BUTTON

Thursday, February 25, 2010

MENCARI ERTI YANG BEERTI...

MENCARI ERTI YANG BEERTI...
MALAM INI AKU MENYINGKAP SEBUAH TIRAI KEHIDUPAN. MENGINTAI DI CELAHAN JENDELA KEHIDUPAN YANG SATU. MASIH TERKESANKAH KEBENARAN YANG TESERLAH. MALAM INI KU URAIKAN KEHIDUPAN YANG MALAP. MENCARI KEBAHAGIAAN YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK TIRAI KEALPHAAN. MALAM ITU KU RUNGKAI MIMPI. MENONGKAH KEHIDUPAN YANG HILANG DALAM ARUS YANG ALPHA. MASIHKAH AKU MENCUBA KEHIDUPAN YANG KHILAF. MASIH MENCARI ERTI YANG TAK KU TEMUI JAWAPANYA. MASIHKAH AKU BERSEDIA MENCUNGKIL RAHSIA MALAM YANG MALAP? ATAU AKU HANYA KAKU UNTUK KU LIHAT REALITI. MASIH TERLALU SEGAR. MASIH TERLALU MALAR... MASIH TERLALU LIAR... KU RUNGKAI MIMPI YANG TAK PASTI. SEDANG KABUS YANG KABUR MENGABURI LANGKAH HATI DAN MATA. MASIHKAH AKU MAMPU UNTUK BERDIRI DI SINI SETELAH KU DENGAR ERTI MALAM YANG MALAP.
MENCARI ERTI YANG BEERTI...
MUNGKIN ATAU MUSTAHIL. MASIH AKU MENULIS DALAM KESAMARAN YANG BENAR. MENCARI PEPOHON KEHIDUPAN YANG TAK PERNAH ADA DALAM DIRI. MASIN AIR DI LAUT NAMUN DITELAN KERANA DAHAGA. TANPA KU SEDARI SEMAKIN KU HIRUP, SEMAKIN DAHAGA RASANYA. PAHIT AIR PAYA KU LUAH KEMBALI. TANPA KU SEDARI PAHIT YANG KU HIRUP PENAWAR YANG TERULUNG. MUNGKINKAH AKU SILAP MEMBUAT PENGHITUNGAN? ATAU AKU MASIH MAMPU MENCARI KEPASTIAN YANG MALAP? MASIHKAH AKU MAMPU MENEMUI AIR TAWAR PENGHILANG DAHAGA TANPA PERLU AKU MENGHIRUP PAHIT PAYA MAHUPUN MASIN AIR LAUT? MALAM ITU BERNYANYI SEPI. SEDANG AKU SENDIRI TEWAS DENGAN DIRI. MENCORET MAYA YANG KABUR DALAM RANGAKI MIMPI YANG MUSTAHIL. MASIHKAH MAMPU BIBIR BERKATA DALAM BISU? ATAU SEKADAR METAFORA YANG PENUH TAJAM MAKSUDNYA. AKU TERSANDUNG DI DALAM GELAP. MENCARI TONGKAT YANG TAK ADA. ATAU AKU AKAN HILANG DALAM GELAP. MENOLAK KEBENARAN YANG MEMUSUHI REALITI. AKU TERSEPIT ANTARA DUA DUNIA. DUNIA KHLAF ATAU DUNIA ALPHA? AKU BUNGKAM.
MENCARI ERTI YANG BEERTI...
MUNGKIN TAKKAN KU TEMUI. MUNGKIN AKAN KU TEMUI.. MASIH SIRNA HARAPANYA. MASIH PUDAR JANGKAANYA. MASIH ADA YANG MENCARI. MESKI BUKAN ERTI ATAU SEBARANG YANG BEERTI.. MUNGKIN AKU AKAN TERUS TERCARI. DAN TAKKAN HENTI MENCARI... ERTI YANG BEERTI.

No comments:

Post a Comment