BUTTON

Wednesday, October 24, 2012

Kembara KEBAYAN 1


Satu panggilan menemukan sekumpulan manusia di dalam sebuah daerah imaginasi yang saya namakan DAERAH KEBAYAN.

Kembara ini satu takdir yang menemukan watak yang mungkin sudah saling mengenali namun ada watk yang langsung tidak mengenali satu sama lain namun di temukan di daerah ini. Penduduk daerah ni punya keunikan mereka sendiri malah memiliki kelebihan dan fungsi masing-masing dalam membangunkan daerah ini. Tidak di kenali malah di pandang cukup kecil seperti unggas yang berterbangan namun kegigihan penduduknya siapa tahu. Kisah ini kisah benar yang bermula di sebuah bilik bernama ‘Bilik Brass Band’ di bangunan HEP di sebuah university tempatan.
Pada era yang kini… Maksud saya tahun 2012 sebuah daerah telah terbina di bilik ini. Saya namakan daerah ini daerah kebayan yang mana penduduknya adalah pelajar-pelajar yang cukup komited dan sayangkan daerah ini. Di dalam daerah ini ketua kampungnya dipanggi Tok Kebayan yang mana Tok Kebayan ini adalah peneroka daerah ini dan merupakan penduduk pertama yang mula membina daerah imaginasi ini.  Penulis asal? Opps… Bukan penulis, tetapi pemula nama ‘KEBAYAN’ sudah lama tercipta nam a ini dan mungkin ada beberapa produksi.. Opps salah lagi, beberapa kampung atau daerah mungkin pernah di bina dengan nama ini namun, percayalah,daerah Kebayan ini unik dan memiliki sejarahnya sendiri. Nama ini di cipta seseorang yang di namakan Zack Zaiden yang mana beliau yang memperkenalkan naskah ini di bumi Melayu ni. Namun dia bukanlah Tok Kebayan yang menjadi peneroka kepada daerah ni, dia hanya mengispirasikan nama ini. TOK KEBAYAN?? Ha.. Ni kaeh nak cerita ni.

Tok Kebayan ini adalah seorang lelaki yang pernah mempunyai daerah Kebayan sebelum ini. Ini di kira tanah kedua yang dia teroka. Daerah lama tu kat mana? Kalau tak silap Terengganu. Mek tak beberapa pasti, ialah sebab Tok Kebayan jarang nak cerita daerah lamanya. Yang penting daerah keduanya. Tok kebayan ini merupakan ‘orang muda’ yang memiliki imaginasi yang tidak kurang hebat terutama dalam mengimaginasikan daerah ini. Memiliki semangat, kegigihan, kesungguhan dan survival yang tinggi dalam usaha untuk merealisasikan impian penduduk yang lain. Seorang yang kelakar, manja dan keanak-anakkan. Suka cakap ‘ Uolls tak payah risau!” “I tahu nak buat apa’ “Tak apa I buat’ ‘Tak payah risau I tahu nak buat macam mana’ mungkin sambil membelek tabsnya, atau barng di atas peha orang, atau mengosok-gosok perutnya. Namun apabila bersendirian bersama orang yang beliau paling percaya atau paling dekat mulalah ‘I risaulah….’ Tanda titik tu nama orang yang berliau sedang duduk bersama Mungkin Mr.H atau Miss S. Penduduk Daerah kebayan Tahulah… hihihi… Tok Kebayan ini merupakan tok guru kepada penuntut di fakulti pengurusan perniagaan di university tempatan. Sangat setia dengan Tabs miliknya. Kalau kali pertama jumpa dengan Tok Kebayan ini persepsi pertama yang terpancul dalam mnda adalah ‘KEKWAT’ ‘BAJET BAGUS’ ‘SOMBONG’ dan beberapa perpekstif yang seangkatan. Nak tahu kenapa? SEBAB!! Gambaranya sebergini… dia akan berjalan dengan membuka dada (Macam org kawat), pandang kehadapan sahaja dan jalanya laju tapi langkah kecil. Kadangkala membelek tabsnya sambil berjalan. TANPA SENYUM. Orang nak tegur jadi tak nak tegur… Hihi… Jangan marah Tok Kebayan ya…  Inilah Tok Kebayan, penghulu daerah ini. Nama sebenar Shamsuri Bin Ghazali… Nama fb Akimi Ghazel.









BERSAMBUNG.....

No comments:

Post a Comment