Perjuangan.... siapakah yang mengerti erti sebenar kalimah yang sering menjadi kebanggaan untuk mendabik dada. siapa yang tahu erti sebernar sebuah perjuangan itu?? Mungkin dia ialah Sybil Kathigesu. Siapa Sybil sehinggakan ternobat dalam senarai insan yang mengerti erti perjuangan???
Tak siapa sedar, tak siapa tahu mungkin tak pernah cuba di ambil tahu. Namun tak pernahkah diri cuba menerobos kedalam kehidupanya. Keutuhan prinsp dan peganganya sehingga dia tak pernah goyah meski di seksa penuh kejam??
Pernah hati ini terfikir, apakah pejuangan yang di masa lalu lebih beharga berbanding perjuangan masa kini?? Atau sebenarnya kita sendiri yang tidak faham erti perjuangan yang sebenar sehingga kita tewas sebelum berperang...
Kita bukan berperang! Tetapi kita bertempur dengan jiwa dan naluri kita sendiri bukan??
Jangan cuba bermain api dengan kata-kata. Nanti takut memakan diri. Itulah kalimat yang menghantui seorang pemikir yang ingin bersuara. takut menyentuh hati orang lain. takut terguris hati lain. Namun sampai bila kita ingin menapak dalam medan pertempuran jiwa dengan ketakutan hati? Bayangkan jika kita adalah Sybil. Apakah mampu untuk kita utuh prinsip sepertinya jika kita terus takut dengan bayang-bayang sendiri?? Jangan berjenaka dalam kegelapan. Nanti sendiri tersandung jerat.
Sybil... Meski bukan pejuang di medan perang namun keutuhan prinsip dan kekuatan hati dan jiwanya menjadikan dia seorang pahlawan lantas meraih gelaran wirawati negara. tidak pernah cuba membanding beza antara orang lain. Cuma berhati-hati dalam berkata, takut mengguris perasaan pula.
Ketabahanya jadikan tauladan. Keutuhanya jadi panduan. Menjadikan dia... Sybil Kathigesu....
No comments:
Post a Comment