BUTTON

Saturday, November 13, 2010

Salam luar biasa to all readers...
Bru saje mendapet ideaz yg mencurah d tengah mlm td... p mlaz nk nulis... so sementara rajin nak nulis nih... huu..
Kapel oh kapel....
Populer kan

Wednesday, November 3, 2010

HARI INI SEINDAH ESOK

Ada sepasang merpati... megah menebarkan sayapnya yang putih menawan mata-mata manusia yang sukakan kecantikan... namun tanpa merpati sedari ada mata helang yang menanti untuk menyambar kemegahanya itu...
Hah ini sekadar analogi... Salam luar biasa...
Pernah hati ini terfikir adakah aku akan sentiasa di sukai semua orang atau aku hanya akan menjadi bahan untuk mereka lepaskan rasa tangis dan amarah sebaliknya melupakan saat mereka mendapat cincin berlian... Hari ini aku menulis dengan perlambangan kerana aku takut ada yang terasa... Hanya mereka yang ingin memahami akan gfaham tetapi mereka yang tak pernah cuba memahami akan terus di buru persoalan tentang apa yang aku katakankan di gelintar ini...
Tangan ini bergitu rakus menari di atas papan kekunci seakan tidak mahu berhenti... Ketagihkah??? Mungkin sekadar mencari ruang dimensi yang maya untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku di hati... kecil hatikah???
Tidak sesekali... aku tidak mahu menaruh sebarang dendam apatah lagi membuat satu syakwansangka sehingga orang lain rasa bersalah... Cukuplah ku lempar segaris senyuman tanda aku okey!!
Mungkin hari ini hatiku berbunga riang kerana mencari sesuatu yang sudah lama aku tidak temui... aku kembali menemui jiwaku yang kurasa sudah lama aku tinggalkan sejak aku menenpa tapak di sini... Bukan tidak boleh meneruskanya cuma kesibukan yang maksima membuatkan aku terperangkap dalam dunia yang bukan aku...
kerna itu aku merasakan hari ini seindah esok kerana aku merasakan bahawa aku sudah kembali ke duniaku... Meladeni kehidupan yang penuh dengan jiwa yang halus... bukan melayari pelayaran yang tiada perasaan apatah lagi jiwa...
Cukuplah ku himpit kelapaku dengan pelbagai fomula dan maksud... Kini aku ingin sediakan kembali mindaku ruang jiwaku untuk kembali membawa kepada kehidupanku yang riang...
Moga hari ini seindah esok... dan hari esok akan membawalebih banyak keindahan yang malar....

STRESS OH STRESS

Salam luar biasa...
hari ini idea tibe-tibe datang untuk menulis lagi di gelintar ini...
Stess... Dilema yang mengganggu gugat emosi dan minda... saat ini memang stress menjadi agenda yang menyerang setiap daripada pelajar kampus anak bangsa ini... kenapa??? Final Exam...mendekati dan mengintai ruang lena mereka sehingga adalah yang terlalu stress da ada juga yang terganggu degan stress... akibatnya... adalah yang tak dapat tidur malam... yang menangis teresak-esak... demam... batuk... selesema... nk terkencing nak terberak semuanya gara-gara stress...
AWAS!!!
stress merupakan penyakit otek yang menyerang secara phsycologi yang boleh mengakinatkan kita hilang imbangan.... segala yang kita timbang-tara tadi akan hilang dan membawa kepadaletusan larva yang akan membuatkan hidup kucar kacir...
Bayangklan jika kita terlalu stress kitta tak boleh tidur... Jika kita tak boleh tidur kita akan sakit kepala dan akhirnya boleh membawa kepada tekanan jiwa dan perasaan...
Stress ini bahaya... sebeb kita tak nampak dia... tapi kita nampak kesan dia... masalahna macam mana kita nak cegah bila sedar je semuanya kesan stress... maknanya stress tu dah belaku...
Hah itulah dia...
Bila tiba musim tekakan mental macam nih... Air masak tuh jangan berpisah... kemudiah cuba lakukan riada padawaktu petang... janganlah asyik hadap buku... baca...baca dan terus baca sampaikan otak naik gila... Cuba relax... tengok kartun bodo-bodo cam pingu ke... kartun yang memang budak kecik punya kartun tuh...
Nak taw...
Kalau kat jepun kartun cam doremon ngan sin chan tuh di tonton bukan sahaja budak-budak... darikan budak kecik sampaikan nenek tua semua layan kartun... sebab tu mereka senang nak senyum... sebab mereka tak stress... gelak-gelak... Bisalah dah tegok kartun kan...
Hah banyak lagi cara nak hilang stress tapi semuanya bergantung pada kita lah... Kalau dengan menjerit tuh boleh hilang stress hah pergilah kat atas bukit ke aper... tempat yang tak de orang... jeritlah kuat-kuat... jangan menjerit dalam bilik pulak... karang pengsan kawan tuh terkejut...
Okaylah... nak pergi pasar nih... hehehe....
Salam luar biasa buat pembaca sekalian alam.... Jadikan hari esok lebih luar biasa dari hari yang biasa....
^_^

DILEMMA YANG TAK PERNAH SELESAI

Salam luar biasa agar terus menjadi insan yang luar biasa dari biasa...Alhamdulilah berpeluang lagi menulis di dalam ruang gelintar ini untuk mencurah rasa jiwa yang semakin mendesah inginkan tempat untuk mengatakan sesuatu...
Sekadar meluah rasa yang tertekan dalam jiwakerana keinginan yang datang cuba diganggu gugat dengan pelbagai perkara...
Mereka bukanlah insan yang jahat cuba melontar panah beracun kepada hasrat dan cita-cita... tetapi mereka terpengaruh dengan pandangan yang sudah terbiasa dengan yang hitam dari yang putih...
Tugas oh tugs... mereka khalifah di muka bumi ALLAH yang cuba untuk membimbing ke jalan yang benar kerana mereka insan yang bertanggungjawab... Namun mereka juga kada-kala membuatkan hati tertanya-tanya... Apakah yang mereka lakukan untuk memperolehi semua itu sudah cukup membuktikan mereka sudah cukup pada tahap yang maksima atau sekadar mempelighatakan bahawa mereka sudah berjaya menarik seorang....
BERJAYA??? Mereka berjaya menarik seorang tetapi bagaimana yang lain...? Adakah benar alasan tidak mampu itu perlu dikemukakan atau semuanya sekadar alasan yang tercipta untuk menutup kelemahan dirir yang sebenarnya hanya mampu menghadapi yang tidak cukup mencabar..???
maksimumkan dirimu dalam membimbing... Itulah perlu... mengapa pelu di minimumkan... cukup berada sekadar tahap yang selamat sebaliknya takut untuk membawa kepada satu cabaran yang maksimum... Jika hanya bergitu... Dimana keyakinan yang kononya di tanama dalam jiwa... keyakinan yang di gembar-gemburkan kepada insan-insan lain sedangkan mereka sendiri membuktikan bahawa mereka sendiri tidak yakin....
Yakinlah wahai teman...!
Yakin bahawa setiap cabaran itu mampu di lalui kerana ALLAH sentiasa bersama kita...
Bak kata lagu maher zain... as He promise He will always be there....
yakin... kerana keyakinan itulah kunci kita untuk terus menyebarkan Islam...
Kerana yakin kita masih terus bertahan di bumi ALLAH menjadi agama yang tiada caat cela... Semuanya kerana kita yakin kepada ALLAH...
Yakin ALLAh akan memelihara umat Muhammad S.A.W hingga akhir zaman...
Yakin ALLAH akan memelihara kitab Al-Quran itu sehingga akhir zaman...
Yakin dan terus yakin...
Wallahualam

Tuesday, November 2, 2010

Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik

Allah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya?Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini.
Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.
Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.

Tetapi Allah tidak begitu. Jika kita tidak mengikut perintahNya, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnya rasa kasih sayang Allah pada kita. Allah tetap memberi rezeki kepada kita. Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk terus bernafas, makan minum dan seumpamanya. Begitu +ve Allah.
Jika kita campakkan -ve pada Allah, Allah tetap terus +ve.
Allah adalah Pencipta kita. Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah. Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah. Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?
Ceritanya begini.
Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak. Kawan yang ketagih arak ini langsung tidak ingin berubah. Amat sukar jika sudah ketagih arak. Lelaki jiwa super cuba untuk merubahnya.
“kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak”, kata lelaki jiwa super. Sahabatnya terkejut kerana kenapa dia perlu minta izin pada Allah sedangkan dia ingin minum arak. Tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.
“Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini”, lalu sahabat itu meminum arak. Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.
Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki jiwa super. Sahabatnya bertanya.
“Saya sudah berubah. Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak”, sahabat ingin tahu.
“Allah itu Maha +ve. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah, namun Allah tetap +ve. Tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki jiwa super menjawab.
Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah segini…
“Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Alah”
atau
“Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah”
InshaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya.
Semoga memiliki jiwa super. Ameen

MENCARI IDENTITI YANG TAK PASTI

Salam luar biasa yang mengubah destini hidup...
pernah terfikir dalam minda tentang sesuatu... sesuatu???
apakah aku masih perlu terus berfikir sedangkan aku tahu bahawa aku tak perlu memikirkanya... orang pasti mengatakan mengapa terlalu obses untuk berfikir tentang sesutu yang tidak mengganggu gugat hiduopmu...
Namun lumrah hati yang terus ingin mencari identiti demi identiti sehingga suatu ketika aku sendiri tersesat dalam sasaran identiti hati...
Berbicara tentang tugas...
hari ini ingin menjadi penjalan tugas yang luar biasa... namun apa yang luar biasa sekadar menyindir dan memandang sinis pada yang tak berkenan dek hati...
Siapalah yang cuba menjalankan tugas dengan hemat sehingga dia di benci kerana tugasnya yang terlalu tegas....
Antara tugas dan tegas ada batas beza yang membawa kepada kemalaran hati yang tak pasti...
apakah perlu mencari identiti yang tak pasti sedangkan identiti yang sendiri miliki masih belum terlaksana...
kembai kepada tugas yang dibicarakan...
apakah benar tugas itu akan jadi luar biasa andainya kita terus berada di awang-awangan...
jangan terlalu yakin dengan kata-kata sehingga terfikir boleh memperbodohkan manusia lain bergitu mudah... sedangkan hakikatnya kita sendiri tak tahu bahawa kenyataan itu benar atau berada pada hakikat yang was-was...
Terlalu mencuba dalam keadaan yang selesa apa cabaranya... jika benar ingin berjuang pergilah ke medan yang mencabar... jangan sekadar berjuang pada yang sudah menerima kekalahan pada peperangan... mereka sudah mengibarkan bendera putih dan akur mengikut jalan yang betul... apa lagi yang perlu di juangkan... cukup sekadar terus membimbing...
perjuangan sebenar masih jauh... bukan hanya berhenti di situ kerana merasakan cukuplah sekadar disini... alahai...
apalah ertinya...
akhirnya identiti yang cuba di cari tadi bukan sekar tak pasti...
tapi tak akan di temui..!