Natrah, suatu kisah yang menjadi isu terkini. Hati tergerak menulis tentangnya kerana isu Natrah membawa kepada isu yang menyentuh sensitiviti Islam. Siapa yang bersalah? Kisah Natrah suatu kisah sangat tragis. Walaupun tak pernah mengenali dirinya, malah hanya baru-baru ini terbaca kisahnya di dalam ruangan Fatini Yaakob, namun hati ini cukup tertarik menulis tentangnya. Pernahkah kita terfikir, apakah yang dirasaai oleh Natrah sepanjang tempoh dirinya di Belanda? benarkah Natrah bahagia dengan kehadiran keluarga kandungnya. Andailah kita terpisah dari keluarga kandung kita, pasti kesedihan menyinggahi diri kita. Namun kisah Natrah berbeza, kasih ibu angkatnya Che Aminah pastinya membuatkan Natrah takkan melupakan jasa wanita itu. Malah jika anda membaca kisah cinta tragisnya dengan Mansor Adabi pasti sebagai manusia biasa takkan kita lupakan jejaka sebaik Mansor. Jika kini, mustahil cinta yang terpisah bertahun lamanya masih utuh. Malah keyakinan menjerut hati ini bahawa Natrah masih menyintai Mansor walaupun beliau menghembuskan nafas terakhirnya 9 Julai yang lalu. Sebuah cinta yang bukanlah di undang. Malah jika kita membaca kisahnya, pertemuan Mansor dan Natrah langsung tidak diduga membenihkan bunga cinta. Ibu angkatnya, Che Aminah menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi kerana berpendapat itulah cara terbaik untuk membuatkan Natrah terus bersamanya. Namun, kebaikan dan ketulusan yang ada pada Mansor nyata memikat hati Natrah. Malah menghasilkan sebuah cinta yang luar biasa. Namun, Che Aminah salah membuat percaturan. Perkahwinan itu suatu kesilapan besar. Malah jangkaan banyak pihak, kes Natrah tewas kerana perkahwinan yang tidak sejajar dengan perundangan barat masa itu. Kerana itulah keluarga kandung Natrah berjaya memenangi kes Natrah lantas menjadi suatu kemenangan pihak Kristian untuk memurtadkan seorang gadis Islam.
Keyakinan kembali menerjah diri ini, andai masa itu adanya seseorang yang membantu Natrah untuk terus yakin dengan Islam, pastinya Natrah tidak akan terjebak dengan tipu helah pihak Kristian lantas membuatkan Natrah murtad. Namun, siapa tahu hati Natrah? mungkinkkah cinta buat Islam masih utuh dalam dirinya sehingga hembusan nafasnya. Mungkin jauh di sudut hatinya, masih ada sisa keimanan yang utuh. Keinginan menyejukkan dirinya dengan kedinginan air wuduk. Mungkin masih ada keinginan untuk sujud menghadap kibalt sepertimana diasuh oleh wanita yang cukup menyanginya. Wallahualam. Hanya Allah yang tahu segala yang tersemat di sudut hati Natrah saat menghembuskan nafasnya yang terakhir. Moga Natrah sempat kembali ke jalan Allah sebelum nafas terakhirnya kerana jika ya, itulah kemenangan buatnya. Amin...
BUTTON
Tuesday, July 28, 2009
Friday, July 10, 2009
Hidup ini banyak sangat dugaanya... kita haruslah menempuhi walau apa jua dugaan itu.. kadang-kala kita rasa penat untuk menghadapinya. jangan lah kita berasa bahawa hidup ini tak adil kerana tuhan itu sangat adil.. usahlah kita bercerita tentang kesusahan sebaliknya kita cuba ceriakan hidup kita dengan kisah yang mengembirakan. semoga hidup kita akan terus di selubungi kegembiraan tetapi kita halang dari unsur negatif yang cuba memasuki zon kita yang amat terhad dan besar pengaruhnya. Hidup ini sebenarnya seronok dengan masalah.. jika tidak kita akan bosan dengan semua perkara yang sama tanpa nada atau gelombang.. So, janganlah terlalu cepat mengeluh.. janganlah terlalu cepat terduduk.. janganlah terlalau cepat terpejam atau membutakan mata.. jadilah yang terus bangun bila jatuh.. yang terus berusaha walaupun gagal atau terus berlari setelah tersandung.. Chaiyo! Chaiyo!
Subscribe to:
Posts (Atom)