BUTTON

Wednesday, July 8, 2015

MIA 4

"Abang.... kalau sayang cakap something abang jangan marah erk"
Megat menghentikan pembacaan.

"Apa?"

"Ermmm.... Hani suruh sayang bagitahu hal ni, Supaya nanti abang tak salah sangka"

"Apa dia?" Megat mendekatkan diri dengan Mia.

"Ada lecture sayang semalam... dia cakap dia suka sayang"

"Hah?!" hampir terlompat Megat dari duduknya

"sayang minta maaf..."

Jari megat sudah melekat di bibir Mia

"No sorry in love right? abang percaya sayang macam mana sayang percaya kat abang, Lect sayang suka kat sayang but you are not love him right? you are only love me right?"

Mia tersenyum malu. Sejak bila lah Megat ni pandai sweet2 macam ni. Makin parah dah cintanya untuk lelaki ini.

-----
"Kan aku dah kata" 

"Hmmm tu lah Hani. Aku mula risau jugak. Tapi Alhamdulilah da faham"

"Setahun dia tahan diri kat UK takkan ni tak bleh tahan isteri dia ada orang suka"

"ada-ada je lah kau ni hani"

"Tak sangka kan. Setahun hilang. tiba balik terus jadi laki kau"

"Tak sangka kan aku boleh tahan kawan dengan kawan sengal macam kau ni bertahun-tahun. misteri..." 

Hani mencubit peha Mia. pandai betul rakanya ini memulangkan paku buah keras. 

"Mia.."

"Hmmm...."

"bila korang rancang nak ada baby?"

Mia membulatkan matanya. tidak disangka hani bertanyakan soalan itu.

"Aku baru masuk part 2 ni kau suruh aku beranak. gila ke apa? supaya aku pergi kelas dengan perut ni"

Hani tergelak besar mendengar penerangan Mia. 

"Kau ni dari dulu sampai sekarang sama je kan. kalut dia..!" 

Mia menahan rona panas pada wajahnya. 

"Mia... masalah sudah mari"

"Hah?!" 

kelihatan Sir Khairul mendekati mereka. Lelaki ini masih tidak putus asa. Mia menarik nafas dalam.

"Hai guys... tak ada kelas ke?" tanpa rasa bersalah dengan apa yang berlaku minggu lepas Sir Khairul menegur Mia dan Hani.

"Pukul dua. Dengan PM Jamnul"

Tanpa di jemput Sir Khairul melabuhkan duduknya di sbeelah Mia. Mia Menginjak sedikit. tidak selesa dengan lelaki ini. 

"Minggu ni u berdua free tak? I nak ajak you pergi hang out"

"Hani mungkin lah sir. Tapi Mia ni..."

"Its a family time. Minggu ni suami saya nak ajak saya jalan-jalan" Mia cuba untuk menunjukkan kebahagiaanya. 

"Owh jalan ke mana? apa kata kita keluar sama-sama"

Mia sudah mula menyumpah dalam hati. lelaki ini memang degil.

"Yang tu saya tak pasti la sir. sebab semua decision suami saya yang buat"

"Owh... tanyalah dia. Boleh kita hang out sama-sama. Lagipun suami mia tak teringin ke kenal lecture mia yang kacak ni"

Mia sudah menggumam dalam hati. 

"Errr.... nanti saya tanya" jawab Mia dalam keberatan

"Teringin saya nak kenal dengan suami mia" dalam maksud ayat Sir Khairul. Mia dan Hani dapat meneka agenda lelaki ini.

"Do you know what? best men win" Sir Khairul mengangkat punggung meninggalkan Mia dan Hani yang semakin jelek dengan lelaki ini.

-----
"Psiko wei! sibuk nak hangout dengan family orang"

"Aku cadangkan kau ajak je Mia. kau tunjukkan Abam Enjin kau yang hebat tu"

"Hah?! gila ke apa? kang buat diorang bergaduh ke apa"

"Sebab tu la. Kita hangout. Ni chance kau nak tunjuk dekat Sir Khairul macam mana kau dengan megat"

"Hah?! serious ke? ish... tak berani pulak aku nak bagitahu megat"

"Believe me. He love you enough to understand you Mia"

Mia terdiam. Kata hani ada benar. Megat cukup yakin denganya dan kepercayaan itu takkan semudah ini pudar. Mia tersenyum mengingatkan suaminya. 

Setelah berkahwin barulah Mia tahu bertapa manjanya suami tercintanya itu. 

sebelum ke tempat kerja mesti ada 'good morning kiss' untuk suaminya kalau tidak merajuk satu hari. dan ciuman itu mestilah bersama ucapan selamat pagi.  sebelum tidur pun kena ada Good Night Kiss dan ucapan selamat  malam. 

Kata ibu pikat suami dari perutnya. Megat sangat suka makan dan Mia walaupun masih lagi belajar untuk memasak megat tak pernah merungut. Semua masakkanya dihabiskan.

Paling Mia suka adalah memerhatikan suaminya menyiapkan kerjanya. Wajah megat penuh serius cukup kacak dimata Mia. Megat tidak perlu buat lebih untuk berikan Mia jatuh cinta sekali lagi. Malah setiap hari Mia jatuh cinta dengan suaminya.

---
"Berangan je sejak kawin ni"

Baru Mia tersedar dia berada di cafe dan sedang tersengeh-sengeh teringat tentang megat,

"Ya Allah..." Mia menahan rasa malu.

"Kau ni... kemain lagi..."

"Susahlah hidup aku macam ni hani"

"Hah? kenapa? megat minta pelik-pelik ke?" 

Mia menggeleng. 

"Susahlah hani tiap-tiap hari jatuh cinta"

Mia ketawa kecil. Wajah bersungguh hani sungguh kelakar apatah lagi sebaik sahaja dia menyebut soal jatuh cinta. Hani memang comel. Hai, kalau Sir Khairul sukakan Hani kan senang.

------
"Here. For my wife" 

Seutas gelang tangan Pandora disuakan. Mia terkesima.

"Ya Allah, bila masa abang beli ni"

"Hmmm... baru ni. Abang tengok cantik. Lepas tu bayangkan Mia pakai, Mesti comel"

Megat tersenyum dihadapan Mia. Sepasang lesung pipitnya buatkan Mia jatuh cinta lagi. 

"Abang hensem sangat erk?"

Wajah mia merona merah. Malu bila tersedar dia sibuk memandang Megat.

"Perasan"

"Perasaan untuk isteri abang je" Megat tersenyum lagi. Perlahan tangan Mia diraih. Gelang yang dibelinya di ambil lalu dipakaikan di tangan Mia.

"I love you. More and More" ucap megat romantik. 

"I love you more and more" ulang Mia. 

Megat meraih Mia dalam pelukanya. Mensyukuri pada Allah cintanya pada Mia akhirnya bersatu. 

No comments:

Post a Comment