HANYA UNTUKMU
“Hafiz!!” Cikgu Faizura menahan rasa marahnya. Pelajar lelaki itu direnung dengan pandangan tajam. Hatinya sudah cukup sabar dengan pelajar dihadapanya ini. “Apa ni?!” bilik kauseling bergema dengan suara lantang Cikgu Faizura. “Saya tanya apa ini?!!” nada suaranya kian tinggi. Hafiz tunduk memandang lantai. Bukan kali pertama dia berhadapan dengan keadaan ini. Namun entah mengapa setiap kali berhadapan dengan guru berkulit sawo matang ini lidahnya kelu untuk membangkang sepertimana sering dia membangkang guru lain.
“Hafiz, saya bukan suka marah orang. Saya benci untuk marah orang. Tapi, kesabaran saya ada hadnya. Awak tahu, benda ini boleh merosakkan awak. Awak tahu bukan. Hafiz, awak bukan lagi budak kecil. Awak dah tingkata enam. Tahun ini peperiksaan akan berlangsung, kalau awak kena gantung sekolah pelajaran awak akan terganggu” suara Cikgu Faizura semakin mengendur.
Hafiz melangkah lemah pulang ke kelasnya. “Senakal manapun awak, ibu bapa awak tetap sayangkan awak. Hargai kasih sayang mereka. Berikan mereka kegembiraan” kata-kata Cikgu Faizura terus mengacah benak fikiran Hafiz. ‘Peduli apa aku!! Ibu bapa aku tak sayangkan aku pun!!’ bentak hati Hafiz. Hafiz merengus kasar Sepanjang hari itu, Hafiz tidak dapat menumpukan perhatianya. Kata-kata cikgu Faizura terus mengacah-ngacah fikiranya. Saat itu dia terbayang wajah kedua ibu bapanya. Ayahnya yang sibuk dengan kerja. Ibunya yang sibuk dengan persatuan-persatuan wanita koporatnya, dan dia? Anak yang dibiarkan dijaga oleh Mak Mah, orang gaji kepercayaan ibu dan bapanya.
Bunyi loceng menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu. Hafiz mencapai kunci kereta kancil hadiah hari jadinya yang ke-18. “Fiz!” sahut satu suara membuatkan Hafiz mematikan langkahnya. “Hah?
“Geng mane?”
“Budak BKB dengan Geng Akob”
“Geng kita?”
“Zam sakit, tak ada orang ganti”
“Kau cakap pada Akob, aku ganti Zam”
“Kau biar betul. Esok sekolah”
“Tak apa, mak bapak aku tak ada di rumah, aku boleh ponteng esok”
“Okay, kau datang rumah aku malam ini, ambil motor Zam”
“Kau ni nak tumpang aku ke? Motor masuk longkang?” tanya Hafiz selamba. “Eh kereta kau ya? Aku ingat pemandu aku tadi” ujar Fakrul sambil tersengeh-sengeh.“Jangan lupa malam ni” pesan Fakrul sambil mengenyitkan matanya.
Di sebalik pohon berdekatan kereta milik Hafiz Cikgu Faizura curi-curi dengar perbualan dua remaja lelaki itu. “Hafiz… Hafiz..” Cikgu Faizura mengatur langkah kearah kereta Proton Waja miliknya. Fikiranya mula merancang sesuatu. ‘Aku harus selamatkan pelajarku daripada terus hanyut’ tekad Cikgu Faizura.
“Hah, datang pun. Aku ingat kau takut” ujar Akob sebaik sahaja motorsikal Hafiz dan Fakrul memasuki tapak permulaan perlumbaan mereka. Setelah mencapai persetujuan mempertaruhkan wang RM 200 setiap seorang perlumbaan dimulakan dengan melalui jalan-jalan tertentu sebelum sehingga sampai ke tempat dimana mereka bermula yang menjadi garisan penamat.
Kemenangan berpihak kepada Hafiz. Malam itu, Hafiz berjaya memenangi duit pertaruhan sebanyak RM600. Namun, geng Akob tidak akur pada kekalahan mereka. Lantas tercetuslah pergaduhan antara geng Akob dan geng Hafiz. “Fiz, cepat lari!!” laung Fakrul. Sepantas kilat, Hafiz melabuhkan punggungnya diatas tempat duduk belakang motorsikal Fakrul. Namun hampir satu kilometer mereka melepaskan diri motorsikal mereka dihadang oleh Geng Akob di suatu persimpangan.
“Hafiz! Fakrul!” laung satu suara. Hafiz dan Fakrul menoleh serentak. Mereka menepis serangan dari geng Akob lalu mengatur langkah seribu kearah suara yang melaungkan suara mereka. Cikgu Faizura melambaikan tangan kearah kedua orang pelajarnya itu. “Cepat!!” laung Cikgu Faizura. Namun, sebaik sahaja mereka memasuki kereta milik Cikgu Faizura, beberapa orang konco-konco Akob menerpa kearah kereta Cikgu Faizura. Kealpaan Cikgu Faizura mengunci pintu kereta menyebabkan pintu keretanya dibuka. Sebatang besi dihayunkan mengenai kepala Cikgu Faizura. Hafiz dan Fakrul kaget melihat kepala Cikgu Faizura berdarah. Namun kecekapan mereka melawan balas membuatkan mereka berjaya menjatuhkan musuh-musuh mereka.
Hafiz menggantikan posisi Cikgu Faizura. Kereta waja milik Cikgu Faizura dipandu laju menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Darah yang mengalir pekat dari kepala Cikgu Faizura membuatkan dua orang remaja itu gelisah. “Cikgu, sekejap lagi kita sampai” ujar Fakrul “Se…Sejuk” ujar cikgu Faizura lemah. “Tutup air-cond” arah Fakrul. Jaket hitam yang dipakainya dijadikan selimut untuk cikgu Faizura.
Setibanya di hospital, Cikgu Faizura dibawa ke wad kecemasan. Setelah hampir sejam di situ, doktor yang mengendalikan rawatan untuk Cikgu Faizura muncul. “Macam mana doktor?” Tanya Hafiz. Cemas. “Keadaanya stabil, tapi..” “tapi apa doktor?” pintas Fakrul. Jantungnya berdetak kencang menantikan jawapan dari doktor itu “Dia koma” bagaikan dentuman guruh berdentum menerobos ke gegendang telinga Hafiz dan Fakrul.
Sejak kejadian itu, Hafiz dan Fakrul berubah. Mereka menjadi pelajar yang amat dikagumi oleh para guru. Walaupun mereka tidak pandai, namun sikap mereka yang amat berdedikasi sebagai seorang pelajar membuatkan mereka dikagumi. Namun, hari-hari yang melewati mereka bergitu pantas. Tanpa mereka sedari, peperiksaan akan tiba. Namun, Cikgu Faizura masih sama. Terbaring kaku di katil hospital. Hafiz dan Fakrul melawat Cikgu Faizura setiap hujung minggu dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan Cikgu Faizura.
Dewan peperiksaan menjadi titik permulaan langkah mereka untuk ke mercu kejayaan. Bersama ilmu yang tersemat di jiwa dan minda mereka bawa semangat cikgu Faizura menghadapi hari-hari peperiksaan. Segala kekhilafan mereka jadikan pengajaran dan kini mereka akan berusaha demi Cikgu Faizura.“Alhamdullilah” kalimah syukur itu terluah di bibir dua remaja itu sebaik sahaja kertas akhir peperiksaan usai dijawab. Namun mereka harus ke hospital untuk menyatakan kegembiraan mereka agar dapat dikongsi bersama Cikgu Faizura.
Masa berputar terus berputar. Masa yang mendebarkan menjelma. Hari keputusan peperiksaan akan diumumkan. “Tiga orang pelajar yang berjaya mendapat pointer 4.00 ialah, Mohammad Hafiz b. Abdullah, Nurul Najihah B Shamsul dan Mohd Fakrul B. Samad” spontan fakrul dan Hafiz melompat kegirangan dengan kejayaan mereka perolehi.
Bunyi telefon Hafiz menyebabkan semua orang terdiam. “Ini Hafiz?” suara parau dihujung talian bertanya. “Ya, saya” “kami pihak hospital, pesakit bernama Faizura Ismail ingin bertemu anda. Keadaanya kritikal” bagaikan dentuman guruh berdesing. Lantas Hafiz menarik tangan Fakrul meninggalkan dewan itu. Semua orang terpegun melihat kejadian itu.
“Hariz, jangan rosakkan diri awak. Cikgu tak mahu awak terjebak dalam lumba haram” kata- kata terakhir Cikgu Faizura bergema dalam minda Hariz. Hari itu Cikgu Faizura menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ternyata amanat terakhir itu menjadi pembakar semangat Cikgu Faizura menentang kesakitanya.
“Dr. Hafiz, sudah tiba masanya naik ke pentas” ujar seorang jururawat Hospital Al-Hafiz. Hafiz melangkah dengan penuh keyakinan. Tepukan gemuruh para hadirin membuatkan dia mengukir segaris senyuman. ‘Terima kasih cikgu’ detik hatinya sebaik sahaja melangkah menaiki pentas yang menjadi tanda kejayaanya.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment