BUTTON

Saturday, August 29, 2009

Bercerita Lagi Tentang Natrah...

Kisah Natrah bergma kembali dalam sorotan cerita dalam Al-Islam. aku semakin berminat terhadap kisahnya. Aku sendiri tidak pasti. Namun aku kagum dengan semangat yang adadalam diri ORANG MELAYU sewaktu Natrah diputuskan untuk diserahka kembali kepada keluarga kandungnya. amukan dan kemarahan orang melayu yang juga islam menjadikan aku seakan-akan terpukau dengan kesungguhan itu. Mengapakah masa kini tiada lagi perkara sedemikian. Bukan aku meminta pertumpahan darah, sebaliknya aku mencari semangat yang bagaikan api marak bernyala terang dalam diri mereka. Kemana hilang semangat itu. aku tidak fahm, saat ini harga MELAYU terlalu rendah. Kita bersengketa atas hal yang terlalu kecil. Hal yang langsung tidak perlu rasanya untuk disengketakan. Cukuplah dengan perbalahan politik yang membingitkan. bertambah lagi dengan hal-hal yang entah apa untuk kita debatkan. Mengapakan kita rela dipandang rendah oleh orang lain. Rela dipandang enteng oleh bangsa lain. Berhentilah dari terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan fantasi. Bukalah langh ke dunia realiti. bangun!!! Janganlah terus hanyut.. NAtrah adalah pegajaran buat kita.. Kisahnya sungguh menyeyat hati. Jadikanlah ikhtibar.. Usah kita asyik merancang akan sesuatu yang mustail. Lihat apa yang ada di hadapan kita. Rebutlah peluang. Janganlah biarkan Melayu// Islam tersungkur di medan sendiri. Jangan kerana bimbang diperlekeh norma kita di ketepikan. Jadilah manusia yang bisa memanusiakan manusia. Jangan jadi manusia yang membinasakan manusia!! Usah berlagak pandai sedangkan otank kosong dengan ilmu. Usah berlagak tahu kalau apapun kita tak tahu. Janganlah kita biarkan diri ditertawakan dibelakang. Itu lebih memalukan. Ingat.. Hidup ini semetara, ada alam yang kekal menanti. Jangan kejar yang tak kekal tapi tercicir yang kekal.. RUGI!!

Friday, August 28, 2009

CERMIN..

Hidup ini kadang kala kita rasa macam tak adil namun hidup ini jugalah yang kita rasa sangat istimewa. Namun tanpa kita sedari dunia ini telah membawa kita ke suatu dimensi yang penuh warna-warni. Namun, dalam keasyikan melayari bahtera kehidupan yang serba cantiK, janganlah kita lupa hidup kita selepas ini. Kita tidak kekal selama-lamanya di dunia sebaliknya ada alam yang kekal menanti kita melabuhkan bahtera kita bila tiba masanya.Usah bertangguh perkara yang lama. Usaikan sekarang juga. Jangan biarkan kerja kian bertimbun. Masa kita pada hadapan hari tak siapa yang tahu. Namun jadikanlah diri kita sebagai seorang yang sentiasa berada di hadapan. Jangan mundur jangan undur. Pacakkan langkahmu. Jadilah yang pertama jangan kedua. Jangan biar kita tertinggal walau setapak. Bukan ingin bongkak atau sombong namun ada sesetengah perkara yang tidak memerlukan penantian kita. Pandang depan! Jangan toleh atau kau sendiri akan menyesal. Masa lalu hanya peganggu yang bijak. Menganggu tidurmu, menganggu setia langkahmu, menganggu setiap gerak gerimu. BERHENTI!! Mahkamah dunia takkan mamapu membicarakan tentang hidupmu dan masa lalumu dan masa kinimu dan masa depanmu. Hanya kau yang mampu mengubah dirimu. Menjadi lebih baik atau membiarkan langkah tarimu sumbang dan ditetawakan!! Fikirlah dengan akal yang ada. Lihat dengan mata yang ada. Dengar dengan telinga yang ada! Kau mampu menilainya sendiri..

Monday, August 24, 2009

LUKISAN KEHIDUPAN

Hidup ini penuh dengan lukisan
Walaupun tangan letih mencoreknya
Tapi mata bahagia melihatnya
Hati puas dengan hasilnya

Malam yang dingin mencebur kedinginan
Antara sedar dam lelap
Tiada beza yang ketara
Si pari-pari mengejar mimpi puteri
Agar terhapus tangis
Terjelma sebuah kasih

Sang kehidupan
Malam kesepian
Dian yang nian
Mati di persimpangan
Dilema yang kian hilang…

Monday, August 17, 2009

CARI

Masihku mencari
Dimana letaknya hati mereka
Masihku menanti
Mentari yang sinarnya ceria

Mata layu… sayu…
Masih bertahan di hujung rindu
Buat sang pungguk
Tiada lena di kalam malam
Kerana sang kekasih
Terus jadi pujaan’

Tiada guna menagih sesuatu yang tak pasti
Malam yang sebak
Mencari
Menanti
Kasih yang tak kembali

Wednesday, August 12, 2009

Kehidupan adalah lumrah hidup.. setiap manusia di ciptakan dengan sepasang tanga, dengan sepasang mata dan sebatang tubuh yang sempurna pancaindera. namun, tanpa kita sedari bahawa kadangkala kita mengabaikan nikmat hidup ini. Pernahkah anda melihat orang yang buta, bisu dan pekak? pernahkah anda menghulur simpati buat insan yang kudung dan tempang. Suatu ketika nanti janganlah kita lupa pada kesusahabn orang lain kerana terlalu asyik melayari bahtera kesenangan. Gunakan akal untuk berbakti. Gunakan akal untuk berfikit. Gunakan akal untuk berjya. Gunakan akal sebelum terlewat. masa ini terlalu suntuk dan terhad. jadi manfaatkanya sebelum masa itu berlalu dan kita terlewat untuk menikmatinya!!!