BUTTON

Monday, November 30, 2015

BAJET 2016 : PEMOTONGAN BAJET IPT DAN PERUNTUKAN UTK MNPC

28 NOV  : Telah berlansung perdebatan antara dua angkatan mahasiswa iaitu Mahasiswa Turun Parlimen melawan Mahasiswa Pogresif mengenai isu bajet 2016. Antara perkara yang dibangkitkan oleh salah seorang pendebat iaitu saudara Ammar adalah isu nuclear.
Berikut adalah hasil temubual ringkas saya bersama saudara Ikhwan, salah seorang penonton yang juga fello di Jab Perdana Menteri.

Q : Betul ke kerajaan membelanjakan 50billion untuk pembangunan nuclear untuk Belanjawan 2016? Seperti saudara Ammar sebut ketika Debat Mahasiswa Mantap vs Mahasiswa Progresif?

A : kerajaan memperuntukan 11 juta sahaja pada perkara Nuclear related (melalui MNPC). Iaitu,5.3juta untuk kos pengurusan (one of payment), manakala untuk kos pembangunan adalah 6 juta sahaja. Kos pembangunan ini hanya untuk capacity building, communication dan social awareness. Celah mana 50billion? (Hahaha)

Q : Jadi tidak ada isu 50 bilion untuk pembangunan nuclear?

A : Mungkin beliau terkeliru. 50 bilion itu adalah kos pembinaan nuclear. NAMUN. Kos ini bergantung pada financing model yang bakal di diputuskan kelak, sama ada fully government fund atau PPP model. 50 billion ini termasuk kos beli tanah, pembinaan, keselamatan, capacity building, related infrastructure etc. Tapi ia MASIH BELUM DIPUTUSKAN utk dilaksanakan.

Q : 50 billion. Banyak tu!

A : Ini kelemahan nuclear. High capital cost. Namun, low operating cost dan bagus untuk jangka masa panjang.

Q : Tapi bukankah nuclear ini mencemarkan alam sekitar?

A : Berbanding yang lain, in term of ‘carbon footprint’ dan hijau, nuclear adalah tenaga paling bersih dengan kadar zero carbon emission.

Q : Keselamatan?

A : Sebelum nak bangunkan nuclear, Malaysia melakukan banyak research kerana ianya perlu utk memperkemaskan segala requirement dan regulation framework yang bakal ditetapkan. Isu keselamatan adalah priority paling tinggi.

Q : Jadi, memang berisiko kan?

A : Everything has its own risk. Kerana itulah antara syarat dan langkah utk membina nuclear, kita mesti ada satu badan professional bebas antarabanga yang mengawasi standard keselamatan nuclear power plant.

Q : Bukankan sisa nuclear akan mencemarkan alam sekitar?

A : Baru-baru ini, seorang professor dari Jepun sekrang telah mencipta teknologi recycle sisa nuclear. Iaitu dengan menggunakan kembali sisa ini dan sisa ini akan jadi seperti "catalyst". Maka masalah sisa ini bakal dapat ditangani kelak.

Q : Tapi tu Jepun. Kita Malaysia. Tak semaju mereka.

A : Walaupun tanpa teknologi baru pelupusan ini memang penting. Kerana itu perlu badan professional dan bebas antarabangsa untuk memantau. Itu salah satu requirement sebelum nak bina nuclear di Malaysia. Jadi, isu ini tiada kompromi. Ia melibatkan rakyat. Kerana itu sebelum kita nak buat kajian keperingkat seterusnya juga, undang-undang berkenaan nuclear energy ini juga perlu dibentangkan/dipinda. Bila cukup data dan fakta baru kita decide.

Q : Bukan ke kita dah ada isu nuclear ni. lynas tu?

A : Lynas BUKAN nuclear power plant. Ia sisa toxic yg berbeza dgn sisa nuclear. Kilang pemprosesan nadir bumi, chemical plant. Memang nadir bumi memiliki unsur radioaktif tetapi characteristic antara 2 sisa ini sangat berbeza. Tapi, tak bermakna juga kita boleh tutup sebelah mata pasal kes Lynas ni. Kerajaan sangat tegas dan serious berkenaan perkara ini. Rujuk kenyataan IAEA.

Q : Terdesak sangat ke kita sampai nak guna nuclear?

A : Mengikut forecast, semenanjung akan mengalami energy shortage 2020. Hydroelectric potential di semenanjung sudah hampir fully utilized. Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, adalah tanggung jawab kerajaan memikirkan dan menyediakan segala keperluan untuk mendepani masalah yang bakal kita hadapi. Ingat, pada ketika ini, electricity adalah sebahagian daripada basic needs.

Q : Bakun ada kan?

A : Sepatutnya memang bakun cater semenanjung punya power generation tapi diorang tak nak jual atau distribute ke semenanjung.

Q : Tak da alternative lain ke? Macam renewable energy?

A : Renewable energy will not be ready for this 4-5 years. Dan renewable energy (RE) tak mapu mnyediakan tenaga secara malar (constant). Selain masalah harga dan cuaca.

Q : So nuclear better than RE?

A : Dalam mendepani cabaran Energy Shortage yang bakal kita tempuhi dalam masa 4-5 tahun kehadapan, nuclear merupakan alternatif penyelesaian yang terbaik setakat ini. Fikirkan, satu kincir angin hanya provide 12 MW. Arang batu 400 – 500 ME. Nuclear? 1000-2000 MW. Efficiency solar panel pun 25% je. Selagi tiada perkembangan terkini berkenaan dengan Energy Storage (Battery System), RE masih gagal untuk berfungsi sebagai Base Load Power Generator. And even so, bagaimana dengan power generation cost? Sanggup bayar bill electric mcm dekat German tak?

Q : Kita bina lah banyak-banyak solar!

A : Ok je. Bayangkan berapa luas kawasan diperlukan untuk membangunkan kincir angin atau solar panel utk cukup bagi menyalurkan tenaga yang setanding dengan sebuah jana kuasa nucklear? Ratus ribu juta mungkin. Namun hasilnya pasti masih belum mampu menandingi output nuclear yang consistent, effisyen dan murah.

Dan. Solar Energy tidak startegik utk dibangunkan di Malaysia. Tidak seperti di German, Spain dan Australia.

Q : So Malaysia akan buat nuclear plant la ni?

A : Masih dalam kajian. Kita tak akan buat keputusan selagi data tidak cukup. MNPC (Malaysia Nuclear Power Corporation) masih terus giat melakukan kajian untuk perkara ini. Malah apa-apa pun, Malaysia masih perlukan undang-undang berkenaan nuclear dan clear plan startegik sebelum pembangunan dijalankan. Rang undang-undang berkaitan perlu dipinda atau digubal terlebih dahulu.

[Ringkasan perbualan bersama saudara ikhwan, mahasiswa di RWTH Aachen University, jurusan Master of Science dalam bidang Electrical Power Engineering]