BUTTON

Tuesday, October 12, 2010

MENGANALISA SEBUAH KEINDAHAN

Nampaknya hari in tanganku ghairah untuk terus menulis. melepaskan kelelahan selama ini yang terlalu lama meninggalkan ruangan ini untuk aku mencerna minda yang terpendam hasrat meluahkan kata-kata dalam setiap patah susunan ayat yang penuh motiasi.. bukan untuk sesiapa.. tetapi untuk diri sendiri. disini aku baru sahaja mendapat sesuatu yang ingin aku bicarakan.
Sebelum memulakan luahan pemikiran yang lama ingin mencapah, aku ingin berkongsi suatu cerita. Seorang serikandi wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Malah dia juga memiliki suara yang merdu. Rabiatul Adawiyah, seindah namanya membawa kepada suatu penceritaan yang cukup menarik minatku. Ketabahanya dalam mengharungi hidup sehingga saat dia dijadikan dayang kepada raja. Namun, meskipun jahil, tiada apa pengetahuan tentang ALLAh namun sampai suatu ketika di bukakan pintu hidayah buatnya sehingga akhirnya dia meninggalkan kemewahan hidup di istana untuk hidup sendirian mengabdikan diri kepada ALLAH. Bertapa agungnya pengorbanan seorang serikandi islam yang terbuka pintu hidayahnya sehingga dia akhirnya kembali kejalan ALLAh meskipun pada awalnya dia cukup jahil.
Apa sebenarnya yang aku cuba tuliskan di sini bagaimana seorang serikandi yang cukup cantik dan memiliki suara yang merdu meninggalakn segala kemewahan demi mengejar akhirat yang kekal selamanya. namun senarionya berbeza pada hari ini apabila aku melihat kita sibuk mengejar kecantikan sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan kerana kecantikan.
Ada yang berkata, sekuat mana seorang lelaki itu ia akan tersungkur pada rayuan seorang wanita yang cantik. Bagaimana hebatnya kuasa kecantikan sehingga mampu menumbangkan semua lelaki dengan hanya satu kerlingan yang meruntun hati. Namun pernahkah kita terfikir, pada suatu hari kita akan kehilangan kecantikan yang kita ada.
Mengapa kita tidak mampu mencipta kecantikan yang hakiki. iaitu kecantikan diri yang terpancar dari dalam hati. Percaya atau tidak, secantik mana seorang wanita itu kehalusan budi di dalam dirinya akhirnya merangsanga aura cantik itu sehingga terpancar kewajah. Tanpa perlukan alat solek atau sebarang hiasan yang terlampau namun andai seseorang itu memilik auranya yang memancarkan kecantikanya dari dalam.
Kenapa tajuk ini terfikir di fikiran???
Kerana aku hari ini berdiri di tengah lautan wanita yang sibuk mengejar kecantikan pada usia remaja sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja. mereka tidak peduli alat solek yang mereka pakai itu halal atau tidak. Mengapa ya?? Apa yang ada kecantikan sebaliknya aku hanya melihat kejumudan diri yang terpancar dari sinar mata yang cuba belagak bongkak tanpa ukiran senyuman kerana mereka terlalu bangga dengan diri mereka, kecantikan yang mereka miliki.
Pernahkah kita terfikir, jika kita tidak memiliki kecantikan rohani, apakah kita benar -benar cantik atau kita sekadar bangga dengan diri tetapi hakikatnya orang lain tidak dapat melihat kehalusan kecantikan itu.
ALLAH menciptakan setiap manusia itu cantik dan cukup sempurna. Jika 'gelap' kulitnya pun ALLAH berikn dia nugerah senyuman yang cukup manis. itulah indahnya ciptaan ALLAH. namun kerana nikmat keindahan yang ALLAH kurniakan itulah ramai yang tersungkur dalam jalan yang pesong.
Salah siapa???
Jangan salahkan sesiapapu kerana nawaitu itu masih daripada diri sendiri....
Kita mahukan palitan putih yang cantik...
Atau calitan hitam yang mengelapkan???
Terserah....

No comments:

Post a Comment