BUTTON

Thursday, October 3, 2013

DOKTRIN YANG MEMUSNAHKAN

Assalammualaikum dan salam luar biasa untuk semua

hah! tajuk hari ni gmpak siket... doktrin yang memusnahkan...

pertama sekali saya nak kongsi dulu pada yang tak tahu maksud doktrin... doktrin ini bermaksud dasar, ajaran atau fahaman.

melalui fahaman, atau doktrin-doktrin yang di anggap bagus dan boleh untuk menjadikan kita semua menjalani kehidupan lebih baik semakin banyak ia di semai di dalam minda kita semua...

kerana itulah.... tajuk hari ni nak bercakap tentang doktrin yang memusnahkan...

sejak kecil sebenarnya kita di asuh dalam persekitaran yang penuh pembohongan... ajaran yang membentuk masyarakat hari ni.... kalau lah kite perasan.... masyarakat yang terbentuk di malaysia ni terlalu unik dan terlalu bebas.... masyarakat yang sangat bencikan kritikan tapi sukakan pujian...

kalaulah hokme (deme/kalian) perasan tentang asuhan anak-anak.... 
"Jangan main kat perigi tu... nanti keluar momok"
"Jangan main api tu... nanti kena gigi katak"
dan macam penipuanlah berlaku.... 

oh mungkin betul keinginan untuk menghalang anak-anak dari men benda bukan-bukan... .tapi perlu ke menipu? kenapa tak jujur je? 
"Jangan main kat perigi tu... kalau jatuh nanti... cedera.... perigi tu dalam... bukan tempat main"
"Jangan main api tu... nanti kena tangan melecur... api tu panas..."
kenapa? malas nak jawab pulek ke bila anak2 tanya panas tu apa... dalam mana? jawab sajooohhh... 

kenapa? kenapa penting bebenor untuk jujur? sebab bebudak belajar dari apa yang di ajar... kalau di asuh. di ajar dari penipuan... acano nak cegah anak dari menipu?
(eh macam dah ada anak pulak den ni caranya..heh)

Hah... belum lag bab 'roll model'...
oppps! sape je yang tak suka pujian dan sukakan kritikan??? haha.... memang betul.... manusia memang suka akan kebaikan... pujian.... sanjungan.... dan membenci segala bentuk perkara yang memburukkan...

namun.... kalau terlalu tidak boleh menerima kritikan tu mintak penampo namenye? okeh2... teremosi puleekk...

dalam doktrin atau ajaran masyarakat terhadap rasa terlalu sukkeeeeeee sesangat dengan kebaikan ini menyebabkan kita akan musnah... SEBAB? 
sebab dengan doktrin seberginilah masyarakat terbina sebagai kelompok individu yang sangat tidak suka akan kritikan.... 

Hah! masalah besaq ni kalau tak suka kritikan.... sebab... (haish bape banyak sebab da... hahah) okey sambung balik... sebab... kalau tidak suka kritkan ini boleh menyebabkan masyarakat terperangkap dalam sikap sendiri yang tidak tahu akan yang buruk dan baik... mana tak nya... tak ada orang yang tahu akan salah mereka sebab tidak ada yang tegur... lebih teruk dan membimbangkan bila masyarakat mula menganggap yang salah itu betul! di jadikan sebahagian dari amalan sehinggalah suatu ketika mereka istihar ia menjadi ADAT! hah ni yang susah dan kesan besar kemusnahan masyarakat bermoral... 

JADI... bila mak ayah ni memang jenis yang tak suke dengar buruk-buruk (kritikan) ia boleh menular... meresap dalam jiwa bebudak kecil yang belajar dari apa yang di lihat... di dengar.... 
apatah lagi jenis mak ayah yang 'back-up' anak dia kemain lagi.... 

pegi sekola bawak parang.... sebab? cikgu marah anak dia tak buat kerja sekolah... denda berdiri luar kelas.... eh eh.... dah anak awak tu yang maleh! tak siap tugas... nak pegi parang sekgu tu apa pasal? baiklah teremosi pulekkk...

Ohooo... belum masuk  pengaruh dan penguasaan minda barat ke atas kita semua semakin membesar dan menjadi-jadi... saya pasti bahawa kita sedar namun masih terus terperangkap dalam kehidupan yang penuh dengan hiburan dan pastinya memuaskan...

cerita... movie.... muzik.... fuuuhhh.... ini memang sesuai dengan jiwa muda lah wa katakan.... meresap dalam jiwa wa ni... hahah (tetibah jadi key elll jap) heheh...
barat bijak.... oh bukan barat... yahudi.... mereka ni manusia paling bijak dalam dunia... sebab tu mereka nampak.... sangat jelas akan apa yang boleh meresap cepat dalam jiwa manusia... menjadi nadi dan ikutan sepanjang masa...

sebab tu lah... kalulah hokme perasan semua cerita omputeh memang tak sah lah kalau tak da babak kissing-kissing tu.... lagi teruk babak memang menjijikan... ini semua doktrin... ajaran mereka kepada manusia dunia...

LIFE IS ABOUT SEX!
hah! ini doktrin yang bakal memusnahkan dan meranapkan setiap sisi kebaikan dalam diri manusia... sebab tu nak tengok movie... drama malah nak dengar muzik pun kena pilih elok2.... jangan semberono terjah dan tonton... dah tu babak-bakak ''PENTING' tu pulak yang di fokusnya... acano? macam mana nak didik masyarakat jadi bermoral?

tapi bab kata maher zain
"Yes it's easy to blame everything on the west when in fact all focus should be on ourselves"
hah sonang sesangat nak salahkan amereka... israelah... mana ag? new zealend? zimbakwe? memang mudeh nak nyalahkan orang lain... tapi yang penting kita.... pilihan di tangan kita bukan? bukanya kena paksa dengar lagu tu... tengok cerita ni... eh eh... tak da yang paksa pun...
kita yang buat pilihan...

Hah.... terus tercetus satu lagi ajaran yang memusnahkan manusia.... 
DOKTRIN BANGAU!
rasanya sangat biasa untuk kita dengar lagu Bangau oh Bangau... lagu ni sebenarnya menunjukkan kepada kita mudahnya salahkan orang lain.... 
hamboiii!
chantek sangat muka korang ye semua salah orang lain.... haish.... 
ini yang banyak berlaku dalam masyarakat.... saling menyalahkan satu sama lain ajer kejernya....
penyelesaian masalah? NON-HADO!

duduk bertekak... bertegang urat perut, tengkuk... usus semua bagai tegang mase gaduh... akhirnya mulalah.... Berbunuhlah! simbah asidlah! fitnah lah! superimposelah!
yang seronok buat duit suratkhabarlah.... heheh.... 
"ANGKARA MULUT"
"RAMADHAN BERDARAH"
"DENDAM ASID"
"VIDEO TERLAMPAU"
hamboooiii tajuk dia.... kemain lagi... 
tapi inilah yang di sajikan dalam masyarakat... puncanya? GADUHLAH! TAK SEFAHAMAN! SALING MENUDUH! 
manusia oh manusia...
ALLAH kurniakan akal untuk berfikir akan penyelesaian masalah... bukan menambah masalah... bukan memikirkan siapa yang perlu di salahkan.... aduyai!

eh! kalau nak cerita tentang ajaran ni memang sampai kiamat tak habis lah.... 
nasihat akhirnya senang ajo! 
janganlah ikut hati... manusia... semua manusia... yang baca ni pun manusia kan? ada akal kan? hah! acer berfikir macam manusia... menyelesai masalah... bukan menambah masalha....

perihal ajaran ini cukup besar impaknya.... saya harap dari penulisan ni sekurang-kurangnya ada yang muda... bakal ibu. bakal bapa... sudah-sudahlah dan cukup-cukuplah didik penuh dengan pembohongan... kita perlu berubah... kita ajer yang mampu ubah... yang dah terdidik tu dah tak boleh buat apa da... memang cegitu ajerlah.... yang bakal nanti.. itu yang penting... okeyh?

sekian saja malam ni.... tetibah tercetus idea ni... hehehe..... moge kita semua berada di dalam rahmat ALLAH... Weee! :D

KETIKA MANUSIA LUPA TUHANYA

Bercempera manusia di bumi
mencari kehidupan
mengungkap pada bait yang tak kekal
pada angkuh sanjung membugar
pada sombong ikrar di tukar

bercempera manusia mengasuh kehidupan
mengundang amarah
mengikis kebenaran
mengukir sengketa
menjalar mencari sutera

manusia hilang pedoman
amanah di langgar
manusia di cakar
mengenggam seribu bahasa
mengadu domba tak pernah selesa
bertahta
bernama
berpangkat
sanjung angkuh di bumi tuhan

inilah yang berlaku
manusia terus bercempera
ketika manusia lupa tuhanya!

DI SINI DI SANA

jika di sana
mainanya lego serpihan bangunan
jika di sana 
mainanya tanah basah bersalut darah
jika di sana
senapangnya muntah peluru sebenar
jika di sana
main sembunyi2 dengan tentera penjajah
jika di sana
saat ledak bom menjengah... tangis mengugah

mengintai anak palestin di balik tembok
mengintai anak palestin di balik serpihan
mengintailah mereka
untuk bermain
dalam gelanggang sebenar...


jika di sini
mainanya lego plastik mencemar
jika di sini
mainanya tanah palsu hasilan kilang
jika di sini 
senapangnya muntah cahaya germilau
jika di sini
sembunyinya di merata tak risau di kejar
jika di sini
buminya terlalu aman... manusia lupakan tuhan

mengintai kita d sebalik jendela
mengambil tahu kisah jiran tetangga
mengumpat jelata mengisi cerita
bercempera
daging umat di mamah manusia
dalam umpat penuh mencela.

Friday, September 27, 2013

Krisis Peradaban Manusia

Assalammualaikum dan salam luar biasa untuk manusia hebat di luar sana...
sudah lama tidak menjengah ruang legar jejak kaki untuk menitipkan sedikit pesanan dan perkongsian pendapat.... malam ni terajin la pulek untuk menulis sedikit... terima kasih untuk beberapa sebab atau individu yang menyebabkan tercetusnya idea penulisan nie.... :D

Tajuk penulisan hari ini berkenaan krisis peradaban manusia... acececeh! tajuk kemain lagi... over sangat... hehehe.... tapi tajuk hari ni memang memerlukan ke'over'an diri untuk berkongsi pandangan... weee...

Krisis peradaban... wow! adakah hari ini manusia sudah menjadi tidak beradab? bukan secara sepenuhnya tetapi terhakis, terkikis malah terluntur dalam keperibadian manusia hari ini...

Bila kita bercakap berkenaan krsis peradaban bermakna kita sedang bercakap mengenai krisis keperibadian yang mulia dalam diri atau lebih mudah di kenali sebagai adab.

Setiap perilaku manusia perlulah untuk di isi dengan aturan etika atau adap supaya manusia dapat untuk menjadi manusia yang kenal akan diri. malah mengenali akan hakikat kehidupan manusia yang sama di sisi tuhanya kecuali iman dan Taqwa yang menjadikan mereka berbeza di pandangan ALLAH. Agittooohh...





Kita selalu lupa. Untuk menunduk ke bumi. lihat tanah yang merupakan sumber penciptaan kita. sibuk untuk mendongak ke langit mencari keangkuhan. maka krisis peradaban terus menular dalam kehidupan manusia.

Haaa.... sebab tu lah... sebagai manusia kita sebenarnya tidak tercipta untuk jadi jahat. Malah saya yakin amat sangat semua manusia sukakan kebaikan membenci keburukan...
Namun! Bila manusia mula d kelirukan dengan yang mana kebaikan yang mana keburukan maka yang buruk mula di kata baik. yang baik dikat buruk.

Dunia ni hanyalah pinjaman ajer! jangan rasa terlalu berkuasa.... setinggi mana terbang burung di langit. matinya jatuh juga ke bumi... (eh boleh jugak tersangkut di pokok.) hehehe.... itu haiwan... tapi kita manusia... hehehe... setinggi mana kita mendaki... tujuh kaki dalam tanah juga kita akan bersemadi... tidak berkecuali dari pertanyaan mungkar nangkir...

Jadi... Wahai pembaca sidang hadirin yang di hormati... macam pidato plak kan... hehehe.... krisis peradaban ini bermula dari didikan. bukan hanya ibu bapa yang salah. masyarakat juga main peranan... ini tak... duduk berasmaradana kat depan rumah... anak jiran tu terkelip-kelip tengok.... Ingat! kanak-kanak belajar dari melihat. jadi tak mustahl memori anak jiran anda berkenaan asmaradana anda tu akan kekal dan dia mula mengaplikasikanya.... adakah salah ibu bapanya? tideekkk... salah anda yang berasmaradana depan dia!

didikan manusia ini banyak melalui penglihatan. sebab tu ramai yang masih tak mao ikut atau lakukan biar di suruh. sebab mereka tidak melihat yang menyuruhnya itu buat.... acano?

Maka.... untuk krisis peradaban ini... saya berilah anda semua ruang dan peluang untuk berfikir... sejenak ajer.... di mana kita bila tiba masanya? kemana akhiran kita? jika bukan di akhirat.... di sana bukan darjat jadi ukuran... tapi keimanan dan ketaqwaan yang terzahir melalui perlakuan dan peradaban semasa....

Salam Mesra dari anak kuala LEPEH ni untuk para pembaca yang di kasehi.... weee....
Selamat beramal.... :D

Saturday, May 25, 2013

PUAS MANUSIA

Manusia tidak akan pernah puas
Selagi mereka tidak di atas

Manusia tidak akan berhenti
Selagi mereka tak mampu berdiri

Manusia tidak akan cukup
Selagi semua tidak di kaut

Manusia tidak akan bersyukur
Selagi mereka tidak bertakafur

Manusia tidak akan pernah diam
Selagi mereka tidak menang

Manusia tidak akan pernah mengalah
Selagi tidak di cipta sejara

Apapun manusia tidak pernah puas
Apapun manusia memang bergitu sikapnya

Manusia seharusnya puas
Bila mereka masih bernafas

Manusia seharusnya sedar
Dunia sementara tidaklah kekal

Manusia seharusnya mengerti
Akan makna kata SYUKUR.

BILA TAMAK MENGUASAI DIRI

Assalammualaikum dan salam luar biasa buat semua.

Sudah lama tidak menulis. Bukan sebab tak ada idea. Tapi sebab malas nak menaip. Al maklumlah sudah memiliki kerjaya sampingan tidak sempat untuk mencetus idea.

Owh tajuk di atas ni saja jer nak bagi gempak sdikit. Tapi ia memang inilah yang ingin di kupas sedikit (alahai dah macam telur pulak men kupas2) hehehe...

Kalo sebut pasal tamak, fuuuhhh... memang orang tak suka. Waima orang yang tamak itu sendiri pun tidak suka apabila sebut perkataan ini. kalau perkataan pun sudah tidak di sukai apatah lagi di amalkan. namun, dalam lanskap kehidupan manusia yang tidak suka akan ketamakkan ini ramai sahaja yang terus menyuburkan sifat tamak di dalam diri tanpa mereka sedari atau sengaja buat tak sedar.

Masalah tamak ini kalau tidak menjejaskan hidup orang lain ataupun pembinaan ummah tidaklah ada masalah. Tidak juga akan di hiraukan. Namun, ketamakan yang menyubur di dalam diri manusia hanya akan menjadi barah kepada orang lain yang terlibat secara langsung malah ia juga melibatkan kebejatan moral untuk membina ummah yang terbilang. kenapa pula saya berpendapat bergini? (Ini pendapat peribadi erk berdasarkan pemerhatian dan analisis. bukan pendapat kosong semata)

Dalam satu situasi manusia mengumpul ketamakkan kepada dunia mereka telah pun rupanya menafikan hak beberapa pihak. sebagai contoh, dalam ketamakkan manusia untuk terus mendapat gaji bulanan sehingga tidak mahu melepaskan jawatan telah menyebabkan ada individu yang ingnkan pekerjaan telah tertutup peluang. Eh, bukankah rezeki ALLAH di mana sahaja? ya memang rezeki ALLAH di mana sahaja. namun kalau dah semua rezeki yang ALLAH limpahkan dia kaut ape ke hal youk. ini baru bab jawatan.

Belum lagi bab harta orang yang telah pergi. Bila sahaja manusia ini sudah tidak bernyawa, tinggalah jasad yang hanya akan di mamah bumi. malah hartanya juga di tinggalkan di dunia yang sementara ini. ok untuk manusia yang sudah meninggal itu tidak ada apalah yang boleh kita lakukan selain berdoa namun, masalah yang berlaku pada zaman era globalisasi ini (gittew) apabila jasad di kebumikan mula berdecit sedikit demi sedikit perihal harta si mati. MALAH, sangat dohsyat apabila berebut mengangkut barang si mati ini menjadi hak milik sebelum sempat wasiat di bacakan. lebih KEJI apabila ada yang sanggup mencipta wasiat untuk mendapatkan barang si mati. AUZUBILLAHMINALZALIK!

Ok untuk manusia seperti ini mungkin perlu di beri makan jerung ajer. Eh tak adalah. kita kurung jer kat dalam tempat yang gelap dan buat shooting filem menanti di barzakh sampai insaf. Kita cop nasir bilal khan gali kubor utk mereka. hahahaha.

Inilah yang berlaku wahai dunia apabila tamak menguasai diri. kadang-kadang tu bukan tak mampu nak beli tapi saja kedekut kut kut kut. sayang duit nak beli. Manusia oit, awak mati pun tak dapat bawak duit tu *emosi*

Inilah tanda dunia akhir zaman. Apabila manusia mula di takutkan dengan kemiskinan maka ketamakan akan menguasai diri. Ingin di nasihati bimbang terasa hati. Namun jika tidak di tegur bimbang bertambah takbur. maka, penulisan sinis ini saya hadiahkan. Moga mereka ini sempat tersedar dan bertaubat. jangan tunggu sampai IZRAIL datang memanggil barulah bertaubat mengigil-gigil. Tiada guna tiada.

Peringatan ini juga buat diri ini yang juga serba kekurangan. Moga bersama kita muhasabah. Mungkin ada jalan untuk kembali kerana ALLAH maha pemurah.

Sekian. Salam untuk semua. :)


Wednesday, February 6, 2013

Permulaan Tahun yang Tragedi

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia.

memandangkan ini adalah entri pertama yang menjadi post untuk 2013 ini jom saya nak ceriter sedikit tentang tragedi bila menjelang tahun baru ini.

Azam baru, peribadi baru, buka minda baru barulah kita menjadi insan yang berguna(ala-ala Dr.Fadzilah Kamsah)

Tahun ini bermula dengan tragedi penting yang dah macam drama tb. Kes jatuh tangga akibat pengsan menyebabkan amnesia. hahahaha..... Tekezuttlah kengkawan kita bila drama amnesia ini wujud. Kita pun tak sangka bahawa akan terjadinya drama seperti ini. SEBAB! Tak pernah terjadi. Sebelum ni gua landing baik punyer, mesti landing di tempat yang betul pada masa yang betul ada beberapa kerat kali aje landing dekat depan bilik orang tapi kira ok lagi lah, tak lah tragik sangat,. Tapi kali ini dia landing dekat tangga da...! Bergoleklah jatuh (sebenarnya tak tahu macam mana cara keadaan mahupun ketika jatuh tu. Hah, kejadian itu masih menjadi misteri kerana gua hilang ingatan tentang kejadian tu beb!

Tragedi oh tragedi.

Ingatan kembali pulih dan Alhamdulilah kita dapat mengenali kembali kawan-kawan kita. (Drama sangat bila kawan-kawan datang menangis sebab kita tak ingat dia) eh? ingat pulak.... hahaha... memori gua hilang dari ketika awal pagi kejadian sebab gua cuma ingat makan laksa beli kat rumah cikgu nelayan eh salah cikgu nayan malam tu sebelum tido. kebulur sangat, sehinggalah memori terbaru yang gua ingat naik ambulen medec pegi hospital. Kejadian yang berlaku pada tempoh ketika tragedi itu memang telah hilang, lesap bergitu sahaja. Sadis-sadis!

Namun dalam lewat waktu yang beredar, gua balik rumah kejap, nasib baik masih ingat semua ahli keluarga, tokwan dah macam nak menangis tengok aku macam budak hilang arah, akhirnya bawak jugak berubat kampung pulihkan semangat, iyalah Pada ALLAH tetap tempat perlu kita minta, bawa jumpa ustaz dan alhamdulilah saya sihat untuk mementaskan teater semalam bersama pelakon yang lain.

Pualng ke sini (eh apa yang dah macam catitan perjalan hidup ni) tak kire! nak cerita juga... OK, sambung, pulang dari kampung taklah kampung sangat) dr tempat lahir tanah tumpah darahku, kembalilah NURAMALINA menjalani kehidupan di kampus JENGKA yang TERCINTA.

Tibajah.... Eh siapa tu??? Rupanya ada yang tertinggal hilang bersama kotak memori tragedi sadis itu. Mengenalinya pada malam MAG saya bertanya kepada nisa, "Siapa XXX tu?" dan Nisa terkejut. Dia pada mulanya ingatkan mek ni berdrama jejak ingatan, buat-buat lupa siapa dia, tapi saya tidak berjejak dramalah kak oi... saya tak ingat. Sewaktu dia menyanyi di atas pentas, seaktu kawan baik saya asilah sibuk berbicara dengan saya tentang dia hati saya di buru pertanyaan, saya kenal diakah? Kenapa asilah berbual dengan saya seolah kami kenal dengan dia sangat? saya simpan persoalan tu, menghapiri ahli kelab debat yang lain dan cuba tersenyum. Zapp!!! kepala saya berdenyut dengan cargas menyebabkan saya benar-benar rasa sakit. Tapi tahan-tahan, nanti hilanglah. Dia tersenyum dan menyapa tapi saya gagal mengenalinya.

Nisa terangkan kepada saya siapa dia dan saya hanya mengangguk seperti mendengar satu cerita yang tak pernah saya dengar! Ya memang saya tak tahu cerita itu, saya ingat saya ke tempat-tempat atau pertandingan yang Nisa sebutkan tapi saya tak dapat mengumpul memori berkenaan dia.

Kita pun cubalah tenangkan hati, Mungkin nanti ingatlah. Minggu berlalu menjadi dua, sehingga bulan febuari menjelang dan minggu depan raya cina, saya tetap gagal mengingati dia. Ya, saya nampak gambar dia dialam lp saya, kami semua bergambar riang di kuala gandah, di mana entah tapi yang pasti saya melihat dia bersama keluarga debat ini. Tapi kenapa saya tak ingat dia ada di situ, mengingati setiap inci kejadian di tempat tersebut tapi gagal mengingati kehadiran dia disitu.

Akhirnya semalam Nina cuba bercerita untuk menarik memori lama saya tentang keluarga ini, tapi maafkan saya, saya masih gagal untuk mengingati. Mungkin hanya ujian tuhan di tahun 2013. Yang penting saya lihat dia hadir semalam memberi sokongan bersama sahabat debat yang lain. Terima kasih. Mungkin perkenalan dan detik baru perlu kita cipta dan saya tidak janggal untuk berbicara dengan dia seperti orang baru berkenalan. Ok, cikgu kena ramah dan kuat!!
Makenai!