BUTTON

Friday, March 13, 2009

JULIA

Loceng tanda tamatnya waktu rehat.Para pelajar mula masuk ke kelas masing-masing.Seorang gadis berjalan menuju ke kelas 2 Sentosa.Di tanganya memegang senaskah buku bertajuk ‘Rahsia Tebing Biru’.Gadis itu masuk ke kelas 2 Sentosa lalu terus menuju ke mejanya di barisan kedua dari depan.Tidak lama kemudian seorang guru muda masuk.
“Julia!”panggil Pn Rozni guru matematik kelas 2 Sentosa.Seorang gadis bangun dari kerusinya.Dia ialah pelajar yang membawa buku ‘Rahsia Tebing Biru tadi. “Julia tolong saya ambilkan kertas ujian di dalam kereta saya,saya terlupa untuk membawanya sekali”pinta Pn Rozni “baik cikgu”jawab Julia lembut.
Lima belas minit kemudian Julia kembali dengan membawa kertas yang tebal.“Baiklah pelajar,saya akan adakan ujian mengejut untuk memastikan kamu sentiasa bersedia tanpa dipinta” kelas 2 Sentosa menjadi hingar-bingar.Ada yang kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan ujian mengejut itu.Namun lain pula reaksi Julia,Julia kelihatan tenang sedangkan pelajar lain mula merungut.
Pelbagai reaksi yang dapat Pn Rozni lihat semasa pelajar 2 Sentosa menjawab ujian yang diberikan.Ada yang berkerut dahi menjawab soalan,ada yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan pensel dan terdapat juga ada bunyi seperti tikus berdecit.
Setelah selesai menjawab semua soalan kedengaran tarikan nafas lega dari pelajar namun ada juga yang kelihatan gelisah kerana tidak yakin lulus dalam ujian mengejut bergitu. Pn Rozni hanya tersenyum melihatkan para pelajarnya,tetapi seorang pelajar menarik perhatianya sejak bermulanya ujian hingga tamat pelajar itu kelihaan tenang dan bersedia. Pelajar itu ialah Julia.
“Ju aku tengok kau ‘steady’ saja jawab soalan math tadi kau tak risau ke?”tanya Rozana kwan yang paling rapat dengan Julia. “Kebetulan malam tadi jadual study aku matapelajaran Matematik”ujar Julia sambil tersenyum “untungnya kau”ujar Rozana sambil mengherotkan bibirnya “kebetulan saja” balas Julia lembut.
Seperti kebiasaan setiapa kelas apabila ketiadaan guru pasti sahaja bising,bergitu juga dengan kelas 2 Sentosa.Selepas Pn Rozni keluar para pelajar mula bangun dari kerusi menuju ke meja rakan yang lain.Terutamanya pelajar perempuan,ada saja perkara yang ingin di bualkan.
Lain pula pelajar lelaki mereka tidak suka duduk berkumpul di satu meja.Kebiasaanya perkara yang mereka lakukan ialah bermain di bahagian belakang kelas atau mengusik pelajar perempuan.
Namun dalam kesibukkan bercerita tentang isu semasa atau bermain ada juga yang duduk diam membaca buku.Julia termasuk dalam golongan pendiam.Namun hanya berberapa orang sahaja yang bersikap diam kebanyakan ialah duduk berkumpul bercerita tentang perkara di sekeliling.
Tidak lama kemudian kelas bertukar senyap apabila En Rosli,guru matapelajaran sejarah.En Rosli antara guru yang ditakuti para pelajar.Guru yang sudah berusi itu tegas dalam mendidik pelajar namun kadangkala ada juga jenaka yang dibuatnya untuk mengurangkan tension para pelajar.
Tajuk Campur Tangan British Di Tanah Melayu agak sukar kerana banyak melibatkan nama sulatan dan penasihat British di tanah melayu.Semua pelajar menumpukan perhatian kerana takut tertinggal nota penting.
Namun lain pula Julia,Julia bukan sahaj menumpukan perhatian tetapi mencatit setiapa kata kunci setiap point-point penting.Sebuah buku kecil dijadikan buku nota mininya yang dibwa kemana sahaja.
“Baiklah pelajar saya akan menguji kamu, saya beri tempoh 10 minit untuk kamu hafal nama Negeri,siapa sultanya dan penasihat yang di hantar oleh British ke negeri itu.
Kelas menjadi senyap tanpa sebarang bunyi.Semua pelajar sibuk menghafal.Mereka tahu hukuman jika mereka tidak dapat menjawab dengan betul.Sepuluh minit berlalu dengan pantas.Semua pelajar bersedia disoal. En Rosli meminta semua pelajar berdiri.
“Baiklah,kamu Faiz siapakah penasiaht British di Pahang?”tanya En Rosli “em…J.P Rodger cikgu”jawab Faiz penuh yakin “bagus, kamu boleh duduk” ujar En Rosli bersama senyuman terukir di bibirnya.
Setelah selesai menyoal semua pelajar En Rosli memberikan kerja rumah.Setelah selesai En Rosli beredar keluar kerana masanya telah tamat.Pelajar 2 Sentosa mula mengemas buku. Masa kedua akhir hari itu akan diadakan di bengkel kerana masa terakhir mereka ialah Kemahiran Hidup.Pelajar lelaki menuju ke bengkel kayu manakala pelajar perempuan menuju ke bengkel Jahitan.
Masa berlalu dengan pantas.Loceng pulang berdering menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu.Pelajar pulang setelah memenuhkan minda mereka dengan ilmu yang mereka baru pelajari.
Julia pulang dengan menaiki basikal yang dibeli hasil mengumpul tin kosong.Julia tinggal di rumah pusaka atuknya di kampung Seri Kenanga yang mengambil masa 10 minit untuk ke sekolah dari rumahnya.
Namun apabila Julia sampai di rumahnya senyuman yang terukir di bibirnya berubah apabila melihat rumahnya di penuhi penduduk kampung.Julia tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya.Julia berlari masuk ke rumahnya untuk mengetahui apa yang berlaku.
Kaki Julia longlai apabila melihat sekujur jasad yang terkujur kaku di ruang tamu. Berberapa penduduk kampung sedang duduk membaca yassin.Julia melangkah perlahan menuju ke jasad yang ditutupi kain batik itu. Dada Julia berdebar-debar menyelak helaian kain yang menutupi jasad itu.
Seluruh tubuh Julia menggigil apabila mendapati jasad yang terbaring kaku itu adalah ayahnya.Julia mendapatkan ibunya yang sedang ditenangkan oleh Mak Cik Rubi jiran Julia.Julia menangis teresak-esak dalam dakapan ibunya.
Ayah Julia meninggal dunia akibat kemalangan dengan kereta.Ayah Julia menunggang motosikal menuju ke pekan untuk menghantar getah yang telah siap ditorehnya. Namun sampai di simpang tiga sebuah kereta wira hitam merempuh ayah Julia.Ayah Julia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Sejak itu,segala makan,minum dan pakaian 5 orang adik-beradik Julia termasuk Julia diuruskan oleh ibu Julia.Julia faham akan kepayahan ibunya untuk menguruskan dia dan empat orang adiknya yang masih kecil seorang diri.Julia mengambil keputusan untuk bekerja di warung Wak Leman setiap hujung minggu.
Julia meperolehi upah RM 20 sehari. Dengan wang itu Julia membeli buku dan membayar yuran.Julia dapoat meringankan beban ibunya.Jika mempunyai lebih Julia akan memberikan wang itu pada ibunya untuk membeli barang dapur atau keperluan adiknya sekolah adik kedua dan ketiganya, Safuan dan Hana.
Namun kehidupan susah Julia tidak menghalangnya untuk terus belajar.Julia merancang jadual harian bagi memastikan dia dapat membahagikan masanya untuk belajar dan menjaga adik-adiknya.
Julia mendapat tempat pertama didalam peperiksaan penilaian penggal 1.Julia menerima pelbagai ucapan tahniah.Namun tak semua menyukai Julia.Ada juga yang dengki dengan kecermelangan Julia dan merancang untuk menjatuhkan Julia.
Namun nasib Julia tidak selalu baik.Pada suatu hari sedang Julia belajar matapelajaran Bahasa Melayu dengan Pn Safiza,tiba-tiba Pn Safiza mendapat panggilan dari seseorang.Riak wajah Pn Safiza kelihatan berubah setelah mendapat panggilan telefon tersebut
“Julia mari sini”panggil Pn Safiza setelah selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Julia melangkah menghampiri meja guru yang dialas menggunakan kain bewarna biru lembut. “Kenapa cikgu?”tanya Julia.Wajah Pn Safiza menggambarkan sesuatu yang buruk telah berlaku.
“Julia….”Pn Safiza menarik nafas.Berat hatinya untuk memberitahu hal sebenar.Julia mash menanti kata-kata seterusnya dari Pn Safiza “Julia…mak awak..”Pn Safiza tidak sanggup meneruskan kata-katanya. “Kenapa dengan mak saya cikgu”tanya Julia bimbang. Nada suaranya sedikit kuat menjadikan kelas tiba-tiba menjadi senyap tanpa sebarang suara yang berdecit sedikit pun.
Semua mata tertumpu pada Julia dan Pn Safiza. “Julia..mak awak dalam keadaan kritikal sekarang di hospital…Mak awak bergelut dengan harimau di kebun getah.” Ujar Pn Safiza.Bagaikan dentuman guruh sedang bergema di telinga Julia apabila mendengar kata-kata guru kelasnya itu. “Mak”ucap Julia perlahan namun dapat di dengar oleh Pn Safiza.
Mata Julia mula berkaca.Manik-manik jernih membasahi pipinya. “Cikgu..”panggil Julia lemah Pn Safiza memandang Julia menanti kata-kata dari Julia “cikgu boleh tolong hantar saya ke hospital”pinta Julia.Wajah ibunya menari-nari di dalam kotak fikiranya.Fikiranya hanya dipenuhi wajah ibunya.
Pn Safiza meminta kebenaran pengetua untuk menghantar Julia ke hospital.Namun sesampai sahaja Julia dan Pn Safiza di hospital segalanya telah terlambat.Ibu Julia baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.
Julia tidak dapat ke sekolah untuk menjaga adiknya Sarif yang baru berumur lima tahun dan Rokiah yang berumur dua tahun.Pn Safiza meminta Julia untuk ke sekolah namun Julia tidak mampu untuk ke sekolah.
“Julia awak ada masa depan yang cerah jadi.awak perlu ke sekolah untuk menerangi masa depan awak dengan ilmu” pujuk Pn Safiza pada suatu hari.”cikgu saya bukan tak mahu tapi kalau saya ke sekolah siapa yang akan menjaga adik saya”jawab Julia lembut.
“Julia awak antara pelajar harapan sekolah awak tahu tak”ucap Pn Safiza
“Maafkan saya…saya tak mampu..”
“tak awak mampu Julia..saya yakin..”
“tak…jangan terlalu mengharap cikgu”
“Julia…”
“maafkan saya…saya minta diri dulu”
Julia berlalu pergi meninggalkan Pn Safiza dibawah pokok mangga hadapan rumah pusaka arwah datuknya.
Dua bulan kemudian pihak sekolah datang ke rumah Julia untuk menghulurkan bantuan.Akhirnya Julia mengambil keputusan untuk kembali bersekolah.Adiknya diserahkan kepada jiranya,mak cik Rubi untuk dijaga semsa dia ke sekolah.
Namun kembalinya Julia ke sekolah Julia dibuli oleh Sofia dan rakan-rakanya.Julia diminta untuk membuat kwerja sekolah mereka. Julia pada tidak mahu namun setelah diugut Julia akur.Rozana,kawan karib Julia mengetahui hal tersebut memberitahu Pn Safiza. Sofia dan rakan-rakanya dihukum.Sejak hari itu Julia tidak lagi dibuli.
Namun Julia menghadapi masalah apabila adiknya Safuan,tidak mahu ke sekolah kerana sering di buli oleh pelajar yang dipanggil Robyn.Julia terpaksa ke sekolah Safuan,Julia memberitahu guru Safuan tentang masalah adiknya menyebabkan safuan takut untuk ke sekolah.
Peperiksaan penilaian akhir tahun semakin hamper.Julia perlu mengatur dengan teliti jadual harianya.Julia tertinggal matapelajaran disebabkan dia tidak hadir ke sekolah selama dua bulan.
Peperiksaan akhir tahun telah tiba. Berbekalkan ilmu di dada dan doa kepada Yang-Esa.Julia menjawab dengan penuh yakin soalan-soalan perperiksaan.Julia menjawab setiap soalan peperiksa dengan tenang.Dia masih ingat pesan ibunya “jika ingin melakukan sesuatu dengan baik lakukan dengan tenang,jangan gopoh” itulah kata-kata ibunya yang di pegang setiap kali melakukan sesuatu.
“Julia jom”panggil Rozana ketika Julia sedang membaca buku di meja “kemana?” tanya Julia. “Apalah kau ni kan hari ni keputusan keluar,kau tak nak tengok result kau ke?”ujar Rozana “Ya Allah aku lupa”ujar Julia. Julia bangun dari kerusinya,satu senyuman dilemparkan kepada Rozana
Julia bagaikan tidak percaya dia mendapat tempat pertama di dalam kelas dan juga di dalam tingkatan.Julia duhujani ucapan tahniah dari rakan.Akhirnya usahanya selama ini membuahkan hasil. “Ibu ini untuk ibu”desis hati kecil Julia.
Julia berlari ke bilik guru.Julia mendapatkan Pn Safiza yang sedang duduk di mejanya. “Terima kasih cikgu”itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Julia. Pn Safiza tersenyum melihat Julia berjaya. “Tanpa cikgu tak mungkin nama saya yang tertera paling atas dalam senarai pelajar-pelajar tingkatan dua di papan kenyataan tingkatan dua.” Sambung Julia.
“Julia semua ini adalah hasil dari usaha awak sendiri” ucap Pn Safiza “tapi tanpa cikgu memberi dorongan dan nasihat di saat saya kesusahan tak mungkin saya berjaya mendapa tempat pertama” ujar Julia
Pn Safiza bangun dari tempat duduknya.Pan Safiza mendakap erat Julia.Julia membalas dakapan Pn Safiza. “Terima kasih cikgu” bisik Julia.Kolam air matanya sudah dipenuhi dengan titisan jernih.Air mata kegembiraan membasahi pipinya.
“Safuan,Hana,Sarif mari makan”panggil Julia.Ketiga-tiga adiknya yang sedang bermain diluar segera masuk kerumah apabila terdengar suara kakak mereka.Julia dan adik-adiknya kini hidup sederhana.Pihak sekolah Julia meminta bantuan jabatan kebajikan masyarakat.Julia semakin yakin untuk menghadapi perperiksaan PMR pada tahun yang akan datang.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment