BUTTON

Sunday, December 19, 2010

Menjejak Kenyataan Yang tak Pasti

Meniti satu dimensi menghampi sebuah musim yang lalu. Azam tahun ini belum berjaya terlaksana seratus peratus namun ia tidak mampu untuk ditunda ketahun baru. Aku masih mencari sebuah kenangan yang tersisip dalam dimensi yang tak pasti. APakah benar aku mencari kebenaran yang tersentak dalam ruang legar yang tak pasti. Siapa yang bermain dengan api dia akan terbakar. Namun aku sedang menjauhi api kerana aku takut terbakar. Tapi bagaimana untuk meliahkan hasrat yang terkesima dalam ruang waktu yang tak pasti. Siapa yang mampu untuk mencari sedangkan apa yang di cari itu masih bergtu jauh berlegar dalam ruang waktu. Aku ingin pergi. Pergi keruang dimensi yang tak siapa mengenaliku agar dapat aku meletakkan sejauh mana aku mampu melakar mimpi ini. Siapa yang terkesima? Atau aku yang berangan di siang hari sehingga mereka terlupa. berbicara tentang abstraknya hidup siapa peduli. Biarlah! aku tak mahu lagi mencari kenyataan, kenyataan yang tak pasti.