Mia masih termenung. Menunggu kehadiran Hani yang entah kemana perginya.
"Mia!" suara hani. Mia toleh kebelakang. Hani muncul bersama dua batang aiskrim. Mia sengeh.
"Sorry Mia, traffic jam"
"Amboi... tengah traffic jam ada aiskrim ke??"
Hani cuma sengeh. Pipinya yang mengembang di cubit mia. geram dengan rakanya ini.
"Kau tahu tak ada budak baru masuk sekolah kita?"
"Eh? Tak tahu pun... kau mana tahu?"
Hani sengeh lagi,
"owh lupa. kau kan anak cikgu. berita cepat sampai"
Hani terus tersengeh.
------
"Dah seminggu budak tu masuk sekolah ni tak pernah bercakap pun"
Hani angguk setuju. Sudah seminggu pelajar lelaki itu berada di Sekolah Seri Jaya namun dia lebih banyak mendiamkan diri. menjauhkan diri dari pelajar lain.
"Lantak dia la. Ada ceq kesah?"
Namun jauh di dalam hati Mia dia ingin berbual dengan pelajar itu. betul kata Hani. Sejak masuk ke sini pelajar itu banyak menghabiskan masa membaca buku. Amat kurang berbual dengan pelajar yang lain.
Mia masih ingat semasa sesi perkenalkan diri isnin yang lalu. Pelajar itu nyata kelihatan takut-takut.
"Nama saya Megat Syazwan Shah"
"Dari mana?!" Amier pelajar yang memang terkenal dengan kenakalanya menyampuk.
"Er... Dari...."
"Dari mana pun tak tahu ke?!"
satu kelas berderai ketawa. Megat hanya mendiamkan diri.
"sudah-sudah! kamu ni amier. kalau sehari tak kenakan orang tak boleh" marah Pn Ida, guru kelas mereka.
"Ala... saya nak tahu dia ni dari sekolah mana dulu... tu je cikgu..." Amier sengeh-sengeh kerang
"Megat. kamu duduk di meja belakang tu" Pn Ida mengaibaikan pertanyaan Amier. Megat hanya diam dan berlalu ke mejanya.
-----
Petang itu mereka ada latihan rumah sukan. Inilah sekolah. Nak tak nak kena sertai aktiviti wajib seperti ini.
"Awak..."
Mia menoleh. Terkejut. Megat dihadapanya.
"Err... ye ada apa boleh saya bantu?" Mia cuba berlagak biasa.
"er... ada apa nak saya tolong. cikgu suruh saya tolong awak"
Mia hanya senyum, 'Baik juga budak ni. dan lurus bendul, kalau amier, memang tak dia akan datang membantu di sini' desis hati Mia.
"Hmm... tak ada apa. kitorg tengah potong-potong kertas ni je. meh la tolong"
Megat tidak cakap banyak. gunting di capai lalu dia mengambil kertas-kertas yang ditunjukkan Mia.
"Megat baru pindah sini ke?"
Megat angkat muka. Angguk sambil senyum.
Baru mia perasan. Budak ni ada lesung pipit. comel.
"Sebelum ni duduk mana?"
Megat masih bisu. Nyata dia cuba untuk mengelak soalan dia dari mana.
"hmmm.... tak pelah kalau megat tak nak bagitaw.."
"Dari UK" jawab megat ringkas
"UK?!" mia hampir menjerit mendengar jawapan megat. Beberapa pelajar yang lalu lalang menoleh kearahnya. Mia mengawal rasa segan kerana menjerit tiba-tiba
"Hmm... my parent...eerr... mak ayah... student... er... pelajar sana"
Mia baru perasan slang megat luar dari biasa. ada loghat orang putih.
---
Sejak itu megat dan mia semakin rapat. Megat nyata tidak banyak bercakap kerana dia kurang faham bahasa melayu. Mia lah yang menjadi guru bahasa melayu megat.
"Habis STPM which course awak nak sambung" megat masih lagi merangkak-rangkak untuk berbahasa melayu
"Ermm... saya minat nak jadi wartawan. awak?"
"I want to fly back to UK. take my degree there"
Mia terdiam. entah kenapa sayu pula hatinya mendengarkan keinginan megat.
"Er... kenapa mia?"
":tak ada apa... bestnye fly pergi UK..."
"Jom la kita fly sama-sama. It must be great to have you there"
Mia terdiam.
"Apa yg bestnye. kat sana kan mesti ramai girlfriend megat kan"
"Mana... ada... Mia lah girlfriend saya..."
Mia toleh pantas. terasa pipinya panas.
Mia cuba ketawa. Fake!
"Mia... saya.... betul-betul harap Mia can fly together with me. Kita pergi UK sama-sama"
Mia terasa wajahnya sudah merona merah. 'Ya Allah dah kenapa mamat mat salleh ni' namun hati mia berbunga riang.
"Kalau macam tu, we have no time utk chat chot macam ni. Mia kena dapat 4flat baru boleh ikut megat pergi UK"
Mia cuba tahan rasa malu dalam dirinya.
"Nuramira Liyana... I love you" bisik megat
Mia terpana. Megat berlalu pergi dengan senyuman lebar. Argh mamat ni memang sesuatu!
No comments:
Post a Comment