Dup! Bagaikan terhenti degupan jantung Farah tatkala melihatkan kehadiran pensyarah Kimianya. Alamak! Langkahnya terkunci. Apa yang harus dilakukan sekarang. Semua pelajar Sains kenal sikap pensyarah kimia yang garang itu. Namun apa yang bias dilakukan oleh Farah. Semuanya dah terlewat. “Farah!” panggilan itu melemahkan urat sendi Farah. “Er....” Farah merenung lantai yang terasa lembut membuatkan imbangan badanya goyah. “Apa ni? Pakaian apa ni?” memetir suara pensyarah itu menerjah lubang telinganya. Sangkanya hari itu merupakan hari semua orang cuti. Oleh sebab itulah dia memakai pakaian yang ternyata melanggar sahsiah rupa diri. Tapi sangkaanya meleset. Dan kini dia bakan menerima padahnya. “Sa....” “Kamu ini...!” melengking suara pensyarah muda itu memotong kata-kata Farah membuatkan Farah terdiam.
“Apalah! Ini semuanya mengarut! Bencinya!!!” Pap! Tubuh kecil gadis itu terdorong kebelakang. “Lain kali jalan guna mata!” suara Firdaus bergema. Keadaan emosi Farah yang sedang kacau pada masa itu membuatkan amarahnya naik ke kepala. “Woi! Siapa yang jalan tak guna mata?! Kenapa semua lelaki atas dunia ni menyusahkan! Sudahlah muka macam ikan kod!” bentak Farah membuatkan mata Firdaus membualat tidak percaya mendengar hamburan kata gadis di hadapanya kini. “Kau ni...” belum sempat Firdaus menyambung ayatnya, Farah berlalu pergi meninggalkan lelaki yang menjadi kegilaan ramai itu.
“Aku benci lelaki!!” jerit Farah sebaik sahaja memasuki biliknya. “Apasal ni? Kau keluar pakai macam ni?” Tanya Zura bagaikan tidak percaya melihat pemakaian rakanya. Dengan seluar track, baju lusuh yang berkedut dan rambutnya yang bagaikan baru bangun tidur membuatkan orang akan menganggap diri rakan sebiliknya itu hantu. “Aku pergi salin jadual je. Takkan nak kena melawa juga?” bentak Farah. Tubuhnya di hempaskan ke katil. Rasa sakit hati kepada dua lelaki yang di temuinya pada hari ini membuatkan emosinya sedikit terganggu.
Firdaus melangkah pantas menuju ke meja gadis yang melanggarnya kelmarin. “Awak!” bentaknya membuatkan beberapa pasang mata melihatnya. “Hey awak ni apa pasal. Salam pun tak bagi tiba-tiba je hentak meja saya ni. Awak ingat ini meja ayah awak punya ke?!” sergah Farah membuatkan beberapa orang pelajar menoleh kearah mereka. “Saya tak ada masa nak beramah mesra. Sekarang pulangkan dompet saya!” suara Firdaus semakin meninggi. Beberapa orang rakan yang mengiringinya persis seorang raja memandang tajam kearah Farah bagaikan menanti masa untuk menyerang gadis itu jika di minta berbuat demikian. “Dompet?! Bila masa pula saya curi dompet awak? Hey! Lain kali kalau nak tuduh siasat dulu. Jangan suka hati je tuduh orang! Awak ingat kawan-kawan awak ni yang kononya jaga awak ni saya takut? Saya tahu saya betul, so, go to hell!” farah menolak keras bahu Firdaus membuiatkan jejaka idaman itu terdorong ke belakang, “How dare you!” Firdaus semakin panas hati dengan tindakan Farah yang di rasakan telah menjatuhkan maruah lelakinya. Egonya tercabar. “Kau ni..” belumpun sempat ayat itu di habiskan Farah berlalu pergi meninggalkan Firdaus yang semakin panas hati.
“Prince Fir!” sahut satu suara nyaring membuatkan FIrdaus dan rakan-rakanya menoleh. Mira berlari-lari anak mendapatkan Firdaus yang terkenal sebagai Prince Fir dalam kalangan penuntut wanita di situ. “Prince! Mira jumpa dompet ni dekat tempata letak kereta. Mungkin jatuh masa Prince turun dari kereta” ucap Mira manja. “Dompet?” saat itu tergambar di layar matanya wajah Farah yang dituduh mencuri dompetnya semaktu mereka berlanggaran semalam. Satu keluhan di lepaskan memikirkan bertapa malunya dia jika Farah mengetahui hal ini. Namun nyata belum sempat dia membayangkan apa-apa kehadiran Farah yang tersenyum sinis padanya nyata membuatkan lidahnya kelu.
“Maaf sebab ‘tercuri’ dompet awak lepas itu saya serahkan pada Mira. Tapi tak sangka dia ‘berpaling tadah’ dan serahkan dompet ini pada awak balik” sinis ayat Farah membuatkan jantung Fidaus bagaikan di robek-robek. Terasa ayat itu halus menyusup ke jantungnya dan memusnahkan mahruahnya. “Satu je pesanam saya pada awak. Kalau nak tuduh jangan melulu. Dan satu lagi saya rasa awak tak boleh jadi polis. Nanti ramai orang yang tak bersalah di persalahkan” sinis kata-kata Farah namun membuatkan ego Firdaus tercabar.
Selepas kejadian itu, Firdaus dan Farah bagaikan anjing dengan kucing. Farah sukar untuk menerima kehadiran lelaki yang dirasakan cukup menjengkelkan itu. Bagi Firdaus pula kehadiran Farah bagaikan sebuah jentera yang sering menjatuhkan egonya dan perkara itu tidak boleh di terima akal fikiranya. Mereka sering sahaja bertengkar untuk hal-hal yang kecil. Gadis-gadis yang mengillai Firdaus pastinya memusuhi Farha yang di anggap pengacau kepada Prince Fir idaman mereka.
“Hai sayang. Macam mana kelas tadi?” sapa Hani yang sememangnya terkenal dengan kecantikan dan kegedikkan yang sememangnya mencairkan jejaka yang melihatnya. “Okay. Cuma macam biasalah, si Singa Betina yang tak habis-habis nak jatuhkan I tuh kacau presentation I. Habis satu kelas gelakkan I” rungut Firdaus. Terbayang di ruang mindanya kejadian yang berlaku semasa kelas matematik tadi.
“Firdaus, cuba awak selesaikan soalan ni” Pinta Pn.Maisara yang ayu bertudung pink. “Okay cikgu. Senang je” dengan penuh lagaknya Firdaus melangkah ke hadapan. “Okay da siap!” ucap Firdaus bangga sambil tersenyum ke seisi kelas meraih perhatian. “Puan!” sahut seseorang membuatkan semua mata tertumpu pada pemilik suara itu. “Ada apa Farah?” tanya Pn.Maisara “Jawapan dia salah!” ucap Farah lantang membuatkan mata Firdaus membuntang. “sekejap, Saya semak” ucap Pn.Maisara seraya melangkah ke mejanya menyemak jawapan. “Ha’ah lah Firdaus. Jawapan awak salah” ucap Pn.Maisara membuatkan mata Firdaus membulat.
“Kesalahan dia boleh di katakana ‘Silly Mistake’ sebab kesalahan yang di buah cukup kecil. Dia lupa letak tanda tolah pada nombor dua yang di darab negative satu, sebab itu dia salah” terang Farah membuatkan seisi kelas terdiam. Pn.Maisara meneliti jawapan Firdaus memastikan kenyataan Farah. Dan ternyata apa yang Farah nyatakan benar. Jawapan Firdaus berbeza dengan jawapan sebenar oleh kerana da tertinggal tanda tolak di hadapan nombor dua. Disebabkan hal itu seisi kelas mentertawakan Firdaus yang terlalu culas dalam menjawab soalan yang di sangka mudah.
“Farah!” panggil Akmal membuatkan Farah menoleh spontan. “Eh Akmal, apa pasal? Aku nak cepat nih” Tanya Farah yang kurang selesa dengan lelaki di hadapanya ini. Sudah beberapa kali dia menerima pujukan dari lelaki ini yang ingin dia menjadi kekasihnya. Namun kerana Faraha sering merasakan lelaki menyusahkan menolak pujukan lelaki di hadapanya ini.
“Ikut aku kejap!” Akmal menarik tangan Farah ke belakang bangunan blok Cendana yang semakin hening memandangkan sekarang waktu makan tengah hari. Tiada kelas yang diadakan pada waktu itu. “Apa ni?” bentak Farah dengan kekasaran Akmal. “Farah aku nak tahu kenapa kau tolak aku?” Tanya Akmal seakan merayu. Farah mula rimas dengan sikap kebudak-budakan Akmal. “Akmal aku tak ada masa nak terang pada kau. Aku banyak kerja lagi. Bye” Farah mengatur langkah pergi meninggalkan Akmal. Namun tanpa di duga Akmal merentap tangan Farah membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.
“Firdaus apa ni?” tengking Farah yang mula hilang sabar dengan lelaki di hadapanya ini. Namun Akmal langsung tidak terkesan dengan tengkingan Farah itu. Akmal memasung tanganya di dinding membuatkan Farah terperangkap di antara kedua tangan Akmal. “Farah aku betul-betul sukakan kau” ucap Akmal seakan merayu namun tidak terkesan di hati Farah. “Akmal baik kau lepaskan aku sebelum aku menjerit” ugut Farah. Jeritlah. Siapa akan kisah. Tak ada siapa pun di sini. Aku boleh buat apa saja kat kau Farah” kata-kata Akmal membuatkan Farah kecut perut. Tiba-tiba dia terasa ingin menangis membayangkan jika Akmal mengapa-apakanya “Akmal aku merayu, lepaskan aku” suara Farah berbaur ebak yang dalam. Menahan perasaan takut yang menguasai dirinya.
“Aku suka dengar kau merayu Farah. Hari ini dapat juga aku tundukkan kau. Farah Nadia…” Farah tidak dapat menahan air mata ketakutanya. Tiba-tiba ‘Bukk!’ satu tumbukan hinggap di pipi Akmal membuatkan jejaka hitam manis itu tesungkur. “Apa kau buat ni hah?!” sergah lelaki yang menumbuk Akmal. Farah tidak mampu mengangkat wajahnya. Dia terduduk di dinding menahan ketakutan di dalam dirinya. Tanganya mengigil menahan perasaan.
“Kau siapa?” jerkah Akmal. Pertelingkahan yang berlaku antara Akmal dan penyelamatnya langsung tidak terkesan di hati Farah. Pandanganya tiba-tiba terasa kabur dan berpinar. Pap! Segalanya gelap dan Farah terjelepok tidak sedarkan diri. Bunyi buku jatuh ke lantai menghentikan perang mulut antara Akmal dan lelaki yang menumbuknya. “Farah!” serentak suara garau ekdua-duanya bergabung.
Farah membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut. Kepalanya ligat mengingati kejadian tengah hari tadi. “Farah! Farah!” satu suara memanggil lembut namanya membuatkan matanya mencari suara itu. Kelihatan Atilah sedang duduk di sisi katil tempat dia berbaring. “Tila, saya kat mana?” Tanya Farah lemah. “Awak kat medec. Awak pengsan tadi” ucap Atilah lembut. “Medec? Pengsan? Siapa yang bawa saya?” Tanya Farah bertalu “Firdaus bawa awak tadi. Kejap lagi dia adalah dia. Dia pergi beli air kejap. Hah itu pun dia, panjang umur” ucap Atilah lembut
“Kau dah sedar” sapa firdaus berbasa basi. “Kau ke yang tumbuk Akmal tadi?” Tanya Farah lemah. Firdaus hanya menundukkan kepalanya seketika kemudian mengangguk lemah. “Firdaus… Terima kasih” ucap Farah lemah “Dan… Maaf atas apa yang aku buat pada kau selama ni, aku tahu aku selalu kenakan kau” sambung Farah. “tak apa, aku tak kisah pun. Aku pun banyak gak buat kau sakit hati. Tak apalah, sekarang 0-0 okay?” ucap Firdaus sambil tersenyum. Manis.
Semenjak kejadian itu hubungan Farah dan Firdaus semakin baik. Tiada lagi pergaduhan yang tercetus hanya kerana hal-hal kecil. Malah jika firdaus mengulangi kesilapan culasnya, Farah tidak lagi seperti dulu memalukan Firdaus di hadapan kelas sebalinya dia akan member isyarat agar Firdaus membetulkan kesilapanya.
Akmal pula mula menjauhkan diri daripada Farah sejak kejadian itu. Mungkin dia sudah sedar akan kesilapanya. Hubungan Firdaus dan Farah bagaikan kekasih. Kemana sahaja berdua bagaikan belangkas. Merekas sebenarnya membentuk kumpulan belajar yang turut melibatkan Atilah, Miera, Shida, Syahmie dan Ferd. Namun ahli kumpulan yang lain seringkali sibuk dengan petak tanaman mereka yang dimakan lembu di ladang membuatkan kumpulan mereka hanya tinggal Farah dan Ferdaus yang tanamanya tidak dimakan lembu. Itulah cabaran mereka sepanjang belajar kos peladangan menghadapi risiko batas di pijak lembu dan sayur dimakan lembu.
Nyata Farah dan Firdaus merupakan gabungan yang hebat apabila mereka sering mengungguli kedudukan di dalam markah test dan quiz. Mereka menjadi perhatian pensyarah yang mengagumi cara mereka belajar secara berkumpulan membawa kepada markah ahli kumpulan yang sekata dan terbaik. Berkat usaha mereka bersama, mereka Berjaya meraih anugerah dekan pada semester tersebut dengan pointer 4.0.
-TAMAT-
BUTTON
Saturday, October 23, 2010
Friday, October 22, 2010
ANTARA SEDAR DI DALAM LENA
Masih menyusuri sebuah perjalanan ilmiah yang entah bila akan aku temui jawapan kepada persoalan minda yang tercerna dengan kekecewaan hati. Mengejar sebuah epilog kisah yang tak berkesudahan. Apakah kita sedang tidur dan bermimpi suatu mimpi yang panjang yang ku kira mimpi yang kadang kala indah kadang-kala ngeri. atau kita sedang berada dalam sedar yang sebenarnya lena?
Jawapankehidupan sering di rungkai dalam pelbagai kisah yang takjub namun adakah kisah itu cukup membuka mata kita untuk melihat dunia yang sekadar permainan yang tiada kesudahan semata-mata?
Apakah masih terzahir dalm keresahan jiwa yang semakin lara melakar kealpaan diri yang tak pernah sudah. Kita mencari tapi apakah kita pernah temui apa yang kita cari dengan mudah?
Kadang-kala kita bergitu mudah menyalahkan orang lain. Kadang kala kita mudah melihat keburukan orang lain;. Namun kita takut untuk berada di hadapan cermin mengakui kesilapan diri atau membawa kepada satu muhasabah diri yang betul.
Kita sering menghitung kesalahan orang lain tanpa berfikir untuk membetulkan kesalahan itu. mengapa terlalu mudah untuk melihat kelemahan dalam diri orang lain tanpa menghitung kebaikanya. atau mungkin terlalu suka melihat keburukan daripada keindahan yang tersirna???
Manusia in sebenarnya antara sedar dan lena. mencari erti yang tak perlu bagi mereka. sibuk mencanang sesuatu yang buruk dari yang indah. Kerana kita... Kerana dia... Dan kerana mereka... MANUSIA....

Saturday, October 16, 2010
Meniti Perjalanan Yang Hakiki....
Kita ini beruntung kerana kita dilahirkan kenal kepada pencipta kita yang satu. namun ada insan yang terpaksa suatu perjalanan yang mencabar dalam mencari suluhan kebenaran dalam titipan keimanan yang hakiki.
mereka terpaksa me3ncari dan terus mencari barulah mereka dapat menemui sirna kebahagiaan itu yang membawa kepada suatu permulaan titik hidup mengenali tuhan yang satu.
Namun hati ini tertanya -tanya mengapa kita masih tidak menghargai anugerah yang telah di kurniakan kepada kita. kita sering melupakan-NYA dan membiarkan kehidupan yang awalnya memang sudah memiliki sirna hidayah itu kelam seterusnya gelap menyelubungi kehidupan.
Aku baru sahaja membaca sebuah kisah travelog kehidupan seorang mualaf... Nyata untuk mencari sinar hidayah itu bukan mudah... Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpkasa di tempuhi oleh insan ini dalam meniti sebuah perjalana mencari kebenaran...
ALLAH itu maha besar...
Pintu hatinya di buka sedikit demi sedikit sehinggalah dia mempercayai dan merasakan bahawa adanya Allah itu dan ingin menerima agama Islam sebagai pergantunganya.
Namun hari ini... Hati ini hiba melihatkan anak-anak bangsa yang semakin hilang pedoman hidup dalam meniti kesejahteran duniawi dan ukhrawi...
Pergaulan tanpa batas... Membawa kepada perlakuan yang sumbang...
sudahlah berlaku sumbang di luar pembatasan agama... mereka tidak malu untuk membunuh janin yang mereka semai di dalam rahim si bunga... dimanakah maruah dan keimanan mereka sehingga mereka terjatuh di dalam kehidupan yang di laknat ALLAH????
Kadang kala kita tidak sedar bahawa ada ramai yang baru menemui perjalanan kehidupan yang sebenar.... Mereka ini lebih ikhlas edalam menerokai kehidupan untuk berada dekat dengan ALLAH... hanya dengan gerak hati dan keinginan mereka mampu menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati... Mengapa tidak kita???

Tuesday, October 12, 2010
SUSAHNYA NAK BUAT...
Mindaku hari ini masih terus ingin mencerna hujah demi hujah yang bagaikan air mengalir keluar. Tiba-tiba sahaja teringatkan peristiwa zaman sekolah dulu. Apabila guru kita merajuk. Apa yang kita nak buat?? Takut.. Resah... Menangis pun dah... tapi ada something yang alahai SUSAHNYA NAK BUAT........
Aper erk???????
Aduh inilah perangai orang melayu kita....
Duu kini selamanya....
Susah sungguh nak minta maaf...
entahlah... tak tahu kenapa tapi memang itulah....
Badi kowt.... tapi ini hakikat...
susah betul orang kita 'MELAYU' nak ucap bende yang 4 huruf tuh. perkataan MAAF tuh susah nak keluar dari mulut...
entahlah... Aku sendiri pun confius ngan orang kita nih... cakap I love You... My heart will go on larh... senang jer dyowang cakap... tapi... nak cakap maaf tuh... Masya ALLAH susahnya....
Itu satu hal...
Ada lagi yang orang kita ni SUSAHNYA NAK BUAT......
Ape kebender erk???
Ucap TERIMA KASIH.... atau dalam bahase ongputih THANK YOU....
napew agaknya susah dyowang nih nk cakap erk???
ish... ish... kalau bab cakap berbunga-bunga... jiwang jiwang karat tuh memang nombor satu... tapi nak ucap due patah perkataan nih punyelah susah... aku sendiri tak dapat cari penyelesaianya.. kenapa dan mengapa....
Itu bab kata-kata... Bab perbuatan atau dalam bahasa arabnya fi'il
SENYUM OH SENYUM....
bende tuh bukan suah...
lebarkan mulut dan maniskan muka... hah terpancarlah senyum...
tapi..........
orang kitew nih susah nak wat bende nih... I pun x tau larh napew deme ni susoh tol nak senyum.... bukan kena bayar pown... dapat pahala lagituh....
apew2 pun nih motivate tuk diri aku...
n wat anyone yang bace blog akuw nih...
fikirkanlah pew yang akuw tulis nih...
BETUL KE TAK????????

MENGANALISA SEBUAH KEINDAHAN
Nampaknya hari in tanganku ghairah untuk terus menulis. melepaskan kelelahan selama ini yang terlalu lama meninggalkan ruangan ini untuk aku mencerna minda yang terpendam hasrat meluahkan kata-kata dalam setiap patah susunan ayat yang penuh motiasi.. bukan untuk sesiapa.. tetapi untuk diri sendiri. disini aku baru sahaja mendapat sesuatu yang ingin aku bicarakan.
Sebelum memulakan luahan pemikiran yang lama ingin mencapah, aku ingin berkongsi suatu cerita. Seorang serikandi wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Malah dia juga memiliki suara yang merdu. Rabiatul Adawiyah, seindah namanya membawa kepada suatu penceritaan yang cukup menarik minatku. Ketabahanya dalam mengharungi hidup sehingga saat dia dijadikan dayang kepada raja. Namun, meskipun jahil, tiada apa pengetahuan tentang ALLAh namun sampai suatu ketika di bukakan pintu hidayah buatnya sehingga akhirnya dia meninggalkan kemewahan hidup di istana untuk hidup sendirian mengabdikan diri kepada ALLAH. Bertapa agungnya pengorbanan seorang serikandi islam yang terbuka pintu hidayahnya sehingga dia akhirnya kembali kejalan ALLAh meskipun pada awalnya dia cukup jahil.
Apa sebenarnya yang aku cuba tuliskan di sini bagaimana seorang serikandi yang cukup cantik dan memiliki suara yang merdu meninggalakn segala kemewahan demi mengejar akhirat yang kekal selamanya. namun senarionya berbeza pada hari ini apabila aku melihat kita sibuk mengejar kecantikan sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan kerana kecantikan.
Ada yang berkata, sekuat mana seorang lelaki itu ia akan tersungkur pada rayuan seorang wanita yang cantik. Bagaimana hebatnya kuasa kecantikan sehingga mampu menumbangkan semua lelaki dengan hanya satu kerlingan yang meruntun hati. Namun pernahkah kita terfikir, pada suatu hari kita akan kehilangan kecantikan yang kita ada.
Mengapa kita tidak mampu mencipta kecantikan yang hakiki. iaitu kecantikan diri yang terpancar dari dalam hati. Percaya atau tidak, secantik mana seorang wanita itu kehalusan budi di dalam dirinya akhirnya merangsanga aura cantik itu sehingga terpancar kewajah. Tanpa perlukan alat solek atau sebarang hiasan yang terlampau namun andai seseorang itu memilik auranya yang memancarkan kecantikanya dari dalam.
Kenapa tajuk ini terfikir di fikiran???
Kerana aku hari ini berdiri di tengah lautan wanita yang sibuk mengejar kecantikan pada usia remaja sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja. mereka tidak peduli alat solek yang mereka pakai itu halal atau tidak. Mengapa ya?? Apa yang ada kecantikan sebaliknya aku hanya melihat kejumudan diri yang terpancar dari sinar mata yang cuba belagak bongkak tanpa ukiran senyuman kerana mereka terlalu bangga dengan diri mereka, kecantikan yang mereka miliki.
Pernahkah kita terfikir, jika kita tidak memiliki kecantikan rohani, apakah kita benar -benar cantik atau kita sekadar bangga dengan diri tetapi hakikatnya orang lain tidak dapat melihat kehalusan kecantikan itu.
ALLAH menciptakan setiap manusia itu cantik dan cukup sempurna. Jika 'gelap' kulitnya pun ALLAH berikn dia nugerah senyuman yang cukup manis. itulah indahnya ciptaan ALLAH. namun kerana nikmat keindahan yang ALLAH kurniakan itulah ramai yang tersungkur dalam jalan yang pesong.
Salah siapa???
Jangan salahkan sesiapapu kerana nawaitu itu masih daripada diri sendiri....
Kita mahukan palitan putih yang cantik...
Atau calitan hitam yang mengelapkan???
Terserah....

KITA DIAMBANG KEMELESETAN AKHLAK
'KITA'???????????
Siapa sebanarnya kita???
bergitu sewenang-wenang mengetepikan sesuatu yang menjadi panduan dan petunjuk dalam menjalani kehidupan. rasanya segala peraturan hidup sebaga 'KITA' itu telah tertulis dengan jelas di dalam kitab pegangan 'KITA'. namun aku masih tertanya, mengapa masih berlaku perkara yang membuatkan aku sendiri terjelepok di kaki waktu melihat kemelesetan akhlak anak remaja. hilangkah pedoman yang bersusah payah ajar oleh ibu bapa kita di rumah. atau kita menunding jari kepada mereka dengan galak berkata, mereka terlalu sibuk dan aku tidak diberikan pedoman. aku menjadi pembaca mastika yang menjadi salah satu media yang memperjuangkan kembali bangsa melayu dengan
menyediakan santapan yang menyedarkan minda. namun aku masih tertanya, apakah mereka ini tiada perasaan langsung sehingga amaran yang di siarkan dengan dasyat tidak di endahkan kerana mereka terlalu mengjar keduniaan dan mengabaikan apa yang seharusnya mereka pegang di akhirat.
apakah mereka ini tidak sedar bahawa hidup ini pengakhiranya adalah kematian . namun itulah hakikat kehidupan. kemelesetan hidup yang semakin hilang pedoma dan petujuk. Mungkin ALLAH sengaja menutup pintu rahmat kepada mereka gara mereka terus leka dalam dunia yang sementara sehingga di pengakhiranya mereka hanya akan kembali kepada pencipta mereka dengan tangan yang kosong dengan kebikan sebailiknya penuh dengan lumuran dosa dan noda.
apakah kita sebenarnya jumud untuk melihat kurniaan ALLAH sehingga kita mengkufuri nikmat yang dikurniakanya???
Inilah manusia. jika diberi Ia mudah melupakan tetapi jika ditarik nikmatnya, sibuk menyalahkan. Cuba lihat pada senikata lagu Maher Zain, Awaken ni...
We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied
I'm walking with my head lowered in shame from my place

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place

Seni kata lagu ini cukup berkait rapat dengan diri kita yang sentiasa ingin menunding jari pada orang lain tentang kesalahan diri. semuanya kerana kita terlalu biongkak untuk mengatakan bahawa kita tidak bersalah dan kita sentiasa inginkan kepuasan dalam membawa setiap jejak kehidupan...
apakah kita ingin terus meleset dalam akhlak diri???
Apakah kita terlalu buta hingga tak boleh melihat dengan betul...
sibuk menjadi bangau menyalahkan orang lain...
sedangkan kita tahu...
Anak itu anak 'KITA'...
Bayi yang lahir itu bayi 'KITA'...
Yang membunuh itu 'KITA'
Cuma KITA tak sedar itu adalah milik KITA
sebab KITA terlalu takut untuk menjadi KITA...
AKHIRNYA KITA BERADA DI AMBANG KEMELESETAN AKHLAK......

Bila Hati Ingin Berbicara
Pelbagai persoalan yang semakin tertebar masuk kedalam rongga minda hingga mencerna keinginnan yang ingin bebicara yang sangat mendalam di dalam hati. aku masih mencari, apakah aku masih perlu untuk mencari.... apa dan demi siapa aku masih belum ketahui keputusanya. baru sahaja selesai memotivasikan diri dalam mencerna minda yang terasa beku kerana terlalu kurang berfikir. namun untuk terus menjana keharmonian yang malar aku pelu menulis sesuatu untuk renunganku diriku dan orang lain.
BILA HATI INGIN BERBICARA....
kuungkap dalam satu nada kata yang terlalu obses pada sebuah perasaan yang sememangnya lumrah manusia. MENYINTAI DAN DICINTAI menjadi lumrah naluri dalam hati seorang insan bergelar manusia. ada yang cuba memekakkan telinga. katanya belum masa yang tepat untukku berbicara tentang cinta. mungkin memandang aku hanyalah insan jumud yang cuba berbicara tentang perasaan tanpa memikirkan kebenaran apa yang terluah dari bibir ini...
H.M Tuah Iskandar idolaku yang ku kagumi menyatakan di dalam mingguan wanita bagaimana Jodoh itu takkan datang dengan sendiri sebaliknya dengan pelbagai kejadian yang di takdirkan oleh ALLAH agar pertemuan itu terjadi di antara dua insan itu. Itulah yang cuba aku berkata namun jelas maih ada yang tak menerima. Lantas ku banding dan bezakan antara Cinta, Kasih Dan Suka. bezanya???? Itulah persoalan yang bermain di minda kerana ramai yang tesalah tafsir perasaan sendrir sehingga mereka tidak nampak beza ketiga-tiga mekanisme ini.
ADA APA DENGAN CINTA????
semacam tajuk filem pula namun ini yang yang menjadi persoalan yang lumrah dalam diri seorang remaja yang sedang meningkat usia remajanya sehingga mereka merasakan cinta itu perlu bagi setiap remaja. Memang cinta itu perlu bagi seorang remaja untuk tumbuh membesar menjadi remaja yang berkarisma dan memounyai aset diri yang tertinggi. Namun cinta apa??? Jebakan cinta monyet bukanlah salah satu mekanisme yang menjadi 'catalyst' dalam pembentukan diri sebaliknya jika salah langkah boleh tersungkur menyembah bumi. namun, Cinta yang saya maksudkan adalah cinta hakiki. Cinta kita kepada ALLAH dan bagaimana kita menilai apakah kita telah cukup dalam menyintai ALLAH sedalam kita menyintai insan yang kita cinta di dunia ini??? Satu persoalan menyinggah di minda tatkala ini... adakah kita mampu mencurahkan rasa cinta kita kepada ALLAH setinggi penzahiran rasa cinta kita kepada 'kekasih ' kita?? Sedangkan kekasih hati kita itu boleh di lihat, boleh bercakap dengan kita meskipun berjauhan tiada di depan mata, namun kemudahan alat elektronik yang canggih membawa kepada kemudahan untuk berhubung meskipun hanya mendengar suara. Bagaimana pula dengan ALLAH?? Kita tidak melihat ALLAH apataha ;agi berkata-kata. bagaimana rasa cinta itu terus kekal dalam diri??? Tepuk dada tanya minda.
CINTA ITU BUKANKAH KASIH????
Inilah yang berbeza antaranya. cinta... kasih... berbeza... jika kita mencintai ia terzahir bersama kasih sebaliknya rasa kasih itu tidak semestinya hadir bersama cinta. cinta ini kekal dan datangnya dari seketul darah yang berada di dalam diri kita. dan yang pentingnya, cinta ini kesanya dan kekekalanya lebih lama daripada kasih. jika kita kasih, kita boleh membencinya suatu hari nanti... namun jika kita cinta, kita menyayanginya dan akan sntiasa ingin mendampinginya. tiada istilah jemu, muak atau bosan sebaliknya jika terlalu kasih, orang kata boleh membawa kepada rasa benci apabila terlalu lama bermadu kasih yang tiada hujung pangkal dan lebih terang kasih sekadar kasih tiada rasa cinta. kerana itulah kita perlu menilai kembali, apakah raa sebenar kita kepada ALLAH??? Cinta atau kasih???
SAYA SUKA DIA.....
Suka oh suka. banyak pengertian dan istilah yang boleh definiikan suka. ia boleh jadi perbuatan ia juga boleh jadi perasaanya. Namun suka yang sedang di diskusikan di dalam jejak kaki saya ini suka yang dibawah naungan perasaan. Saya sekadar suka tapi tak sayang tapi rasanya cinta. URm cuba tafsirkan ayat ini dalam minda dan hati. Adakah perasaan suka ini akan berkekalan jika berterusan kita membiarkanya menguasai diri yang sebenarnya banyak di pengaruhi nafsu semata-mata. uka ini terlalu universal dan ia tidak diklasifikasikan sebagai perasaan kasih dan cinta yang digabungkan menjadi 'suka'. tetapi dalam perasaan cinta akan hadir rasa suka dan kasih, dalam rasa kasih tidak semestinya cinta. suka pula kadang kala langsung tidak hadir bersama kasih mahupun cinta.
Jadi perasaan mana yang lebih baik???
SUKA?? KASIH??? Atau CINTA???
fikirkanlah... dan terjemahkan kembali...
ADAKAH KITA HAMBA YANG SEKADAR SUKA PADA TUHANYA???
ATAU KITA HAMBA YANG HANYA KASIH KEPADA PENCIPTANYA???
ATAU SEBENARNYA KITA TELAH MENYEMAI BENIH CINTA YANG HAKIKI KEPADA PENCIPTANYA YANG AGUNG?????

Subscribe to:
Posts (Atom)