BUTTON

Friday, April 25, 2014

ADA


Dalam dengkur malam ini
Kau ada dalam jiwa
Cuba halau ketenangan
Dalam lubuk kalbu
Sisip rasa tak tentu

Dalam mimpi malam ini
Kau ada dalam hati
Cuba halau rindu
Dalam lubuk jiwa
Sisip rasa menunggu

Dalam cinta malam ini
Kau ada dalam kenangan
Usir rasa dalam kita
Mungkin tak mahu
Simpan

Dalam minda malam ini
Kau ada berlegar luah rasa
Rasuk amarah dan kecewa
Tapi aku cuba
Tak mahu peduli

Dalam mana mana
Kau ada
Ada
Peduli apa aku
Walau kau ada.

No comments:

Post a Comment