BUTTON

Friday, May 20, 2011

Menjengah Jejak Yang Tertinggal

Sudah lama tidak menulis di ruangan yang kecil tetapi bermakna ini. namun aku ingin berkongsi secangkir rasa tentang sesuatu tajuk yang orang kata sentiasa hijau... Cinta... Ramai yang kecewa dek cinta dan tak kurang yang berbahagia dek kehadiranya... walau apapu ia tetap sesuatu yang cukup menyenangkan hati untuk kita bicarakan kerana ia sentiasa berada di dalam diri kita waima cangkiran rasanya untuk Yang Maha Esa... Namun cangkiran rasa inilah yang lebih baik dan yang terbaik. namun aku sentiasa mengharapkan agar semua ini akan menjadi sebuah ikhtibar... Mengapa terdetik hati untuk menulis tentang ini sedangkan diri sekarang hanya bercinta dengan pencipta... tiada kasih atau rasa buat manusia ciptaan ALLAH yang dinamakan sebagai kaum adam yang sememangnya bakal menjadi pemilik secangkir rasa cinta selepas diserahkan rasa buat Allah dan Rasulnya. Ada seorang teman, seringkali mempunyai pelbagai perjalanan yang berbagai cerita apabila berbicara tentang cintanya. namun semua cintanya setakat ini hanya berakhir dengan airmata kerana melihat ketiadaan tanda-tanda berjayanya dia dalam mencari cinta yang sebenar. Mungkin dia juga pembaca salah satu tulisan ini. Maaf kerana terbangkit diri anda dalam penulisan yang terlahir dari fikiran yang mengalirkan idea untuk menulis tentang cinta. bukan apa, cuma terasa kisah menarik utnuk dikongsi tanpa di ketahui oleh sesiapa kisah siapa sebenarnya. Cinta sebenarnya terlalu rumit antara manusia dan manusia. Ia merupakan satu sistem perasaan yang kompleks menghubungkan perasaan dua orang manusia yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak lahir atau kecil. tiba-tiba sahaja setelah berkenalan di dalam satu tempoh wujud suatu perasaan berkecamuk di dalam hati, mula ingin kelihatan sempurna di hadapan si dia, ingin tampak, berdebar saat berdampingan... ini merupakan antara tanda hati mula menyukai dan mula berbunga cinta yang mekar mewangi... saat ini hanya ada dua jalan yang bakal menembusi laluan pada masa hadapan... sama ada akan ke laluan air mata... atau laluan bahagia... namun cinta ini susah kita duga... mungkin reaksi yang di terima berbeza dari nyata... dan mereka bukanlah cinta tetapi hanya suka dan tidak ada erasaan ingin memiliki sepertimana kehadiranya di dalam cinta... akibat ini lebih parah kerana mungkin mengundang 'one hand clap' dan apabila ianya berlaku pihak yang bertepuk sebelah tangan ini pastinya akan bersedih dan kekecewaan yang di alami lebih hebat dari yang terputus di tengah jalan. walau apa pun situasi, kita harus sentiasa meletakkan cinta agung di tangga yang teratas dan menyintai insan yang di ciptakan untuk kita demi ALLAH dan cinta sebergitu akan membawa bahagia hingga ke akhir hayat. Cinta monyet? NO!

No comments:

Post a Comment