BUTTON

Friday, June 26, 2015

AYAH DALAM DIRI ADIK

Adik berlari. Mencari kemana ayah pergi. baru sekejap dia berkalih pandang. kini ayah sudah hilang. tidak nampak di mana-mana
nafas adik sesak. tapi adik masih tak nampak kelibat ayah.

"Ayah.." adik panggil makin lemah. adik tahu adik tak mampu tahan lagi.

=========
Ayah sudah semakin runsing. Ayah tak nampak adik. Adik sudah hilang. Ayah makin risau. Adik tak sihat. 

Seketika ayah dengar bunyi orang kecoh. mengerumuni sesuatu

"Telefon ambulan. ada budak pengsan"

Ayah rasa mahu putus nyawa. ayah tahu itu adik. Adik memang selalu pengsan. adik ada masalah. jantung adik.

========

"Alhamdulilah semuanya sudah selesai puan. Puan jangan khuatir. Anak puan selamat"

ibu tarik nafas lega. Ibu dapat panggilan ayah. telefon ibu kata adik pengsan. tengah bazar. tapi dari tadi ibu tak nampak ayah. 

Ibu tunggu doktor panggil masuk. tapi ibu tiba rasa resah. entah kenapa. sepertinya khabar gembira adik akan bersilih dengan sesuatu.

ibu cari ayah. tak ada. ibu rasa tak sedap hati. tapi ibu tak boleh tinggalkan adik.

======

"Ayah hidup dalam diri adik" 
adik pegang dada. jantung yang berdegup kini bukan jantung adik. jantung ini milik ayah. 


[SELAMAT HARI BAPA]

No comments:

Post a Comment