BUTTON

Friday, August 28, 2009

CERMIN..

Hidup ini kadang kala kita rasa macam tak adil namun hidup ini jugalah yang kita rasa sangat istimewa. Namun tanpa kita sedari dunia ini telah membawa kita ke suatu dimensi yang penuh warna-warni. Namun, dalam keasyikan melayari bahtera kehidupan yang serba cantiK, janganlah kita lupa hidup kita selepas ini. Kita tidak kekal selama-lamanya di dunia sebaliknya ada alam yang kekal menanti kita melabuhkan bahtera kita bila tiba masanya.Usah bertangguh perkara yang lama. Usaikan sekarang juga. Jangan biarkan kerja kian bertimbun. Masa kita pada hadapan hari tak siapa yang tahu. Namun jadikanlah diri kita sebagai seorang yang sentiasa berada di hadapan. Jangan mundur jangan undur. Pacakkan langkahmu. Jadilah yang pertama jangan kedua. Jangan biar kita tertinggal walau setapak. Bukan ingin bongkak atau sombong namun ada sesetengah perkara yang tidak memerlukan penantian kita. Pandang depan! Jangan toleh atau kau sendiri akan menyesal. Masa lalu hanya peganggu yang bijak. Menganggu tidurmu, menganggu setia langkahmu, menganggu setiap gerak gerimu. BERHENTI!! Mahkamah dunia takkan mamapu membicarakan tentang hidupmu dan masa lalumu dan masa kinimu dan masa depanmu. Hanya kau yang mampu mengubah dirimu. Menjadi lebih baik atau membiarkan langkah tarimu sumbang dan ditetawakan!! Fikirlah dengan akal yang ada. Lihat dengan mata yang ada. Dengar dengan telinga yang ada! Kau mampu menilainya sendiri..

No comments:

Post a Comment