Pelbagai persoalan yang semakin tertebar masuk kedalam rongga minda hingga mencerna keinginnan yang ingin bebicara yang sangat mendalam di dalam hati. aku masih mencari, apakah aku masih perlu untuk mencari.... apa dan demi siapa aku masih belum ketahui keputusanya. baru sahaja selesai memotivasikan diri dalam mencerna minda yang terasa beku kerana terlalu kurang berfikir. namun untuk terus menjana keharmonian yang malar aku pelu menulis sesuatu untuk renunganku diriku dan orang lain.
BILA HATI INGIN BERBICARA....
kuungkap dalam satu nada kata yang terlalu obses pada sebuah perasaan yang sememangnya lumrah manusia. MENYINTAI DAN DICINTAI menjadi lumrah naluri dalam hati seorang insan bergelar manusia. ada yang cuba memekakkan telinga. katanya belum masa yang tepat untukku berbicara tentang cinta. mungkin memandang aku hanyalah insan jumud yang cuba berbicara tentang perasaan tanpa memikirkan kebenaran apa yang terluah dari bibir ini...
H.M Tuah Iskandar idolaku yang ku kagumi menyatakan di dalam mingguan wanita bagaimana Jodoh itu takkan datang dengan sendiri sebaliknya dengan pelbagai kejadian yang di takdirkan oleh ALLAH agar pertemuan itu terjadi di antara dua insan itu. Itulah yang cuba aku berkata namun jelas maih ada yang tak menerima. Lantas ku banding dan bezakan antara Cinta, Kasih Dan Suka. bezanya???? Itulah persoalan yang bermain di minda kerana ramai yang tesalah tafsir perasaan sendrir sehingga mereka tidak nampak beza ketiga-tiga mekanisme ini.
ADA APA DENGAN CINTA????
semacam tajuk filem pula namun ini yang yang menjadi persoalan yang lumrah dalam diri seorang remaja yang sedang meningkat usia remajanya sehingga mereka merasakan cinta itu perlu bagi setiap remaja. Memang cinta itu perlu bagi seorang remaja untuk tumbuh membesar menjadi remaja yang berkarisma dan memounyai aset diri yang tertinggi. Namun cinta apa??? Jebakan cinta monyet bukanlah salah satu mekanisme yang menjadi 'catalyst' dalam pembentukan diri sebaliknya jika salah langkah boleh tersungkur menyembah bumi. namun, Cinta yang saya maksudkan adalah cinta hakiki. Cinta kita kepada ALLAH dan bagaimana kita menilai apakah kita telah cukup dalam menyintai ALLAH sedalam kita menyintai insan yang kita cinta di dunia ini??? Satu persoalan menyinggah di minda tatkala ini... adakah kita mampu mencurahkan rasa cinta kita kepada ALLAH setinggi penzahiran rasa cinta kita kepada 'kekasih ' kita?? Sedangkan kekasih hati kita itu boleh di lihat, boleh bercakap dengan kita meskipun berjauhan tiada di depan mata, namun kemudahan alat elektronik yang canggih membawa kepada kemudahan untuk berhubung meskipun hanya mendengar suara. Bagaimana pula dengan ALLAH?? Kita tidak melihat ALLAH apataha ;agi berkata-kata. bagaimana rasa cinta itu terus kekal dalam diri??? Tepuk dada tanya minda.
CINTA ITU BUKANKAH KASIH????
Inilah yang berbeza antaranya. cinta... kasih... berbeza... jika kita mencintai ia terzahir bersama kasih sebaliknya rasa kasih itu tidak semestinya hadir bersama cinta. cinta ini kekal dan datangnya dari seketul darah yang berada di dalam diri kita. dan yang pentingnya, cinta ini kesanya dan kekekalanya lebih lama daripada kasih. jika kita kasih, kita boleh membencinya suatu hari nanti... namun jika kita cinta, kita menyayanginya dan akan sntiasa ingin mendampinginya. tiada istilah jemu, muak atau bosan sebaliknya jika terlalu kasih, orang kata boleh membawa kepada rasa benci apabila terlalu lama bermadu kasih yang tiada hujung pangkal dan lebih terang kasih sekadar kasih tiada rasa cinta. kerana itulah kita perlu menilai kembali, apakah raa sebenar kita kepada ALLAH??? Cinta atau kasih???
SAYA SUKA DIA.....
Suka oh suka. banyak pengertian dan istilah yang boleh definiikan suka. ia boleh jadi perbuatan ia juga boleh jadi perasaanya. Namun suka yang sedang di diskusikan di dalam jejak kaki saya ini suka yang dibawah naungan perasaan. Saya sekadar suka tapi tak sayang tapi rasanya cinta. URm cuba tafsirkan ayat ini dalam minda dan hati. Adakah perasaan suka ini akan berkekalan jika berterusan kita membiarkanya menguasai diri yang sebenarnya banyak di pengaruhi nafsu semata-mata. uka ini terlalu universal dan ia tidak diklasifikasikan sebagai perasaan kasih dan cinta yang digabungkan menjadi 'suka'. tetapi dalam perasaan cinta akan hadir rasa suka dan kasih, dalam rasa kasih tidak semestinya cinta. suka pula kadang kala langsung tidak hadir bersama kasih mahupun cinta.
Jadi perasaan mana yang lebih baik???
SUKA?? KASIH??? Atau CINTA???
fikirkanlah... dan terjemahkan kembali...
ADAKAH KITA HAMBA YANG SEKADAR SUKA PADA TUHANYA???
ATAU KITA HAMBA YANG HANYA KASIH KEPADA PENCIPTANYA???
ATAU SEBENARNYA KITA TELAH MENYEMAI BENIH CINTA YANG HAKIKI KEPADA PENCIPTANYA YANG AGUNG?????
No comments:
Post a Comment