BUTTON

Tuesday, March 13, 2012

Memori

Cikgu Ramlan renung buku usang yang sudah bertahun tidak di sentuhnya. Entah mengapa, hari itu kembali menemukan dia dengan buku rekod yang sudah bertahun menjadi kenangan yang penuh suka dan duka. Cikgu Ramlan merenung jauh bagaikan menembusi setiap isi kandungan buku tebal bewarna biru itu. Jika dahulu, setiap kali memperolehnya pada awal tahun, tanganya akan pantas membuka computer ribanya langsung menaipkan sesuatu. ‘Rancangan Pembelajaran’ itulah fail wajib tersimpan di dalam komputernya. Kemudian di cetak dan di tampal di dalam buku biru yang tebal itu. Bergitulah telitinya Cikgu Ramlan dalam merancang setiap jadual pembelajaranya.
“Cikgu buat apa tu?” tegur Cikgu Malik, rakan sejak di bangku sekolahnya. Mereka mendapat tawaran untuk belajar di maktab perguruan yang sama dan jodoh mereka terlalu panjang menyebabkan mereka di temukan untuk mengajar di sekolah yang sama. Baru dua tahun menjejakkan kaki ke bidang peguruan yang sebenar banyak merubah pesonaliti Cikgu Ramlan yang dahulunya seorang yang tidak pandai untuk bercakap di khalayak yang ramai. Namun, selepas menjalani ujian dan latihan akhirnya dia mampu mengubah dirinya menjadi seorang guru yang lantang bersuara. Malah, di dalam mesyuarat, Cikgu Ramlan merupakan salah seorang guru yang sentiasa keluar dengan idea dan komenetar yang cukup lantang bagi seorang guru. Ideanya cukup realistik menyebabkan dia sering menjadi rujukan pengetua di dalam perancangan masa hadapan sekolah. Pemikiranya bukanlah sedungu dulu. Belajar selama tiga tahun membuatkan Cikgu Ramlan benar-benar berubah. Dari seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak idea menjadi seorang guru yang cukup bijak mengawal setiap keadaan dan bijak dalam mengendalikan sesuatu perkara.
Pada tahun pertama pengajaranya, bagi guru baru sepertinya, jarang sekali mereka dapat meraih hati pelajar, terutama mengajar di sekolah menengah. Kebiasaanya pelajar akan memijak kepala mereka kerana kekurangan pengalaman untuk memastikan para pelajar sentiasa mendengar kata dan menuruti arahan yang di berikan. Kecuali jika mereka bernasib baik untuk mengajar di tingkatan satu. Namun suatu keistimewaan yang ada pada cikgu Ramlan. Pada tahun pertama dia menjadi guru sepenuhnya, dia sudah membuat perancangan yang cukup teliti di dalam pengajaran. Malah, perancanganya tidak mampu di tandingi oleh guru yang sudah mengajar untuk bertahun lamanya. Malah, dengan mengajar pelajar tingkatan empat yang kebiasaanya merupakan tingkatan yang paling nakal, cikgu Ramlan dapat mengawal setiap pelajarnya sehingga mereka cukup mendengar kata dan sentiasa menghantar tugasan tepat pada waktunya. Tiada aduan yang terluah di bibir guru itu mengenai pelajar yang tidak mendengar kat, pelajar tidak menyiapkan tugasan. Sebaliknya, setiap selesai mengajar, tanganya tidak pernah kosong dengan buku latihan menandakan tugasan yang di berikan sudah siap dan bersedia untuk di semak.
Sementelah itu, Cikgu Ramlan mempunyai teknik pengajaran yang cukup berkesan di hati para pelajar sehingga dia digelar sebagai guru kesayangan. Semuanya berlaku di dalam tahun pertama pengajaranya dan perkara ini mengagumkan guru-guru yang lain kerana jarang mereka dapat melihat seorang guru baru sepertinya dapat mengawal pelajar sedemikian rupa. Namun dalam mengenangkan kisahnya yang menarik, terselit cerita duka dalam hidupnya. Kebahagiaan menjadi pendidik nyata tidak berpanjangan seperti yang di harapkan. Perletakkan jawatanya nyata mengejutkan seisi Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi yang cukup menyayanginya. Pengetua sekolah, Cikgu Shamsul tergamam saat sekeping surat bertaip di hulurkan Cikgu Ramalan pada suatu pagi. Isi kandunganya bukanlah berita gembira buatnya malah membawa berita duka seisi sekolah. Mereka akan kehilangan seorang guru yang cukup pintar dalam berfikir, petah dalam berbicara malah dedikasi di dalam kerjanya. Seorang pendidik yang cukup unik dan sukar untuk di temui.
Cikgu Ramlan masih merenung buku biru yang tebal itu. Buku itu merupakan buku rekod terakhirnya dan selepas tahun itu dia berjuang di katil hospital selama lima tahun. Berjuang sehingga kadang kala dia merasa putus asa untuk meneruskan perjuanganya. Kesakitanya tidak pernah di ketahui oleh sesiapa. Meskipun rakan baiknya Cikgu Malik. Ibunya, Puan Suria menjadi pembakar semangatnya melalui hari-hari yang penuh kesakitan. Wajah anak-anak murid pada hari terakhir perkhidmatanya masih terbayang di layar pemikiranya. Kesedihan mereka mengiringi langkahnya ke pintu pagar. Nyanyian lagu Kau Ilhamku pada saat itu oleh pelajar-pelajarnya membuatkan matanya berkaca dan jiwa lelakinya hampir luluh. Namun ditahan segala rasa pilu itu. Cikgu Ramlan ingin meninggalkan pelajarnya tanpa memberitahu kepada mereka bahawa hatinya juga derita meninggalakn mereka. Kenangan hari itu kembali menerjah kedalam ruang memori hatinya.
“Cikgu merupakan cikgu terbaik di sekolah ini. Saya berat hati untuk melepaskan cikgu” ucap pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi dengan matanya yang berkaca. Bilik mesyuarat yang kebiasaanya terisi dengan perbincangan yang padat dan serius bertukar suasana. Wajah sedih para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi membuatkan bilik berhawa dingin itu terasa cukup menyesakkan. Cikgu Ramlan mengukirkan segaris senyuman buat Cikgu Shamsul. Kata-kata yang akan di pahat di ingatan sebagai pembakar semangat untuk perjuanganya yang seterusnya. Wajah pucat Cikgu Ramlan menjadi sasaran lensa Cikgu Arini yang sememangnya terkenal dengan gelaran ‘puteri lensa’ di sekolah. Setiap peristiwa penting tidak kira suka atau duka akan terakam di dalam kamera Nikkonya.
“Kenapa kau berhenti? Kita dah kawan sejak sekolah. Aku tahu ini cita-cita kau. Kenapa kau lepaskan cita-cita kau selepas kau memperolehinya? Kenapa tak boleh beritahu aku alasanya?” soalan bertubi-tubi Cikgu Malik membuatkan hati Cikgu Ramlan semakin memberat meninggalkan SMK Dang Wangi. Namun dia tidak dapat menjawab soalan sahabat sejak di bangku sekolahnya itu. Hanya ukiran senyuman tawar di ukir mengkhabarkan ‘biarlah rahsia’.
“Cikgu!!!!” suara jeritan beramai-ramai membuatkan pintu kereta yang telah dibuka di tutup semula. Pelajar-pelajarnya sedang berkumpul bagaikan membuat satu perarakan hari kemerdekaan. Beberapa orang kelihatan memegang sekeping kad manila bertulis ‘kami sayang cikgu’ ‘cikgu adalah cikgu terbaeeeek!!!’ ‘kami akan sentiasa kenangkan cikgu’ dan pelbagai lagi. Hatinya sebak untuk membaca semua ayat-ayat yang tertulis itu. Matanya pantas merenung sekitar sekolah yang penuh sejarah ini. SMK Dang Wangi, bukanlah sebuah sekolah yang besar. Pelajarnya hanyalah sekitar 500 orang. Gurunya juga tidaklah ramai. Sebuah sekolah yang cukup sederhana namun unik. Semangat pelajarnya tidak seperti sekolah-sekolah yang lain.
Meskipun terletak di kawasan perkampungan namun sekolah ini cukup indah di hiasi dengan pokok-pokok yang melestarikan suasana. Pondok-pondok ilmiahnya di tampatkan di bawah pohon mangga yang rendang, pokok beringin yang besar, cukup untuk membuatkan pelajar-pelajar mudah memperoleh inspirasi dalam menghasilkan karangan. Kelas di setiap tingkatan hanyalah dua atau tiga. Sekolah ini memang kecil, namun cukup menyimpan makna. Ramai pelajarnya yang agak nakal. Namun itu adalah kebiasaan. Remaja yang sedang membesar pasti sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Cuma kadang-kadang mereka ini terlalu ingin mencuba sehingga yang buruk juga turut ingin di cuba oleh mereka.
Cikgu Ramlan juga pernah remaja seperti mereka. Cuma alam remajanya lebih banyak di isikan dengan membaca dan merenung orang di sekeliling. Dan dia terus berfikir untuk mereka. Namun buah fikiranya tidak pernah keluar dari bibirnya. Hanya tersimpan di mindanya dan pada saat dia melangkah ke dalam maktab peguruan segalanya terpaksa di keluarkan dan akhirnya dia menjadi guru yang cukup tinggi ilmu pengetahuanya. Ilmu yang terpahat di mindanya bukan sahaja berkisar mengenai subjek teras yang diambilnya sebaliknya turut merangkumi setiap yang berlaku di negara ini. Kadang-kala Cikgu Ramlan mampu untuk berkata-kata bagaikan seorang ahli ekonomi meneliti naik turun pasaran ekonomi Malaysia. Di suatu ketika yang lain dia menganalisi suasana politik yang menjadi rencah rasa negara. Kemudian dia mula mengingati setiap tarikh penting sebgai sejarah negara seperti seorang guru sejarah. Namun dia tetap tetap dengan subjek kesayanganya. Bahasa Melayu, jiwa Cikgu Ramlan semenjak di bangku sekolah.  
“Cikgu kami ingin minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan ilmu yang cikgu ajar. Jika ada masa datanglah jenguk kami di sini. Kami sayangkan cikgu. Kami suka cara cikgu ajar kami. Cikgu buatkan kami merasakan subjek Bahasa Melayu merupakan sebuah subjek yang paling seronok dalam dunia. Walaupun lenguh tangan kami nak buat lima muka surat karangan, tapi lama-kelamaan kami dah biasa dengan semua itu. Malah kami rasa tak puas hati selagi karangan kami tak cukup lima muka surat. Cikgu juga buat kami faham tentang sejarah negara kita. Semua cerita cikgu terpahat dalam fikiran kami ini macam kena gam dengan gam gajah. Seronok bila cikgu luangkan sesetengah masa untuk mengingatkan kami tentang sejarah kita dahulu. Cikgu kata kita kena belajar dengan sejarah agar sejarah itu tak akan berulang. Dan kerana itu cikgu sentiasa ingatkan kami tentang sejarah itu. Kini kami rasa kami takkan sia-siakan masa kami sekarang kerana kami tak mahu sejarah berulang. Cikgu juga ajar kami mengenai masa. Surah Al-Asr yang menjadi pembukaan dan pengakhiran pengajaran cikgu kami ingat sampai bila-bila dan kami kini faham, demi masa yang selama ini banyak kami sia-siakan. Terima kasih cikgu. Terima kasih untuk semua ilmu yang cikgu curahkan. Kami belajar banyak ilmu hanya di dalam kelas Bahasa Melayu. Apa yang kami pasti semua yang cikgu ajar kepada kami itu adalah ilmu yang tidak ternilai harganya. Kami akan sentiasa merindukan cikgu. Cikgu Ramlan, guru Bahasa Melayu kami” Maisara, pelajar yang paling petah berbicara mengakhiri kata-katanya dengan lingan airmata.
Cikgu Ramlan benar-benar sebak. Pemergianya ini kerana terpaksa. Bukan kerana rela. Namun dia tahu dia harus berundur demi kesenangan semua orang. Ada perjuangan yang lebih besar menantinya menyebabkan dia takut dia akan menyusahkan warga di sini. Kata-kata Maisara benar-benar membuatkan jiwa lelakinya tewas dalam menahan sebak di hari. Airmatanya jatuh juga. Pelajar-pelajar lelaki memeluk erat tubuhnya ketika itu. Pelukan yang cukup hangat dan tidak akan di lupakan kehangatanya hingga kini. Masih terasa tubuh-tubuh gagah anak muridnya yang sedang tumbuh menjadi remaja lelaki yang perkasa memeluk erat tubuhnya yang semakin kurus pada ketika itu. Sebuah album di hulurkan Aisyah buatnya mewakili seluruh pelajar di situ. Album yang bukan sahaja mengandungi gambar dirinya bersama pelajar-pelajarnya juga mengandungi ucapan yang meruntun hati dari pelajar-pelajarnya.
Keakraban mereka bagaikan sebuah keluarga yang cukup besar. Jarak usia yang hanya berkisah lima hingga enam tahun menyebabkan Cikgu Ramlan merasakan dirinya adalah abang kepada adik-adik yang cukup ramai. Meskipun hanya mengajar sebuah subjek yang di rasakan bukan sebuah subjek yang susah namun komitmenya dalam memastikan pelajar-pelajarnya memperolehi markah yang tinggi membuatkan pembelajaran mereka santai tetapi serius. Drama komsas tidak hanya di baca dan difahami watak, perwatakan, latar tempat dan sebagainya tetapi di bawa kepada sebuah pementasan yang menyeronokkan. Pementasan yang membuatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi terkenal sebagai sekolah yang kerap mengadakan pementasan drama. Ibu bapa di jemput melihat bakat anak-anak mereka dalam menjadi pelakon pentas yang serius menghayati watak yang di bawa. Malah caranya memberikan impak yang cukup berkesan kedalam pemahaman pelajar.
Kini semuanya hanyalah sebuah kenangan dalam kotak pemikiran yang semakin pelupa. Mungkin kesan dari rawatan yang di terima. Beberapa orang di sekitarnya lenyap dari ingatanya. Malah saudaranya juga ada sesetengahnya tidak dapat di ingati dengan jelas siapa mereka. Saat ini Cikgu Ramlan menjadi takut. Takut untuk kehilangan memori berharga dia dan anak-anak muridnya. Memori di sebuah sekolah bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi.
Ketika itu perlahan tangan kurusnya terketar-ketar mencapai pena hadiah anak muridnya semasa sambutan hari guru. Pena yang dia yakin bukan beharga seringgit dua tetapi mungkin memakan harga puluhan ringgit itu di capai dan di renung. Matanya teracap kepada sebuah buku berkulit keras dibalut dengan sampul berbunga kecil. Buku yang mungkin setebal sekitar 200 muka surat itu di capainya. Buku itu juga hadiah hari guru yang di terimanya pada hari guru terakhirnya. Cikgu Ramlan mengagahkan tanganya untuk menulis di dalam buku itu. Dia perlu mencatatkan semua memori yang masih tersisa di ingatanya sebelum semuanya hilang.
4 September 1999
Aku menulis kerana aku tahu aku akan kehilangan semua ingatanku ini. Ternyata penyakitku ini bukan sahaja membuatkan aku kehilangan sebuah keluarga yang besar, tetapi juga ingin meragut semua memori hidupku. Mungkin tidak banyak dapat aku coretkan di sini kerana kegagahan diri juga semakin hilang. Aku bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk mencoretkan memori ini. Aku sendiri tidak pasti bilakan malaikat Izrail akan datang menjemputku untuk behijrah ke alam barzakh. Namun sebelum kedatanganya, aku ingin coretkan memori ini untuk bacaan keluargaku di ‘Dang Wangi’
Dang Wangi, namanya mewangi di dalam ingatanku. Mengusik jiwa ini saat diri bersendirian seperti ini. Ternyata duniaku hanya di sini. Menghabiskan sisa di bilik berhawa dingin bersama sebuah kati yang sudah aku huni lima tahun lamanya. Wayar plastik ini bagaikan rantai besi merantai aku di sini untuk terus merenung melalui jendela yang sama sejak lima  tahun yang lalu.
Tujuh tahun yang lalu….
Masih segar di ingatanku sebuah sekolah yang hanya mempunyai 2 bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat. Sebuah ruangan yang hanyalah sebesar tiga  kali ganda bilik ini tersusun rapi sekitar 20 buah meja kayu yang kelihatan sudah bertahun tidak bertukar. Namun itu bukan persoalan. Senyuman ramah penghuni ruangan itu dari meja mereka masih aku ingati hingga kini. Dan mustahil untuk aku lupakan jika tidak kerana penyakitku ini. Aku di tempatkan di sebuah meja yang memang usang. Sudah berhabuk dan bersawang di bawahnya. Namun aku langsung tidak kisah apatah lagi untuk merungut. Buku rekod biru yang tebal menjadi buku pertama yang merebahkan dirinya di atas meja usang itu. Saat itu aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku letakkan di atas meja itu. Terasa janggal untuk mempunyai meja sendiri untuk kali pertamanya. Sepanjang aku menjalani latihan praktikan, kebanyakkan dari mejaku adalah meja perkongsian dengan guru praktikal yang lain. Masa kami di habiskan di kerusi tamu atau di ruang pantri. Aku membuka laci yang pertama. Terdapat sekeping gambar di dalamnya. Seorang lelaki bersama seorang wanita.
Aku yakin gambar itu adalah milik penghuni meja itu sebelum ini. Namun wajah wanita di dalam gambar itu menarik perhatian ku. Ibu! Itulah perkataan pertama terluah dari bibirku saat merenung wajah itu. Kutanyakan kepada guru-guru yang berada di situ. Kata mereka guru yang duduk di meja itu telah meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun yang lalu. Sejak itu meja itu tidak digunakan lagi. Meja itu di simpan di dalam stor selepas keluarga guru itu mengemaskan barangnya. Kerana kekurangan meja akhirnya meja itu kembali di keluarkan. Aku kembali merenung wajah di dalam gambar itu. Ada suatu wajah kabur di dalam ingatanku tentang lelaki itu.
Pulang sahaja dari sekolah aku bergegas pergi ke rumah ibu yang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari tempat aku mengajar. Aku tunjukkan padanya gambar yang aku temui. Gambar itu di sambut bersama lingan air mata. Rupanya itu adalah ayahku. Pantas aku teringatkan khabar duka yang aku terima dari ibu. Pada saat itu aku berusia 5 tahun. Aku tidak bergitu rapat dengan ayah kerana dia terlalu garang. Kata ibu ayah aku merupakan guru displin di SMK Dang Wangi. Gambar itu merupakan gambar lama yang mereka ambil sebelum berkahwin. Patutlah aku tidak dapat mengenalpasti wajah ayah kerana aku tidak pernah melihat gambarnya waktu remaja. Aku hanya pernah melihat gambar ibuku sewaktu remaja yang di tunjukkan oleh nenek.
Saat itu semangatku untuk menjadi pendidik yang terbaik semakin berkobar. Aku ingin menjadi guru yang di segani seperti ayah. Namun aku tidak mahu setegas ayah kerana aku tahu pelajar zaman ayah tidak sama dengan pelajar sewaktu zaman ayah mengajar. Gambar itu aku letakkan di dalam bigkai dan aku letakkan di atas meja sebagai inspirasi. Guru-suru lain yang terlihat akanya bertanyakan perihal gambar itu dan mereka terkejut kerana rupa-rupanya aku anak Cikgu Haddad yang cukup disegani di sekolah itu.
Kelas pertama bermula pada jam menginjak ke  dua belas tengah hari. Waktu genting untuk mengajar subjek yang agak membosankan. Namun aku sdah bersedia dengan caranya. Sebuah permainan bahasa untuk menarik perhatian supaya tdak tertidur di dalam kelas pertama aku di sini. Empat Kenanga kelas yang terkenal dengan kenakalan para pelajarnya. Hatiku agar berdebar sebenarnya untuk melangkah ke kelas yang menjadi kelas ‘panas’ di bilik guru. Seketika kedengaran bunyi bising dari tingkat empat dan yang pastinya bunyi bising itu merupakan kelas yang bakal aku ajar pada hari pertama aku mula mengajar. Kehadiranku membuatkan pelajar yang sedang bising kembali ke tempat duduk masing-masing dan kelas menjadi sunyi seketika. Terdetik di hatiku, benarkah mereka ini kelas ‘panas’ dengan kenakalan para pelajar seperti yang di gembar gemburkan oleh guru-guru di bilik guru?
“Assalammualaikum semua” ucap Cikgu Ramlan Ramah. Salamnya disambut hampir serentak oleh semua pelajar. “Saya Cikgu Ramlan, guru Bahasa Melayu. Ini hari pertama saya mengajar selepas ijazah perguruan di Maktab Pegurusan Sultan Idris” ucapku ramah. “Cikgu baru…” hampir keseluruhan kelas bersuara. Cikgu Ramlan tertawa dalam hati mengutuk ramalanya. Baru kini dia percaya pelajar kelas ini bukanlah setenang yang disangka. “Sebelum kamu Tanya saya jawab dahulu, saya masih single. Berumur 25 tahun. Dan saya…” Cikgu Ramlan berjalan kearah seorang pelajar lelaki yang dari tadi menunduk kebawah meja “tak suka orang baca komik masa saya mengajar… Detective Conan.. Hurm… Komik kegemaran saya semasa saya belajar di maktab.”
“Tapi saya tak pernah baca semasa pensyarah saya mengajar sebab saya menghargai pensyarah saya. Bagi saya sesiapa sahaja yang memberikan saya ilmu merupakan orang yang lebih mulia dari saya kerana orang itu memiliki ilmu lebih dari saya dan orang itu lebih baik dari saya kerana dia menjadikan pohon yang rendang dan berbuah ranum. Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. Ini adalah pegangan hidup saya yang membuatkan saya merasakan masa itu terlalu bernilai. Jika saya tertinggal seminit pembelajaran saya, bukan, jika saya tertinggal sesaat sahaja saya telah melanggar prinsip hidup saya dan saya telah menjadi orang yang rugi. Oleh itu saya tidak mengharapkan lebih, tidak juga mengharapkan kamu semua duduk bermuka serius seperti ini, saya cuma mengharapkan kamu menjadi insan yang menghargai masa dan menghormati saya sebagai seorang guru tetapi tidak sebesar penghormatan kamu buat Rasulluah”  kata-kata Cikgu Ramlan membuatkan seisi kelas terdiam dan bagaikan terpukau seketika.
Hari itu berlalu dengan lancar. Kelas yang serius bertukar warna. Gelak tawa para pelajar dengan jenaka oleh Cikgu Ramlan membuatkan guru yang melewati kelas itu tertarik dengan cara guru muda itu mengajar. Pada hari pertama guru itu mampu menjadikan kelas yang terkenal dengan kenakalan pelajarnya bertukar menjadi kelas yang cukup harmonis dengan suasana yang cukup aneh bagi guru-guru yang pernah mengajar di kelas itu. Malah, keakraban itu terus mekar menjadi kuntuman persahabatan antara guru dan pelajarnya.
Peristiwa itu terlalu manis dan sedih untuk memikirkan aku bakal melupakan semua memori ini. Perasaanku saat mengungkapkan kata-kata itu dapat aku rasai ianya menyerap kedalam minda para pelajarku saat itu. Kata Cikgu Aminah yang melewati kelasku pada hari itu, dia hampir tidak percaya guru baru seperti aku akan mengeluarkan kata-kata sedemikian. Namun aku hanya menganggap pujianya itu dengan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan hidayahnya kepadaku dan aku hanya menjadi wacana untuk menyampaikan ilmu milikNya. Siapalah aku untuk membangga diri sedangkan semua ilmu yang aku miliki hanyalah pinjaman semata-mata  pemilik mutlaknya ialah Allah S.W.T.
Mesyuarat pertama mengundang debar di dada. Untuk pertama kalinya aku akan duduk sebaris dengan guru tetap. Semasa praktikal aku hanya di tempatkan di suatu sudut bersama guru praktikal yang lain mencatat butir bicara pengetua tentang itu dan ini. Tetapi hari ini aku akan duduk di meja mesyuarat berdiskusi mengenai masalah semasa di sekolah. Pelbagai perasaan bermain di mindaku. Gembira dan gementar bercampur baur. Namun yang pastinya aku teruja untuk menghadiri mesyuarat ini. Langkah pertama masuk ke bilik mesyuarat ku atur bersama ungkapan bismillahirahmanirahim…
“Assalammualaikum semua. Alhamdulilah kita semua dapat berkumpul pada hari ini untuk mesyuarat mingguan. Sebelum itu kita ucapkan selamat datang buat dua orang warga baru SMK Dang Wangi Cikgu Ramlan dan Cikgu Malik. Ini merupakan mesyuarat mingguan pertama buat cikgu berdua. Sebarang pandangan dan komen di alu-alukan agar kita dapat memperbaiki prestasi sekolah kita bersama” ucap Cikgu Shamsul pengetua sekolah dengan ramah. Cikgu Ramlan dan Cikgu Malik tersenyum manis mendengar kata-kata aluan pengetua. Seketika dewan mesyuarat kembali serius. Bermula dengan pengetua, di ikuti guru penolong kanan satu dan dua, setiap dari mereka membentang laporan aktiviti mingguan sekolah. Mesyuarat yang agak membosankan namun mengundang minat Cikgu Ramlan untuk mengkaji dari setiap sudut pandangan mengenai aktiviti sekolah. Mindanya mencerap setiap kata-kata Cikgu Alyah mengenai aktiviti-aktiviti mingguan di sekolah. “Baiklah, sekarang saya membuka ruangan untuk para guru memberikan sebarang pendapat atau komen” ucap pengetua. Masa yang di nantikan Cikgu Ramlan.
“Maafkan saya cikgu, walaupun baru di sini tapi saya ada sedikit pandangan. Mengenai analisis aktiviti yang di kemukakan oleh Cikgu Alyah. Begini cikgu, saya merasakan ada sedikit permasalahan yang sedang berlaku di dalam sekolah kita. Aktiviti yang dijalankan pada pemerhatian saya lebih tertumpu kepada kelab dan persatuan tertentu. Malah sebarang program yang di jalankan kelihatan melibatkan kelab yang sama berulang kali. Saya ada meneliti laporan yang dibentangkan pada minggu-minggu sebelum ini walaupu pada ketika itu saya masih belum mula bertugas tertapi maklumat ini saya perolehi melalui buku rekod yang saya pinjam dari Cikgu Murad sebelum hadir ke mesyuarat ini. Dalam penelitian saya, sekolah kita banyak bagaikan menganaktirikan kelab-kelab yang lain. Dana yang di salurkan tidak seimbang dan pada perkiraan saya ketidakseimbangan ini menyebabkan hanya kelab tertentu sahaja yang kelihatan aktif. Saya berikan contoh di sini Kelab Bola Sepak yang memperolehi dana untuk ke pelawanan Bola Sepak Peringkat Daerah. Ini bukan suatu permasalahan tetapi dana untuk Kelab PingPong menjalankan latihan intensif ditarik kerana dana tersebut perlu di salurkan kepada Kelab Bola sepak. Lihat ketidakseimbangan antara kelab menyebabkan dua minggu selepas penarikkan dana itu, Kelab Ping Pong tidak menjalankan sebarang aktiviti dan hanya mengadakan perjumpaan biasa dan belajar mengenai teori sahaja. Kemudian aktiviti yang saya kata melibatkan kelab yang sama berulang kali ialah Kelab Kebudayaan. Kita teliti program sejak tiga minggu yang lalu, kesemua pengendali utama program ini adalah ahli Kelab Kebudayaan. Syaa tidak nafikan kelab Kebudayaan merupakan kelab universal yang sentiasa di tuntut di dalam mana-mana program kerana kebolehan mereka dalam seni persembahan, tetapi saya lihat tiada penglibatan kelab lain dalam meletakkan kesejajaran antara satu kelab dengan kelab yang lain. Itu sajalah komen saya. Maaf kerana terlalu banya berceloteh” ucap Cikgu Ramlan diakhiri bersama sebuah senyuman.
“Hebat! Cukup hebat! Suatu penerangan dan penelitian yang cukup bagus. Saya sendiri agak terlepas pandang akan hal ini. Terima kasih cikgu. Saya akan cuba lakukan sesuatu untuk menangani setiap kelompongan di dalam hal ini. Baiklah cikgu-cikgu semua, hari ini kita telah mendapat seorang cikgu yang sudah lama tidak kita jumpa sejak kita semua kehilangan Cikgu Haddad. Inilah semangat yang kita nanti-nantikan selama 20 tahun ini” ucap Cikgu Shamsul membuatkan seisi bilik mesyuarat tersenyum. Semangat cikgu Ramlan semakin membara mendengarkan kata-kata Cikgu Shamsul yang mengatakan dirinya seperti ayahnya.
Ternyata langkahku di sini bukan sekadar menjadi seorang guru sebaliknya juga menjadi seorang yang membawa idealistic yang meluas menyebabkan aku menjadi guru yang di segani. Aku mengulangi sejarah kegemilangan ayah. Menjadi insan yang di segani oleh seluruh warga sekolah sepertinya. Aku merasakan pilihanku untuk menjadi pendidik adalah pilihan paling tepat. Allah sememangnya memberikan aku sebuah pilihan yang terbaik. Aku bersyukur kepadanya kerana membuka mataku untuk menjadi pendidik. Meskipun gaji bukanlah telalu besar malah ada orang mengatakan, ada apalah dengan guru setakat gaji cukup makan. Namun itu bukan persoalanya sebaliknya jiwaku yang terpahat di sini. Di dunia perguruan yang aku ambil pada mulanya hanya kerana jaminan kerja membakar semangat aku untuk menjadi guru yang terbaik. Aku ingin buktikan bahawa aku adalah pewaris semangat Cikgu Haddad yang pernah berkobar-kobar dan menyala di sini.
Musim peperiksaan merupakan musim paling membosankan. Masakan tidak, aku hanya mengambil masa sehari untuk habis menyemak seluruh kertas jawapan pelajarku. Namun aku tidak perlu mengajar untuk masa seminggu. Alangkah bosanya tidak dapat mengajar. Obsesku kepada bidang pendidikan tidak dapat di bendung lagi. Aku benar-benar ketagih untuk mengajar pada setiap hari. Kerana itu aku rela untuk memegang 5 kelas dan menyebabkan aku menjadi guru paling sibuk di Dang Wangi. Namun segala-galanya bukanlah penghalang buatku. Hatiku gembira setiap kali dapat mengajar. Malah pelajar-pelajar aku juga seronok tatkanla menginjak ke waktu Bahasa Melayu. Mereka menantikan cerita pembukaan yang menarik perhatian mereka utnuk mengikuti pembelajaran hingga akhirnya. Aku bukan hanya masuk mengajar semua tentang Bahasa Melayu. Pada masa-masa genting aku lebih selesa memberikan sedikit cerita pembukaan seperti sejarah negara yang menjadi informasi asa syang sepatutnya di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Aku ingin jadikan pelajar-pelajarku bukan hanya sebgaai pelajar cemerlang dari segi akademik tetapi aku juga ingin mereka menjadi pelajar yang menghargai tanah air. Menyayangi setiap inci bumi Malaysia ini dan mengetahui setiap apa yang pernah berlaku keatas bumi Malaysia ini. Aku ingin mereka menjadi rakyat Malaysia yang kenal akan negara mereka sendiri bukan hanya pelajar yang tahu mengejar kecermelangan akademik semata-mata sebaliknya tidak mengenali Negara sendiri.
Semuanya cukup indah. Terlalu indah untuk aku lupakan. Kalaulah aku mampu menghalangi ingatan ini dari terus menghilang. Hanya Allah yang mampu melakukanya. Aku sentiasa berdoa agar ingatan ini terus tersisip rapi di sini. Tidak akan hilang sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Banyak lagi memori yang terpahat di ingatan ini. Namun aku tidak mampu untuk merakamkan semuanya di sini. Pementasan drama komsas yang menarik perhatian seluruh warga Dang Wangi dan ibu bapa pelajar. Sesuatu yang unik dan tidak pernah di adakan sebelum ini namun aku adalah perintisnya. Khabar yang aku terima hingga kini pementaan itu masih terus berlangsung dan menjadi acara wajib buat warga Dang Wangi. Kepingan gambar dan rakaman video pementasan itu masih dapat aku lihat dari sini. Ada seseorang yang membawakanya kepadaku dan yang pasti dia bukanlah warga Dang wangi. Hingga kini aku pasti tiada seorang warga di situ yang mengetahu keadaanku sekarang. Sesungguhnya aku tidak sesekali mahu mereka melihat keadaanku masa ini. Cukuplah aku terpahat di memori mereka di dalam satu fingura yang terbaik. Bukan seperti kini.
Tangan ini sudah hanya tinggal tulang temulang. Tubuh yang dahulu kalian lihat tegap dan sihat kini hanyalah laksana kerangka hidup sedang bergelendangan di bumi Allah ini. Rambut yang dahulu lebat kini hanya tinggal beberapa helai yang kekal setia di tempatnya. Kepanasan ubat telah meluruhkanya.
Warga Dang Wangi,
Maafkan kerana meninggalkan kalian. Jodoh kita terlalu pendek. Bukan kehendak untuk meninggalkan kalian namun andainya kalian tahu derita diri ini  pasti kalian memahami. Cikgu Ramlan Bin Haddad menyayangi kalian semua seperti keluarga cikgu sendiri. Tapi apakan daya cikgu tidak mampu melawan takdir. Lima tahun telah berlalu dan cikgu tidak pasti adakah masih ada setahun lagi untuk cikgu. Namun yang pastinya, saat lembaran ini di buka buat kalian semua cigu sudah tidak ada lagi di dunia ini. Amanah cikgu buat kalian berpeganglah kepada prinsip Al-Asr… demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. Janganlah kalian sia-siakan masa yang ada. Andai dapat di putar masa ingin cikgu putarkan masa ke masa cikgu menjadi warga Dang Wangi berulang-ulang kali. Terlalu banya perkara lagi yang cikgu tidak dapat lakukan untuk kalian. Malah cikgu tinggalkan kalian saat kali memerlukan cikgu. Jika kalian ingin katakan cikgu kejam cikgu rela kerana cikgu memang kejam untuk tinggalkan kalian seperti ini.
Yang benar,
Cikgu Ramlan Bin Haddad
Hospital Kuala lumpur, 4 sept 1999, 3 a.m  

Sofeya mengesat airmatanya saat menghabiskan ayat terakhirnya. Sebuah perutusan yang cukup menyayat hati seluruh warga SMK Dang Wangi. Perhimpunan hari guru yang dibuat oleh seorang gadis misteri menjemput semua warga Dang Wangi 1992-1994 rupanya wasiat terakhir seorang guru kesayangan sekolah itu. Pelajar-pelajar Dang Wangi yang merupakan anak murid Cikgu Ramlan kelihatan mengesat airmata mendengar perutusan dari guru kesayangan mereka. Guru yang banyak mengajar mereka erti kehidupan dan menjadikan mereka anak Malaysia yang sebenar.
“Saya Nurul Sofeya Binti Ramlan, 14 tahun. Permata tunggal Cikgu Ramlan. Ayah merupakan seorang yang cukup tabah. 7 tahun ayah bertarung menentang penyakit barah otak yang dihadapinya sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Maafkan saya kerana sepatutnya warkah ini di bacakan selepas pemergian arwah. Tetapi pada masa itu usia saya baru menjangkau 6 tahun. Setahun yang lepas sebelum nenek saya yang merupakan ibu arwah menghembuskan nafas yang terakhir, arwah memberitahu hasrat terakhir arwah ayah sebelum meninggal dunia. Kata nenek, dua tahun selepas coretan ini, arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu yang sama  dengan coretan ini siap di tulis Cuma ianya berlaku dua tahun selepas itu. Album yang kalian hadiahkan kepada arwah sebelum arwah pergi meninggalkan sekolah ini pada hari terakhir perkhidmatanya, masih lagi ada di dalam simpanan saya. Kata nenek, arwah membeleknya setiap hari. Namun setahun selepas coretan ni di tulis arwah telah kehilangan memorinya. Arwah hanya mengenali ibunya, ibu saya dan saya bersama doktor yang merawatnya. Semua itu kerana kami adalah insan kekal di sisi arwah. Arwah telah kehilangan semua ingatanya kepada kalian, arwah tidak lagi mengenali siapa kalian. Pada masa itu, arwah sudah pada tahap yang cukup kritikal. Doktor hanya meramalkan arwah bertahan selama enam bulan. Namun semangat arwah lebih kuat dari yang di sangka hingga arwah mampu bertahan untuk setahun lagi. Suatu keajaiban dan keanehan kepada semua doktor.”
“Seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir, arwah tiba-tiba kembali memegang album yang kalian hadiahkan. Arwah peluk album itu setiap hari. Arwah tidur bersama album itu sebelum album itu terjatuh ke lantai dan arwah di sahkan telah koma.”
“Dua hari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, arwah kembali sedar, kemudian arwah minta arwah nenek untuk bawa buku rekod biru padanya. Arwah nenek berikan padanya, dan arwah pada ketika itu memeluk buku itu dan arwah katakan pada arwah nenek, buku ini buku terakhir arwah sebagai guru. Simpan dan jaga ia sebaik-baik yang mungkin. Arwah tahu masa arwah dah tak lama. Sehari sebelum itu, arwah mula menyebut nama-nama orang yang kami tak tahu siapa. Arwah kata arwah sayang semua orang itu. Saya dan nenek hairan bagaimana arwah boleh ingat nama-nama itu sedangkan arwah sendiri dah hilang ingatan. Doktor juga tak dapan memberikan jawapan. Antaranya Shamsul, Malik, Alyah, Maisara, Arini, Faizal, Kamal, Anuar dan ramai lagi. Saya tak ingat semuanya. Hari ini baru saya tahu siapa mereka. Rupa-rupanya mereka adalah warga Dang Wangi yang di sayangi arwah hingga akhir hayatnya. Tepat jam tiga pagi 4 September 2001 Allahyarham Ramlan Bin Haddad menghembuskan nafasnya yang terakhir.”
Sofeya tidak mampu menahan perasaanya. Kesedihan dalam jiwanya benar-benar terasa. Seluruh warga Dang Wangi yang hadir pada hari itu teresak-esak pilu mendengarkan kisah yang menyayat hati seorang guru yang cukup di sayangi warga Dang Wangi walaupun hanya untuk dua tahun perkhidmatanya. Kata-katanya yang penuh dengan hikmah berlegar-legar di seluruh pelusuk Dang Wangi sehingga kini. Prinsip demi masanya telah merubah Dang Wangi menjadi sekolah yang cukup menghargai masa seperti dirinya. Tiada lagi ketidakseimbangan dana untuk kelab. Kelab dan persatuan saling bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Semuanya kerana seorang guru yang hanya berkhidmat selama 2 tahun.
Dan kini semuanya adalah memori warga Dang Wangi buat seorang guru yang cukup cemerlang. Seorang guru yang petah berbicaran dan setiap kata-katanya keluat bersama ilmu pengetahuan yang cukup tinggi. Buku motivasi miliknya di dermakan oleh Sofeya kepada sekolah untuk tatapan warga Dang Wangi. Itu antara amanah terakhir arwah. Meskipun masa melewati seluruh warga Dang Wangi namun bagi sesiapa yang mengenali guru muda itu pasti mengenang jasanya. Meskipun hanyalah seorang guru biasa tanpa jawatan yang penting dalam organisasi sekolah namun setiap prinsip dan kata-katanya membuatkan dirinya lebih istimewa berbanding guru yang lain. Setiap tahun, pada awal pembukaan sekolah, pelajar-pelajar akan diperkenalkan guru ini untuk di ingati hikmah di dalam kata-katanya.
Lima tahun berlalu Dang Wangi telah menjadi sekolah Cemerlang luar bandar.  Semuanya kerana pendidikan tertarik dengan sekolah kecil yang unik itu. Pada setiap tiang di sekolah itu di tampal dengan surah Al-Asr. Mottonya mengenai Demi Masa membuatkan sekolah itu kelihatan cukup berdisplin dalam menghitung setiap detiknya.
Galeri yang menempatkan piala kecermelangan sekolah dalam pelbagai bidang menyelitkan sebuah album usang berisi gambar seorang guru bersama pelajar-pelajar. Namun yang pastinya semua gambar di dalam itu hanya memuatkan gambar pelajar bersama guru yang sama. Sebuah buku rekod lama di letakkan bersama album itu tertulis nama Ramlan Bin Haddad. Setelah di ceritakan kisah di sebalik seorang guru bernama Ramlan, rupanya semua yang berlaku di SMK Dang Wangi, kata-kata hikmah dari tokoh yang ada sesetengahnya jarang di dengari namun penuh dengan nasihat bermakna, Surah al-Asr yang menjadi prinsip SMK Dang Wangi rupanya ideologi asal guru biasa ini.
Kini Dang Wangi sudah memiliki lebih banyak bangunan. Bantuan dari kerajaan negeri untuk membangunkan sekolah luar Bandar merubah wajah Dang Wangi daripada sebuah sekolah lama yang kecil menjadi sebuah sekolah cemerlang. Bantuan demi bantuan diterima membuatkan sekolah ini semakin maju. Namun di sebalik kemajuanya, masih terpahat di jiwanya, sebuah prinsip yang akan kekal selamanya.
“Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal salih dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kebenaran”
Surah Al-Ashr (masa)
Ayat 1-3

-TAMAT-
   NOTA PENA : SEBUAH KISAH YANG TERLAHIR SECARA SPONTAN SAYA SIAPKAN DALAM MASA SEHARI.


No comments:

Post a Comment