Suatu ketika aku menanti kehadiran seseorang yang merupakan seorang pemimpin meskipun hanya berkuasa di kampus... Bukanlah orang atasan namun cukup untuk di gelar sebagai pemimpin... Sarananya bagaikan dia seorang yang cukup tegas dalam menepati masa... aku harus berada di tempat itu tepat pada masanya... Pantas aku datang ke situ dengan harapan aku tidak akan lewat dan dianggap sebagai pencuri masanya yang beharga...
Namun aku terkedu seketika setibanya aku di situ.... Tiada sesiapa malah tempat itu masih lagi berkunci. Aku mula diserang keanehan... Namun setelah ku lihat jam... Rupanya aku yang awal... Aku membiarkan detik berlalu... Sedetik... Dua detik... Tiga Detik... Jam di tangan menunjukkan tepat pada waktu yang di minta aku hadir. Namun kali ini aku di serang rasa kehairanan yang sangat... Tiada sesiapa yang datang membuaka pintu dan aku sedang berdiri seorang diri di beranda menanti orang yang menyuruh aku datang tepat pada masanya....
Ini hanyalah permulaan dan bukan jua pengakhiran... Jom kita singkap di sebalik Kalam ALLAH yang berbunyi Wal Asr...
Demi Masa... Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal soleh....
Inilah petikan dari Surah Wal Asr yang diterjemahkan dalam bahasa melayu.... Rasanya bukanlah terlalu semantik ayat ini sebaliknya ia cukup jelas tentang pentingnya masa. Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian... Benar... Kerana masa yang tidak di hargai sebenarnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian... Masa yang telah berlalu tidak akan kembali.... Bergitulah yang berlaku kepada kita pada hari ini.... Masa tidak kita hargai sepenuhnya... Kita sentiasa menjadi pencabul masa sehingga masa itu lari meninggalkan kita... Namun kita tidak pernah sedar akan hakikat tersebut... Kita hanya sibuk mencari kemewahan... Dunia sehingga kita terlupa... Demi Masa kita telah meninggalkan akhirat... Benar... Kita menggunakan semua masa kita dengan berhemah... Namun benarkah masa yang di gunakan cukup hemahnya?? Adakah jam kredit untuk ALLAh cukup peruntukkanya dan jika perlu bukan sekadar cukup... Ada tambahan...
Hah... Bukan di universiti sahaja ada jam kredit... Dalam urusan akhirat juga ada jam kreditnya tersendiri... Katakanlah Solat itu peruntukkanya 10 minit satu solat... % waktu bermakna 50 Minit... Itu Belum sampai satu jam kredit pown... Baiklah... Tmabah dengan Zikrullah dan Bacaan Al-Quran... Semua sekali 2 jam sehari... Ini bermakna baru satu jam kredit untuk ALLAH... Sedangkan subjek fizik, kimia, biologi , business management , Account... Semuanya memperuntukkan 3 jam kredit... Masakan masa kredit untuk ALLAH lebih pendek dari masa untuk dunia???
Ayuh kita ubah cara hidup kita... Jadikan Surah Wal Asr sebagai panduan...
Demi Masa... Ramai yang tertinggal sesuatu yang penting kerana ketamakan mengejar yang baru...
Demi Masa... Ramainya manusia kerugian dalam membentuk keharmonian jasmani dan rohani...
Demi Masa... Kekacauan hati melanda dalam keresahan kerana sombong untuk meminta kepada ALLAH...
Demi Masa... Dunia menjadi syurga yang sementara dan akhirnya ramai terjerat menagih neraka di Akhirat....
Demi Masa... Demi Masa... Demi Masa...
No comments:
Post a Comment