Ada sepasang merpati... megah menebarkan sayapnya yang putih menawan mata-mata manusia yang sukakan kecantikan... namun tanpa merpati sedari ada mata helang yang menanti untuk menyambar kemegahanya itu...
Hah ini sekadar analogi... Salam luar biasa...
Pernah hati ini terfikir adakah aku akan sentiasa di sukai semua orang atau aku hanya akan menjadi bahan untuk mereka lepaskan rasa tangis dan amarah sebaliknya melupakan saat mereka mendapat cincin berlian... Hari ini aku menulis dengan perlambangan kerana aku takut ada yang terasa... Hanya mereka yang ingin memahami akan gfaham tetapi mereka yang tak pernah cuba memahami akan terus di buru persoalan tentang apa yang aku katakankan di gelintar ini...
Tangan ini bergitu rakus menari di atas papan kekunci seakan tidak mahu berhenti... Ketagihkah??? Mungkin sekadar mencari ruang dimensi yang maya untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku di hati... kecil hatikah???
Tidak sesekali... aku tidak mahu menaruh sebarang dendam apatah lagi membuat satu syakwansangka sehingga orang lain rasa bersalah... Cukuplah ku lempar segaris senyuman tanda aku okey!!
Mungkin hari ini hatiku berbunga riang kerana mencari sesuatu yang sudah lama aku tidak temui... aku kembali menemui jiwaku yang kurasa sudah lama aku tinggalkan sejak aku menenpa tapak di sini... Bukan tidak boleh meneruskanya cuma kesibukan yang maksima membuatkan aku terperangkap dalam dunia yang bukan aku...
kerna itu aku merasakan hari ini seindah esok kerana aku merasakan bahawa aku sudah kembali ke duniaku... Meladeni kehidupan yang penuh dengan jiwa yang halus... bukan melayari pelayaran yang tiada perasaan apatah lagi jiwa...
Cukuplah ku himpit kelapaku dengan pelbagai fomula dan maksud... Kini aku ingin sediakan kembali mindaku ruang jiwaku untuk kembali membawa kepada kehidupanku yang riang...
Moga hari ini seindah esok... dan hari esok akan membawalebih banyak keindahan yang malar....
No comments:
Post a Comment