BUTTON

Thursday, July 2, 2015

MIA 2

Setahun berlalu dan kisah Mia dan Megat juga sudah setahun ternoktah. Mia tidak berjaya mengikut jejak Megat.

Impian UK mereka tidak tercapai. Hanya megat yang pergi dan Mia. menjalani harinya sebagai pelajar Kewartawanan UiTM. Megat menyepikan diri di negara orang. 

Facebooknya juga sudah lama tidak berstatus baru. Mia rindu. Ya, Dia rindu keletah lelaki itu. 

"Dah la tu dok mengenang orang yang jauhnya"

Hani juga mengambil haluan yang berbeza. Namun mereka masih di Universiti yang sama. 

"Dah setahun kan. Cepat masa berlalu"

"Tapi hati kau masih rindu" sindir Hani. 

Mia diam. Ingin menafikan, dia memang sedang rindu. 

Universiti jauh berbeza. Dunia Hani dan Mia juga semakin berbeza. Kawan-kawan semakin ramai. Qaseh, Rozi, Mell dan jejaka nakal sekolah juga kini sudah menjadi rakan mereka, Amier.

"Entahlah Hani. mungkin sebab aku terlalu mengharap"

"Haish kakak wartawan ni. Jiwang betul. Eh cuba kau bukak mata sikit. Banyak lagi abang engine kat sini abang engine kat UK tu jugak kau kejar kan" 

Mia tergelak. Geli hati pula bila Hani yang dulunya comel-comel kini sudah jadi kak kiah. mulutnya kepoh macam si Amier. Sekurangnya inilah yang menghiburkan Mia. 

"Kau tak hantar email ke apa ke?"

"Aku ni perempuan Hani. kalau dia ingat aku mesti dia email aku"

Hani angguk.

"Dah la mia. Move on je la!" 

Mia tarik nafas dalam. Kalau lah semudah itu hani.

-----
"Ada kenduri ke mak?"

"Eh. Kan mak dah bagi tahu ada tetamu penting nak datang"

"Penting? siapa? MB nak melawat rumah ke?"

"Haish budak ni! Apakehal MB nak lawat rumah pulak. Ini bukan rumah kebajikan. Ala.. kamu bersiap je... nanti diorang tengok anak dara macam ni. mak jugak dapat nama nanti"

Mia hanya tersengeh. 'Tetamu pun tetamulah mak'

-----
"Hah?! tunang?!!" hampir bergema satu rumah dengan suara Mia. 

"Mak!! Mak ni biar betul! eiii! budak mana ni mak!"

"Eh. Dia kata dia kenal kamu. mesti kamu kenal dia. Ala Mia. orang dah berkenan. terima je la!"

"Eh mak ni. yang nak kawinya Mia. bukan mak!"

"Eh budak ni. Yang maknya aku ni. bukan Mia" setepek Mak mia balas balik .

Mia tarik nafas dalam. Cuti seminggu kali ni sudah makin merimaskan. Tetamu yang datang tu memang tetamu istimewalah! Rombongan meminang!

----
"Kau biar betul Mia. Bertunang!" 

"Ya hani ya. Bertunang"

"Wahh sapa yang bertunang? kau ke mia?" rozi menyampuk

"Hmmm... tu tanda tuhan nak suruh kau move on" 

"Argh engkau. tak habis-habis move on. kau ingat senang ke!" 

"Kau tak tanya ke nama tunang kau"

"Entah. lantak lah. aku malas nak fikir"

Qaseh dan Rozi senyum-senyum kambing "Makan nasik minyak tak lama lagi la weeei!!"

----
"Hah?! kawin?!!" Mia rasa nak pengsan. 

Sudahlah bertunang tiba-tiba. ini kawin tiba-tiba. 

"Ya Allah mak! mia ni belajar lagi mak!!!" 

"Alah... bukan kena buang pun kalau kawin. bagus la. ada orang jaga. tunang kamu tu pun kerja kat sana nanti" 

"Hah?!"

"Eh salah. Suami kamu nanti!"

Mia betul-betul rasa nak pengsan. Ya Allah. Mak nya ni dah kenapa. 

"Mia, mak ni risau tahu kamu tu duduk jauh-jauh. Ni dah ada orang nak jaga kamu. Budak tu baik. Dia dah beli rumah kat situ. nanti tak payahlah kamu duduk asrama. makan minum kamu, keselamatan kamu, ada orang jaga" 

Mia mula rasa tewas dengan suara ibunya itu. entah kenapa. Mia memang tidak mampu menolak. Cuti semester minggu hadapan. Dan minggu seterusnya dia akan dinikahkan. Mia terasa dunianya sudah tunggang tebalik.
-----
"Kawin?!!!!" Mereka semua bersuara serentak. 

"Ya... mak aku suruh aku kawin" Mia sudah macam zombi. terlentang di tengah bilik selepas mengkhabarkan semuanya. 

"Hmmm... kitorg datang nanti"

"Honeymoon kat mana?"

"Hensem tak"

mia rasa nak sepak je muka kawan-kawanya itu. langsung tidak memahami perasaan dalam jiwanya kini.

"korang ni..." apa pun yang dia bakal cakap keputusan masih sama. dia akan kawin

-------
"Takutlah hani..."

"Takut apa? suami kau bukan alien pun"

"Ya Allah. betul ke aku buat ni. Weeiiiii ni bukan main-main ni!!" mia sudah beberapa kali bangun duduk dalam persalinan pengantinya.

" eh budak ni. weiii... kejap lagi rombongan sampai. jangan nak buat pasal pulak. dah relaks. relaks. tarik nafas. cool!" 

Mell sudah tersengeh-sengeh melihat gelagat mia. Qaseh masih sibuk menghabiskan buku Monarki. Rozi pula geleng-geleng kepala. Hani masih cool. 

"Rombongan dah sampai!!" Mak Long Mia menjerit 

Jantung mia terasa mahu terkeluar. Hah sudah!!

-----
"aku nikahkan dikau Megat Syazwan Shah dengan Nuramira Liyana dengan mas kawin seratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Nuramira Liyana dengan mas kawin seratus ringgit tunai"

Mia pantas mengangkat wajahnya sebaik telinganya menangkap nam sebaris nama itu.

"Megat!" hani menjerit kecil. Mata mia membulat.

Rozi meminta mia menadah tangan sementelah Mia masih kaku memandang pengantin lelaki dihadapanya. 

Megat bangun menghampiri mia untuk menyarungkan cincin. Dada Mia terasa sesak. sebak dalam dada menyerbu. 

Setahun dia menanti khabar lelaki ini dan kini mereka bergelar suami isteri. Megar tersenyum manis menampakan sepasang lesung pipit yang Mia tidak pernah lupa. 

"Hensem sangat ke saya ni sampai awak tengok macam tu"

Wajah mia merona. Pantas pandangan di alih. 

"You are beautiful. My wife" Bisik Megat. 

Air mata mia sudah berduyun-duyun turun. Ya Allah, terima kasih. 

"Demi Allah, abang akan jaga Mia selagi Allah izinkan abang" 


----

No comments:

Post a Comment