KEHIDUPAN INI TERLALU RUMIT SIMPULANYA... SEHINGGA SUKAR MENJANGKAKAN DI MANA PENGHUJUNG IKATANYA... AKU BERBICARA DARI HATI... BUKAN MEMPROTES MAHUPUN MENYOKONG. MATAKU MENATAP AKHBAR PILU. KEHANCURAN DEMI KEHANCURAN MENERPA. KEGUSARAN MENERJAH KE SETIA RONGGA KEHIDUPAN. APAKAH AKU MASIH MAMPU MELIHAT HARI ESOK DENGAN KEBAHAGIAAN. ATAU AKU HAYA AKAN NAMPAK KEJELIKKAN DI SEBALIK WAJAH YANG TAMPAK SUCI. MASIH KU MENCARI KEBENARAN YANG BENAR BUKAN KEBANARAN YANG BOHONG. MEMAHAMI DAN MENTAFSIR SETIAP KATA BAK PELURU MEMBUNUH SETIAP SATU JIWA YANG KOSONG DAN LEMAH. APAKAH AKU MASIH MAMPU UNTUK BERDIRI SEDANGKAN LANGKAH INI SEMAKIN LONGLAI DI TENGAH KEHANCURAN KEBAHAGIAAN UMAT MANUSIA.
MENJANGKA ATAU MENDUGA....
KU BUKAN MENCERCA JAUH SEKALI MENCACI. KUBUKAN INGIN MELEPASKAN AMARAH MAHUPUN MEMARAHI. TAPI KESAKITAN DALAM HATI SEMAKIN MENJELMA SAAT KU LIHAT PERBALAHAN DEMI PERBALAHAN. KEMANA LETAKNYA IKATAN KASIH YANG DI SEMAI SEJAK DULU. DIMANA HILANGNYA KASIH ANTARA MANUSIA SEJAGAT SEPERTIMANA KUATNYA KASIH NABI JUNJUNGAN BUAT UMATNYA. TERLALU AMPUH DAN RAPUH HATI KITA. MENJEBAK DIRI KEPADAKEHANCURAN. SEDANGKAN SEGALANYA PASTI UTUH TANPA PERBALAHAN.
MENJANGKA ATAU MENDUGA....
AKU MASIH TERUS INGIN MENULIS. MENCERNA PENDAPAT YANG AKU SENDIRI GUSAR ANDAI TERLALU HIPERBOLA. ATAU MUNGKIN MELUKAKAN. AKU MASIH MENCARI TITIK PERMULAAN SEGALANYA. TITIK HITAM YANG MULA MERAJAI HATI YANG KIAN GELAP DAN KABUR. MASIH AKU TERBAYANG BAGAIMANA KU LIHAT DI DADA AKHBAR WAJAH SUCI SEORANG BAYI DI BUANG TANPA BELAS. TANPA WUJUD RASA SIMPATI. AKU MASIH MENCARI DAN MENCARI APAKAH MUNGKIN ADA YANG TERSILAP DALAM PERCATURAN HARI INI. NAMUN AKU LIHAT USAHA DEMI USAHA MEMBUATKAN AKU SEDAR, KITA TIDAK INGINKANYA BERLAKU. JADI SIAPA YANG SILAP?? JIKA SEMUA ORANG MEMPROTESNYA DAN TERUS MEMBANTAH, PASTINYA TIDAK AKAN ADA KEMUNCULANYA. JADI AKU TERTANYA... APAKAH MUNGKIN SEMUA INI ADA PEMULANYA DAN PENAMATNYA???
MENJANGKA ATAU MENDUGA....
AKU MASIH MENCARI JAWAPAN... NAMUN SEMAKIN BANYAK PERSOALAN YANG MUNCUL. HATI INI TIDAK LAGI TENANG SETENANG TASIK CHINI. HATI INI MULA BERKOCAK MENCARI JAWAPAN. AKU MASIH MENANTI HARI YANG MENDATANG. MENGHITUNG SATU PERSATU. MENCARI KEHIDUPAN DI CELAHAN DEDAUN YANG KIAN KERING DAN LAYU. MASIHKAH SEMPAT AKU BERLARI UNTUK MEMBAJAI POHON YANG KIAN RAPUH INI?? SEDANGKAN AKU LIHAT DAUN LAYU SEMAKIN BERTAMBAH. BATANGNYA SEMAKIN MEREKAH DAN RAPUH. BERTAHANLAH KERANA AKU YAKIN ADA TANGAN AJAIB YANG AKAN MENYIRAMINYA DENGAN AIR MEMBAJAINYA DENGAN SEMPURNA. AKU HARAP MASIH SEMPAT.....
MENJANGKA ATAU MENDUGA.... AKU SENDIRI TIDAK PASTI....
No comments:
Post a Comment