Assalammualaikum....
Sudah lama blog ini sunyi tanpa entri baru. Terima kasihlah kepada adik angkat saya yang mengilhamkan penulisan ini untuk tatapan semua....
Sempena hujung tahun ini yang sedang menghampiri pada musim persekolahan semula pada awal tahun hadapan, saya nak kongsi sket pendapat saya tentang tiga perkara kat tajuk atas... (Cepat skroll up jap!)
Al kisahnya bergini...
Eh, ini bukan cerita dongeng.... hahaha... saja jer nak melawak sket....
Cikgu merupakan insan yang kita hormat, sanjung dan kita kena tabik springlah! Ialah, kalau tak ada cikgu, tak ada nyer kalian dapat jadi Doktor, Professor sehinggalah kerani. Semua dapat kerja sebab sekolah. Bila sekolah siapa yang ajar? CIKGU jugak....
Sejak kebelakangan ini, rasa hormat dekat guru ini kita lihat dah memudar sirna... cewaah ayat... Maksudnya semakin kurang, hilang, lenyap dan pupus.... Cuber tengok sket kes-kes ni...
Masya-ALLAH... kenapakah berlaku perkara serbegini??? ish...ish...ish....
Pelajar....
Pelajar ini adalah murid... tak pun menjawab persoalan definisi... Hehehe
Pelajar ini adalah manusia yang sedang menuntut ilmu dari guru... ada cikgu ada pelajar... kalau ada pelajar tak ada cikgu namanya bukan pelajar... tapi petapa... eh? Kalau ada cikgu tak ada pelajar... tu namanya syok sendiri.... (oopppsss!! Jangan marah ya...)
Pelajar sejak kebelakangan ini banyak bebenor kes pukul memukul antara manusia-manusia... teringin masuk wrestling ke aper?? belum lagi kes2 cintan cintu over sampai dalam tandas pun dating extreme... Ish...ish...ish.... Tak terkata dek kata-kata perangai budak-budak ni... tak cayer???
Ekstreme tak bebebudak zaman sekarang??? hahaha..... Yang tak boleh bla ada gadis dua ketul tu bangge puler dengan rokoknya... posing da ala-ala model tu... hahaha..... Meski korang pelik kenapalah entri kali ini penuh dengan gamabr.... BUKTI... BUKTI... penting untuk ada bukti.....
Ok... Skang nak masuk cerita sebenar yang merupakan matlamat awal tajuk ini.....
Nak jadikan cerita.... eh... slap.... bermula dengan Bismillahirahmanirahim.... kisahnyer bergini.....
Dalam dunia sekarang, tidak di nafikan tahap IQ bebudak kita ini terutama pelajar semakin cepat ke hadapan... Masalahnya bukan IQ yang jadikan mereka genius ke aper, tapi IQ pasal bab-bab yang tak wajar untuk di selitkan dalam akal pemikiran dan otak mereka... Apa kebende??
1. Cinter... Ala.... Kapel-kapel tu...
2. Bahan merbahaya.... spt dadah, rokok dan sebagainya yg seangkatan merupakan perkara yg bahaya kepada kesihatan dan institusi kemasyarakatan
3. keganasan.... (yg ni paham2 lah...)
dan....
BANYAK PERKARA YANG TAK BERKAITAN DENGAN MATAPELAJARAN DI SEKOLAH.....
Aper kaitan dengan ckgu??
Ceritanya apabila budak-budak ini terlalu advanced... guru sepatunya menjadi pendidik kepada pelajar-pelajar yang terlebey sudah....
Namun sayangnya..... guru-guru ini terlalu advanced pula dalam mengumpat, mengeji dan mencaras pelajar-pelajar ini.... bayangkan.... sampaikan pelajar terpaksa berlari keluar dan menangis mendengar umpatan cikgu ke atas diri mereka.... jadi jangan hairan apabila rasa hormat semakin menipis bersam iman dalam hati mereka. Kes di atas bukti ye...
Sudahlah kata-kata itu satu doa... dari pula seorang pendidik.... bukanya ingin mendoakan pelajar-pelajar ini berubah kembali ke jalan yang benar sebaliknya sibuk mengumpul kupon nak masuk dalam api.... ish.... dahsyat lah fenomena sekarang. Cerita ini bukan rekaan tapi berlaku di beberapa sekolah.
Sudahnya, sekolah yang memiliki pelajar seperti ini di tambah asam garam guru yang memang 'siti jarum' ini tidak maju-maju. Sekolah lain sudah melakukan anjakan paradigmanya menjadi sekolah cermelang, menjadi sekolah bestari malah melangkah ke arah kecermelangan yang lebih hebat dengan status kluster dan sebagainya. Pengetua mula menggaruk kepala yang semakin kurang helaian rambut akibat memikirkan tentang sekolah yang masih di takuk lama tidak maju-maju.
Kerana itulah, muhasabah ini bukan untuk para pelajar kita yang memang terlebey sudah ni... tetapi perlu juga buat seisi sekolah. Subjek-subjek yang selama ini menjadikan sekolah satu gelanggang perlumbaan akademik yang akhirnya tidakpun mampu di capai apabila akhlak dan akidah pelajar bukan taruhan yang pertama. Iyalah.... akhlak cemerlang Insya-Allah... akademik juga cemerlang....
Kerana itulah, masalah subjek-subjek yang tidak termasuk dalam matapelajaran ini terus berleluasa dan menjadi semakin rancak di dalam kehidupan pelajar sekarang. Kerana 'subjek' perosak moral dan akhlak pelajar ini di cambahkan dengan ceuhan guru sehingga pelajar mula berfikir... "SUDAH TIDAK AD JALAN KEMBALI' .... AWAS!! Sangat bahaya untuk mendidik pelajar dengan metaliti ini kerana pelajar tidak akan mencuba untuk berubah kerana mereka tahu, menjadi se'malaikat' manapun, sekali silap selamanya mereka akan di anggap salah.
Jadi... apa matlamat entri kali ini?
Saya bukanlah sarjana, ahli falsafah mahupun seorang guru. Namun, saya melihat perkara ini dari perspektif seorang masyarakat, (kalau pelajar nanti biased)... dan keprihatinan ini saya ingin luahkan melalui entri ini.
Buat guru... LAMA... BARU...SEMENTARA...BESAR...dan sebangainya....
Jangan sehingga pelajar terfikir 'TIADA JALAN PULANG' untuk mereka kembali mengingsafi diri dan menjadi pelajar yang berjaya moral dan akademik. Berikan mereka kesempatan, dan kalau tak reti-reti, jangan di umpat doakan... kalau tak berubah juga... hempuk dengan kerusi bagi mereka sedar (eh jangan buat ni... salah di sisi undang-undang)...
SENJATA ORANG MUKMIN ADALAH DOA
Assalammualaikum.... Selamat Tahun BARU dan Memasuki alam persekolahan untuk sesi yang baru...
^________________^
BUTTON
Wednesday, December 26, 2012
Sunday, October 28, 2012
Telagah yang tak perlu
Tiba-tiba terdetk
untuk menulis tentang perkara ini. Ia bukanlah suatu yang tidak penting malahan
ia juga perlu untuk kita renungi bersama… Di dalam dunia hari ini kita terlalu
mencari kesalahan orang lain sehingga mula mengabaikan tentang masalah yang
penting untuk di selesaikan.
Cetusan ini datang apabila terbaca beberapa artikel yang
sibuk memburukkan rakan seagama endri kerana tidak menentang kebiadapan yang
sedang menguasai hari ini. Masalah sebenarnya bukan kerana rakan seagama itu
tidak menentang yang sepatutnya di lihat dengan teliti dan mencari
penyelesaian. Mengapa mesti bertelagah untuk kebiadapan yang hanya di diamkan.
Sedangkan kebiadapan itu bukan sahaja datang dari pihak tertentu tersebut sahaja
malahan hampir semua kaum mereka tanpa ada perbezaan ideology. Mereka menentang
agama bukan politikmu! Kerana itulah pelik di hati melihat mereka bertelagah
untuk perkara yang tidak perlu sehingga sanggup mengabaikan perkara yang perlu.
Pasti kata-kata ini mengundang kekeliruan. Situasinya cukup
mudah namun menimbulkan komplesiti yang tinggi kerana sensitivity yang
tersentuh dek kebiadapan mereka. Situasinya apabila ada system check and
balance di dalam sebuah Negara… Lebih mudah pihak kerajaan dan pembangkang.
Maka dua pihak ini mempunyai perbezaan ideology yang besar dan membentuk jurang
yang besar di antara mereka kerana ia sememangnya satu system penyokong dan
penentangan. Di dalam perbezaan ini falsafah dan ideologinya akan turut saling
bertentangan atau lebih mudah haluan yang berbeza. Namun haruslah kita jelas
matlamat yang sama perlu di letakkan kerana untuk mencapa matlamat itu ideology
dan falsafah siapakah paling praktikal atau lebih menyenangkan. Maka munculah
golongan pengundi yang akan mlhat falsafah dan ideology siapa yang pada mereka
bukan hanya menarik, ia juga praktikal dan menyenangkan mereka. Maka golongan
ini akan tertarik kepada pihak yang paling banyak memenuhi kehendak mereka
kerana lumrah manusia untuk keinginan mereka di penuhi secara jelas.
Namun kerana terlalu patuh kepada peranan masing-masing dan
kedudukan masing-masing yang di katakana sebagai ‘lawan’ atau ‘pesaing’ maka
segala kemanisan musuh akan di lenyapkan dari kamus pemikiran mereka semua.
Musuh tetap musuh. Meski terjunam di dalam gaung dan musuh datang menghulur
tangan dengan senyuman lalu berkata ‘Biar saya tolong’ akan di sambut dengan
wajah yang mencuka lalu mulalah terdetik ‘Pasti ada udang di sebalik batu’.
Tiada tanda optimis apatah lagi pemikiran yang mampu untuk menghilangkan segala
titik permusuhan malah dendam dan api di dalam jiwa akan di tanam dan di benam
terus menerus tanpa berfikir.
Siapalah saya untuk mengkritik. Namun inilah scenario
politik di Negara kita yang penuh dengan dendam, amarah, benci dan keegoan
sehingga titik kebaikan di tukar menjadi titik gelap yang buruh lagi hodoh.
Tulisan ini hanya secara umum. Mungkin ada yang tidak sebergini di dalam adab
bersaingnya namun yang jelas adalah corak persaingan sebergini. Tahniah buat
yang tdak mengamalkan adab sebergini sebaliknya penuh santun dan berpegang
kepada cara yang betul.
Maka kerana adab berpolitik yang di amalkan sebahagian rupa
maka kita adalah musuh selagi ideology kita berbeza. Usah peduli lagi apa
agamamu, apa bangsamu mahupun apa jua gelaranmu. Kita musuh selagi kita d pihak
berbeza. Kita lawan selagi idealogi kita tidak sekata. Meski matlamat kita sama
dan satu kita tetap berbeza dan bukan itu sahaja, kita adalah MUSUH. Kerana
pemikiran serbegini telah tertanam jauh dan di benamkan dengan penuh rapi dan
kemas maka segala kemanisa dan kebaikan telah terpadam. Waima kalam Allah atau
Hadis yang kau pertuturkan tidak akan kami dengar kerana idealogi kita berbeza.
Apakah ini peradaban berpolitik kita? Mungkinlah bukan kesalahan untuk tidak
membezakan bangsa namun membezakan agama kerana idealogi akan menyebabkan
perpecahan besar berlaku. Runtuhnya empayar islam apabila ada yang mengagungkan
sesetengah khalifah atau pemimpin. Umat
Islam yang dahulunya di kuasai oleh Rasulluah dengan kepmpinan pusat dengan
seorang khalifah tidak terbahagi, kerana kita menghadapa kiblat yang sama,
solat pada jumlah yang sama, Al-Quran yang sama, malah lebih besar dan agung
kita hamba ALLAH yang SAMA!
Jadi kerana perbezaan ideology, falsafah malah lebih dasyat
kita tidak berada di pihak politik yang sama maka kita terpisah dalam
lingkungan yang cukup jauh sehingga turut menjauhkan hakikat kita agama yang
sama. Apakah ini adab berpolitik kita? Jika di kaitkan dengan kebiadapan
terhadapa agama kita bukan kerana mereka tidak menentang atau bersuara.
Kejumudan yang membelenggu sehingga menutup seluruh pancaindera untuk mencerap
apakah masalah sebenar.
Kenapa mesti memikirkan ‘KENAPA APABILA PIHAK LAWAN ITU
MENGHINA AGAMA KITA DAN KALIAN BERDIAM DIRI’ tidak pula sesiapa dari politikus
ini mencetus satu soalan penting ‘KENAPA MEREKA SEKARANG SEMAKIN BERANI
MENGHINA AGAMA KITA? APA KELEMAHAN KITA SEHINGGA MEREKA SANGGUP MENGHINA KITA?
KENAPA MEREKA SEMAKIN BERAN MENGHINA KITA DI HADAPAN? APAKAH KITA TERLALU
LEMAH?’ sedangkan soalan ini lebh pentng kerana ia akan merungkai satu
permasalahan besar bukan berlaku kepada kita yang mendiamkan diri apabila mereka
mencerca sebaliknya keberanian mereka yang terlampau untuk menghina kita.
Saya petik sedikit kisah Rasulluah, apabila baginda
memberikan makanan kepada yahudi buta yang mencercanya siang dan malam. Namun
cercaan itu tidak dibalas malah Rasulluah tetap member makan akan yahudi itu. Persoalanya
bukan cercaan apa yang yahudi itu katakan atau kenapa Rasulluah diamkan semua
cercaan itu tetapi kenapa Yahudi itu berani mencerca Rasulluah. Kerana dia
BUTA. Dia tidak Nampak siapa yang memberikanya makan. Dia tidak Nampak akan
kebaikan yang Rasulluah lakukan kepadanya dan kepada orang lain. Dia hanya
mendengar akan orang kafir mengutuk Rasulluah dan percaya akan kata-kata itu
lalu turut sama mencerca baginda. Kerana dia BUTA dia tidak tahu akan
kebenaran. Dia tidak kenal siapa baginda. Kerana KEBUTAAN inilah dia berani
mencerca Rasulluah. Selepas Rasulluah wafat dia bersorak gembira sehingga di
mendapat tahu, orang memberinya makan sudah mati. Orang yang dia cerca dan hina
ada di hadapanya setia memberikanya makan. Maka selepas itu yahudi itu
bertaubat dan memeluk Islam.
Kisah ini adalah kisah KEBUTAAN kepada kebaikan. Kerana mata
yang BUTA sehingga tidak tahu akan kebaikan yang di berikan. Namun apa yang
berlaku di Negara kita bukan ‘mereka’ yang lancing menghina agama ini yang buta
sebaliknya mereka hanya mengambil maksud lain daripada buta iaitu tidak Nampak.
Mereka tidak Nampak akan kebaikan agama. YA! Memang kita sentiasa katakan
kepada mereka, KAMI BERSAUDARA, KAMI SEAGAMA, KAMI SUKAKAN KEBAIKAN, SETIAP LARANGAN
KERANA ADA KEBURUKAN, ALLAH CINTAKAN KEADILAN, AGAMA INI TERBUKA, AGAMA INI
BUKAN PAKSAAN, AGAMA INI KETENANGAN. Tapi di mana bukti segala kata-kata kita jika kita tidak
tunjukkan langsung ‘persaudaraan’ yang di perkatakan. Kita sibuk bertelagah
sesame umat kerana kita berada pada Mazhab yang berbeza. Malah kita sanggup
mengabaikan saudara kita hanya kerana dia menegur sikap kita. Apakah ini
namanya persaudaraan?
Kita seagama namun kita menolak saudara seagama kita hanya
kerana berbeza Mazhab. Kami berlainan pegangan kerana dia pengikut Mazhab
Syafie dan saya pengikut Mazhab Maliki. Apakah ini namanya seagama? Kami
sukakan kebaikan sedangkan setiap langkah pihak lawan kita waima adalah perkara
kearah kebaikan kita katakan buruk. Memisahkan segala unsure kebaikan dan
kejahatan berlandaskan ideology bukan syariat. Setiap larangan kerana ada
keburukan tidak terlihat walau di dasarnya kerana kita tetap melakukan perkara
yang buruk itu. Araq itu memudaratkan tapi kita enak meneguknya di hadapan
mereka. Allah cintakan keadilan tidak langsung di buktikan apabilan
ketidakadilan terus menjadi darah daging Negara. Agama ini terbuka di lihatkan
sebagai agama tertutup rapi apabila pendapat orang lain tidak lagi mampu di
terima walaupun ianya untuk kemaslahatan umat. Di mana terbukanya andai
pendapat dan pandangan rakan ulama yang berbeza idealogi politik tidak akan di
terima sehingga kiamat?! Agama ini bukan paksaan sedangkan mereka melihat kita
terus memaksa orang lain untuk menerima pendapat kita. Memusuhinya andai dia
menolak dan menjunjungnya tinggi andai dia menerima dan terus menghasut
diterima jika dia dalam dilemma hanya mencetus rasa terpaksa di hati mereka
lalu menunjukkan kepada mereka,Islam suka MEMAKSA! Dan agama ini Ketenangan di
tunjukkan dengan kekocakkan perhubungan, kehidupan dan perpaduan antara kita di
dalam agama ini lantas membongkar segala nanah dan kudis kotor dari dalam diri
penganut agama ini. AGAMA tidak kotor, tapi PENGANUTNYA yang menjadikan a
Nampak KOTOR dengan kekotoran dan kejijikan yang mereka pertontonkan kepada
kita.
Bermakna mereka tidak BUTA tetapi TIDAK NAMPAK akan agama
ini dan kekuatanya. Kerana itu mereka boleh menjadi ‘YAHUDI BUTA’ tadi terus
mencerca kita di hadapan wajah kita walaupun kita mengangguk dan bertenang
menghadapi cercaan kita.
MAKA!
BERSATULAH! BERSATULAH UMAT ISLAM. Penghinaan bukan hanya
dari mereka (dari parti tertentu atau bangsa tertentu) tapi agama kita sedang
di cerca dengan lantang di seluruh dunia oleh mereka yang mengharap LAKNAT
ALLAH. Nonnie Darwish, Ibn Warraq, Tarek
Fatah, Irshan Manji atau Ayaan Hirsil Ali, cukuplah mereka terus mengutuk agama ini… Mereka bukan buta tetap mereka tidak diperlihatkan akan keindahan.. sedangkan ada yang melihat keindahan dan berpndah masuk ke agama ini dengan cnta dan hatinya untuk agama ini.
Apakah sehingga kita
dimusnahkan sepenuhnya barulah kita akan sedar dan pada masa itu… KITA SUDAH
TERLEWAT. Masa itu kita tidak akan telagah lagi dan meratapi sikap kita pada
telagah yang tak perlu
PENYAKIT SOSIAL
Kita sering menyalahkan pelbagai pihak di dalam isu moral yang sedang menghambat kita semua pada hari ini. Sedar atau tidak bahawa pesalah di dalam krisis moral ini bukanlah orang lain sebaliknya kita semua. Tidak perlu untuk menunding jari kepada orang lain tentang masalah moraliti remaja mahupun kanak-kanak pada hari ini kerana kitalah (masyarakat) menjadi punca kepada krisis moral ini. Apabla saya menyalahkan semua pasti ada yang akan meloncat dan melatah mengatakan mengapa mereka turut terlibat? Selepas membaca sebuah buku yang mana membawa saya kepada satu teori hakikat kewujudan kita dan hukum pembelajaran yang menjadikan kita semua dalam paras kemusnahan masa kini saya mula menyedari bahawa ada sesuatu yang dahsyat dan berbahaya kepada kita semua sedang berlaku. Kemusnahan moraliti yang terlalu dahsyat sedang berlaku. Hal ini kerana kitalah yang membentuk kemusnahan ini.
Dalam membentuk satu kesatuan dalam umat perkara penting untuk kita teliti adalah sikap dan perlakuan kita semua. Namun apa yang menjadi perkara yang penting adalah bagaimana kita semua telah menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada anak-anak kita. Dalam masyarakt hari ini, penyakit yang sedang melanda anak-anak kita adalah keganasan yang sedang menguasai diri mereka yang menyebabkan tindakan subversif, ganas dan keterlaluan sedang menguasai diri anak-anak kita. Semuanya kerana pembelajaran yang berterusan yang sedang mereka pelajari melalui ransangan dari pancaindera utama mereka iaitu mata, Tindakan mereka yang semakin di luar kawalan akibat daripada didikan yang sedang berleluasa di dalam masyarakat iaitu TV. Rancangan yang memaparkan tindakan-tindakan subversif yang berpanjangan akhirnya meninggalkan kesan kedalam diri kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran. Lebih dahsyat dan bahaya jika mereka mula hilang rasa takut dan simpati daripada tindakan keganasan ini sehinggakan mereka kembali menjadi orang gasar yang menganggap tindakan ini adalah satu hiburan kepada diri mereka. Ini adalah penyakit sosial yang sangat merbahaya kerana mereka akan mula merasakan keganasan itu adalah satu hiburan yang menyeronokkan dan lebih teruk untuk melihat mereka merasa ketagh untuk melihat keganasan. Ransangan operan seperti ini adalah terlalu bahaya untuk anak-anak ini membesar dan ketika mereka mula memasuki kelompok masyarakat kita tidak lagi dapat mengawal anak-anak ini dari terus berkelakuan elok sebaliknya hanya mampu melihat mereka mula bertindak liar di luar kawalan ibu bapa. Saat ini semua lapisan masyarakat perlu menerima kesalahan ini bersama bukan hanya ibubapa kanak-kanak terbabit.
Ini adalah penyakit sosial yang melanda kanak-kanak. Bagaimanapula masalah seks luar nikah yang semakin menghantui kita semua terutama remaja awal adalah perkara yang membimbangkan bukan. Kerana perkara ini akan menjadi penyakit sosial dan menghancurkan ketamadunan manusia. Masalah ini adalah masalah yang semakin merebak dan membesar. Kerana itulah langkah penting dan kesedaran yang tinggi perlu kepada semua. Selagi kita mengaggungkan keganasan masalah ini tidak akan selesai malahan akan membesar. Tahukah anda di dalam hukum pembelajaran di dalam teori kesatuan kewujudan, pembelajaran dan tindakan lazim adalah satu kaedah pembelajaran yang membentuk seseorang individu. Mungkin ada yang tidakpun di ajar semasa kecil dan kerana ada sistem gangguan yang menyebabkan campur tangan elemen luar menyebabkan berlaku perubahan mendadak. Namun kejadian ini jarang berlaku sebaliknya tindakan yang melibatkan tindakkan subversif atau tindakan baik adalah melibatkan pembelajaran melalui penlaziman.
Kerana itulah medium yang menjadi alat pembelajaran haruslah menjadi penting di dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang membenarkan anak-anak menonton televisen tanpa kawalan seterunya kelompok masyarakat yang terus ketagih menyajikan cerita berunsur keganasan akhirnya mnjadikan ank-anak kecil mula mencerap apa yang di lihat dan mengaplikasikan di dunia sebenar sedikit demi sedikit. Perasankah anda apabila seorang kanak-kanak menonton cerita yang menyajikan adengan bertumbuk atau menampar, tidak lama kemudian kanak-kanak itu mula mengaplikasikan tindakan tersebut, maka terjadilah anak-anak yang bertindak ganas di dalam sesuatu keadaan. Jika penlaziman berterusan, anak-anak ini akan membesar bersama tindakan itu yang menjadikanya lebih ganas.
Semua ini bermula dari menu sajian perbelajaran yang silap. Memang ada tontonan yang bagus melalui televisen namun kebanyakanya adalah kurang bagus. Malah jika kita lihat, tontonan yang memiliki adengan berahi semakin menular, terutamanya cerita barat. Jika kita lihat kadang kala adengan itu langsung tidak membantu plot cerita dan kononya hanylah penambah rasa. Namun kehadiran adengan yang tidak patut ini memberikan sumbangan yang cukup dalam dan terkesan untuk otak kanak-kanak yang baru sahaja mula belajar. Kerana itulah ada istlah 'cuba-cuba' dan 'mencuba' dalam kalangan ank remaja kerana apabila mereka sering disajikan dengan tontonan sepert ini sejak kecil otak mereka akan menympan segala memori itu dan keinginan untuk mengaplikasikanya semakin membuak apabila mereka mula mengenali dunia luar. Tidak hairanlah ada yang sudah 'mencuba-cuba' meskipun baru berusia 12 tahun.
Kesimpulanya, berdasarkan teori ini, masalah anak-anak kita yang semakin di luar kawalan bukanlah hanya di sebabkan kurang didikan agama malahan mereka kadangkala di sajikan dengan menu pembelajaran yang tidak sihat dan bermanfaat. Untuk menyelamatkan ketamadunan manusia dari hancur kerana tindakan kita sendiri seluruh kita harus sedar akan punca penyakit sosial. Bukan berlari dari penyakit ini sebaliknya perlu menyelesaikanya dengan lebih bernas dan berkesan.
selamat Beramal dan semoga masih belum terlambat untuk kita mencari kebenaran...
MANUSIA
kata mereka kami tidak setanding...
kata mereka kami ini hanylah lalat...
kata mereka belum lihat pun mereka sudah tahu...
PEDULI APA AKU KATA-KATA KAU!
Jika benar kami tidak setanding kami tidak di sini...
Jika kami ini lalat kalian juga lalat kerana bersama kami di sini....
Jika belum lihat sudah kau tahu usahlah lihat...
Kami tidak mengharap...
Manusia memang jijik kata-katanya
Kotor dan dusta
Bercermin sendiri mesti nampak sendiri
Berkata dengan hati tapi mindanya mati
Kami berjuang bukan demi wang
Kami berjuang bukan demi keselesaan
Kami berjuang bukan demi nama
Perjuangan ini kerana obsesi
Perjuangan ini kerana cinta
Perjuangan ini kerana kami ingin berjuang
Kasarnya katamu
Kesatnya madahmu
Tak pernah aku heran... apatah lagi kami
Kita manusia...
DIA yang diatas jua yang berkuasa...
Usah kau pandang ada yang anjing ada yang kucing...
Usah di pandang dialah ke hamba engkaulah tuan
Kerana KAU... AKU... KITA... SEMUA...
TETAP HAMBA YANG ESA!
-Jejak Kaki, 4 okt 2012-
Kotor dan dusta
Bercermin sendiri mesti nampak sendiri
Berkata dengan hati tapi mindanya mati
Kami berjuang bukan demi wang
Kami berjuang bukan demi keselesaan
Kami berjuang bukan demi nama
Perjuangan ini kerana obsesi
Perjuangan ini kerana cinta
Perjuangan ini kerana kami ingin berjuang
Kasarnya katamu
Kesatnya madahmu
Tak pernah aku heran... apatah lagi kami
Kita manusia...
DIA yang diatas jua yang berkuasa...
Usah kau pandang ada yang anjing ada yang kucing...
Usah di pandang dialah ke hamba engkaulah tuan
Kerana KAU... AKU... KITA... SEMUA...
TETAP HAMBA YANG ESA!
-Jejak Kaki, 4 okt 2012-
Wednesday, October 24, 2012
Kembara KEBAYAN 1
Satu panggilan menemukan sekumpulan manusia di dalam sebuah
daerah imaginasi yang saya namakan DAERAH KEBAYAN.
Kembara ini satu takdir yang menemukan watak yang mungkin
sudah saling mengenali namun ada watk yang langsung tidak mengenali satu sama
lain namun di temukan di daerah ini. Penduduk daerah ni punya keunikan mereka
sendiri malah memiliki kelebihan dan fungsi masing-masing dalam membangunkan
daerah ini. Tidak di kenali malah di pandang cukup kecil seperti unggas yang
berterbangan namun kegigihan penduduknya siapa tahu. Kisah ini kisah benar yang
bermula di sebuah bilik bernama ‘Bilik Brass Band’ di bangunan HEP di sebuah
university tempatan.
Pada era yang kini… Maksud saya tahun 2012 sebuah daerah
telah terbina di bilik ini. Saya namakan daerah ini daerah kebayan yang mana
penduduknya adalah pelajar-pelajar yang cukup komited dan sayangkan daerah ini.
Di dalam daerah ini ketua kampungnya dipanggi Tok Kebayan yang mana Tok Kebayan
ini adalah peneroka daerah ini dan merupakan penduduk pertama yang mula membina
daerah imaginasi ini. Penulis asal?
Opps… Bukan penulis, tetapi pemula nama ‘KEBAYAN’ sudah lama tercipta nam a ini
dan mungkin ada beberapa produksi.. Opps salah lagi, beberapa kampung atau
daerah mungkin pernah di bina dengan nama ini namun, percayalah,daerah Kebayan
ini unik dan memiliki sejarahnya sendiri. Nama ini di cipta seseorang yang di
namakan Zack Zaiden yang mana beliau yang memperkenalkan naskah ini di bumi
Melayu ni. Namun dia bukanlah Tok Kebayan yang menjadi peneroka kepada daerah
ni, dia hanya mengispirasikan nama ini. TOK KEBAYAN?? Ha.. Ni kaeh nak cerita
ni.
Tok Kebayan ini adalah seorang lelaki yang pernah mempunyai
daerah Kebayan sebelum ini. Ini di kira tanah kedua yang dia teroka. Daerah
lama tu kat mana? Kalau tak silap Terengganu. Mek tak beberapa pasti, ialah
sebab Tok Kebayan jarang nak cerita daerah lamanya. Yang penting daerah
keduanya. Tok kebayan ini merupakan ‘orang muda’ yang memiliki imaginasi yang
tidak kurang hebat terutama dalam mengimaginasikan daerah ini. Memiliki
semangat, kegigihan, kesungguhan dan survival yang tinggi dalam usaha untuk
merealisasikan impian penduduk yang lain. Seorang yang kelakar, manja dan
keanak-anakkan. Suka cakap ‘ Uolls tak payah risau!” “I tahu nak buat apa’ “Tak
apa I buat’ ‘Tak payah risau I tahu nak buat macam mana’ mungkin sambil
membelek tabsnya, atau barng di atas peha orang, atau mengosok-gosok perutnya.
Namun apabila bersendirian bersama orang yang beliau paling percaya atau paling
dekat mulalah ‘I risaulah….’ Tanda titik tu nama orang yang berliau sedang
duduk bersama Mungkin Mr.H atau Miss S. Penduduk Daerah kebayan Tahulah…
hihihi… Tok Kebayan ini merupakan tok guru kepada penuntut di fakulti
pengurusan perniagaan di university tempatan. Sangat setia dengan Tabs
miliknya. Kalau kali pertama jumpa dengan Tok Kebayan ini persepsi pertama yang
terpancul dalam mnda adalah ‘KEKWAT’ ‘BAJET BAGUS’ ‘SOMBONG’ dan beberapa
perpekstif yang seangkatan. Nak tahu kenapa? SEBAB!! Gambaranya sebergini… dia
akan berjalan dengan membuka dada (Macam org kawat), pandang kehadapan sahaja
dan jalanya laju tapi langkah kecil. Kadangkala membelek tabsnya sambil
berjalan. TANPA SENYUM. Orang nak tegur jadi tak nak tegur… Hihi… Jangan marah
Tok Kebayan ya… Inilah Tok Kebayan,
penghulu daerah ini. Nama sebenar Shamsuri Bin Ghazali… Nama fb Akimi Ghazel.
BERSAMBUNG.....
Sunday, July 29, 2012
Kalam II
Takdir bukan yang patut di perslaah
Mimpi hanyalah mainan perasaan
Terungkapkah realiti
Dalam permainan yang berorientasi fantasi
Kita anak watan dalam merdeka
Mencari makna yang tersusun kata
Dalam bicara yang tak bermadah
Perjuangan
Pengakhiran
Keputusan
Mimpi hanyalah mainan perasaan
Terungkapkah realiti
Dalam permainan yang berorientasi fantasi
Kita anak watan dalam merdeka
Mencari makna yang tersusun kata
Dalam bicara yang tak bermadah
Perjuangan
Pengakhiran
Keputusan
Kalam
Andai mimpi itu realitiDimana janji yang tak tertepati
Manis bicara kalam yang berbisa
Juntaian yang tak bermakna
Hanya kata
Manis bicara kalam yang berbisa
Juntaian yang tak bermakna
Hanya kata
TAQWA dan Matlamat Kehidupan
Assalammualaikum salam luar biasa...
Dalam keriuhan menyambut bulan ramdhan baru-baru ini tiga forum di adakan di kampus khazanah alam bagi membakar semangat anak uitm untuk bersama menyambut bulan penuh kerahmatan dan keampuan ini.
Forum yang berkisar tentang ketibaan ramadhan banyak berbicara mengenai TAQWA yang sememangnya menjadi titik positif dalam diri yang membakar semangat jihad dalam hidup mengejar jalan yang di redhai. Saat TAQWA menakluk hati tiada gentar untuk berdiri di jalan NYA kerana keyakinan akan mencapai pada tahap maksimum dengan takat pemikiran utnutk menggapak Keredhaanya pada tahap paling maksimum. Pada ketika ini, kobaran iman dalam hati akan memuncak mencari yang paling hakiki. Langkah untuk mencari kebenaran terus terpacu pantas lantas menjauhi segala kejahatan dan kebatilan. Hebatnya kuasa TAQWA yang terpah di sedari oleh umat Islam.
Keyakinan Khalid dal menuju jihad kepada ALLAh kerana TAQWA yang memacu iman di dadanya menebalkan lapisan keinginan bertemu pencipta dalam keadaan tertinggi (penuh amalan), kerana itulah di siangnya (sewaktu berperang) matanya mengobar semangat jihad tanpa getar pada sesuatu yang bernama 'Kematian' yang di yakini hanyalah di dunia dan kehidupan selepasnya masih ada cuma di alam yang berbeza tetapi saat malam menyingkap tirai hidupnya dia seperti abid yang mengabdikan diri kepada penciptanya. Kemanisan iman tercapai pada takat keTAQWAan yang maksimum. Kerana itulah Rabiatul Adawiah mampu bertanya ' siapakah yang beribadah kepada tuhanya kerana merasakan dia sememangnya perlu beribadah tanpa memikirkan ganjaran yang di perolehi sedangkan ramai yang beribadah kepada tuhanya kerana inginkan surga dan takutkan neraka'. Kerana mencapai tahap kemanisan imanlah beliau mampu untuk berfikir apakah matlamat hidup ini yang sebenar.
Apakah matlamat hidup? Persoalan yang di timbulkan oleh Ustaz Rujhan sewaktu salah satu forum berlangsung. Apakah matlamat hidup kita? Cita-cita adalah ambisi yang merungkai persoalan fizikalnya tentang masa hadapan. Ingin menjadi pelajar yang cemerlang juga adlaah ambisi fizikal yang berada pada luaran sahaja. Matlamat adalah ambisi kerohanian yang mana tujuan hidup secara total? Manusia tidak pernah mampu menjadi makhluk yang paling sempurna tetapi mampu menghampirinya. Untuk menghampiri kesempuarnaan hidup adalah dengan meletakkan matlamat yang cukup mendalam dan lahir dari dalam rohani yang tertinggi. Falsafah ini adalah antara konklusi asas kepada falsafah pemikiran Tinny Rainbird pemenang anugerah nobel kelihatan seakan memesongkan kita kerana hanya ALLAH yang paling sempurna. Namun jika kita melihat berulang kali memang benar. Kita adalah manusia dan takkan pernah mencapai kesempurnaan mutlak yang hanya ALLAH yang mampu. Namun apa yang mampu kita laksanakan adalah satu takat pemikiran yang menghampiri kesempurnaan iaitu dengan mengikuti segalam ketetapan yang di berikan oleh ALLAH dan RASUL. Mengikut segala ajaran ALLAH dan meyakininya membuatkan kita tetap pada lamdasan yang sempurna lantas meminimumkan kecacatan dalam hidup. Malah dalam menjauhi melakukan dosa kita turut menjauhi yang subhah adalah satu takat kehidupan yang menghampiri kehidupan tanpa kesalahan. Cuma kita takkan mampu untuk naik lebih tinggi kepada takat kesempurnaan.
Kerana itulah bimbingan TAQWA adalah satu pemamtapan iman di dalam diri kita semua untuk mencapai kebenaran yang tertinggi dan pada jumlah paling maksimum. Memantapkan iman beerti kita akan meminimumkan perlakuan yang membawa kepada doa dalam erti kata lain meminimumkan dosa dan memaksimumkan pahala.Apakah sememangnya ini matlamat hidup kita atau cukup dengan ambisi fizikal. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya adalah mencapai TAQWA paling tertinggi berbanding meletakkan ambisi yang hanya berhenti di dunia dan tidak bersambung lagi? Kita semua selalu merasakan matlamat hidup untuk dunia sudha memadai dan ditambah dengan ibadah sebagai bekalan di akhirat. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya tidak terhenti di dunia malam merancang matlamat akhiratnya iaitu bertemu penciptanya, bertemu rasulnya atau memasuki daerah Syurga bersama keluarga dan sahabtnya?? Siapa yang pernah memasukkan matlamat ini di dalam kamus hidupnya?
Dalam dunia ini harta, kekayaan dan kuasa adalah kebenaran yang paling jahil kita kejar. Kita menganggap ketiga perkara ini jaminan di dunia untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga kita sanggup mengetepikan segala yang menyekat kita untuk mendapatkanya. Lebih bahaya apabila yang jahil berlagak mereka pandai dengan memiliki pelajaran atau kelulusan dari univerisit pada peringkat tertinggi sedangkan mereka masih jahil tentang matlamat kehidupan dunia dan akhirat mereka.
TAQWA adalah jawapan kepada kejahilan ini kerana dengan TAQWA manusia mula sedar akan matlamat kewujudan dirinya di atas bumi ALLAH ini sehingga mereka akan tunduk dan patuh pada tujuan kehidupan yang hakiki. Malah mereka akan berpaling dari melihat kemewahan yang membinaskan dan berfikir untuk membawa keamana dan kasih sayang antara semua. Pemenang anugerah nobel Tinny Rainbird tegas menyatakan dunia tanpa kasih sayang adalah dunia yang paling kasihan sekali. Kerana itulah kasih sayang adalah kunci kepada persaudaraan yang mana ianya adalah nilai Iman dalam hati yang di jana dari TAQWA.
TAQWA, takut kepada ALLAH. Takut kepada pencipta bukan seperti takutnya kita kepada haiwan yang ganas atau hantu yang berkeliaran. Takut kita kepada ALLAH adalah nilai ketakutan yang paling manis kerana kita sedar siapa kita dengan takut kepada ALLAH. Hari ini kita terlalu takutkan manusia sehingga menggap segala yang mereka lakukan adalah betul lantas mengabdikan diri kepada manusia. Ketakutan ini tidak memberikan apa-apa makna malah tidak menjana sebarang kemanisan dalam hidup sedangkan dalam dunia ini andai ketakutan kita kepada ALLAH adalah satu ketakutan yang indah yang mana ia membawa kita ke satu dimensi nilai murni dan kebenaran yang berpanjangan. Inilah keindahan TAQWA bukan menyekat mahupun mengongkong kita.
Hari ini sudah seminggu ramadhan bersama kita. Marilah kita mencari kemanisan TAQWA danal usaha mencari kemanisan iman. Keindahan dunia ini kita nikmati kerana ia adalah anugerah dari tuhan MAHA SEMPURNA untuk menjadikan kita manusia yang tahu erti bersyukur apatah lagi untuk mencapai matlamat kehidupan yang hakiki.
Akhir kalam...
Salam RAMADHAN buat semua.
"Masa hadapan kita adalah dunia yang seharusnya bukan dunia yang ada ini"- Tinny Rainbird-
Dalam keriuhan menyambut bulan ramdhan baru-baru ini tiga forum di adakan di kampus khazanah alam bagi membakar semangat anak uitm untuk bersama menyambut bulan penuh kerahmatan dan keampuan ini.
Forum yang berkisar tentang ketibaan ramadhan banyak berbicara mengenai TAQWA yang sememangnya menjadi titik positif dalam diri yang membakar semangat jihad dalam hidup mengejar jalan yang di redhai. Saat TAQWA menakluk hati tiada gentar untuk berdiri di jalan NYA kerana keyakinan akan mencapai pada tahap maksimum dengan takat pemikiran utnutk menggapak Keredhaanya pada tahap paling maksimum. Pada ketika ini, kobaran iman dalam hati akan memuncak mencari yang paling hakiki. Langkah untuk mencari kebenaran terus terpacu pantas lantas menjauhi segala kejahatan dan kebatilan. Hebatnya kuasa TAQWA yang terpah di sedari oleh umat Islam.
Keyakinan Khalid dal menuju jihad kepada ALLAh kerana TAQWA yang memacu iman di dadanya menebalkan lapisan keinginan bertemu pencipta dalam keadaan tertinggi (penuh amalan), kerana itulah di siangnya (sewaktu berperang) matanya mengobar semangat jihad tanpa getar pada sesuatu yang bernama 'Kematian' yang di yakini hanyalah di dunia dan kehidupan selepasnya masih ada cuma di alam yang berbeza tetapi saat malam menyingkap tirai hidupnya dia seperti abid yang mengabdikan diri kepada penciptanya. Kemanisan iman tercapai pada takat keTAQWAan yang maksimum. Kerana itulah Rabiatul Adawiah mampu bertanya ' siapakah yang beribadah kepada tuhanya kerana merasakan dia sememangnya perlu beribadah tanpa memikirkan ganjaran yang di perolehi sedangkan ramai yang beribadah kepada tuhanya kerana inginkan surga dan takutkan neraka'. Kerana mencapai tahap kemanisan imanlah beliau mampu untuk berfikir apakah matlamat hidup ini yang sebenar.
Apakah matlamat hidup? Persoalan yang di timbulkan oleh Ustaz Rujhan sewaktu salah satu forum berlangsung. Apakah matlamat hidup kita? Cita-cita adalah ambisi yang merungkai persoalan fizikalnya tentang masa hadapan. Ingin menjadi pelajar yang cemerlang juga adlaah ambisi fizikal yang berada pada luaran sahaja. Matlamat adalah ambisi kerohanian yang mana tujuan hidup secara total? Manusia tidak pernah mampu menjadi makhluk yang paling sempurna tetapi mampu menghampirinya. Untuk menghampiri kesempuarnaan hidup adalah dengan meletakkan matlamat yang cukup mendalam dan lahir dari dalam rohani yang tertinggi. Falsafah ini adalah antara konklusi asas kepada falsafah pemikiran Tinny Rainbird pemenang anugerah nobel kelihatan seakan memesongkan kita kerana hanya ALLAH yang paling sempurna. Namun jika kita melihat berulang kali memang benar. Kita adalah manusia dan takkan pernah mencapai kesempurnaan mutlak yang hanya ALLAH yang mampu. Namun apa yang mampu kita laksanakan adalah satu takat pemikiran yang menghampiri kesempurnaan iaitu dengan mengikuti segalam ketetapan yang di berikan oleh ALLAH dan RASUL. Mengikut segala ajaran ALLAH dan meyakininya membuatkan kita tetap pada lamdasan yang sempurna lantas meminimumkan kecacatan dalam hidup. Malah dalam menjauhi melakukan dosa kita turut menjauhi yang subhah adalah satu takat kehidupan yang menghampiri kehidupan tanpa kesalahan. Cuma kita takkan mampu untuk naik lebih tinggi kepada takat kesempurnaan.
Kerana itulah bimbingan TAQWA adalah satu pemamtapan iman di dalam diri kita semua untuk mencapai kebenaran yang tertinggi dan pada jumlah paling maksimum. Memantapkan iman beerti kita akan meminimumkan perlakuan yang membawa kepada doa dalam erti kata lain meminimumkan dosa dan memaksimumkan pahala.Apakah sememangnya ini matlamat hidup kita atau cukup dengan ambisi fizikal. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya adalah mencapai TAQWA paling tertinggi berbanding meletakkan ambisi yang hanya berhenti di dunia dan tidak bersambung lagi? Kita semua selalu merasakan matlamat hidup untuk dunia sudha memadai dan ditambah dengan ibadah sebagai bekalan di akhirat. Siapa yang meletakkan matlamat hidupnya tidak terhenti di dunia malam merancang matlamat akhiratnya iaitu bertemu penciptanya, bertemu rasulnya atau memasuki daerah Syurga bersama keluarga dan sahabtnya?? Siapa yang pernah memasukkan matlamat ini di dalam kamus hidupnya?
Dalam dunia ini harta, kekayaan dan kuasa adalah kebenaran yang paling jahil kita kejar. Kita menganggap ketiga perkara ini jaminan di dunia untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga kita sanggup mengetepikan segala yang menyekat kita untuk mendapatkanya. Lebih bahaya apabila yang jahil berlagak mereka pandai dengan memiliki pelajaran atau kelulusan dari univerisit pada peringkat tertinggi sedangkan mereka masih jahil tentang matlamat kehidupan dunia dan akhirat mereka.
TAQWA adalah jawapan kepada kejahilan ini kerana dengan TAQWA manusia mula sedar akan matlamat kewujudan dirinya di atas bumi ALLAH ini sehingga mereka akan tunduk dan patuh pada tujuan kehidupan yang hakiki. Malah mereka akan berpaling dari melihat kemewahan yang membinaskan dan berfikir untuk membawa keamana dan kasih sayang antara semua. Pemenang anugerah nobel Tinny Rainbird tegas menyatakan dunia tanpa kasih sayang adalah dunia yang paling kasihan sekali. Kerana itulah kasih sayang adalah kunci kepada persaudaraan yang mana ianya adalah nilai Iman dalam hati yang di jana dari TAQWA.
TAQWA, takut kepada ALLAH. Takut kepada pencipta bukan seperti takutnya kita kepada haiwan yang ganas atau hantu yang berkeliaran. Takut kita kepada ALLAH adalah nilai ketakutan yang paling manis kerana kita sedar siapa kita dengan takut kepada ALLAH. Hari ini kita terlalu takutkan manusia sehingga menggap segala yang mereka lakukan adalah betul lantas mengabdikan diri kepada manusia. Ketakutan ini tidak memberikan apa-apa makna malah tidak menjana sebarang kemanisan dalam hidup sedangkan dalam dunia ini andai ketakutan kita kepada ALLAH adalah satu ketakutan yang indah yang mana ia membawa kita ke satu dimensi nilai murni dan kebenaran yang berpanjangan. Inilah keindahan TAQWA bukan menyekat mahupun mengongkong kita.
Hari ini sudah seminggu ramadhan bersama kita. Marilah kita mencari kemanisan TAQWA danal usaha mencari kemanisan iman. Keindahan dunia ini kita nikmati kerana ia adalah anugerah dari tuhan MAHA SEMPURNA untuk menjadikan kita manusia yang tahu erti bersyukur apatah lagi untuk mencapai matlamat kehidupan yang hakiki.
Akhir kalam...
Salam RAMADHAN buat semua.
"Masa hadapan kita adalah dunia yang seharusnya bukan dunia yang ada ini"- Tinny Rainbird-
Niskala Hati
Andai di gentar sayap yang patah
Usah berpaling pada yang benar
Kata yang hilang dalam sepi
Hampa
Malam itu tidak lagi bermimpi
tentang siang esok hari
Atau kaki yang longlai meniti
Sebuah perjalana
Tak Pasti
Kalam yang indah tak lagi di idami
Apatah lagi getaran dalam sanubari
Apakah jiwa cuba melangkah pergi
Bersama hati yang semakin berfantasi
Malam
Siang
Pagi
Petang
Bezanya?
Samanya?
Gentayangan jiwa dalam kamar yang sepi
Menagih semimpi hati
Pergi
Usah berpaling pada yang benar
Kata yang hilang dalam sepi
Hampa
Malam itu tidak lagi bermimpi
tentang siang esok hari
Atau kaki yang longlai meniti
Sebuah perjalana
Tak Pasti
Kalam yang indah tak lagi di idami
Apatah lagi getaran dalam sanubari
Apakah jiwa cuba melangkah pergi
Bersama hati yang semakin berfantasi
Malam
Siang
Pagi
Petang
Bezanya?
Samanya?
Gentayangan jiwa dalam kamar yang sepi
Menagih semimpi hati
Pergi
Tuesday, May 29, 2012
Bila Berbicara Tentang CINTa
Dalam satu perbualan yang bermula tentang satu fakta menarik.... 'Perempuan mampu untuk merenung mata seorang lelaki lebih lama dari lelaki' lantas membawa kepada satu topik tentang cinta...
sudah Lama tidak menulis tentang cinta namun nyata virus perasaan ini mula menjebak dalam hati hingga tangan hanya mula menulis tentang cinta di dinding mukabuku...
Bila berbicara tentang cinta, kasih sayang, perasaan dan segala macam perkara yang melibatkan hati nyata kita sering terkeliru dalam mendalami maksud sebenarnya... akibatnya kita sering merasakan bahawa kita berada di dimensi yang cukup indah dalam menguraikan maksud sebenar cinta....
Jom kita bermula jejak pemikiran saya bila berbicara tentang cinta....
Cinta itu adalah lumrah... Satu perasaan yang sememangnya anugerah... ternyata anugerah CINTA cukup berharga dan besar sehingga mungkin tidak pernah kita termampu untuk merungkai nilainya... Nilai cinta terlalu subjektif dan berbeza... Anugerah dari Illahi ini tidak tersia-sia andai dimanfaatkan dan di curah ke tempat yang selayaknya... Kita lihat dulu bagaimana perasaan cinta terzahir dalam hati... pada saat entah bagaimana terasa seindah semacam rasa di hati... jika di dalam filem bollywood, terasa bagai ada bunga-bunga jatuh beguguran di sekeliling sehinggakan angin yang bertiup cukup nyaman dan indah... itulah kononya gambaran cinta... terlalu indah perasaan itu tatkala ia muncul... tidak di nafikan... memang indah perasaan CINTA tatkala ia muncul... kerana itulah ia cukup berharga... tak ternilai keindahanya dengan wang mahupun apa sahaja barangan... Ini adalah cinta kepada manusia... Cinta kepada ILLAHI, RASUL dan IBUBAPA sudah termaktub dan terukir.... Nilainya memang tiada kerana cinta ini terlalu tinggi darjatnya... kita berbicara tentang cinta kepada manusia.... pasangan kita... Kita sambung lagi.... pada satu titik permulaan pasti ada puncanya... maka cinta dalam menemui titik permulaan pasti ada puncanya.... berbeza setiap manusia mengikut aturan Illahi... Saat ini bila hati mula di penuhi bunga cinta mulalah kita menjadi seperti di awangan... Makan, Minum dan segalanya hanya tertumpu kepada 'Cinta' kita... inilah yang keluar mandi tak basah tidur tak lena makan tak kenyang... Ini sebenarnya bukan berlaku benar tetapi ingin mengambarkan bertapa hebatnya penangan perasaan cinta....
Bila mula jatuh cinta ayuh kita lihat fasa kedua tindakan yang mula menerpa dalam diri... Masa ini ada segelintir yang cinta untuk ILLAHInya cukup tinggi maka dia mampu untuk menyekat dirinya dari terus di buai... Kita terus berbicara tentang yang lebihanya.... Bila hati mula menyayangi dan menyukai lalu di cerna dan di tafsir sebagai satu rasa cinta... saat inilah tindakan mula di ambil.... risikan dari kawan mengupas tentang si dia apakah sudah berpunya... lalu mengambil tindakan menarik perhatian... tindakan pertama ini mungkin berjaya mungkin tidak... kita terus kepada yang berjaya yer.... sebab kalau tak berjaya tu tak dapatlah saya nak rungkaikan lagi apa yang berlaku dalam proses percintaan ini...
Tindakan mendapat respon yang baik lalu terimalah satu sama lain... Masa inlah munculnyer perhubungan yang di namakan 'Couple'. Hah... ni yang menarik ni... Bila dah 'Declare' mulalah menjalinkan perhubungan atas nama 'couple'. Masa ini bunga-bunga cinta mula berputik mekar mengelilingi perhubungan.... telefon menjadi teman setia di sisi setiap kali sebelum mata di lelapkan... kata-kata cinta, sayang, kasih menjadi mainan yang berlegar-legar di sekitar babak percintaan ini... memang ombak rindu gila lah... merajuk, menangis, kecewa, marah... semuanya hanya seketika di lupa selepas di pujuk rayu oleh si jejaka....
Fasa ketiga mula mengintai.... dari sms membawa pertemuan... percintaan yang semakin erat dan bermanja-manjaan kan... bertukar gambar... meluahkan rindu di laman muka buku... menjadi rutin yang tak pernah dilupakan.... Malah semua status di muka buku berkisar tentang si dia... bila hari lahir menjelang apa yang si dia hadiahkan, apabila bertemu si dia bagi teddy bear besar... semua di hebah dalam laman mukabuku.... memberitahu kepada semua rakan yang beribu tentang kisah cinta ala-ala hindustanya... indahnya terasa dunia ini... apa jua yang di lakukanya menjadi perhatian tidak kira elok atau tidak... teguran sebagai muslim atau nasihat selaku teman bukan lagi rencah yang di adun dalam percintaan ini... sebaliknya pujian yang melambung dan kemanisan yang terlalu manis menyebabkan mata mula dibutakan dari melihat kelemahan cukup kepada segala kebaikan....
Apakah yang menjadi masalah dengan perkara-perkara ini? Nantikan sambunganya....
Friday, April 20, 2012
Tirai Hidup
Andai puisi indah terlakar untuk sang kekasih
Untuk siapa lagi puisi sedih?
Ganjil melihat yang hodoh
Terpegun pada yang cantik
Apakah yang mungkin terjadi jika….
Yang hodoh dipuji-puji
Yang cantik di keji-keji
Yang tidak sempurna disanjung bangga
Yang sempurna dihina cerca
Yang sedih di cari-cari
Yang gembira di tepi-tepi
Terbalikkah dunia?
Huru harakah dunia?
Kerna
Yang hodoh kian bertambah
Yang cantik kian berkurang
Yang tak sempurna
jadi idaman
Yang sempurna
menjadi sampingan
Yang sedih di jadikan amalan
Yang gembira di jauhkan
Kecoh seluruh dunia
Berpinar suka penerima
Mungkinkah terjadi dengan hikmah
Memberi peluang untuk si hodoh menjadi watak utama
Memberi peluang si cacat menari indah langkahnya
Memberi peluang yang sdih menjadi ikhtibar
Hidup ini persoalan
Jawapan yang tersembunyi
Di balik tirai takdir…
Teringat Tentang Sahabat
Baru sahaja terbaca sebuah coretan lama… monolog tentang
cinta dengan sahabat lama sewaktu sekolah… balasan yang bermu lapa penulisan
bersahaja di mejaku… saat itu aku sedang di amuk cinta buat sastera dalam
hidup… maka aku mencoret sebuah kat-kata yang aku gubahnya sendiri… tak
kusangka kelas tambahan bertempat di kelasku mengundang coretan balasan yang
tersisip kemas di mejaku… mengundang Tanya di minda pemilik kata-kata itu…
balasan pada idea yang aku zahrkan dalam lakaran yang bertemankan tulip merah…
bermula saat itu setia hari akan aku terima balasan yang tersisip di mejaku…
anehnya pemilik kata-kata itu tidak bernama… Cuma kusisip balasan di mejaku
sendiri kerana aku tahu dia akan mengambilnya… bila? Tak pernah aku pasti…
namun kata-katanya penuh bernas… malah perspektifnya tentang cinta kadang
kurasa dia bahagia kadang dia pernah kecewa…
Akhirnya pemilik kata-kata indah itu memperkenalkan dirinya
melalui tandatangan di dalam jawi hurufnya tersusun… nama yang indah membuatkan
aku tersenyum… tak kusangka pemilik warkah penuh kata pujangga itu jejaka…
cintanya pada sastera juga rupanya sepertiku… jika tidak masakan mampu
mengarang balasan kata-kataku yang penuh kiasan… nama yang bermaksud mata itu
di miliki seorang jejaka yang manis orangnya… berkulit putih dan bijak
orangnya… bermula bibit pertukaran nombor telefon memanjangkan madah cinta kami
ke dalam sms… Cuma lebih ringkas kerana penat jari untuk menaip…
Namun kisah kami bukanlah kisah seperti pasangan kekasih
yang bercinta… meski bicara kami berkisar tentang cinta namun bukanlah cinta
buat manusia semata… dia mengingatkan aku tentang cinta yang lebih agung… cinta
yang lebih kekal… cinta yang lebih tinggi darjatnya… cinta buat Illahi… Di
turuti bersama cinta buat ibu bapa… warkahnya kini tidak pasti di mana… terlalu
banyak perpindahan yang berlaku sehingga banyak warkah yang hilang dari
sahabat-sahabatku…. Namun kutemukan bicaranya tercatit di dalam dari lamaku…
membuatkan aku yakin ada yang istimewa dari katanya hingga tertempat di
diariku…
Selepas menatap dan membacanya semula aku tersedar… katanya
benar-benar istimewa… kata yang penuh dengan hikamh dan cukup membuatkan aku
terkedu… Allah itulah destinasi cintaku yang sebenar… bukan kepahitan cinta
yang dunia yang sentiasa mengecewakan… memecah kebuntuanpada kepahitan yang
sedang bersarang dalam hati… namun aku tidak pasti lagi yang mana satu
coretanya yang mana satu coretan dariku kerana aku menulis keduanya… Cuma ada
beberapa yang masih aku ingat dan tak pernah aku lupa kerana kata-katanya cukup
dalam bagi menjawab warkah bicaraku...
Pasti aku kongsikan di sini namun aku hanya meletakkan
mengikut turutan namaun tak aku pasti yang mana satu bicaraku dan bicaranya…
Sekalung terima kasih aku kalungkan untukmu sahabatku… nyata
di saat aku kelelahan dengan kekecewaan hati kata-katamu ini cukup bermakna…
aku tersedar akhirnya… dan aku semakin yakin… aku mampu merawat kekecewaan hati
ni pada palsu cinta dunia… kekhilafanku dalam menyayangi… kealpaanku dalam
merindui… kini aku sedar… ‘dia’ bukan untuk aku dan aku tak seharusnya
mengharapkanya… kini nekad di hati utnuk melupakanya… dan kuserah cinta ini
untuk Illahi… merantainya di kalbu keinsafan pada sebuah tahajud cinta buat
Allah… kasih buat kekasih Allah ya Rasulluah… enghirup manis kerinduan buat
bonda dan Ayahda… dan keindahan memori kita semua sahabat lamaku yang setia…
kerana mereka tak pernah mengkhianati seperti mereka… menikam saat aku
tersenyum dalam pahit membantu… mungkin ada salahku… namun tak siapa berhak
menjatuhkan hukuman selain Dia Yang Satu… Allah tuhanku…
Sahabat itu tak bisa kua anugerah kepada mereka… selain kamu
dan dia… teman akrab sehingga empat darjah kita meniti… sayangnya kau harus
pergi mengikut kaki abi… bertukar ke daerah halamanmu sehingga lenyap jauh dari
mataku… sehingga… suatu ketika ku terima panggilanmu… menjengah khabar
persahabatan kita…. Sehingga aku terasa ingin menghitung tiap detik… bilakah
kita mampu bertemu… Nyata kawan itu ramai… teman juga berderet… namun sahabat
itu sedikit… dan tiada gantinya….
Sahabat lamaku…
Ku nanti hari kita bertemu…
Monday, March 19, 2012
Malam Ini Yang Terakhir
Malam ini yang terakhir...
Untuk aku abadi perasaan ini
Mengintai indah perasaan itu
Dalam kekalutan hati
Biarla ia pergi
Malam ini yang terakhir..
Biarkan aku mengenangnya untuk yang terakhir
Sebelum ku biarkan perasaan ini
Terkubur nyata tanpa nisan
Malam ini yang terakhir...
Aku bicara tentangnya padamu bulan
kerana aku yakin
Aku dan Dia bukan ditakdirkan
Jauh untuk di satukan
Malam ini yang terakhir
Aku melepaskan harapan pedih ini
Kerana Aku tak mahu kecewa lagi
Meratah kesepian dalam merindui
Pada si dia yang nyata takkan sudi
Menyambut huluran sekeping hati
Malam ini yang terakhir..
Untuk aku berillusi tentangnya
Biar suria melenyapkan kerinduan ini
Untuk meratah setiap sisa cinta ini
Buatnya yang tak pernah sedar..
Malam ini yang terakhir
aku sendiri lagi
Meratap pilu ini
Sepi...
Malam ini Yang Terakhir..
Yakinkan Aku!
Malam Ini Yang Terakhir
Malam ini....
Yang Terakhir...
Lullaby For My Feel... ~~~ ♥ ♥
Thursday, March 15, 2012
Bila Bicara Tentang Cinta
SALAM LUAR BIASA UNTUK SEMUA...
Ramai yang suka bila kita berbicara tentang cinta. Mencari sebuah erti cinta itu cukup rumit. mengapa dalam kehidupan kita sering mendambakan sesuatu yang bernama cinta...
cinta pada Illahi memang cinta yang sepatutnya kita dambakan. malah kehilangan darinya satu perasaan yang cukup sakit dalam hati. malah kehilangan cinta Illahi tiada apa yang dapat kita lakukan lagi selain mencuba untuk bertahan di atas kehidupan yang tada erti... setiap masa, detik dan waktu kita mendambakan cintanya. setiap denyutan nafas, hembusan udara dan degupan pada jantung semuanya kerana cintanya. tanpa cinta dari yang esa lesulah jiwa dalam terkapar-kapar pada dimensi yang terlalu suram untuk di ertikan. pernahkah terbayang di minda kita kehidupan tanpa cinta darinya? menyusuri jalan hidup tanpa kehidupan yang khilaf dan hilang. tiada bimbingan dan pedoman. malah tidak dpedulikan langsung sama ada terus berada dia tas landasan kehidupan mencari yang hakiki atau terus terleka dan dibuai dunia yang nyata menyakitkan akhir nanti.
sakit.
kecewa.
hilang...
inilah yang terjadi saat hati kehilangan cinta kepada Illahi atau kita kehilangan cinta darinya...
Namun siapa yang sebenarnya peduli akan cinta Illahi..? sedang mereka enak mengejar cinta yang tak pernah pasti membawa bahagia. mengejar sebuah cinta yang membuatkan mereka lupa siapa mereka... di mana mereka... cinta untuk manusia yang masih belum bergelar muhrim? tidak salah menyintai... malah tidak berdosa untuk merasakan nikmat cinta... namun apalah ertinya cinta untuk manusia andai kehilangan cinta dari yang esa... masakan cinta kepada kekasih lebih penting? TIDAK... jangan terlalu taksub pada sebuah cinta yang masih kabur dalam menjejaki sebuah kehidupan yang panjang untuk mengejar sebuah kehidupan akhirat yang bahagia... siapa peduli? tak siapa cuba untuk peduli... namun SEDARLAH... kita harus peduli... cinta yang di kejar dari kekasih belum dijamin... Namun cinta pada ALLAH itulah jaminan bahagia selamanya... malah, jika ikhlas cintamu untuk NYA... yakinlah... DIA akan mengurniakanmu cinta yang cukup indah dan membawa bahagia dari kekasihmu... Tak perlu di pinta... ALLAH akan mengurniakanya padamu tanpa perlupun engkau meminta... Kerana lumrah bercinta... KEKASIH akan memberikan apa sahaja yang membahagiakan pasanganya... MAKA... ALLAH pasti mengurniakan kebahagian untukmu selagi kamu menyintainya seikhlas hatimu...
Menulis ini bukan untuk sesiapa... sekadar untuk mengingati diri tika khilaf... tinta yang tercatit tidak hilang... apa yang di ingatan mungkin dijangkiti barah lalu hilang dan membuatkan diri alpa... saat ini hari sering memainkan pelbagao perasaan sehingga terasa terlalu kerdil diri ini... mengharap pada dia yang tak pernah melihatku... mungkin terlalu berillusi dalam khayalan... mengharap pada yang masih belum pasti... namun aku mula sedar... ini kurniaan dari NYA... ujian pada hati yang rapuh pada sebuah perasaan bernama CINTA...
Sakit di hati melihat mereka yang menganggap kurniaan ini padang permainan untuk mempermainkan orang lain. malah menganggap rasa CINTA tu satu permainan yang boleh dutukar dalam masa sesaat... CINTA terlalu indah... mlaha boleh melalaikan... namun keihklasan pada sebuah perasaan CINTA akan membuah keindahan yang tak tergambar... jangan pernah mempersendakan CINTA dengan menganggap CINTA itu hanyalah mainan untuk mempermainkan orang lain... JANGAN! Sakit hati melihat mereka yang tak pernah menghargai CINTA... tamak dalam meraih cinta sehingga merasakan hanya mereka yang layak untuk bercinta! AWAS! mereka terlalu rugi kerana menghilangkan kemanisan CINTA...
Ya ALLAH... Aku hambamu yang sentiasa berharap perasaan ini sentiasa subur dalam hati... Jadikan aku insan yang sentiasa memberi cinta untuk mereka yang memerlukan... Jadikan aku mereka yang menghargai rasa ini dan memberikanya untuk menyenangkan orang lain... aku Ingin menyintaimu... lantas meletakkan rasulmu cinta keduaku... di susuli ibuku... ayahku... keluargaku... sahabatku... guruku... saudara seislamku... alam sekelilingku... haiwan-haiwan... semaikan kecintaanku PADAMU... dan pada MEREKA... jadikan aku sang pencinta yang ikhlas... Sesungguhnya AKU hambaMU yang sering terkhilaf pada sebuah perasaan BENCI... maka tukarlah setiap keBENCIan ini kepada sebuah perasaan bernama CINTA....
Tuesday, March 13, 2012
KASIH CIKGU
“Hafiz!!” cikgu Faizura menahan
rasa marahnya. Pelajar lelaki di hadapanya kini direnung dengan pandangan
tajam. Hatinya sudah cukup sabar dengan pelajar dihadapanya ini. “Apa ni?!”
bilik kauseling bergema dengan suara lantang cikgu Faizura. “Saya tanya apa
ini?!!” nada suaranya kian tinggi. Hafiz tunduk memandang lantai. Bukan kali
pertama dia berhadapan dengan keadaan ini. Namun entah mengapa setiap kali
berhadapan dengan guru berkulit sawo matang ini lidahnya kelu untuk membangkang
sepertimana sering dia membangkang guru lain.
“Hafiz, saya bukan suka marah
orang. Saya benci untuk marah orang. Tapi, kesabaran saya ada hadnya. Awak
tahu, benda ini boleh merosakkan awak. Awak tahu bukan. Hafiz, awak bukan lagi
budak kecil. Awak dah tingkata enam. Tahun ini peperiksaan akan berlangsung,
kalau awak kena gantung sekolah pelajaran awak akan terganggu” suara cikgu
Faizura semakin mengendur.
Hafiz melangkah lemah pulang ke
kelasnya. “Senakal manapun awak, ibu bapa awak tetap sayangkan awak. Hargai
kasih sayang mereka. Berikan mereka kegembiraan” kata-kata cikgu fauziah terus
mengacah benak fikiran Hafiz. ‘Peduli apa aku!! Ibu bapa aku tak sayangkan aku
pun!!’ bentak hati Hafiz. Hafiz merengus kasar Sepanjang hari itu, Hafiz tidak
dapat menumpukan perhatianya. Kata-kata cikgu Faizura terus mengacah-ngacah
fikiranya. Saat itu dia terbayang wajah kedua ibu bapanga. Ayahnya yang sibuk
dengan kerja. Ibunya yang sibuk dengan persatuan-persatuanya, dan dia? Anak
yang hanya dibiarkan dijaga oleh Mak Mah, orang gaji kepercayaan ibu dan
bapanya.
Bunyi loceng menandakan tamatnya
sesi persekolahan pada hari itu. Hafiz mencapai kunci kereta kancil hadiah hari
jadinya yang ke-18. “Fiz!” sahut satu suara membuatkan Hafiz mematikan
langkahnya. “Hah? Ada
apa?” tanya Hafiz. Fakrul memaut bahu Hafiz. “Jom keluar malam ni, ada competition”
“Geng mane?”
“Budak BKB dengan Geng Akob”
“Geng kita?”
“Zam sakit, tak ada orang ganti”
“Kau cakap pada Akob, aku ganti
Zam”
“Kau biar betul. Esok sekolah”
“Tak apa, mak bapak aku tak ada di
rumah, aku boleh ponteng esok”
“Okay, kau datang rumah aku malam
ini, ambil motor Zam”
“Kau ni nak tumpang aku ke? Motor masuk
longkang?” tanya Hafiz selamba. “Eh kereta kau ya? Aku ingat pemandu aku tadi”
ujar Fakrul sambil tersengeh-sengeh.“Jangan lupa malam ni” pesan Fakrul sambil
mengenyitkan matanya.
Di sebalik pohon berdekatan tempat
Hafiz meletakkan keretanya, cikgu Faizura mencuri dengar perbualan dua remaja
lelaki itu. “Hafiz… Hafiz..” cikgu
Faizura mengatur langkah kearah kereta Proton Waja miliknya. Fikiranya mula
merancang sesuatu. ‘Aku harus selamatkan pelajarku dari terus hanyut’ desis
hati cikgu Faizura.
“Hah, datang pun. Aku ingat kau
takut” ujar Akob sebaik sahaja motorsikal Hafiz dan Fakrul memasuki tapak permulaan
perlumbaan mereka. Setelah mencapai persetujuan mempertaruhkan wang RM 200
setiap seorang perlumbaan dimulakan dengan melalui jalan-jalan tertentu sebelum
sehingga sampai ke tempat dimana mereka bermula yang menjadi garisan penamat.
Kemenangan berpihak kepada Hafiz.
Malam itu, Hafiz berjaya memenangi duit pertaruhan sebanyak RM600. Namun, geng
Akob tidak akur pada kekalahan mereka. Lantas tercetuslah pergaduhan antara
geng Akob dan geng Hafiz. “Fiz, cepat lari!!” along Fakrul. Sepantas kilat,
Hafiz melabuhkan punggungnya diatas tempat duduk belakang motorsikal Fakrul.
Namun hampir satu kilometer mereka melepaskan diri motorsikal mereka dihadang
oleh geng akob di suatu persimpangan.
“Hafiz! Fakrul!” laung satu suara.
Hafiz dan Fakrul menoleh serentak. Mereka menepis serangan dari geng Akob lalu
mengatur langkah seribu kearah suara yang melaungkan suara mereka. Cikgu
Faizura melambaikan tangan kearah kedua orang pelajarnya itu. “Cepat!!” laung
cikgu Faizura. Namun, sebaik sahaja mereka memasuki kereta milik cikgu Faizura,
beberapa orang konco-konco Akob menerpa kearah kerata cikgu Faizura. Kealphaan
cikgu Faizura mengunci pintu kereta menyebabkan pintu keretanya dibuka.
Sebatang besi dihayunkan mengenai kepala cikgu Faizura. Hafiz dan Fakrul kaget
melihat kepala cikgu Faizura berdarah. Namun kecekapan mereka melawan balas
membuatkan mereka berjaya menjatuhkan musuh-musuh mereka.
Hafiz menggantikan posisi cikgu
Faizura. Kereta waja milik cikgu Faizura dipandu laju menuju ke Hospital Besar
Kuala Lumpur. Darah yang mengalir pekat dari kepala cikgu Faizura membuatkan
dua orang remaja itu gelisah. “Cikgu, sekejapa lagi kita sampai” ujar Fakrul
“Se…Sejuk” ujar cikgu Faizura lemah. “Tutup air-cond” arah Fakrul. Jaket hitam
yang dipakainya dijadikan selimut untuk cikgu Faizura.
Setibanya di hospital, cikgu
Faizura dibawa ke wad kecemasan. Setelah hampir sejam di situ, doctor yang
mengendalikan rawatan untuk cikgu Faizura muncul. “Macam mana doktor?” Tanya
Hafiz. “Keadaanya stabil, tapi..” “tapi apa doktor?” pintas Fakrul. Jantungnya
berdetak kencang menantikan jawapan dari doctor itu “Dia koma” bagaikan
dentuman guruh berdentum menerobos ke gegndang telinga Hafiz dan Fakrul.
Sejak kejadian itu, hafiz dan
Fakrul berubah. Mereka menjadi pelajar yang amat dikagumi oleh para guru.
Walaupun mereka tidak pandai, namun sikap mereka yang amat berdedikasi sebagai
seorang pelajar membuatkan mereka dikagumi. Namun, hari-hari yang melewati
mereka bergitu pantas. Tanpa mereka sedari, peperiksaan akan tiba. Namun, cikgu
Faizura masih sama. Terbaring kaku di katil hospital. Hafiz dan fakrul melawat
cikgu Faizura setiap hujung minggu dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan
kesihatan cikgu Faizura.
Dewan peperiksaan menjadi titik
permulaan langkah mereka untuk jke mercu kejayaan. Bersama ilmu yang tersemat
di jiwa dan minda mereka bawa semangat cikgu Faizura menghadapi hari-hari
peperiksaan. Segala kekhilafan mereka jadikan pengajaran dan kini mereka akan
berusaha demi cikgu Faizura.“Alhamdullilah” kalimah syukur itu terluah di bibir
dua remaja itu sebaik sahaja kertas akhir peperiksaan usai dijawab. Namun
mereka harus ke hospital untuk menyatakan kegembiraan mereka agar dapat
dikongsi bersama cikgu Faizura.
Masa berputar terus berputar. Masa
yang mendebarkan menjelma. Hari kepurtusan peperiksaan akan diumumkan. “Tiga
orang pelajar yang berjaya mendapat pointer 4.00 ialah, Mohammad Hafiz b.
Abdullah, Nurul Najihah B Shamsul dan Mohd Fakrul B. Samad” spontan fakrul dan
Hafiz melompat kegirangan dengan kejayaan mereka perolehi.
Bunyi telefon Hafiz menyebabkan
semua arang terdiam. “Ini Hafiz?” suara parau dihujung talian bertanya. “Ya,
saya” “kami pihak hospital, pesakit bernama Faizura Ismail ingin bertemu anda.
Keadaanya kritikal” bagaikan dentuman guruh berdesing. Hafiz menarik tangan
Fakrul meninggalkan dewan itu. Semua orang terpegun melihat kejadian itu.
“Hariz, jangan rosakkan diri awak.
Cikgu tak mahu awak terjebak dalam lumba haram” kata- kata terakhir cikgu
Faizura bergema dalam minda Hariz. Hari itu cikgu Faizura menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Ternyata amanat terakhir itu menjadi pembakar semangat
cikgu Faizura menentang kesakitanya.
“Dr. Hafiz, sudah tiba masanya naik
ke pentas” ujar seorang jururawat Hospital Al-Hafiz. Hafiz melangkah dengan
penuh keyakinan. Tepukan gemuruh para hadirin membuatkan dia mengukir segaris
senyuman. ‘Terima kasih cikgu’ detik hatinya sebaik sahaja melangkah menaiki
pentas yang menjadi tanda kejayaanya.
-TAMAT-
Memori
Cikgu Ramlan renung buku usang yang sudah bertahun
tidak di sentuhnya. Entah mengapa, hari itu kembali menemukan dia dengan buku
rekod yang sudah bertahun menjadi kenangan yang penuh suka dan duka. Cikgu
Ramlan merenung jauh bagaikan menembusi setiap isi kandungan buku tebal bewarna
biru itu. Jika dahulu, setiap kali memperolehnya pada awal tahun, tanganya akan
pantas membuka computer ribanya langsung menaipkan sesuatu. ‘Rancangan
Pembelajaran’ itulah fail wajib tersimpan di dalam komputernya. Kemudian di
cetak dan di tampal di dalam buku biru yang tebal itu. Bergitulah telitinya
Cikgu Ramlan dalam merancang setiap jadual pembelajaranya.
“Cikgu buat apa tu?” tegur Cikgu Malik, rakan sejak
di bangku sekolahnya. Mereka mendapat tawaran untuk belajar di maktab perguruan
yang sama dan jodoh mereka terlalu panjang menyebabkan mereka di temukan untuk
mengajar di sekolah yang sama. Baru dua tahun menjejakkan kaki ke bidang
peguruan yang sebenar banyak merubah pesonaliti Cikgu Ramlan yang dahulunya seorang
yang tidak pandai untuk bercakap di khalayak yang ramai. Namun, selepas
menjalani ujian dan latihan akhirnya dia mampu mengubah dirinya menjadi seorang
guru yang lantang bersuara. Malah, di dalam mesyuarat, Cikgu Ramlan merupakan
salah seorang guru yang sentiasa keluar dengan idea dan komenetar yang cukup
lantang bagi seorang guru. Ideanya cukup realistik menyebabkan dia sering
menjadi rujukan pengetua di dalam perancangan masa hadapan sekolah. Pemikiranya
bukanlah sedungu dulu. Belajar selama tiga tahun membuatkan Cikgu Ramlan
benar-benar berubah. Dari seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak idea
menjadi seorang guru yang cukup bijak mengawal setiap keadaan dan bijak dalam
mengendalikan sesuatu perkara.
Pada tahun pertama pengajaranya, bagi guru baru
sepertinya, jarang sekali mereka dapat meraih hati pelajar, terutama mengajar
di sekolah menengah. Kebiasaanya pelajar akan memijak kepala mereka kerana
kekurangan pengalaman untuk memastikan para pelajar sentiasa mendengar kata dan
menuruti arahan yang di berikan. Kecuali jika mereka bernasib baik untuk
mengajar di tingkatan satu. Namun suatu keistimewaan yang ada pada cikgu
Ramlan. Pada tahun pertama dia menjadi guru sepenuhnya, dia sudah membuat
perancangan yang cukup teliti di dalam pengajaran. Malah, perancanganya tidak
mampu di tandingi oleh guru yang sudah mengajar untuk bertahun lamanya. Malah,
dengan mengajar pelajar tingkatan empat yang kebiasaanya merupakan tingkatan
yang paling nakal, cikgu Ramlan dapat mengawal setiap pelajarnya sehingga mereka
cukup mendengar kata dan sentiasa menghantar tugasan tepat pada waktunya. Tiada
aduan yang terluah di bibir guru itu mengenai pelajar yang tidak mendengar kat,
pelajar tidak menyiapkan tugasan. Sebaliknya, setiap selesai mengajar, tanganya
tidak pernah kosong dengan buku latihan menandakan tugasan yang di berikan
sudah siap dan bersedia untuk di semak.
Sementelah itu, Cikgu Ramlan mempunyai teknik
pengajaran yang cukup berkesan di hati para pelajar sehingga dia digelar
sebagai guru kesayangan. Semuanya berlaku di dalam tahun pertama pengajaranya
dan perkara ini mengagumkan guru-guru yang lain kerana jarang mereka dapat
melihat seorang guru baru sepertinya dapat mengawal pelajar sedemikian rupa.
Namun dalam mengenangkan kisahnya yang menarik, terselit cerita duka dalam
hidupnya. Kebahagiaan menjadi pendidik nyata tidak berpanjangan seperti yang di
harapkan. Perletakkan jawatanya nyata mengejutkan seisi Sekolah Menengah
Kebangsaan Dang Wangi yang cukup menyayanginya. Pengetua sekolah, Cikgu Shamsul
tergamam saat sekeping surat bertaip di hulurkan Cikgu Ramalan pada suatu pagi.
Isi kandunganya bukanlah berita gembira buatnya malah membawa berita duka seisi
sekolah. Mereka akan kehilangan seorang guru yang cukup pintar dalam berfikir,
petah dalam berbicara malah dedikasi di dalam kerjanya. Seorang pendidik yang
cukup unik dan sukar untuk di temui.
Cikgu Ramlan masih merenung buku biru yang tebal
itu. Buku itu merupakan buku rekod terakhirnya dan selepas tahun itu dia
berjuang di katil hospital selama lima tahun. Berjuang sehingga kadang kala dia
merasa putus asa untuk meneruskan perjuanganya. Kesakitanya tidak pernah di
ketahui oleh sesiapa. Meskipun rakan baiknya Cikgu Malik. Ibunya, Puan Suria
menjadi pembakar semangatnya melalui hari-hari yang penuh kesakitan. Wajah
anak-anak murid pada hari terakhir perkhidmatanya masih terbayang di layar
pemikiranya. Kesedihan mereka mengiringi langkahnya ke pintu pagar. Nyanyian
lagu Kau Ilhamku pada saat itu oleh pelajar-pelajarnya membuatkan matanya
berkaca dan jiwa lelakinya hampir luluh. Namun ditahan segala rasa pilu itu.
Cikgu Ramlan ingin meninggalkan pelajarnya tanpa memberitahu kepada mereka
bahawa hatinya juga derita meninggalakn mereka. Kenangan hari itu kembali
menerjah kedalam ruang memori hatinya.
“Cikgu merupakan cikgu terbaik di sekolah ini. Saya
berat hati untuk melepaskan cikgu” ucap pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dang Wangi dengan matanya yang berkaca. Bilik mesyuarat yang kebiasaanya terisi
dengan perbincangan yang padat dan serius bertukar suasana. Wajah sedih para
guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi membuatkan bilik berhawa dingin itu
terasa cukup menyesakkan. Cikgu Ramlan mengukirkan segaris senyuman buat Cikgu
Shamsul. Kata-kata yang akan di pahat di ingatan sebagai pembakar semangat untuk
perjuanganya yang seterusnya. Wajah pucat Cikgu Ramlan menjadi sasaran lensa
Cikgu Arini yang sememangnya terkenal dengan gelaran ‘puteri lensa’ di sekolah.
Setiap peristiwa penting tidak kira suka atau duka akan terakam di dalam kamera
Nikkonya.
“Kenapa kau berhenti? Kita dah kawan sejak sekolah.
Aku tahu ini cita-cita kau. Kenapa kau lepaskan cita-cita kau selepas kau
memperolehinya? Kenapa tak boleh beritahu aku alasanya?” soalan bertubi-tubi
Cikgu Malik membuatkan hati Cikgu Ramlan semakin memberat meninggalkan SMK Dang
Wangi. Namun dia tidak dapat menjawab soalan sahabat sejak di bangku sekolahnya
itu. Hanya ukiran senyuman tawar di ukir mengkhabarkan ‘biarlah rahsia’.
“Cikgu!!!!” suara jeritan beramai-ramai membuatkan
pintu kereta yang telah dibuka di tutup semula. Pelajar-pelajarnya sedang
berkumpul bagaikan membuat satu perarakan hari kemerdekaan. Beberapa orang
kelihatan memegang sekeping kad manila bertulis ‘kami sayang cikgu’ ‘cikgu
adalah cikgu terbaeeeek!!!’ ‘kami akan sentiasa kenangkan cikgu’ dan pelbagai
lagi. Hatinya sebak untuk membaca semua ayat-ayat yang tertulis itu. Matanya
pantas merenung sekitar sekolah yang penuh sejarah ini. SMK Dang Wangi,
bukanlah sebuah sekolah yang besar. Pelajarnya hanyalah sekitar 500 orang. Gurunya
juga tidaklah ramai. Sebuah sekolah yang cukup sederhana namun unik. Semangat
pelajarnya tidak seperti sekolah-sekolah yang lain.
Meskipun terletak di kawasan perkampungan namun
sekolah ini cukup indah di hiasi dengan pokok-pokok yang melestarikan suasana.
Pondok-pondok ilmiahnya di tampatkan di bawah pohon mangga yang rendang, pokok
beringin yang besar, cukup untuk membuatkan pelajar-pelajar mudah memperoleh
inspirasi dalam menghasilkan karangan. Kelas di setiap tingkatan hanyalah dua
atau tiga. Sekolah ini memang kecil, namun cukup menyimpan makna. Ramai
pelajarnya yang agak nakal. Namun itu adalah kebiasaan. Remaja yang sedang
membesar pasti sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Cuma kadang-kadang
mereka ini terlalu ingin mencuba sehingga yang buruk juga turut ingin di cuba
oleh mereka.
Cikgu Ramlan juga pernah remaja seperti mereka. Cuma
alam remajanya lebih banyak di isikan dengan membaca dan merenung orang di
sekeliling. Dan dia terus berfikir untuk mereka. Namun buah fikiranya tidak
pernah keluar dari bibirnya. Hanya tersimpan di mindanya dan pada saat dia
melangkah ke dalam maktab peguruan segalanya terpaksa di keluarkan dan akhirnya
dia menjadi guru yang cukup tinggi ilmu pengetahuanya. Ilmu yang terpahat di
mindanya bukan sahaja berkisar mengenai subjek teras yang diambilnya sebaliknya
turut merangkumi setiap yang berlaku di negara ini. Kadang-kala Cikgu Ramlan
mampu untuk berkata-kata bagaikan seorang ahli ekonomi meneliti naik turun
pasaran ekonomi Malaysia. Di suatu ketika yang lain dia menganalisi suasana
politik yang menjadi rencah rasa negara. Kemudian dia mula mengingati setiap
tarikh penting sebgai sejarah negara seperti seorang guru sejarah. Namun dia
tetap tetap dengan subjek kesayanganya. Bahasa Melayu, jiwa Cikgu Ramlan semenjak
di bangku sekolah.
“Cikgu kami ingin minta maaf dari hujung rambut
sampai hujung kaki. Halalkan ilmu yang cikgu ajar. Jika ada masa datanglah
jenguk kami di sini. Kami sayangkan cikgu. Kami suka cara cikgu ajar kami.
Cikgu buatkan kami merasakan subjek Bahasa Melayu merupakan sebuah subjek yang
paling seronok dalam dunia. Walaupun lenguh tangan kami nak buat lima muka
surat karangan, tapi lama-kelamaan kami dah biasa dengan semua itu. Malah kami
rasa tak puas hati selagi karangan kami tak cukup lima muka surat. Cikgu juga buat
kami faham tentang sejarah negara kita. Semua cerita cikgu terpahat dalam
fikiran kami ini macam kena gam dengan gam gajah. Seronok bila cikgu luangkan
sesetengah masa untuk mengingatkan kami tentang sejarah kita dahulu. Cikgu kata
kita kena belajar dengan sejarah agar sejarah itu tak akan berulang. Dan kerana
itu cikgu sentiasa ingatkan kami tentang sejarah itu. Kini kami rasa kami
takkan sia-siakan masa kami sekarang kerana kami tak mahu sejarah berulang.
Cikgu juga ajar kami mengenai masa. Surah Al-Asr yang menjadi pembukaan dan
pengakhiran pengajaran cikgu kami ingat sampai bila-bila dan kami kini faham,
demi masa yang selama ini banyak kami sia-siakan. Terima kasih cikgu. Terima
kasih untuk semua ilmu yang cikgu curahkan. Kami belajar banyak ilmu hanya di
dalam kelas Bahasa Melayu. Apa yang kami pasti semua yang cikgu ajar kepada
kami itu adalah ilmu yang tidak ternilai harganya. Kami akan sentiasa
merindukan cikgu. Cikgu Ramlan, guru Bahasa Melayu kami” Maisara, pelajar yang
paling petah berbicara mengakhiri kata-katanya dengan lingan airmata.
Cikgu Ramlan benar-benar sebak. Pemergianya ini
kerana terpaksa. Bukan kerana rela. Namun dia tahu dia harus berundur demi
kesenangan semua orang. Ada perjuangan yang lebih besar menantinya menyebabkan
dia takut dia akan menyusahkan warga di sini. Kata-kata Maisara benar-benar
membuatkan jiwa lelakinya tewas dalam menahan sebak di hari. Airmatanya jatuh
juga. Pelajar-pelajar lelaki memeluk erat tubuhnya ketika itu. Pelukan yang
cukup hangat dan tidak akan di lupakan kehangatanya hingga kini. Masih terasa
tubuh-tubuh gagah anak muridnya yang sedang tumbuh menjadi remaja lelaki yang
perkasa memeluk erat tubuhnya yang semakin kurus pada ketika itu. Sebuah album
di hulurkan Aisyah buatnya mewakili seluruh pelajar di situ. Album yang bukan
sahaja mengandungi gambar dirinya bersama pelajar-pelajarnya juga mengandungi
ucapan yang meruntun hati dari pelajar-pelajarnya.
Keakraban mereka bagaikan sebuah keluarga yang cukup
besar. Jarak usia yang hanya berkisah lima hingga enam tahun menyebabkan Cikgu
Ramlan merasakan dirinya adalah abang kepada adik-adik yang cukup ramai. Meskipun
hanya mengajar sebuah subjek yang di rasakan bukan sebuah subjek yang susah
namun komitmenya dalam memastikan pelajar-pelajarnya memperolehi markah yang
tinggi membuatkan pembelajaran mereka santai tetapi serius. Drama komsas tidak
hanya di baca dan difahami watak, perwatakan, latar tempat dan sebagainya
tetapi di bawa kepada sebuah pementasan yang menyeronokkan. Pementasan yang
membuatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Wangi terkenal sebagai sekolah yang
kerap mengadakan pementasan drama. Ibu bapa di jemput melihat bakat anak-anak
mereka dalam menjadi pelakon pentas yang serius menghayati watak yang di bawa.
Malah caranya memberikan impak yang cukup berkesan kedalam pemahaman pelajar.
Kini semuanya hanyalah sebuah kenangan dalam kotak
pemikiran yang semakin pelupa. Mungkin kesan dari rawatan yang di terima.
Beberapa orang di sekitarnya lenyap dari ingatanya. Malah saudaranya juga ada
sesetengahnya tidak dapat di ingati dengan jelas siapa mereka. Saat ini Cikgu
Ramlan menjadi takut. Takut untuk kehilangan memori berharga dia dan anak-anak
muridnya. Memori di sebuah sekolah bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Dang
Wangi.
Ketika itu perlahan tangan kurusnya terketar-ketar
mencapai pena hadiah anak muridnya semasa sambutan hari guru. Pena yang dia
yakin bukan beharga seringgit dua tetapi mungkin memakan harga puluhan ringgit
itu di capai dan di renung. Matanya teracap kepada sebuah buku berkulit keras
dibalut dengan sampul berbunga kecil. Buku yang mungkin setebal sekitar 200
muka surat itu di capainya. Buku itu juga hadiah hari guru yang di terimanya
pada hari guru terakhirnya. Cikgu Ramlan mengagahkan tanganya untuk menulis di
dalam buku itu. Dia perlu mencatatkan semua memori yang masih tersisa di
ingatanya sebelum semuanya hilang.
4 September 1999
Aku menulis kerana aku
tahu aku akan kehilangan semua ingatanku ini. Ternyata penyakitku ini bukan
sahaja membuatkan aku kehilangan sebuah keluarga yang besar, tetapi juga ingin
meragut semua memori hidupku. Mungkin tidak banyak dapat aku coretkan di sini
kerana kegagahan diri juga semakin hilang. Aku bersyukur kerana masih di beri
kesempatan untuk mencoretkan memori ini. Aku sendiri tidak pasti bilakan
malaikat Izrail akan datang menjemputku untuk behijrah ke alam barzakh. Namun
sebelum kedatanganya, aku ingin coretkan memori ini untuk bacaan keluargaku di
‘Dang Wangi’
Dang Wangi, namanya
mewangi di dalam ingatanku. Mengusik jiwa ini saat diri bersendirian seperti
ini. Ternyata duniaku hanya di sini. Menghabiskan sisa di bilik berhawa dingin
bersama sebuah kati yang sudah aku huni lima tahun lamanya. Wayar plastik ini
bagaikan rantai besi merantai aku di sini untuk terus merenung melalui jendela
yang sama sejak lima tahun yang lalu.
Tujuh tahun yang lalu….
Masih segar di
ingatanku sebuah sekolah yang hanya mempunyai 2 bangunan 4 tingkat dan sebuah
bangunan 3 tingkat. Sebuah ruangan yang hanyalah sebesar tiga kali ganda bilik ini tersusun rapi sekitar 20
buah meja kayu yang kelihatan sudah bertahun tidak bertukar. Namun itu bukan
persoalan. Senyuman ramah penghuni ruangan itu dari meja mereka masih aku
ingati hingga kini. Dan mustahil untuk aku lupakan jika tidak kerana penyakitku
ini. Aku di tempatkan di sebuah meja yang memang usang. Sudah berhabuk dan
bersawang di bawahnya. Namun aku langsung tidak kisah apatah lagi untuk
merungut. Buku rekod biru yang tebal menjadi buku pertama yang merebahkan
dirinya di atas meja usang itu. Saat itu aku sendiri tidak tahu apa yang harus
aku letakkan di atas meja itu. Terasa janggal untuk mempunyai meja sendiri
untuk kali pertamanya. Sepanjang aku menjalani latihan praktikan, kebanyakkan dari
mejaku adalah meja perkongsian dengan guru praktikal yang lain. Masa kami di
habiskan di kerusi tamu atau di ruang pantri. Aku membuka laci yang pertama.
Terdapat sekeping gambar di dalamnya. Seorang lelaki bersama seorang wanita.
Aku yakin gambar itu
adalah milik penghuni meja itu sebelum ini. Namun wajah wanita di dalam gambar
itu menarik perhatian ku. Ibu! Itulah perkataan pertama terluah dari bibirku
saat merenung wajah itu. Kutanyakan kepada guru-guru yang berada di situ. Kata
mereka guru yang duduk di meja itu telah meninggal dunia di dalam sebuah
kemalangan jalan raya 20 tahun yang lalu. Sejak itu meja itu tidak digunakan
lagi. Meja itu di simpan di dalam stor selepas keluarga guru itu mengemaskan
barangnya. Kerana kekurangan meja akhirnya meja itu kembali di keluarkan. Aku
kembali merenung wajah di dalam gambar itu. Ada suatu wajah kabur di dalam
ingatanku tentang lelaki itu.
Pulang sahaja dari
sekolah aku bergegas pergi ke rumah ibu yang mengambil masa lebih kurang satu
jam perjalanan dari tempat aku mengajar. Aku tunjukkan padanya gambar yang aku
temui. Gambar itu di sambut bersama lingan air mata. Rupanya itu adalah ayahku.
Pantas aku teringatkan khabar duka yang aku terima dari ibu. Pada saat itu aku
berusia 5 tahun. Aku tidak bergitu rapat dengan ayah kerana dia terlalu garang.
Kata ibu ayah aku merupakan guru displin di SMK Dang Wangi. Gambar itu
merupakan gambar lama yang mereka ambil sebelum berkahwin. Patutlah aku tidak
dapat mengenalpasti wajah ayah kerana aku tidak pernah melihat gambarnya waktu
remaja. Aku hanya pernah melihat gambar ibuku sewaktu remaja yang di tunjukkan
oleh nenek.
Saat itu semangatku
untuk menjadi pendidik yang terbaik semakin berkobar. Aku ingin menjadi guru
yang di segani seperti ayah. Namun aku tidak mahu setegas ayah kerana aku tahu
pelajar zaman ayah tidak sama dengan pelajar sewaktu zaman ayah mengajar.
Gambar itu aku letakkan di dalam bigkai dan aku letakkan di atas meja sebagai
inspirasi. Guru-suru lain yang terlihat akanya bertanyakan perihal gambar itu
dan mereka terkejut kerana rupa-rupanya aku anak Cikgu Haddad yang cukup
disegani di sekolah itu.
Kelas pertama bermula
pada jam menginjak ke dua belas tengah
hari. Waktu genting untuk mengajar subjek yang agak membosankan. Namun aku sdah
bersedia dengan caranya. Sebuah permainan bahasa untuk menarik perhatian supaya
tdak tertidur di dalam kelas pertama aku di sini. Empat Kenanga kelas yang
terkenal dengan kenakalan para pelajarnya. Hatiku agar berdebar sebenarnya
untuk melangkah ke kelas yang menjadi kelas ‘panas’ di bilik guru. Seketika
kedengaran bunyi bising dari tingkat empat dan yang pastinya bunyi bising itu
merupakan kelas yang bakal aku ajar pada hari pertama aku mula mengajar.
Kehadiranku membuatkan pelajar yang sedang bising kembali ke tempat duduk
masing-masing dan kelas menjadi sunyi seketika. Terdetik di hatiku, benarkah
mereka ini kelas ‘panas’ dengan kenakalan para pelajar seperti yang di gembar
gemburkan oleh guru-guru di bilik guru?
“Assalammualaikum semua” ucap Cikgu
Ramlan Ramah. Salamnya disambut hampir serentak oleh semua pelajar. “Saya Cikgu
Ramlan, guru Bahasa Melayu. Ini hari pertama saya mengajar selepas ijazah
perguruan di Maktab Pegurusan Sultan Idris” ucapku ramah. “Cikgu baru…” hampir
keseluruhan kelas bersuara. Cikgu Ramlan tertawa dalam hati mengutuk ramalanya.
Baru kini dia percaya pelajar kelas ini bukanlah setenang yang disangka.
“Sebelum kamu Tanya saya jawab dahulu, saya masih single. Berumur 25 tahun. Dan
saya…” Cikgu Ramlan berjalan kearah seorang pelajar lelaki yang dari tadi
menunduk kebawah meja “tak suka orang baca komik masa saya mengajar… Detective
Conan.. Hurm… Komik kegemaran saya semasa saya belajar di maktab.”
“Tapi saya tak pernah baca semasa
pensyarah saya mengajar sebab saya menghargai pensyarah saya. Bagi saya sesiapa
sahaja yang memberikan saya ilmu merupakan orang yang lebih mulia dari saya
kerana orang itu memiliki ilmu lebih dari saya dan orang itu lebih baik dari
saya kerana dia menjadikan pohon yang rendang dan berbuah ranum. Demi masa
sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang
beramal soleh. Ini adalah pegangan hidup saya yang membuatkan saya merasakan
masa itu terlalu bernilai. Jika saya tertinggal seminit pembelajaran saya,
bukan, jika saya tertinggal sesaat sahaja saya telah melanggar prinsip hidup
saya dan saya telah menjadi orang yang rugi. Oleh itu saya tidak mengharapkan
lebih, tidak juga mengharapkan kamu semua duduk bermuka serius seperti ini,
saya cuma mengharapkan kamu menjadi insan yang menghargai masa dan menghormati
saya sebagai seorang guru tetapi tidak sebesar penghormatan kamu buat
Rasulluah” kata-kata Cikgu Ramlan
membuatkan seisi kelas terdiam dan bagaikan terpukau seketika.
Hari itu berlalu dengan lancar. Kelas
yang serius bertukar warna. Gelak tawa para pelajar dengan jenaka oleh Cikgu
Ramlan membuatkan guru yang melewati kelas itu tertarik dengan cara guru muda
itu mengajar. Pada hari pertama guru itu mampu menjadikan kelas yang terkenal
dengan kenakalan pelajarnya bertukar menjadi kelas yang cukup harmonis dengan
suasana yang cukup aneh bagi guru-guru yang pernah mengajar di kelas itu.
Malah, keakraban itu terus mekar menjadi kuntuman persahabatan antara guru dan
pelajarnya.
Peristiwa itu terlalu manis dan sedih
untuk memikirkan aku bakal melupakan semua memori ini. Perasaanku saat
mengungkapkan kata-kata itu dapat aku rasai ianya menyerap kedalam minda para
pelajarku saat itu. Kata Cikgu Aminah yang melewati kelasku pada hari itu, dia
hampir tidak percaya guru baru seperti aku akan mengeluarkan kata-kata
sedemikian. Namun aku hanya menganggap pujianya itu dengan rasa syukur kepada
Allah kerana mengurniakan hidayahnya kepadaku dan aku hanya menjadi wacana
untuk menyampaikan ilmu milikNya. Siapalah aku untuk membangga diri sedangkan
semua ilmu yang aku miliki hanyalah pinjaman semata-mata pemilik mutlaknya ialah Allah S.W.T.
Mesyuarat pertama mengundang debar di
dada. Untuk pertama kalinya aku akan duduk sebaris dengan guru tetap. Semasa
praktikal aku hanya di tempatkan di suatu sudut bersama guru praktikal yang
lain mencatat butir bicara pengetua tentang itu dan ini. Tetapi hari ini aku
akan duduk di meja mesyuarat berdiskusi mengenai masalah semasa di sekolah. Pelbagai
perasaan bermain di mindaku. Gembira dan gementar bercampur baur. Namun yang
pastinya aku teruja untuk menghadiri mesyuarat ini. Langkah pertama masuk ke
bilik mesyuarat ku atur bersama ungkapan bismillahirahmanirahim…
“Assalammualaikum semua. Alhamdulilah
kita semua dapat berkumpul pada hari ini untuk mesyuarat mingguan. Sebelum itu
kita ucapkan selamat datang buat dua orang warga baru SMK Dang Wangi Cikgu
Ramlan dan Cikgu Malik. Ini merupakan mesyuarat mingguan pertama buat cikgu
berdua. Sebarang pandangan dan komen di alu-alukan agar kita dapat memperbaiki
prestasi sekolah kita bersama” ucap Cikgu Shamsul pengetua sekolah dengan
ramah. Cikgu Ramlan dan Cikgu Malik tersenyum manis mendengar kata-kata aluan
pengetua. Seketika dewan mesyuarat kembali serius. Bermula dengan pengetua, di
ikuti guru penolong kanan satu dan dua, setiap dari mereka membentang laporan
aktiviti mingguan sekolah. Mesyuarat yang agak membosankan namun mengundang
minat Cikgu Ramlan untuk mengkaji dari setiap sudut pandangan mengenai aktiviti
sekolah. Mindanya mencerap setiap kata-kata Cikgu Alyah mengenai
aktiviti-aktiviti mingguan di sekolah. “Baiklah, sekarang saya membuka ruangan
untuk para guru memberikan sebarang pendapat atau komen” ucap pengetua. Masa
yang di nantikan Cikgu Ramlan.
“Maafkan saya cikgu, walaupun baru di
sini tapi saya ada sedikit pandangan. Mengenai analisis aktiviti yang di
kemukakan oleh Cikgu Alyah. Begini cikgu, saya merasakan ada sedikit
permasalahan yang sedang berlaku di dalam sekolah kita. Aktiviti yang
dijalankan pada pemerhatian saya lebih tertumpu kepada kelab dan persatuan
tertentu. Malah sebarang program yang di jalankan kelihatan melibatkan kelab
yang sama berulang kali. Saya ada meneliti laporan yang dibentangkan pada
minggu-minggu sebelum ini walaupu pada ketika itu saya masih belum mula bertugas
tertapi maklumat ini saya perolehi melalui buku rekod yang saya pinjam dari
Cikgu Murad sebelum hadir ke mesyuarat ini. Dalam penelitian saya, sekolah kita
banyak bagaikan menganaktirikan kelab-kelab yang lain. Dana yang di salurkan
tidak seimbang dan pada perkiraan saya ketidakseimbangan ini menyebabkan hanya
kelab tertentu sahaja yang kelihatan aktif. Saya berikan contoh di sini Kelab
Bola Sepak yang memperolehi dana untuk ke pelawanan Bola Sepak Peringkat
Daerah. Ini bukan suatu permasalahan tetapi dana untuk Kelab PingPong
menjalankan latihan intensif ditarik kerana dana tersebut perlu di salurkan
kepada Kelab Bola sepak. Lihat ketidakseimbangan antara kelab menyebabkan dua
minggu selepas penarikkan dana itu, Kelab Ping Pong tidak menjalankan sebarang
aktiviti dan hanya mengadakan perjumpaan biasa dan belajar mengenai teori
sahaja. Kemudian aktiviti yang saya kata melibatkan kelab yang sama berulang
kali ialah Kelab Kebudayaan. Kita teliti program sejak tiga minggu yang lalu,
kesemua pengendali utama program ini adalah ahli Kelab Kebudayaan. Syaa tidak
nafikan kelab Kebudayaan merupakan kelab universal yang sentiasa di tuntut di
dalam mana-mana program kerana kebolehan mereka dalam seni persembahan, tetapi
saya lihat tiada penglibatan kelab lain dalam meletakkan kesejajaran antara
satu kelab dengan kelab yang lain. Itu sajalah komen saya. Maaf kerana terlalu
banya berceloteh” ucap Cikgu Ramlan diakhiri bersama sebuah senyuman.
“Hebat! Cukup hebat! Suatu penerangan
dan penelitian yang cukup bagus. Saya sendiri agak terlepas pandang akan hal
ini. Terima kasih cikgu. Saya akan cuba lakukan sesuatu untuk menangani setiap
kelompongan di dalam hal ini. Baiklah cikgu-cikgu semua, hari ini kita telah
mendapat seorang cikgu yang sudah lama tidak kita jumpa sejak kita semua
kehilangan Cikgu Haddad. Inilah semangat yang kita nanti-nantikan selama 20
tahun ini” ucap Cikgu Shamsul membuatkan seisi bilik mesyuarat tersenyum.
Semangat cikgu Ramlan semakin membara mendengarkan kata-kata Cikgu Shamsul yang
mengatakan dirinya seperti ayahnya.
Ternyata langkahku di sini bukan
sekadar menjadi seorang guru sebaliknya juga menjadi seorang yang membawa
idealistic yang meluas menyebabkan aku menjadi guru yang di segani. Aku
mengulangi sejarah kegemilangan ayah. Menjadi insan yang di segani oleh seluruh
warga sekolah sepertinya. Aku merasakan pilihanku untuk menjadi pendidik adalah
pilihan paling tepat. Allah sememangnya memberikan aku sebuah pilihan yang
terbaik. Aku bersyukur kepadanya kerana membuka mataku untuk menjadi pendidik.
Meskipun gaji bukanlah telalu besar malah ada orang mengatakan, ada apalah
dengan guru setakat gaji cukup makan. Namun itu bukan persoalanya sebaliknya
jiwaku yang terpahat di sini. Di dunia perguruan yang aku ambil pada mulanya
hanya kerana jaminan kerja membakar semangat aku untuk menjadi guru yang
terbaik. Aku ingin buktikan bahawa aku adalah pewaris semangat Cikgu Haddad
yang pernah berkobar-kobar dan menyala di sini.
Musim peperiksaan merupakan musim
paling membosankan. Masakan tidak, aku hanya mengambil masa sehari untuk habis
menyemak seluruh kertas jawapan pelajarku. Namun aku tidak perlu mengajar untuk
masa seminggu. Alangkah bosanya tidak dapat mengajar. Obsesku kepada bidang
pendidikan tidak dapat di bendung lagi. Aku benar-benar ketagih untuk mengajar
pada setiap hari. Kerana itu aku rela untuk memegang 5 kelas dan menyebabkan
aku menjadi guru paling sibuk di Dang Wangi. Namun segala-galanya bukanlah
penghalang buatku. Hatiku gembira setiap kali dapat mengajar. Malah
pelajar-pelajar aku juga seronok tatkanla menginjak ke waktu Bahasa Melayu.
Mereka menantikan cerita pembukaan yang menarik perhatian mereka utnuk
mengikuti pembelajaran hingga akhirnya. Aku bukan hanya masuk mengajar semua
tentang Bahasa Melayu. Pada masa-masa genting aku lebih selesa memberikan
sedikit cerita pembukaan seperti sejarah negara yang menjadi informasi asa syang
sepatutnya di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Aku ingin jadikan
pelajar-pelajarku bukan hanya sebgaai pelajar cemerlang dari segi akademik
tetapi aku juga ingin mereka menjadi pelajar yang menghargai tanah air.
Menyayangi setiap inci bumi Malaysia ini dan mengetahui setiap apa yang pernah
berlaku keatas bumi Malaysia ini. Aku ingin mereka menjadi rakyat Malaysia yang
kenal akan negara mereka sendiri bukan hanya pelajar yang tahu mengejar
kecermelangan akademik semata-mata sebaliknya tidak mengenali Negara sendiri.
Semuanya cukup indah. Terlalu indah
untuk aku lupakan. Kalaulah aku mampu menghalangi ingatan ini dari terus
menghilang. Hanya Allah yang mampu melakukanya. Aku sentiasa berdoa agar
ingatan ini terus tersisip rapi di sini. Tidak akan hilang sehingga aku
menghembuskan nafas yang terakhir.
Banyak lagi memori yang terpahat di
ingatan ini. Namun aku tidak mampu untuk merakamkan semuanya di sini. Pementasan
drama komsas yang menarik perhatian seluruh warga Dang Wangi dan ibu bapa
pelajar. Sesuatu yang unik dan tidak pernah di adakan sebelum ini namun aku
adalah perintisnya. Khabar yang aku terima hingga kini pementaan itu masih
terus berlangsung dan menjadi acara wajib buat warga Dang Wangi. Kepingan
gambar dan rakaman video pementasan itu masih dapat aku lihat dari sini. Ada
seseorang yang membawakanya kepadaku dan yang pasti dia bukanlah warga Dang
wangi. Hingga kini aku pasti tiada seorang warga di situ yang mengetahu
keadaanku sekarang. Sesungguhnya aku tidak sesekali mahu mereka melihat
keadaanku masa ini. Cukuplah aku terpahat di memori mereka di dalam satu
fingura yang terbaik. Bukan seperti kini.
Tangan ini sudah hanya tinggal tulang
temulang. Tubuh yang dahulu kalian lihat tegap dan sihat kini hanyalah laksana
kerangka hidup sedang bergelendangan di bumi Allah ini. Rambut yang dahulu
lebat kini hanya tinggal beberapa helai yang kekal setia di tempatnya.
Kepanasan ubat telah meluruhkanya.
Warga Dang Wangi,
Maafkan kerana meninggalkan kalian.
Jodoh kita terlalu pendek. Bukan kehendak untuk meninggalkan kalian namun
andainya kalian tahu derita diri ini pasti kalian memahami. Cikgu Ramlan Bin Haddad
menyayangi kalian semua seperti keluarga cikgu sendiri. Tapi apakan daya cikgu
tidak mampu melawan takdir. Lima tahun telah berlalu dan cikgu tidak pasti
adakah masih ada setahun lagi untuk cikgu. Namun yang pastinya, saat lembaran
ini di buka buat kalian semua cigu sudah tidak ada lagi di dunia ini. Amanah
cikgu buat kalian berpeganglah kepada prinsip Al-Asr… demi masa sesungguhnya
manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.
Janganlah kalian sia-siakan masa yang ada. Andai dapat di putar masa ingin
cikgu putarkan masa ke masa cikgu menjadi warga Dang Wangi berulang-ulang kali.
Terlalu banya perkara lagi yang cikgu tidak dapat lakukan untuk kalian. Malah cikgu
tinggalkan kalian saat kali memerlukan cikgu. Jika kalian ingin katakan cikgu
kejam cikgu rela kerana cikgu memang kejam untuk tinggalkan kalian seperti ini.
Yang benar,
Cikgu Ramlan Bin Haddad
Hospital Kuala lumpur, 4 sept 1999, 3 a.m
Sofeya mengesat airmatanya saat
menghabiskan ayat terakhirnya. Sebuah perutusan yang cukup menyayat hati
seluruh warga SMK Dang Wangi. Perhimpunan hari guru yang dibuat oleh seorang
gadis misteri menjemput semua warga Dang Wangi 1992-1994 rupanya wasiat
terakhir seorang guru kesayangan sekolah itu. Pelajar-pelajar Dang Wangi yang
merupakan anak murid Cikgu Ramlan kelihatan mengesat airmata mendengar
perutusan dari guru kesayangan mereka. Guru yang banyak mengajar mereka erti
kehidupan dan menjadikan mereka anak Malaysia yang sebenar.
“Saya Nurul Sofeya Binti Ramlan, 14 tahun. Permata
tunggal Cikgu Ramlan. Ayah merupakan seorang yang cukup tabah. 7 tahun ayah
bertarung menentang penyakit barah otak yang dihadapinya sebelum arwah
menghembuskan nafas yang terakhir. Maafkan saya kerana sepatutnya warkah ini di
bacakan selepas pemergian arwah. Tetapi pada masa itu usia saya baru menjangkau
6 tahun. Setahun yang lepas sebelum nenek saya yang merupakan ibu arwah
menghembuskan nafas yang terakhir, arwah memberitahu hasrat terakhir arwah ayah
sebelum meninggal dunia. Kata nenek, dua tahun selepas coretan ini, arwah
menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu
yang sama dengan coretan ini siap di
tulis Cuma ianya berlaku dua tahun selepas itu. Album yang kalian hadiahkan
kepada arwah sebelum arwah pergi meninggalkan sekolah ini pada hari terakhir
perkhidmatanya, masih lagi ada di dalam simpanan saya. Kata nenek, arwah
membeleknya setiap hari. Namun setahun selepas coretan ni di tulis arwah telah
kehilangan memorinya. Arwah hanya mengenali ibunya, ibu saya dan saya bersama
doktor yang merawatnya. Semua itu kerana kami adalah insan kekal di sisi arwah.
Arwah telah kehilangan semua ingatanya kepada kalian, arwah tidak lagi
mengenali siapa kalian. Pada masa itu, arwah sudah pada tahap yang cukup kritikal.
Doktor hanya meramalkan arwah bertahan selama enam bulan. Namun semangat arwah
lebih kuat dari yang di sangka hingga arwah mampu bertahan untuk setahun lagi.
Suatu keajaiban dan keanehan kepada semua doktor.”
“Seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas yang
terakhir, arwah tiba-tiba kembali memegang album yang kalian hadiahkan. Arwah
peluk album itu setiap hari. Arwah tidur bersama album itu sebelum album itu
terjatuh ke lantai dan arwah di sahkan telah koma.”
“Dua hari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,
arwah kembali sedar, kemudian arwah minta arwah nenek untuk bawa buku rekod
biru padanya. Arwah nenek berikan padanya, dan arwah pada ketika itu memeluk
buku itu dan arwah katakan pada arwah nenek, buku ini buku terakhir arwah
sebagai guru. Simpan dan jaga ia sebaik-baik yang mungkin. Arwah tahu masa
arwah dah tak lama. Sehari sebelum itu, arwah mula menyebut nama-nama orang
yang kami tak tahu siapa. Arwah kata arwah sayang semua orang itu. Saya dan
nenek hairan bagaimana arwah boleh ingat nama-nama itu sedangkan arwah sendiri
dah hilang ingatan. Doktor juga tak dapan memberikan jawapan. Antaranya
Shamsul, Malik, Alyah, Maisara, Arini, Faizal, Kamal, Anuar dan ramai lagi.
Saya tak ingat semuanya. Hari ini baru saya tahu siapa mereka. Rupa-rupanya
mereka adalah warga Dang Wangi yang di sayangi arwah hingga akhir hayatnya.
Tepat jam tiga pagi 4 September 2001 Allahyarham Ramlan Bin Haddad
menghembuskan nafasnya yang terakhir.”
Sofeya tidak mampu menahan perasaanya. Kesedihan
dalam jiwanya benar-benar terasa. Seluruh warga Dang Wangi yang hadir pada hari
itu teresak-esak pilu mendengarkan kisah yang menyayat hati seorang guru yang
cukup di sayangi warga Dang Wangi walaupun hanya untuk dua tahun
perkhidmatanya. Kata-katanya yang penuh dengan hikmah berlegar-legar di seluruh
pelusuk Dang Wangi sehingga kini. Prinsip demi masanya telah merubah Dang Wangi
menjadi sekolah yang cukup menghargai masa seperti dirinya. Tiada lagi ketidakseimbangan
dana untuk kelab. Kelab dan persatuan saling bekerjasama dalam mengendalikan
sesuatu aktiviti. Semuanya kerana seorang guru yang hanya berkhidmat selama 2
tahun.
Dan kini semuanya adalah memori warga Dang Wangi
buat seorang guru yang cukup cemerlang. Seorang guru yang petah berbicaran dan
setiap kata-katanya keluat bersama ilmu pengetahuan yang cukup tinggi. Buku
motivasi miliknya di dermakan oleh Sofeya kepada sekolah untuk tatapan warga
Dang Wangi. Itu antara amanah terakhir arwah. Meskipun masa melewati seluruh
warga Dang Wangi namun bagi sesiapa yang mengenali guru muda itu pasti
mengenang jasanya. Meskipun hanyalah seorang guru biasa tanpa jawatan yang
penting dalam organisasi sekolah namun setiap prinsip dan kata-katanya
membuatkan dirinya lebih istimewa berbanding guru yang lain. Setiap tahun, pada
awal pembukaan sekolah, pelajar-pelajar akan diperkenalkan guru ini untuk di
ingati hikmah di dalam kata-katanya.
Lima tahun berlalu Dang Wangi telah menjadi sekolah
Cemerlang luar bandar. Semuanya kerana
pendidikan tertarik dengan sekolah kecil yang unik itu. Pada setiap tiang di
sekolah itu di tampal dengan surah Al-Asr. Mottonya mengenai Demi Masa
membuatkan sekolah itu kelihatan cukup berdisplin dalam menghitung setiap
detiknya.
Galeri yang menempatkan piala kecermelangan sekolah
dalam pelbagai bidang menyelitkan sebuah album usang berisi gambar seorang guru
bersama pelajar-pelajar. Namun yang pastinya semua gambar di dalam itu hanya
memuatkan gambar pelajar bersama guru yang sama. Sebuah buku rekod lama di
letakkan bersama album itu tertulis nama Ramlan Bin Haddad. Setelah di
ceritakan kisah di sebalik seorang guru bernama Ramlan, rupanya semua yang
berlaku di SMK Dang Wangi, kata-kata hikmah dari tokoh yang ada sesetengahnya
jarang di dengari namun penuh dengan nasihat bermakna, Surah al-Asr yang
menjadi prinsip SMK Dang Wangi rupanya ideologi asal guru biasa ini.
Kini Dang Wangi sudah memiliki lebih banyak
bangunan. Bantuan dari kerajaan negeri untuk membangunkan sekolah luar Bandar
merubah wajah Dang Wangi daripada sebuah sekolah lama yang kecil menjadi sebuah
sekolah cemerlang. Bantuan demi bantuan diterima membuatkan sekolah ini semakin
maju. Namun di sebalik kemajuanya, masih terpahat di jiwanya, sebuah prinsip
yang akan kekal selamanya.
“Demi masa sesungguhnya manusia di dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal salih dan berwasiat
(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kebenaran”
Surah
Al-Ashr (masa)
Ayat
1-3
-TAMAT-
NOTA PENA : SEBUAH KISAH YANG TERLAHIR SECARA
SPONTAN SAYA SIAPKAN DALAM MASA SEHARI.
Subscribe to:
Posts (Atom)