“Sayang, malam ni I nak bawa you ke suatu tempat yang special” bunyi suara seorang remaja lelaki menerjah masuk kek gegendang telingaku. Ku toleh ke belakang, seorang remaja lelaki sedang merangkul pinggang remaja perempuan yang ku kira separuh bogel. “Ke mana?” dengan liuk manja yang penuh menghairahkan gadis itu bertanya. Aku tahu kemana! Hatiku menjerit sambil senyuman kuukir. Tak ingin ku biarkan telingaku mendengar kata-kata yang bagaikan madu manisnya namun punya hempedu realitinya. Langkah ku atur terus membelah jalan
Aku melangkah meninggalkan dataran merdeka yang ku kira bukan laluan selamat untuk pejalan kaki sepertiku ini. Aku hanya mempertaruhkan nyawaku sahaja berjalan di tengah lautan manusia yang sememngnya tidak menghargai nyawa mereka. Satu lorong gelap ku susuri dengan penuh penyesalan. Sesal dengan sikap generasi yang kian rosak akhlaknya. Tiada lagi gadis yang pemalu duduk di rumah membantu ibu bapa. Tiada lagi jejaka yang bekerja siang malam demi mencari rezeki. Tapi yang ada cumalah remaja yang berpakaian sendat seperti buah nangka. Gadis yang berpakaian separuh berbogel. Generasi yang sudah tidak tahu menghargai masa dan tenaga. Sisa hidup di curahkan di atas jalan tar yang sentiasa dahagakan darah dan daging.
Hatiku terus memuji kebesaran Allah yang menciptakan ala mini untuk aku nikmati. Langit hitam kurenung. Bulan mengambang penuh menyambut kehadiran tahun 2008. bintang turut bersinar cerah mengerdipakan kilauanya yang sering memikat aku untuk terus memandangnya. Hatiku terus memuji. Tidakkah anak-anak muda itu terasa saying untuk membiarkan mata mereka terpejam sebelum sempat mereka mengagumi langit itu. Mengagumi ciptaan Allah itu? Sayangnya, waktu yang dikurniakan di sia-siakan.
“Hai” tegur suara manja menyentak lamunanku. Pandanganku alihkan kepada pemilik suara manja itu. “Seorang saja? Nak I temankan?” Tanya wanita yang kukira seumur denganku. Pakaian blaus merah ketat membaluti tubuhnya. Bau arak kuat datang dari bibir merahnya. “Saya sudah di temani” ujarku sambil tersenyum “Aneh. Bukankah you seorang saja di sini?” wanita itu dibelenggu kehairanan “Saya ditemani yang di atas
“Siapa namamu?” tanyaku “Rozy” akui wanita itu membuatkan aku tersenyum lucu “Bukan nama glamour, tapi nama penuh” ujarku membuatkan wanita itu terdiam. “Jangan tertawakan aku” pinta wanita itu membuatkan aku mengangguk faham. “Namaku Siti Aisyah” Siti Aisyah memperkenalkan dirinya “Cantik nama, nama isteri Rasulluah yang menjadi salah seorang pendukung Rasulluah dalam perjuanganya” ucapku membuat wanita awal 20-an itu terpempam. “Siapakah Rasulluah itu?” pertanyaan Siti Aisyah membuatkan aku beristghfar di dalam hati. “Siti Aisyah tidak mengenali Rasullah s.a.w?” tanyaku pula. Wanita itu tersipu malu apabila aku memanggilnya dengan nama penuhnya. “Sejak bila Siti Aisyah di sini?” tanyaku setelah beberapa lama menyepi “Sejak umurku 10 tahun” ujarnya membuatkan aku mengerti mengapa dia tidak mengenali tentang Islam.
“Di mana bapa dan ibu Siti Aisyah?” tanyaku lagi “ibu sudah lama meninggal, sejak aku berusia 4 tahun” jawab Siti Aisyah. Kegelapan malam yang semakin pekat membuatkan aku tidak dapat melihat riak wajah Siti Aisyah dengan jelas. Tulangku mula di gigit kedinginan malam yang kian lewat. “Bapa?” tanyaku apabila Siti Aisyah tidak menyentuh soal bapanya. “Aku tak tahu dia berada diman. Hidup atau mati, aku tidak tahu sejak aku tercampak ke sini kerana ketamakkannya” nyata nada penuh jelek dilontarkan wanita itu. Mungkin dia juga mencebikkan bibirnya dan menarik muka masam. Aku sendiri tidak pasti.
“Maksudmu?” tanyaku yang diburu kehairanan pula. “Cerita hidupku terlalu panjang. Mungkin bisa kau buatkan sebuah novel. Mungkin bisa menjadi drama bersiri yang panjang. Namun, segalanya menyimpan sejuta kepahitan yang tak tertanggung oleh jiwa ini” dalam kesamaran, aku melihat Siti Aisyah mengesat pipiny. “Andainya Siti Aisyah sudi, bisakah di ceritakan padaku?” tanyaku “Mungkin tidak bisa kerana aku khuatir ‘tauke’ nampak” “Kita berbual jauh dari sini” cadangku “Tapi… tak mengapalah, aku turutimu” lantas langkah ku atur ke gerai burger di tepi jalan. Siti Aisyah mengekori tanpa soal. ‘Wanita ini terlalu polos. Terpedaya oleh orang yang tamak’ detik hati keciku.
“Pesanlah makananmu” arahku kepada Siti Aisyah. “Kamu?” Tanya Siti Aisyah setelah aku menyepikan diri seketika. “Tak mengapa, cukuplah segelas air suam” pintaku. Setelah remaja yang mengambil pesanan makanan itu pergi aku memandang Siti Aisyah. Kini barulah wajahnya tampak jelas di mataku. Cantik, jika tidak di calitkan dengan mekap yang bergitu tebal, aku yakin kecantikanya lebih terserlah. “Sambunglah ceritamu” ujarku setelah merenung wanita itu seketika. “Semuanya bermula apabila aku berusia 9 tahun”
“AISYAH!!” laung Shuib. Aisyah berlari-lari anak mendapatkan ayahnya. “
“Aisyah!” suara panggilan Shuib mematikan lena Aisyah. “Ya ayah” jawab Aisyah dalam keadaan mamai. Aisyah melangkah lemah membuka pintu rumah peniggalan arwah atuknya. “Buka cepat!” perintah ayhnya membuatkan langkah Siti Aisyah terus sahaja laju. Terketar-ketar tangan kecilnya membuka pintu. Shuib pulang dalam keadaan mabuk lagi. Namun bukanlah suatu kehairanan buat Siti Aisyah kerana seringkali Shuib pulang dalam keadaan mabuk. Namun, malam itu permulaan kepada kegelapan hidup Siti Aisyah. Shuib merogol telah merogol Siti Aisyah. Namun, pada usia setahun jagung, Siti Aisyah tidak mengerti apa yang berlaku keatas dirinya. Kesakitan yang di alami di tanggung sendiri.
“Aisyah” suara lembut Ustazah Zaleha mengejutkan kanak-kanak itu dari
tidurnya. Dirinya tanpa seurat benang terbaring lemah di ruang tamu. Namun, bunyi suara ustazah Zaleha membuatkan Siti Aisyah mengagahkan diri untuk bangun. Sehelai kain lusuh dicapainya membaluti tubuhnya yang telanjang. “Ustazah” bibirnya memngukir secalit senyuman hambar. Kesakitan pada alat sulitnya membuatkan dirinya terasa bergitu lemah.
“Astaghfirullah Aisyah, kenapa ini?” Ustazah Zaleha cemas apabila tiba-tiba sahaj Siti Aisyah pengsan di hadapanya. “Aisyah,Aisyah, bangun” panggil Ustazah Zaleha lembut. “sa…kit” terketar-ketar Siti Aisyah mengucapkan kalimat itu. “Apa yang berlaku Aisyah?” Tanya Ustazah Zaleha kian cemas “Aisyah tak tahu” jawab kanak-kanak itu. Ustazah Zaleha mengendong Siti Aisyah alu dimasukkan kedalam kereta kancilnya. Ustazah Zaleha membawa Siti Aisyah ke hospital yang terletak di pekan. Siti Aisyah perlu dirawat segera.
“Puan ini ibu kanak-kanak itu ke?” Tanya doktor yang keluar dari bilik rawatan. Lelaki tinggi lampai itu menyapa Ustazah Zaleha membuatkan Ustazah Zaleha tersentak dari lamunannya. “Tak, saya jiranya. Ibunya sudah meninggal dunia. Ayahnya saya tidak tahu berada di mana” ucap Ustazah Zaleha jujur.
“Setelah kami memeriksa…”
“Siti Aisyah”
“Ha, Setelah kami memeriksa Siti Aisyah, dia mengalami demam tinggi. Namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan kami”
“Apa dia doktor?”
“Bahagian kemaluanya luka teruk seakan dia telah…”
“Dirogol?” sampuk Ustazah Zaleha cemas. Doktor bertag nama Hafizi itu mengangguk membenarkan kata-kata Ustazah Zaleha. “Subhanallah” ucap Ustazah Zaleha kesal. “Saya rasa ada baiknya puan pergi ke balai untuk membuat laporan kes ini. Siti Aisyah terlalu kecil untuk menerima perhubungan seperti ini. Pekara ini boleh mendatangkan kesan negatif terhadap Siti Aisyah” cadang Dr. Hafizi. “Baiklah, saya usahakan. Tapi bagaimana kita boleh kesan pelakunya?” Tanya Ustazah Zaleha. “Terdapat sisa air mani pada badan Siti Aisyah. Kami telah ambil sampelnya. Namun, puan perlu nyatakan suspek supaya kami dapat mengambil sample DNA untuk di padankan” ujar Dr.Hafizi. “Aisyah dah sedar?” “Belum. Kami suntik ubat tidur memandangkan keadaanya tadi perlukan rehat yang cukup” “Kalau bergitu saya pergi ke balai dahulu, nanti saya datang jemput Aisyah” terang Ustazah Zaleha.
“Aisyah, ustazah nak tanya, apa yang berlaku semalam?” Tanya Ustazah Zaleha lembut “Aisyah tak tahu. Ayah balik mabuk. Lepas tu dia tanggalkan pakaian Aisyah. Aisyah rasa sakit, tapi ayah tak peduli” ujar Siti Aisyah jujur. Wajah Siti Aisyah redup tidak ada riak keceriaan di wajahnya. Malah, wajahnya pucat dan lesu. Apalah nasib kanak-kanak ini. Seharusnya dia berada di sekolah membaca dan mengeja namun dia kini terpaksa tinggal di rumah. Melakukan kerja yang bukan tanggungjawabnya. Kini dia di rogol pula. Tetapi dirinya langsung tidak mengerti apa yang terjadi kepadanya.
Ustazah Zaleha dapat menangkap maksud Siti Aisyah. Bermakna, tida susupek lain melainkan Shuib sendiri. Setelah menghantar Siti Aisyah pulang, Ustazah Zaleha bergegas ke balai polis untuk menceritakan apa yang diperkatakan oleh Siti Aisyah. Pihak polis memutuskan untuk menahan Shuib sehingga keputusan DNA keluar. Ternyata memang Shuib pelakunya. DNA Shuib dan DNA air mani pada badan Siti Aisyah ternyata sepadan. Shuib memaki-hamun Ustazah Zaleha sebaik sahaja melihat kelibat wanita itu di Mahkamah Majistret sewaktu perbicaraan kes Shuib.
Namun, siapa sangka, walaupun telah dihukum, Shuib masih lagi menjalankan urusniaga. Siti Aisyah di jual kepada Ah Leong, bagi melangsaikan hutang judinya. Pada mulanya Ah Leong merasakan urusniaga tersebut merugikanya, namun setelah di terangkan oleh Shuib, nyata urusniaga itu lebih menguntungkanya.
Seawal usia 10 tahun, kehidupan Siti Aisyah sudahpun diperkenalkan sisi gelap yang jijik itu. Meskipun masih kecil, namun sepanjang tempoh memperkenalkan Siti Aisyah kepada dunia penzinaan, Siti Aisyah di didik dengan cara-cara menjadi pelacur pujaan dan sering menjadi pilihan. Pendidikan yang terlalu cetek membuatkan Siti Aisyah terjerumus. Dunia yang mulanya dianggap jijik mula di sukai. Akhirnya, Aisyah tersungkur dalam nafsu dan ketamakan.
Siti Aisyah mengesat airmatanya. Nyata peristiwa lampau hidupnya bukanlah suatu peristiwa menarik yang sering sahaja ingin di kenang. Zaman kanak-kanak yang indah bagi orang lain berbeza dari Siti Aisyah. Aku beristighfar di dalam hati. Ruginya bagi Shuib. Amanah yang paling besar dalam hidupnya di khianati. Malah, andainya dirinya telah di jemput ke alam barzakh, pastinya tiada doa kudus untuknya dari anaknya. Saying seribu kali saying. “Siti Aisyah tidak ingin mencari Pak Shuib?” tanyanya
“Kenapa perlu aku cari manusia yang menjerumuskan aku ke sini?” nada amarah menguasai diri Siti Aisyah “ kerana dia ayahmu. Insan yang telah membawamu ke dunia ini. Bukankah tanpa kehadiranya, mustahil Siti Aisyah dapat melihat dunia ini. Melihat langit yang cantik itu. Merasai kedinginan air ini. Berkenalan dengan Ustazah Zaleha, aku dan orang di sekelilingmu” ujarku membuatkan Siti Aisyah tertunduk. “tapi hati ini sakit. Terlalu sakit. Sudah tiada penawarnya. Racun yang ditaburi ayahku terlalu kuat. Aku tidak mungkin bisa memaafkan kesalahan dirinya padaku” luah Siti Aisyah dalam esak tangis membuatkan hatiku tersentuh. Aku seakan merasai kkepedihan yang ditanggung Siti Aisyah.
“Bukan bermakna ibumu juga bersalah” kata-kataku membuatkan pandangan Siti Aisyah kembali terarah kepadaku. “Ibu?” “Bertahun kau tinggalkan kampung halamanmu, ibumu bersemadi di situ. Sendirian” “Tapi..” Pulanglah ke kampungmu, aku pasti kau akan memperoleh kembali kebahagiaan yang hilang. Kedamaian jiwamu. Kembalilah ke pangkal jalan Siti Aisyah” ucapku “mustahil aku bisa keluar dari cengkaman manusia binatang di sini. Mereka takkan pernah melepaskanku” “tapi kau bisa melepaskan dirimu sendiri” sampukku “kau tidak faham. Hati ini memberontak untuk keluar dari dunia yang kotor ini namun tak bisa. Pernah aku
Aku mengerti posisi Siti Aisyah. Namun, hati adalah perancang segalanya. Kehendak dari hati pasti tidak dapat dihalangi. Seperti aku. Atas kehendak hati ini aku berada di sini.
Keinginan untuk bebas membuatkan aku tegar meniggalkan segala kemewahan yang ku nikmati sejak mataku ternuka melihat dunia ini. Kehendak hati yang pelik pada pandangan ibuku. Namun, restunya membuatkan perjalanan ini kian bermakna. Pelbagai cerita aku kumpulkan menjadi motivasi buat diri ini.
“Ikutlah kata hatimu Siti Aisyah. Hati penentu segalanya. Jika hatimu ingin, halangan itu hanyalah cabaran yang harus kau tempuhi. Bukan senang untuk mencari kesenangan” ucapku seraya bangun dari tempat dudukku. Langkah kuatur meneruskan perjalaan membelah jalan
Aku menoleh ke belakang apabila aku terdengar lungan seorang wanita. Siti Aisyah berlari memdapatkan aku. “Kenapa?” soalku sebaik sahaja wanita itu menghampiriku “tolong bawa aku pergi dari sini” pinta Siti Aisyah “kau yakin. Kau tidak takut jika mereka mencari kau dan memukul kau dengan teruk?” tanyaku sekadar menguji “hatiku katakana itu kemahuanku. Aku ingin keluar dari lembah jijik ini. Aku ingin melawat pusar ibu. Aku ingin bertemu Ustazah Zaeh dan kembali mengenali Islam. Aku ingin mencari ayahku dan memaafkan kesilapanya. Aku ingin berubah”
Kesungguhan siti aisya mengucapkan setiap kata-katanya membuatka aku mengukirkan segaris senyumn. “Jika itu kehendak hati seorang Siti Aisyah, aku tidak pernah menghalang. Namun sudah aku katakana, bukan senang untuk senang. Pastinya ada cabaran menantimu. Kau haru tabah dan kuat. Jangan tewas kepada dunia demi mencari akhirat. Namun jangan kau lupakan dunia kerana terlalu obsess terhadap akhirat” ucapaku “aku akan
“Layakkah aku menerimanya?” Tanya Siti Aisyah “kau kini adalah musafir. Pengembara kea rah kebaikan. Aku ingin membantu. Terpulang padamu untuk menerima huluran bantuan ini atau tidak” ucapku “Terima kasih, andainya aku bertemu dengan kau lagi, aku akan pulangkan wang ini kepada kau” ujar Siti Aisyah “tak perlu. Aku memberikan kepadamu dengan ikhlas. Aku gembira dapat membantu perjalananmu kearah kebaikan” ujarku seraya melangkah pergi.
Malam yang panjang menyimpan sebuah kisah tragis. Senuah kisah yang akhirnya membawa kepada peubahan. Satu anjakan paradigma dalam diri seorang wanita sebelum dirinya terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. Aku menyusuri jalan yang kian sunyi. Masih ada lagi pasangan merpati bergelandangan sambil berpeluk-pelukan. Kemanakah maruah mereka. Mungkin sememangnya mereka tidak tahu apa itu maruah.
Langit yang gelap aku renung. Bulan masih setia di situ. Dikelilingi bintang begermelapan. Mungkin pungguk tidak lagi berlagu sayu. Sang kekasihnya sudah menjelma. Perjalanan masih belum tamat. Namun, aku mula mengenali diri. Aku mula memahami situasi. Disinilah cerita sebenar. Drama yang sebenar. Dijalan
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment