KEHIDUPAN INI MEMPUNYAI PELBAGAI CABANGNYA... KITA HANYA PERLU MEMILIH.. NAMUN MANUSIA SERING SAHAJA SILAP MEMBUAT PILIHAN.. MEREKA TELAH MEMILIH UNTUK SENGSARA WALAUPUN PADA HAKIKATNYA MEREKA MAMPU UNTUK BAHAGIA.. TUHAN TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA UNTUK MENJADI PEMIMPIN DI MUKA BUMI.. MESKI HANYA MEMIMPIN DIRI SENDIRI NAMUN TANGGUNGJAWAB ITU TETAP TERGALAS DI BAHU KITA.. JIKA KITA TERSILAP MEMILIH JALAN ALANGKAH RUGINYA.. MASAKAN TIDAK RUGI JIKA KITA TERPAKSA MENGHARUNGI KESENGSARAAN HIDUP HANYA KERANA SATU PEMILIHAN YANG SALAH. MUNGKIN ADA YANG BERKATA SEGALANYA KERANA TAKDIR. JANGAN MENYALAHKAN TAKDIR. JIKA KITA MAHU DAN KITA BERUSAHA KITA MAMPU MERUBAHNYA. HANYA DUA TAKDIR YANG TIDAK MAMPU KITA UBAH, JODOH DAN MAUT, NAMUN YANG LAIN DENGAN IZIN ALLAH KITA MAMPU MENGUBAHNYA. MENULIS DAN AKU TERUS MENULIS. MENGISI RUANGAN YANG KIAN KUSAM INI DENGAN SECEBIS PENDAPAT TENTANG KEHIDUPAN. MENGAPAKAH MESTI MENYALAHKAN ORANG LAIN SEDANGKAN SILAP ITU TERGALAS DI BAHU KITA SENDIRI. MENULIS DAN TERUS MENULIS. BUKAN TERNIAT UNTUK MENYINGGUNG HANYA MENCETUS RASA DI HATI INI. SUDAH ACAP KALI AKU DI PERLIHATKAN TENTANG KEKEJAMAN DUNIA. MENJADI KESANGSIAN DALAM DIRI TERUS BERTAHTA. KEMANA LETAKNYA KEADILAN KEPADA UMAT MANUSIA?? KEMANA HILANGNYA KESETIAN YANG TERSEMAT DALAM DADA SETIAP UMAT MANUSIA?? PEMERINTAH ITU ADALAH TUNJANG KEPADA NEGARA. JIKA DAUN TIDAK MAHU MENYERAP OKSIGEN UNTUK POHON TERUS MENJANA MAKANAN MASAKAN POKOK ITU MAMPU BERTAHAN?? PEMIMPIN ADALAH TUNJANG (AKAR) KEPADA POHON, RAKYAT ADALAH DAUN KEPADA POKOK YANG BEKERJA KERAS MEMBUAT MAKANAN UNTUK POKOK TERUS SUBUR... PERNAHKAH TERLIHAT POHON TANPA DAUN?? ATAU POHON TANPA AKAR?? TIDAK.... TUHAN TELAH MENCIPTA PENUH SEMPURNA SEBATANG POHON ITU. BERGITULAH TERBENTUKNYA SEBUAH KERAJAAN YANG PENUH ORGANISASI... NAMUN MATAKU MELIHAT HAKIKAT HARI INI. MELIHAT KEHANCURAN YANG TAK BERPENGHUJUNG. UMAT MANUSIA MULA BERPECAH. AGAMA DAN PEGANGAN TIBA-TIBA MENJADI SATU JURANG YANG MEMISAHKAN JARAK ANTARA KITA YANG DULUNYA MAMPU UNTUK BERLAGA BAHU UNTUK MEMENUHI DATARAN MERDEKA MELAUNGKAN UNGKAPAN KERAMATA 'MERDEKA' SEBANYAK TUJUH KALI. RUMAH IBADAT MENJADI SASARAN UNTUK TERUS MENJAUHKAN LAGI JURANG PERKAUMAN. KEMANA LETAKNYA SEMANGAT TUNKU? KEMANA HILANGNYA KRGIGIHAN TUN ABDUL RAZAK? KEMANA JEJAK KEINGINAN KECERMELANGAN TUN HUSSIN ONN? KEMANA KEMAJUAN DAMBAAN TUN DR MAHATHIR?? KEMANA SEMANGAT LESTARI TUN ABDULLAH... KINI KEMANA SEMANGAT JUANG DATUK NAJIB DILEMPARKAN?? TIDAKKAH TERLINTAS UNTUK TERUS BERPEGANG KEPADA PRINSIP "SATU" KITA. TIADA BEZA KAUM DAN WARNA KULIT. TIADA BEZA AGAMA DAN PENEMPATAN. KITA SAMA. SATU MALAYSIA. MENJANA PENGALIRAN EKONOMI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA. MENJANA KECERMELANGAN MINDA UNTUK GENERASI YANG SAMA. UNTUK MENGGERAK KEDAMAIAN DAN KEAMANAN UNTUK DI NIKMATI BERSAMA.
AKU MENULIS DAN MENULIS... MENCAPAH IDEA YANG TAK TERLINTAS UNTUK BERPOLITIK. APATAH LAGI MEGKRITIK. AKU CUMA MENULIS DARI CTUSAN IDEA DEMI IDEA YANG TERUS MEMBUATKAN JARIKU LANCAK MENARI DI MEDAN PENULISAN INI UNTUKKU TERUS MENAIP SATU PERSATU PATAH KATA. MUNGKIN KERINDUAN MENULIS DI RUANGAN KECIL INI MEMBUATKAN TANGAN INI MENAIP APA SAHAJA YANG TERLINTAS DI MINDAKU. AKU TERU INGIN MENULIS. BUKAN INGIN MENDESAK ATAU MENGHANSUT. SEKADAR MENULIS IDEA YANG TERCETUS DI BENAK FIKIRAN INI.
AKU MENULIS DAN TERUS MENULIS... MENGISI KEKOSONGAN WAKTU DAN MINDA YANG TERLERAI DARI KEKUSUTAN HATI. AKU INGIN TERUS MENCORET UNTUK TATAPAN HARI DEPANKU. AKU INGIN MELIHAT PERUBAHAN CORETANKU TENTANG DUNIA INI. APAKAH MASIH TERUS MERUNDUM ATAU AKU BAKAL MENCORET SESUATU YANG MENYENANGKAN.
MENULIS DAN TERUS MENULIS... AKU AKAN TERUS MENULIS... KERANA AKU ADALAH PENULIS...
No comments:
Post a Comment