BUTTON

Thursday, July 2, 2015

KHAYALAN

ketika malam itu bertamu aku cuma mahukan kepastian. Mia munculkan bagaikan sebuah lembaran kisah dari kitab lama. terlalu mistik dan terlalu uzur.

"Awak! awak! awak ok tak ni?"

Aku memandang Mia penuh pengharapan. aku ingin keluar dari kisah ini. aku ingin hidup sempurna dengan kehidupan yang cukup magis. aku ingin keluar.

'Saya nak keluar! Mia tolong Wan'

aku menjerit sepenuh hati. 

"Awak!! awak jangan macam ni. Awak kenapa ni?"

ya Mia berada di dimensi lain dan aku hanya mengkhayalkan bicara. Arghhh!! dimensi ini semakin sempit dan aku semakin lemas. aku ingin keluar.

perlahan aku pejamkan mata. aku ingin gelapkan dunia dan dimensi ini. aku ingin diam dan kaku sendiri. Mia. bila dia sudah bosan dia pasti pergi.

"Encik Syazwan! Encik Syazwan"

Arghhh. Mia bawa siapa pula ni. Perlahan kelopak mata aku bukah. 

"Arggghhhh!!!" tunjahan cahaya kedalam retina tidak dapat aku kawal ia menusuk dan menjadikan aku terlalu sakit. ya sakit. aku lebih rela lemas dalam dimensi terpisah dari tunjahan kesakitan cahaya ini. Sejak bila cahaya menyakitkan?

Sejak ia menembusi retina aku ini. 

"Encik Syazwan!! Encik Syazwan. Awak kenapa ni!"

Argggh!! Aku terus mengelupur kesakitan,

"Nurse!! ambil sendatif!!" 

Sendatif? Nurse?

Mataku membulat dan cahaya sudah tidak menyakitkan.

"Mia! Aku kat mana?!" 

Aku sudah kembali ke dimensi yang sama dengan manusia lain. Ya. Selepas tidur yang panjang sebelum lelaki di sebelah aku ini mengejutkan aku dari tidur dan aku di tikam cahaya kedalam retina memberikan kesakitan yang telalu dalam dan aku terdengar akan kata-kaa mereka dan kini aku sudah kembali ke dimensi nyata yang tidak lagi sempit dan menyesakkan. 

sesak! tidak. Aku tidak lagi sesak nafas tapi aku aku sesak jiwa. aku dimana dan mia. kemana mia pergi. kemana pergi lembaran dari kitab lama aku?

"Mia! mana mia!" 

"Encik Syazwan bertenang dulu"

"Bertenang? kenapa? apa yang berlaku pada mia?!"

aku tahu. ini adalah ayat yang mereka guna sebelum beri khabar buruk. Mia! mia mana! aku meronta sendiri.

"Syazwan!" suara itu. suara tua yang aku kenal. Ibu!

Ibu di sini? bagaimana? ibu jauh di utara. bagaimana ibu kembali ke sini? adakah ibu punya kuasa luar biasa yang boleh transportasi ke sini melalui dimensi asing? 

"syazwan! Ya Allah Syazwan. kenapa ni? kenapa nak?"suara lembut ibu waraskan aku sedikit. aku perlu bertenang. ya mereka akan tunggu aku bertenang dan baru khabarkan tentang Mia

keadaan sepi. sunyi, ya. aku sedang bertenang. mungkin mereka sedang merangka ayat. aku cuba berikan mereka masa.

Seminit. Dua minit. Lima belas minit. Semuanya terlalu sepi. Aku semakin tertekan dengan keadaan ini.

"Ibu..."

Ya aku perlu mulakan pertanyaan kembali,

"Ya sayang. Ya..."

"Mana mia?"

"Mia? siapa mia?"

Argh!! Ibu tidak kenal siapa mia. Ya. Ibu jauh di utara dan aku di sini. 

"Err.... Tuan... Encik... Err... Doktor?.."

Lelaki berkot putih itu menghampiri

"Mia... mana mia. dia yang bawa saya ke sini kan? selepas saya terperangkap dalam dimensi tu. saya tak boleh berhubung dengan mia. dan dia bawa saya kesini kan? saya tak gila. er... dimensi... errr... bukan. bukan dimensi saya cuma..."

"Mia tak wujud syawan"

Diam.

"Mia hanya khayalan awak"

Diam.

"Mia tak pernah ada dalam dunia realiti"

Diam.

"Mia hanya ciptaan aku!" 

air mata ibu jatuh. dan air mata aku.

Seperti meratap sebuah kematian. Aku tahu. Mia tidak akan kembali lagi. 

No comments:

Post a Comment