BUTTON

Thursday, February 25, 2010

BUAT TATAPAN MINDA DAN HATI

BUAT TATAPAN MINDA DAN HATI....
BUKAN INGIN MENGHEBAHKAN KEHADIRANKU KE MAJLIS AGAMA INI NAMUN SEKADAR INGIN BERKONGSI.... SETELAH DUA JAM SETENGAH BERSAMA AKU MULA TERFIKIR, BANYAK YANG AKU TERLEPAS PANDANG.. TENTANG HAKIKAT DAN REALITI YANG PAHIT UNTUKKU TELAN... SAAT SENJA BERLABUH, DI SITULAH BERMULANYA HARI BARU BUAT KITA. SAAT ANTARA BULAN DAN MATAHARI BERTUKAR TEMPAT, ITULAH PEMISAH ANTARA HARI INI DAN ESOK... SEMUANYA KERANA KITA MENGIKUT PEREDARAN BULAN DAN MATAHARI. 12 TENGAH MALAM BUKAN PEMISAH HARI KITA (ISLAM) SEBALIKNYA SAAT WAKTU MAGHRIB (MATAHARI & BULAN BERTUKAR) ITULAH PEMISAHNYA. HAKIKAT TETAP HAKIKAT. TELAH TERSURAT DI LUH MAHFUZ (TAKDIR) BAHAWA MELAYU ITU ISLAM. MEMPERTAHANKAN MELAYU ITU MEMPERTAHANKAN ISLAM. MENYOKONG MELAYU ITU MENYOKONG ISLAM. BAK KATA PEPATAH, MELAYU DAN ISLAM ITU BAGAI IRAMA DAN LAGU. BAGAI PANTAI DAN LAUTAN. BAGAI ISI DENGAN KUKU. MAKA IMEJ MELAYU YANG KITA BAWA TANPA KITA SEDARI MEMBAWA IMEJ ISLAM. LEMAH MELAYU LEMAH JUGALAH ISLAM. KERANA.... MELAYU DAN ISLAM ADALAH ‘SATU’... NAMUN UNTUK MELIHATKAN HAKIKAT SEBENAR TENTANG KITA (MELAYU DAN ISLAM) AMATLAH PAHIT. NAMUN KEPAHITAN INI HARUS KITA TELAN KERANA SEGALANYA BERPUNCA DARI KITA. BERBICARA TENTANG SESUATU YANG CUKUP MUDAH. BAHASA. KERANA SEGALANYA MASIH BERGANTUNG ATAU SEBENARNYA BERPUNCA DARI SATU PERKARA IAITU... BAHASA... BAHASA MELAYU, BAHASA KEBANGSAAN YANG SEHARUSNYA MENJADI BAHASA PERANTARAAN UTAMA KITA. MASIH INGATKAH, SEMASA ZAMAT KESULTANAN MELAYU MELAKA, BAHASA KITA BERGITU KITA SEHINGGA DI JADIKAN ‘LIGUA FRANCA’ ATAU DALAM ERTI KATA LAIN... BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN. CUBA BAYANGKAN, LELAKI BERKULIT PUTIH,BERTUBUH TINGGI LAMPAI, SEDANG MENJINJING BEG GALAS YANG BESAR DATANG KEPADA KITA “APA KHABAR?” DENGAN RAMAH DAN FASIH. TIDAKKAH KITA BERASA BANGGA KERANA BAHASA KITA SEDANG DI GUNAKAN SELURUH DUNIA MENGGUNAKAN BAHASA KITA SEBAGAI BAHASA PERANTARAAN. NAMUN HAKIKAT HARI INI TIDAK SEINDAH BAYANGAN ANGAN KITA. KITA TERPAKSA BERSUSAH PAYAH MENYEMAK KAMUS, MENILIK SATU PERSATU PERKATAAN DAN TERPAKSA PULA BELAJAR MEMBINA AYAT BAHASA ASING KERANA ITU BAHASA DUNIA. BAHASA YANG DIFAHAMI SEMUA ORANG. KENAPA BAHASA ITU? KENAPA BUKAN BAHASA MELAYU? KERANA KITA INI LALANG. MENGIKUT ANGIN BERTIUP. KERANAP PADA KITA, ITU KEMAJUAN. NAMUN, TANPA KITA SEDARI, ANAK-ANAK HARI INI BUKAN ANAK DAHULU. KEFAHAMANYA BERBEZA. MALAH MENCIPTA DUNIA DIMANA BAHASA ASING INI DI AGUNG-AGUNGKAN. TERDETIK KERIASAUAN DI HATI INI, APAKAH BAHASA KITA (BAHASA MELAYU) MASIH GAH DI BUMI SENDIRI ATAU AKAN PUPUS DI MAKAN ZAMAN YANG SERBA RAKUS? REBAH DI HADAPAN KITA... MARI LIHAT KE SUATU SUDUT PANDANGAN YANG BERBEZA. DI SEBUAH NEGARA YANG MENGAGUNGKAN BAHASANYA. TERLALU MENGAGUNGKAN BAHASANYA SEHINGGA MEREKA TIDAK MAHU BELAJAR BAHASA ASING. NEGARA YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH JEPUN. MEREKA MAHU PELANCONG BELAJAR BAHASA MEREKA TETAPI UNTUK MEREKA BELAJAR BAHASA PELANCONG MAAF, MEREKA TIDAK AKAN BERBUAT SEDEMIKIAN. MEREKA BANGGA DENGAN BAHASA MEREKA. SANGAT BANGGA!
MAAF SEJUTA KEMAAFAN SAYA POHON. BUKAN INGIN MENGATA BANGSA SENDIRI TETAPI MENYUARAKAN HAKIKAT. KITA HARU SEDAR DAN INGAT, UMAT ISLAM SEBELUM INI SUDAH BEBERAPA KALI JATUH, NAMUN KITA MASIH LAGI BANGKIT SEMULA. NAMUN JANGAN HARAPKAN PANAS SEPANJANG HARI BIMBANG MENDUNG BERARAK DI TENGAH HARI. DIKHUATIRI, ANDAI SUATU HARI NANTI KITA JATUH KITA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BANGKIT SEMULA. LIHAT SAJA PADA RENCANA-RENCANA KHABAR, KITA (MELAYU+ISLAM) SEDANG MEMPERSOALKAN HUKUM KITA SENDIRI. SALING BERCAKARAN TENTANG HAL EHWAL AGAMA SENDIRI. AKIBATNYA... NEGATIFLAH EKONOMI KITA... NEGATIFLAH PERSAUDARAAN KITA DAN LEBIH PARAN... SOSIAL KITA JUGA NEGATIF... SEMAKIN BERCERAKINLAH UMAT ISLAM ANDAI PERBALAHAN INI DI TERUSKAN. DARIPADA MASA DAN WAKTU KITA BAZIRKAN TURUN NAIK MAHKAMAH, MENGHADIRI WAWANCARA AKHBAR YANG MUDAH DI MANIPULASI KENYATAANYA, KITA DUDUK... BERTENANG DAN CUBA BERDISKUSI SESAMA KITA TANPA PERLU CAMPUR TANGAN PIHAK TAK BERKENAAN. MENCARI JALAN PENYELESAIAN YANG POSITIF BERSAMA. SALING MENCAPAH IDEA DAN BERGANDING BAHU. MEMBINCANGKAN TENTANG MASA DEPAN KITA. MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM. MERANCANG SESUATU YANG LUAR BIASA DENGAN HASIL LUAR BIASA UNTUK KITA BUKTIKAN BAHAWA KITA ADALAH SUATU KOMUNITI YANG LUAR BIASA. BUKAN KOMUNITI YANG BIASA ATAU LEBIH TERUK UNTUK DI PANDANG SEBELAH MATA. PERITNYA!!!
SEBUAH SEKOLAH MENCIPTA NAMA DENGAN KECERMELANGAN YANG MELUAS. SEPERTI BIASA PASTI SEMUA INGIN TAHU RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR DI SEKOLAH BERKENAAN. APABILA DI TANYA DENGAN BANGGA PENGETUANYA MENGATAKAN RAHSIANYA IALAH, BACA YASSIN DAN SALAM TANGAN CIKGU. WAH BERGITU MUDAH DAN RINGKAS! INILAH ,MASALAH KITA. INILAH MASALAH ORANG MELAYU. INILAH MASALAH ORANG ISLAM. KITA BERFIKIR TERLALU RINGKAS. BAYANGKAN DENGAN JAWAPAN SEBERGITU YANG KELUAR DI DADA AKHBAR KEESOKKANYA SEBAGAI TAJUK UTAMA, PELAJAR YANG MASIH MENTAH AKAN MELAKUKANNYA SEBAGAI RUTIN ASAS BUKAN RUTIN TAMBAHAN. INILAH MASALAH KITA, KITA MASIH KABUR DENGAN KONSEP TAWAKAL DALAM ISLAM. SEHINGGA KITA MELETAKKANYA SEBAGAI PERKARA UTAMA YANG MENJADI ASAS SESUATU KEJAYAAN. MALAH ADA YANG MELAKSANAKAN KONSEP TAWAKAL TANPA BERUSAHA. DIMANA HASILNYA? SESUATU YANG HARUS KITA TAHU, TIADA JALAN PINTAS DALAM ISLAM. TIADA. SAYA ULANGI LAGI... TIADA. USAHA DULU BARU BERTAWAKAL. BUKAN BERTAWAKAL BARU USAHA. ITUPUN JIKA USAHA. ADA YANG HANYA BERTAWAKAL. USAHANYA LANGSUNG TIADA. DAN HAKIKAT YANG JELAS DI SINI, KITA SUSAH UNTUK MEMAHAMI DAN AMAT BERMASALAH DALAM MENTAFSIR. JADI APA SEBENARNYA RAHSIA KEJAYAAN??? BERAMAL... BERIKHTIAR... BERSATU... MEMBENTUK SUATU PERBINCANGAN YANG POSITIF... DUDUK BERDISKUSI MENCARI PUNCA MASALAH KITA, DAN BERSAMA MENCARI IKHTIAR MENYELESAIKANYA SERTA MERUJUK KEPADA YANG ARIF SETELAH MENEMUI JALAN BUNTU. MALAH KITA HARUS MENCARI IDEA YANG LEBIH HEBAT KERANA ORANG LAIN JUGA MAKIN HEBAT.
DI DALAM ISLAM ADA MENYERU KEPADA PERPADUAN. JADI KITA MESTI BERSATU PADU... SAHUTLAH SERUAN ITU! JANGAN HANYA MENDENGAR, MENGANGGUK TETAPI TIDAK BERTINDAK. SEBALIKNYA KITA LIHAT BANGSA LAIN PULA YANG MENYAHUT SERUAN ITU. TIDAK PAA YANG INGIN DIBINCANGKAN? MUSTAHIL! APA KATA KITA BERBINCANG TENTANG BANGSA KITA, SEKOLAH ANAK-ANAK KITA ATAU TENTANG BAHASA KITA. BUKANYA ASYIK BERGOSIP TENTANG ARTIS ATAU POLITIK YANG TIADA KAITAN YANG KURSUS DENGAN KITA. CUKUPLAH MENGETAHUI YANG PATUT BUKAN MEMBONGKAR YANG BUKAN TUGAS KITA. BAK KATA PEPATA, TIADA BEBAN BATU DI GALAS. MAHUKAH KITA DI LABEL SEBAGAI BANGSA YANG TIDAK MAJU. KOLOT. KETINGGALAN ZAMAN. TIDAK. PASTI BERDESING TELINGA UNTUK MENDENGAR TOHMAHAN ITU. JADI JANGAN BIARKAN KELEMAHAN ITU TERSERLAH. ORANG LAIN SEDANG BERLUMBA MENGAPAI KEJAYAAN SEBALIKNYA KITA SEDANG BERLUMBA MENJATUHKAN SATU SAMA LAIN. CUBALAH SALING MENGHULUR TANGAN BIARPUN ORANG ITU ADALAH MUSUH KITA. KITA SIBUK BERTELAGAH TENTANG PELBAGAI PERKARA DAN BIDANG. SEDANGKAN.... KITA HANYA ADA SATU TUHAN (ALLAH).. KITA SOLAT PADA KIBLAT YANG SATU... RASULLUAH KITA, RASUL TERAKHIR KITA HANYA SATU... SOLAT JEMAAH KITA DI KETUAI SATU IMAM YANG SAMA, DAN PALING PENTING, KITA BERTUNJANGKA SATU KALIMAH YANG SATU, KALIMAH SYAHADAH.
SEKIAN SAJA SAYA MENULIS HARI INI. SEPULUH JARI DI SUSUN RAPI ANDAI ADA YANG TERASA HATI. TIADA NIAT, TIDAK TERDETIK KEINGINAN UNTUK MELUKAKAN SESIAPA CUMA MELUAHKAN RASA HATI DAN MENGOLAH KEMBALI ISI CERAMAH AGAMA YANG SAYA HADIRI. JIKA PANJANG UMUR, SAYA AKAN SAMBUNG LAGI... INSYA-ALLAH..!!

No comments:

Post a Comment