BUTTON

Tuesday, March 13, 2012

Menganalisa Yang Perlu

Salam luar biasa buat semua...
Mungkin tajuk ini membuatkan hati tertanya, apa sebenarnya yang perlu di analisa sehingga menganalisa yang perlu... Kata orang kita hidup sebagai manusia harus menjadi manusia... bagaimana? dengan menjengah setiap realiti yang terkesima pada kotak pemikiran diri... dalam menjalin sebuah persahabatan kita perlu menganalisa sejauh mana kita perlu akrabkan persahabatan.... dalam kehidupan seharian, kita terus tertanya apakah sebanrnya yang menyebabkan kehidupan kita terus dibelenggu masalah.... mungkin kerana kita terlalu lebih-lebih menganalisa yang tidak perlu... contohnya kita selepas menjawab soalan final. kemudian kita sibuk ingin menganalisa apakah yang telah kita jawab untuk di banding dengan rakan kita. masalahnya, apabila kawan mula menujukkan respon bahawa jawapan kita itu salah mulalah kita rasa tak tenteram... tidur malam-mala terasa dihantui... alamak, aku dah salah jawab. inilah masalah kita semua... terlalu mudah untuk merisaukan perkara yang tidak sepatutnya kita risau... sebagai manusia yang sudah di anugerahkan Allah, apa kita kita cuba pula berfikir bagaimana alam ini tercipta... lantas menyubur rasa insaf dalam diri akan segala nikmat yang Allah kurniakan... ini sibuk membebankan minda dengan persoalan yang sudah lalu....
Satu lagi sikap kita ini apabila terlalu sibuk memikirkan kepentingan orang lain yang terasa bagaikan itulah kepentingan diri... bukanlah terlalu buruk perangan suka menjaga orang lain ni mungkin boleh di aplikasi andai individu tersebut adalah anak yatim yang memang memerlukan perhatian kita dalam menjaga mereka... tetapi masalah manusia kita terlalu sibuk menganalisa akan 'perasaan' si dia kepada kita sehingga kadang-kadang sibuk menjadi seseorang yang memikirkan 'cerita cinta' yang tidak berkesudahan.... kawan jugalah yang menjadi mangsa cerita-erita dongeng cinderella yang di kongsikan untuk membebankan otak kengkawan yang memang dah penuh dengan nota biologi... (contohnye)...
Inilah sikap menganalisa yang tak pelu... memikirkan sesuatu yang tidak berada [pun dalam bidang kehidupan yang sepatutnya.... ingat wahai teman... kita ini hidup bukan hanya berpaksikan kehidupan dunia semata... malah masih terus ingin memburu akhirat... namun siapa yang memburu akhirat tanpa pernah terdetik untuk masuk ke syurga?? cukup jika di pertemukan dengan Allah itulah akhirat yang cuba di kejar.... 1 per 1000000000 orang yang bergini... sedangkan yang pergi berjemaah di uwais pun berfikir, dapat pahala boleh masuk syurga... maaf tidak mengata sesiapa, apatah lagi merendahkan usaha berjemaah di uwais... tapi bak kata rabiatul adawaiyah, serikandi yang mengabadikan diri kepada Illahi berapa ramai yang beribadah ikhlas untuk Allah tidak mengharap sebarang ganjaran syurga mahupun pahala.... susah untukl bertemu keikhlasan sebenar itu...
Alamak, ini sudah menyimpang dari tajuk... tak mengapalah... sekali sekala tazkirah ya.... mungkin perlu lebih jelas dan tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan kita ini... supaya tidaklah menjadi robot yang perlu menganalisa semua perkara.... komputer juga boleh rosak kalau terlalu lama beroperasi apatah lagi otak yang memang sentiasa berfungsi tiada henti...
Maka, lupakan yang tidak perlu... usah sibuk fikirkan tentang pakwe, soalan yang tersilap jawab atau kisah-kisah dongeng cinderella yang menyesakkan dada.... FOKUS... analisa yang perlu sahaja... mungkin otak akanlebih effektif selepas itu.... seperti komputer... kita defragmentkan oak kita... hanya mengisi setiap fail yang perlu... yang tak penting... kemudian-kemudia sajalah dik!!! ^_^

No comments:

Post a Comment