PADA MASA HADAPAN...
AKU SENDIRI MASIH KEBINGUNGAN MEMIKIRKAN NASIB BANGSAKU...
BVANGSA MELAYU...

Tuesday, May 11, 2010

Menjejak Kembara Artik....

Tajuk nieh mmg mcm wow cgt.. tp ia sekadar kiasan yang cuba aku lontarkan di sini.. masih lagi mencari dalam kesamaran malar. mungkin sampai bila ia akan berhenti? atau aku harus mencoret suatu perkataan yang menjejak mimpi yang illusinya susah tuk di temui. masih lagi menatap suatu percarian. masih juga mencoret suatu pertanyaan. mungkin ada masa aku akan terlewatkan waktu yang merentasi segenap maya. atau mungkin...
argh orang kata jangan bertatih dengan kata mungkin. itu tanda ketandusan ruang keyakinan. tapi... masih lagi menjejak suatu tapak. kata orang maya itu illusi yang sekadar mengaburi mata.. masihkah berguna ungkapan gila dan busuk? mustahil mata itu menipu atau sebenarnya bibir itu cuba mencipta kebohongan.
Mengapa artik?
mungkin aku tiada jawapan. tapi minda ada persoalan. itulah lumrah. yang ada ingin ia tiada dan yang ada harapkan untuk tiada. mengapa semuanya kontra dan beza..
tiada kata yang berbeza. tiada lafaz yang tertera. Janji itu setia. tapi Janji itu juga duka. Masih Memotivasi. Atau sekadar mengomel tetang hati. terlalu ingin berlari tapi takut terjatuh nanti. Mustahil atau tida. persoalan harus di renangi...

Jiwa Kacau

Ramai manusia...
Ramai pemangsa...
Rama di mangsa...
Ramai...Ramai...

aduh sakit kaki
terpijak duri...
aduh sakit hati...
bila dikhianati..

bulan oh bulan..
sepi dan diam engkau...
mana pergi senyum seri?
terganggu kerna..
JIWA KACAU!!!

Friday, May 7, 2010

Cerita Hati

Menulis tentang kita...
masih terlalu segar masa yang malar... menulis dalam kekelaman pengalaman yang terlalu rapuh dan sepi... mungkin masih mencari tetapi tak mampu untuk menanti... masih aku mencuba untuk mencuba mendapatkan kepastian namun aku hanya nampak samar sepi yang terlalu sepi... hingga... aku sendiri takut untuk menghadapi...
aku cuba membaca apa yang tersirat di hati orang sehingga tenggelam apa yang tersirat di hati sendiri... namun bijak pandai terlalu rapuh menyembunyikan keresahan lantas menampakkan segala isi hati yang sepi...
sambutan itu tak menyepi... tetepi mendatangkan sepi...
malam itu aku menari dengan pena di atas kumaln kertas yang lusuh... terus mencoret isi hati supaya tak di simpan untuk aku perlihatkan kepada sesiapa... cukup sendiri menyimpan realiti diri sedangkan orang lain terkapar mencari erti...
terlalu membelit kata hingga sukar di fahami... namun itu yang aku ingin... hanya aku yang mengerti apa yang perlu di ertikan... mentafsir hati bukan seperti mentafsir mimpi... kadang kala kelihatan cukup mudah di fahami namun kadang kala ia terselindung di sebalik hijab yang tebal dan gelap...
masih mencuba mengintai hati itu... kerna ingin mengurangkan sepi... tapi ia masih bersembunyi... menyepi diri atau mungkin melarikan diri...

Tuesday, April 20, 2010

HIDUP INI SUATU PERJALANAN YANG PANJANG

Hidup ini satu perjalanan yang panjang... kita sering bertemu dengan pelbagai perkara yang merumitkan... hidup ini umpama kapal yang sedang berlayar... kita sedang mengemudinya dengan penuh ketabahan... ada bahtera yang perlayaranya sering berada di lautan yang tenang namun ada juga bahtera yang sedang berhempas pulas meredah gelora yang mengganas... pernahkah kita terfikir... bila sampai waktunya... bahtera ini akan tenggelam meskipun berada di lautan yang tenang. Bila tenggelamnya bahtera bereerti kita sudah sampai ke penhujung waktu... menanti untuk di hitung dan di hisab... berkisar kepada perjalanan kehidupan... untuk terus berada di lautan yang tenang mengemudi bahtera dengan mudah amatlah senang untuk dicari... namun ketenangan itu jangan di sangka kekal hingga keakhit perlabuhanya... sebaliknya ketenangan itulah yang bakal mengugah keimanan sehinggga tiba di suatu ketika kita akan merempuh sebuah bongkah batu yang besar dan menenggelamkan bahtera hidup kita...
Sebaliknya... di sebalik yang sering di lambung ombang... sering di landa gelora... inilah pelayaran yang terbaik... dengan ketabahan yang menjadi pengikat kemudi menongkah gelora... kita akan dapat bertahan hingga akhirnya... malh semuanya akan menjadi semakin mudah dan menyeronokkan... dan kita akan menimba pelbagai pengalaman yang tak dapat di timba oleh pengemudi laut tenang... deria kita akan semakin peka... belumpun berjumpa bongkah batu yang akan meranapkan bahtera kita... kita sudah dapat menghidu baunya dan menukar haluan yang lebih selamat...
Bergitulah pengemudian kita... kadang pasang... kadang surut... laut mana yang tidak bergelora... meski bukan hari ini... mungkin esok... mungkin lusa... namun itulah kenyataan yang pasti... minda dan akal mula mencongak idea mencurah kedalam ruangan kecil ini untuk mampir sekejap membawa renungan... meski bukan untuk orang lain... cukup untuk ingatan diri sendiri... mencari permata benilai di dalam kaca bukan senang seperti mencari batu di dalam pasir... apa yang susah itu lebih bernilai dari apa yang mudah di peroleh... kerana yang susah di temui itulah yang akan membuatkan kita saying untuk melepaskanya kerana kita tahu susahnya mencarinya tetapi senang melepaskanya... biarlah kita terus bersusah dari membiarkanya terlepas... bahtera hidup ini meski kadang kala susah untuk di kemudi namun itulah pengalaman paling berharga dibandingkan dengan senang untuk di kemudi... ranung-renungkanlah............... ;)

Thursday, February 25, 2010

BUAT TATAPAN MINDA DAN HATI

BUAT TATAPAN MINDA DAN HATI....
BUKAN INGIN MENGHEBAHKAN KEHADIRANKU KE MAJLIS AGAMA INI NAMUN SEKADAR INGIN BERKONGSI.... SETELAH DUA JAM SETENGAH BERSAMA AKU MULA TERFIKIR, BANYAK YANG AKU TERLEPAS PANDANG.. TENTANG HAKIKAT DAN REALITI YANG PAHIT UNTUKKU TELAN... SAAT SENJA BERLABUH, DI SITULAH BERMULANYA HARI BARU BUAT KITA. SAAT ANTARA BULAN DAN MATAHARI BERTUKAR TEMPAT, ITULAH PEMISAH ANTARA HARI INI DAN ESOK... SEMUANYA KERANA KITA MENGIKUT PEREDARAN BULAN DAN MATAHARI. 12 TENGAH MALAM BUKAN PEMISAH HARI KITA (ISLAM) SEBALIKNYA SAAT WAKTU MAGHRIB (MATAHARI & BULAN BERTUKAR) ITULAH PEMISAHNYA. HAKIKAT TETAP HAKIKAT. TELAH TERSURAT DI LUH MAHFUZ (TAKDIR) BAHAWA MELAYU ITU ISLAM. MEMPERTAHANKAN MELAYU ITU MEMPERTAHANKAN ISLAM. MENYOKONG MELAYU ITU MENYOKONG ISLAM. BAK KATA PEPATAH, MELAYU DAN ISLAM ITU BAGAI IRAMA DAN LAGU. BAGAI PANTAI DAN LAUTAN. BAGAI ISI DENGAN KUKU. MAKA IMEJ MELAYU YANG KITA BAWA TANPA KITA SEDARI MEMBAWA IMEJ ISLAM. LEMAH MELAYU LEMAH JUGALAH ISLAM. KERANA.... MELAYU DAN ISLAM ADALAH ‘SATU’... NAMUN UNTUK MELIHATKAN HAKIKAT SEBENAR TENTANG KITA (MELAYU DAN ISLAM) AMATLAH PAHIT. NAMUN KEPAHITAN INI HARUS KITA TELAN KERANA SEGALANYA BERPUNCA DARI KITA. BERBICARA TENTANG SESUATU YANG CUKUP MUDAH. BAHASA. KERANA SEGALANYA MASIH BERGANTUNG ATAU SEBENARNYA BERPUNCA DARI SATU PERKARA IAITU... BAHASA... BAHASA MELAYU, BAHASA KEBANGSAAN YANG SEHARUSNYA MENJADI BAHASA PERANTARAAN UTAMA KITA. MASIH INGATKAH, SEMASA ZAMAT KESULTANAN MELAYU MELAKA, BAHASA KITA BERGITU KITA SEHINGGA DI JADIKAN ‘LIGUA FRANCA’ ATAU DALAM ERTI KATA LAIN... BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN. CUBA BAYANGKAN, LELAKI BERKULIT PUTIH,BERTUBUH TINGGI LAMPAI, SEDANG MENJINJING BEG GALAS YANG BESAR DATANG KEPADA KITA “APA KHABAR?” DENGAN RAMAH DAN FASIH. TIDAKKAH KITA BERASA BANGGA KERANA BAHASA KITA SEDANG DI GUNAKAN SELURUH DUNIA MENGGUNAKAN BAHASA KITA SEBAGAI BAHASA PERANTARAAN. NAMUN HAKIKAT HARI INI TIDAK SEINDAH BAYANGAN ANGAN KITA. KITA TERPAKSA BERSUSAH PAYAH MENYEMAK KAMUS, MENILIK SATU PERSATU PERKATAAN DAN TERPAKSA PULA BELAJAR MEMBINA AYAT BAHASA ASING KERANA ITU BAHASA DUNIA. BAHASA YANG DIFAHAMI SEMUA ORANG. KENAPA BAHASA ITU? KENAPA BUKAN BAHASA MELAYU? KERANA KITA INI LALANG. MENGIKUT ANGIN BERTIUP. KERANAP PADA KITA, ITU KEMAJUAN. NAMUN, TANPA KITA SEDARI, ANAK-ANAK HARI INI BUKAN ANAK DAHULU. KEFAHAMANYA BERBEZA. MALAH MENCIPTA DUNIA DIMANA BAHASA ASING INI DI AGUNG-AGUNGKAN. TERDETIK KERIASAUAN DI HATI INI, APAKAH BAHASA KITA (BAHASA MELAYU) MASIH GAH DI BUMI SENDIRI ATAU AKAN PUPUS DI MAKAN ZAMAN YANG SERBA RAKUS? REBAH DI HADAPAN KITA... MARI LIHAT KE SUATU SUDUT PANDANGAN YANG BERBEZA. DI SEBUAH NEGARA YANG MENGAGUNGKAN BAHASANYA. TERLALU MENGAGUNGKAN BAHASANYA SEHINGGA MEREKA TIDAK MAHU BELAJAR BAHASA ASING. NEGARA YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH JEPUN. MEREKA MAHU PELANCONG BELAJAR BAHASA MEREKA TETAPI UNTUK MEREKA BELAJAR BAHASA PELANCONG MAAF, MEREKA TIDAK AKAN BERBUAT SEDEMIKIAN. MEREKA BANGGA DENGAN BAHASA MEREKA. SANGAT BANGGA!
MAAF SEJUTA KEMAAFAN SAYA POHON. BUKAN INGIN MENGATA BANGSA SENDIRI TETAPI MENYUARAKAN HAKIKAT. KITA HARU SEDAR DAN INGAT, UMAT ISLAM SEBELUM INI SUDAH BEBERAPA KALI JATUH, NAMUN KITA MASIH LAGI BANGKIT SEMULA. NAMUN JANGAN HARAPKAN PANAS SEPANJANG HARI BIMBANG MENDUNG BERARAK DI TENGAH HARI. DIKHUATIRI, ANDAI SUATU HARI NANTI KITA JATUH KITA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BANGKIT SEMULA. LIHAT SAJA PADA RENCANA-RENCANA KHABAR, KITA (MELAYU+ISLAM) SEDANG MEMPERSOALKAN HUKUM KITA SENDIRI. SALING BERCAKARAN TENTANG HAL EHWAL AGAMA SENDIRI. AKIBATNYA... NEGATIFLAH EKONOMI KITA... NEGATIFLAH PERSAUDARAAN KITA DAN LEBIH PARAN... SOSIAL KITA JUGA NEGATIF... SEMAKIN BERCERAKINLAH UMAT ISLAM ANDAI PERBALAHAN INI DI TERUSKAN. DARIPADA MASA DAN WAKTU KITA BAZIRKAN TURUN NAIK MAHKAMAH, MENGHADIRI WAWANCARA AKHBAR YANG MUDAH DI MANIPULASI KENYATAANYA, KITA DUDUK... BERTENANG DAN CUBA BERDISKUSI SESAMA KITA TANPA PERLU CAMPUR TANGAN PIHAK TAK BERKENAAN. MENCARI JALAN PENYELESAIAN YANG POSITIF BERSAMA. SALING MENCAPAH IDEA DAN BERGANDING BAHU. MEMBINCANGKAN TENTANG MASA DEPAN KITA. MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM. MERANCANG SESUATU YANG LUAR BIASA DENGAN HASIL LUAR BIASA UNTUK KITA BUKTIKAN BAHAWA KITA ADALAH SUATU KOMUNITI YANG LUAR BIASA. BUKAN KOMUNITI YANG BIASA ATAU LEBIH TERUK UNTUK DI PANDANG SEBELAH MATA. PERITNYA!!!
SEBUAH SEKOLAH MENCIPTA NAMA DENGAN KECERMELANGAN YANG MELUAS. SEPERTI BIASA PASTI SEMUA INGIN TAHU RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR DI SEKOLAH BERKENAAN. APABILA DI TANYA DENGAN BANGGA PENGETUANYA MENGATAKAN RAHSIANYA IALAH, BACA YASSIN DAN SALAM TANGAN CIKGU. WAH BERGITU MUDAH DAN RINGKAS! INILAH ,MASALAH KITA. INILAH MASALAH ORANG MELAYU. INILAH MASALAH ORANG ISLAM. KITA BERFIKIR TERLALU RINGKAS. BAYANGKAN DENGAN JAWAPAN SEBERGITU YANG KELUAR DI DADA AKHBAR KEESOKKANYA SEBAGAI TAJUK UTAMA, PELAJAR YANG MASIH MENTAH AKAN MELAKUKANNYA SEBAGAI RUTIN ASAS BUKAN RUTIN TAMBAHAN. INILAH MASALAH KITA, KITA MASIH KABUR DENGAN KONSEP TAWAKAL DALAM ISLAM. SEHINGGA KITA MELETAKKANYA SEBAGAI PERKARA UTAMA YANG MENJADI ASAS SESUATU KEJAYAAN. MALAH ADA YANG MELAKSANAKAN KONSEP TAWAKAL TANPA BERUSAHA. DIMANA HASILNYA? SESUATU YANG HARUS KITA TAHU, TIADA JALAN PINTAS DALAM ISLAM. TIADA. SAYA ULANGI LAGI... TIADA. USAHA DULU BARU BERTAWAKAL. BUKAN BERTAWAKAL BARU USAHA. ITUPUN JIKA USAHA. ADA YANG HANYA BERTAWAKAL. USAHANYA LANGSUNG TIADA. DAN HAKIKAT YANG JELAS DI SINI, KITA SUSAH UNTUK MEMAHAMI DAN AMAT BERMASALAH DALAM MENTAFSIR. JADI APA SEBENARNYA RAHSIA KEJAYAAN??? BERAMAL... BERIKHTIAR... BERSATU... MEMBENTUK SUATU PERBINCANGAN YANG POSITIF... DUDUK BERDISKUSI MENCARI PUNCA MASALAH KITA, DAN BERSAMA MENCARI IKHTIAR MENYELESAIKANYA SERTA MERUJUK KEPADA YANG ARIF SETELAH MENEMUI JALAN BUNTU. MALAH KITA HARUS MENCARI IDEA YANG LEBIH HEBAT KERANA ORANG LAIN JUGA MAKIN HEBAT.
DI DALAM ISLAM ADA MENYERU KEPADA PERPADUAN. JADI KITA MESTI BERSATU PADU... SAHUTLAH SERUAN ITU! JANGAN HANYA MENDENGAR, MENGANGGUK TETAPI TIDAK BERTINDAK. SEBALIKNYA KITA LIHAT BANGSA LAIN PULA YANG MENYAHUT SERUAN ITU. TIDAK PAA YANG INGIN DIBINCANGKAN? MUSTAHIL! APA KATA KITA BERBINCANG TENTANG BANGSA KITA, SEKOLAH ANAK-ANAK KITA ATAU TENTANG BAHASA KITA. BUKANYA ASYIK BERGOSIP TENTANG ARTIS ATAU POLITIK YANG TIADA KAITAN YANG KURSUS DENGAN KITA. CUKUPLAH MENGETAHUI YANG PATUT BUKAN MEMBONGKAR YANG BUKAN TUGAS KITA. BAK KATA PEPATA, TIADA BEBAN BATU DI GALAS. MAHUKAH KITA DI LABEL SEBAGAI BANGSA YANG TIDAK MAJU. KOLOT. KETINGGALAN ZAMAN. TIDAK. PASTI BERDESING TELINGA UNTUK MENDENGAR TOHMAHAN ITU. JADI JANGAN BIARKAN KELEMAHAN ITU TERSERLAH. ORANG LAIN SEDANG BERLUMBA MENGAPAI KEJAYAAN SEBALIKNYA KITA SEDANG BERLUMBA MENJATUHKAN SATU SAMA LAIN. CUBALAH SALING MENGHULUR TANGAN BIARPUN ORANG ITU ADALAH MUSUH KITA. KITA SIBUK BERTELAGAH TENTANG PELBAGAI PERKARA DAN BIDANG. SEDANGKAN.... KITA HANYA ADA SATU TUHAN (ALLAH).. KITA SOLAT PADA KIBLAT YANG SATU... RASULLUAH KITA, RASUL TERAKHIR KITA HANYA SATU... SOLAT JEMAAH KITA DI KETUAI SATU IMAM YANG SAMA, DAN PALING PENTING, KITA BERTUNJANGKA SATU KALIMAH YANG SATU, KALIMAH SYAHADAH.
SEKIAN SAJA SAYA MENULIS HARI INI. SEPULUH JARI DI SUSUN RAPI ANDAI ADA YANG TERASA HATI. TIADA NIAT, TIDAK TERDETIK KEINGINAN UNTUK MELUKAKAN SESIAPA CUMA MELUAHKAN RASA HATI DAN MENGOLAH KEMBALI ISI CERAMAH AGAMA YANG SAYA HADIRI. JIKA PANJANG UMUR, SAYA AKAN SAMBUNG LAGI... INSYA-ALLAH..!!