BUTTON

Saturday, October 23, 2010

CINTA HARIMAU DENGAN KUCING

Dup! Bagaikan terhenti degupan jantung Farah tatkala melihatkan kehadiran pensyarah Kimianya. Alamak! Langkahnya terkunci. Apa yang harus dilakukan sekarang. Semua pelajar Sains kenal sikap pensyarah kimia yang garang itu. Namun apa yang bias dilakukan oleh Farah. Semuanya dah terlewat. “Farah!” panggilan itu melemahkan urat sendi Farah. “Er....” Farah merenung lantai yang terasa lembut membuatkan imbangan badanya goyah. “Apa ni? Pakaian apa ni?” memetir suara pensyarah itu menerjah lubang telinganya. Sangkanya hari itu merupakan hari semua orang cuti. Oleh sebab itulah dia memakai pakaian yang ternyata melanggar sahsiah rupa diri. Tapi sangkaanya meleset. Dan kini dia bakan menerima padahnya. “Sa....” “Kamu ini...!” melengking suara pensyarah muda itu memotong kata-kata Farah membuatkan Farah terdiam.

“Apalah! Ini semuanya mengarut! Bencinya!!!” Pap! Tubuh kecil gadis itu terdorong kebelakang. “Lain kali jalan guna mata!” suara Firdaus bergema. Keadaan emosi Farah yang sedang kacau pada masa itu membuatkan amarahnya naik ke kepala. “Woi! Siapa yang jalan tak guna mata?! Kenapa semua lelaki atas dunia ni menyusahkan! Sudahlah muka macam ikan kod!” bentak Farah membuatkan mata Firdaus membualat tidak percaya mendengar hamburan kata gadis di hadapanya kini. “Kau ni...” belum sempat Firdaus menyambung ayatnya, Farah berlalu pergi meninggalkan lelaki yang menjadi kegilaan ramai itu.

“Aku benci lelaki!!” jerit Farah sebaik sahaja memasuki biliknya. “Apasal ni? Kau keluar pakai macam ni?” Tanya Zura bagaikan tidak percaya melihat pemakaian rakanya. Dengan seluar track, baju lusuh yang berkedut dan rambutnya yang bagaikan baru bangun tidur membuatkan orang akan menganggap diri rakan sebiliknya itu hantu. “Aku pergi salin jadual je. Takkan nak kena melawa juga?” bentak Farah. Tubuhnya di hempaskan ke katil. Rasa sakit hati kepada dua lelaki yang di temuinya pada hari ini membuatkan emosinya sedikit terganggu.

Firdaus melangkah pantas menuju ke meja gadis yang melanggarnya kelmarin. “Awak!” bentaknya membuatkan beberapa pasang mata melihatnya. “Hey awak ni apa pasal. Salam pun tak bagi tiba-tiba je hentak meja saya ni. Awak ingat ini meja ayah awak punya ke?!” sergah Farah membuatkan beberapa orang pelajar menoleh kearah mereka. “Saya tak ada masa nak beramah mesra. Sekarang pulangkan dompet saya!” suara Firdaus semakin meninggi. Beberapa orang rakan yang mengiringinya persis seorang raja memandang tajam kearah Farah bagaikan menanti masa untuk menyerang gadis itu jika di minta berbuat demikian. “Dompet?! Bila masa pula saya curi dompet awak? Hey! Lain kali kalau nak tuduh siasat dulu. Jangan suka hati je tuduh orang! Awak ingat kawan-kawan awak ni yang kononya jaga awak ni saya takut? Saya tahu saya betul, so, go to hell!” farah menolak keras bahu Firdaus membuiatkan jejaka idaman itu terdorong ke belakang, “How dare you!” Firdaus semakin panas hati dengan tindakan Farah yang di rasakan telah menjatuhkan maruah lelakinya. Egonya tercabar. “Kau ni..” belumpun sempat ayat itu di habiskan Farah berlalu pergi meninggalkan Firdaus yang semakin panas hati.

“Prince Fir!” sahut satu suara nyaring membuatkan FIrdaus dan rakan-rakanya menoleh. Mira berlari-lari anak mendapatkan Firdaus yang terkenal sebagai Prince Fir dalam kalangan penuntut wanita di situ. “Prince! Mira jumpa dompet ni dekat tempata letak kereta. Mungkin jatuh masa Prince turun dari kereta” ucap Mira manja. “Dompet?” saat itu tergambar di layar matanya wajah Farah yang dituduh mencuri dompetnya semaktu mereka berlanggaran semalam. Satu keluhan di lepaskan memikirkan bertapa malunya dia jika Farah mengetahui hal ini. Namun nyata belum sempat dia membayangkan apa-apa kehadiran Farah yang tersenyum sinis padanya nyata membuatkan lidahnya kelu.

“Maaf sebab ‘tercuri’ dompet awak lepas itu saya serahkan pada Mira. Tapi tak sangka dia ‘berpaling tadah’ dan serahkan dompet ini pada awak balik” sinis ayat Farah membuatkan jantung Fidaus bagaikan di robek-robek. Terasa ayat itu halus menyusup ke jantungnya dan memusnahkan mahruahnya. “Satu je pesanam saya pada awak. Kalau nak tuduh jangan melulu. Dan satu lagi saya rasa awak tak boleh jadi polis. Nanti ramai orang yang tak bersalah di persalahkan” sinis kata-kata Farah namun membuatkan ego Firdaus tercabar.

Selepas kejadian itu, Firdaus dan Farah bagaikan anjing dengan kucing. Farah sukar untuk menerima kehadiran lelaki yang dirasakan cukup menjengkelkan itu. Bagi Firdaus pula kehadiran Farah bagaikan sebuah jentera yang sering menjatuhkan egonya dan perkara itu tidak boleh di terima akal fikiranya. Mereka sering sahaja bertengkar untuk hal-hal yang kecil. Gadis-gadis yang mengillai Firdaus pastinya memusuhi Farha yang di anggap pengacau kepada Prince Fir idaman mereka.

“Hai sayang. Macam mana kelas tadi?” sapa Hani yang sememangnya terkenal dengan kecantikan dan kegedikkan yang sememangnya mencairkan jejaka yang melihatnya. “Okay. Cuma macam biasalah, si Singa Betina yang tak habis-habis nak jatuhkan I tuh kacau presentation I. Habis satu kelas gelakkan I” rungut Firdaus. Terbayang di ruang mindanya kejadian yang berlaku semasa kelas matematik tadi.

“Firdaus, cuba awak selesaikan soalan ni” Pinta Pn.Maisara yang ayu bertudung pink. “Okay cikgu. Senang je” dengan penuh lagaknya Firdaus melangkah ke hadapan. “Okay da siap!” ucap Firdaus bangga sambil tersenyum ke seisi kelas meraih perhatian. “Puan!” sahut seseorang membuatkan semua mata tertumpu pada pemilik suara itu. “Ada apa Farah?” tanya Pn.Maisara “Jawapan dia salah!” ucap Farah lantang membuatkan mata Firdaus membuntang. “sekejap, Saya semak” ucap Pn.Maisara seraya melangkah ke mejanya menyemak jawapan. “Ha’ah lah Firdaus. Jawapan awak salah” ucap Pn.Maisara membuatkan mata Firdaus membulat.

“Kesalahan dia boleh di katakana ‘Silly Mistake’ sebab kesalahan yang di buah cukup kecil. Dia lupa letak tanda tolah pada nombor dua yang di darab negative satu, sebab itu dia salah” terang Farah membuatkan seisi kelas terdiam. Pn.Maisara meneliti jawapan Firdaus memastikan kenyataan Farah. Dan ternyata apa yang Farah nyatakan benar. Jawapan Firdaus berbeza dengan jawapan sebenar oleh kerana da tertinggal tanda tolak di hadapan nombor dua. Disebabkan hal itu seisi kelas mentertawakan Firdaus yang terlalu culas dalam menjawab soalan yang di sangka mudah.

“Farah!” panggil Akmal membuatkan Farah menoleh spontan. “Eh Akmal, apa pasal? Aku nak cepat nih” Tanya Farah yang kurang selesa dengan lelaki di hadapanya ini. Sudah beberapa kali dia menerima pujukan dari lelaki ini yang ingin dia menjadi kekasihnya. Namun kerana Faraha sering merasakan lelaki menyusahkan menolak pujukan lelaki di hadapanya ini.

“Ikut aku kejap!” Akmal menarik tangan Farah ke belakang bangunan blok Cendana yang semakin hening memandangkan sekarang waktu makan tengah hari. Tiada kelas yang diadakan pada waktu itu. “Apa ni?” bentak Farah dengan kekasaran Akmal. “Farah aku nak tahu kenapa kau tolak aku?” Tanya Akmal seakan merayu. Farah mula rimas dengan sikap kebudak-budakan Akmal. “Akmal aku tak ada masa nak terang pada kau. Aku banyak kerja lagi. Bye” Farah mengatur langkah pergi meninggalkan Akmal. Namun tanpa di duga Akmal merentap tangan Farah membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.

“Firdaus apa ni?” tengking Farah yang mula hilang sabar dengan lelaki di hadapanya ini. Namun Akmal langsung tidak terkesan dengan tengkingan Farah itu. Akmal memasung tanganya di dinding membuatkan Farah terperangkap di antara kedua tangan Akmal. “Farah aku betul-betul sukakan kau” ucap Akmal seakan merayu namun tidak terkesan di hati Farah. “Akmal baik kau lepaskan aku sebelum aku menjerit” ugut Farah. Jeritlah. Siapa akan kisah. Tak ada siapa pun di sini. Aku boleh buat apa saja kat kau Farah” kata-kata Akmal membuatkan Farah kecut perut. Tiba-tiba dia terasa ingin menangis membayangkan jika Akmal mengapa-apakanya “Akmal aku merayu, lepaskan aku” suara Farah berbaur ebak yang dalam. Menahan perasaan takut yang menguasai dirinya.

“Aku suka dengar kau merayu Farah. Hari ini dapat juga aku tundukkan kau. Farah Nadia…” Farah tidak dapat menahan air mata ketakutanya. Tiba-tiba ‘Bukk!’ satu tumbukan hinggap di pipi Akmal membuatkan jejaka hitam manis itu tesungkur. “Apa kau buat ni hah?!” sergah lelaki yang menumbuk Akmal. Farah tidak mampu mengangkat wajahnya. Dia terduduk di dinding menahan ketakutan di dalam dirinya. Tanganya mengigil menahan perasaan.

“Kau siapa?” jerkah Akmal. Pertelingkahan yang berlaku antara Akmal dan penyelamatnya langsung tidak terkesan di hati Farah. Pandanganya tiba-tiba terasa kabur dan berpinar. Pap! Segalanya gelap dan Farah terjelepok tidak sedarkan diri. Bunyi buku jatuh ke lantai menghentikan perang mulut antara Akmal dan lelaki yang menumbuknya. “Farah!” serentak suara garau ekdua-duanya bergabung.

Farah membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut. Kepalanya ligat mengingati kejadian tengah hari tadi. “Farah! Farah!” satu suara memanggil lembut namanya membuatkan matanya mencari suara itu. Kelihatan Atilah sedang duduk di sisi katil tempat dia berbaring. “Tila, saya kat mana?” Tanya Farah lemah. “Awak kat medec. Awak pengsan tadi” ucap Atilah lembut. “Medec? Pengsan? Siapa yang bawa saya?” Tanya Farah bertalu “Firdaus bawa awak tadi. Kejap lagi dia adalah dia. Dia pergi beli air kejap. Hah itu pun dia, panjang umur” ucap Atilah lembut

“Kau dah sedar” sapa firdaus berbasa basi. “Kau ke yang tumbuk Akmal tadi?” Tanya Farah lemah. Firdaus hanya menundukkan kepalanya seketika kemudian mengangguk lemah. “Firdaus… Terima kasih” ucap Farah lemah “Dan… Maaf atas apa yang aku buat pada kau selama ni, aku tahu aku selalu kenakan kau” sambung Farah. “tak apa, aku tak kisah pun. Aku pun banyak gak buat kau sakit hati. Tak apalah, sekarang 0-0 okay?” ucap Firdaus sambil tersenyum. Manis.

Semenjak kejadian itu hubungan Farah dan Firdaus semakin baik. Tiada lagi pergaduhan yang tercetus hanya kerana hal-hal kecil. Malah jika firdaus mengulangi kesilapan culasnya, Farah tidak lagi seperti dulu memalukan Firdaus di hadapan kelas sebalinya dia akan member isyarat agar Firdaus membetulkan kesilapanya.

Akmal pula mula menjauhkan diri daripada Farah sejak kejadian itu. Mungkin dia sudah sedar akan kesilapanya. Hubungan Firdaus dan Farah bagaikan kekasih. Kemana sahaja berdua bagaikan belangkas. Merekas sebenarnya membentuk kumpulan belajar yang turut melibatkan Atilah, Miera, Shida, Syahmie dan Ferd. Namun ahli kumpulan yang lain seringkali sibuk dengan petak tanaman mereka yang dimakan lembu di ladang membuatkan kumpulan mereka hanya tinggal Farah dan Ferdaus yang tanamanya tidak dimakan lembu. Itulah cabaran mereka sepanjang belajar kos peladangan menghadapi risiko batas di pijak lembu dan sayur dimakan lembu.

Nyata Farah dan Firdaus merupakan gabungan yang hebat apabila mereka sering mengungguli kedudukan di dalam markah test dan quiz. Mereka menjadi perhatian pensyarah yang mengagumi cara mereka belajar secara berkumpulan membawa kepada markah ahli kumpulan yang sekata dan terbaik. Berkat usaha mereka bersama, mereka Berjaya meraih anugerah dekan pada semester tersebut dengan pointer 4.0.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment