BUTTON

Friday, October 22, 2010

ANTARA SEDAR DI DALAM LENA

Masih menyusuri sebuah perjalanan ilmiah yang entah bila akan aku temui jawapan kepada persoalan minda yang tercerna dengan kekecewaan hati. Mengejar sebuah epilog kisah yang tak berkesudahan. Apakah kita sedang tidur dan bermimpi suatu mimpi yang panjang yang ku kira mimpi yang kadang kala indah kadang-kala ngeri. atau kita sedang berada dalam sedar yang sebenarnya lena?
Jawapankehidupan sering di rungkai dalam pelbagai kisah yang takjub namun adakah kisah itu cukup membuka mata kita untuk melihat dunia yang sekadar permainan yang tiada kesudahan semata-mata?
Apakah masih terzahir dalm keresahan jiwa yang semakin lara melakar kealpaan diri yang tak pernah sudah. Kita mencari tapi apakah kita pernah temui apa yang kita cari dengan mudah?
Kadang-kala kita bergitu mudah menyalahkan orang lain. Kadang kala kita mudah melihat keburukan orang lain;. Namun kita takut untuk berada di hadapan cermin mengakui kesilapan diri atau membawa kepada satu muhasabah diri yang betul.
Kita sering menghitung kesalahan orang lain tanpa berfikir untuk membetulkan kesalahan itu. mengapa terlalu mudah untuk melihat kelemahan dalam diri orang lain tanpa menghitung kebaikanya. atau mungkin terlalu suka melihat keburukan daripada keindahan yang tersirna???
Manusia in sebenarnya antara sedar dan lena. mencari erti yang tak perlu bagi mereka. sibuk mencanang sesuatu yang buruk dari yang indah. Kerana kita... Kerana dia... Dan kerana mereka... MANUSIA....

No comments:

Post a Comment