BUTTON

Monday, August 31, 2015

Hani 1

Melihat dia bahagia adalah kebahagiaan aku. Mungkin aku adalah manusia paling bodoh untuk mencintainya dalam diam. Namun aku tahu. Bahagia itu hanya bila dia bahagia.

------
"Kehmain skang dia... ada marka teruih lupa ceq ni hah"

"Ish. Mana ada marka. Hang ni memandai je"

Hani sudah sengeh2.

Hani perasan. Sejak hari sukan mia makin rapat dengan Megat. Hani juga perasan. Antara mereka simpan rahsia.

"Hai gossip girls. Can I?" Megat merujuk kepada kerusi yang kosong di hadapan hani dan mia.

"Sure"-jawab hani pantas.

"Uollz gossip apa?" Tanya megat ramah.

"Tak da apa. Baru nak start gossip" jawab mia pantas.

"Boleh saya join?"

"Kalau kami kata tak boleh pun awak dah duduk kan"

Megat angkat kening sambil senyum. Pamer lesung pipitnya.
----
"Hani! Wait! "

Langkah hani terhenti. Megat termengah2 di belakangnya.

"Dah kenapa ni? Ada hantu kejar ke" hani sudah gelak2.

"Saya nak tanya awak ni"

Kening hani terangkat.

"Apa?"

"Maybe kita boleh lepak dekat kedai situ kejap" megat sengeh tunjuk warung abc mak tom.

----
Megat tak tanya hani. Terus oderkan dua mangkuk abc. Hani cuma geleng kepala. Budak ni memang pelik. Kat sekolah kemain senyap.

"Awak nak tanya apa?"

"Saya nak tanya pasal mia"

Wajah hani tidak beriak. Meskipun hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang pedih.

"Tanyalah" hani pandai kawal riak.

"Mia tu.... single lagi ke?"

Hani ketawa spontan. Tak sangka soalan megat yang nampak suspen tu rupanya soalan itu.

Wajah megat merona merah.

"Ok sorry sorry" hani masih tidak mampu henti ketawa.

Senyumnya puas dikawal.

"Sorry... he..he... single-single"

Hani masih kawal tawa.

Megat masih merona merah.

"Awak minat mia erk?" Tanya hani selamba.

Megat merona lagi.
Angguk.
angguk.

"Patotlah.... ni saya bagi clear advice sebagai kawan mesra kehmain dengan mia tu"
Hani sengeh

"Mia tu single mingle. Tak pernah kaple2. Mia ni tak same macam makwe awak yang lain"

Uhukkk... uhukkk... megat yang sedang kusyuh dengar sambil sedut abc tersedak

"Eh awak ok tak ni"

Muka megat merah akibat batuk pula. Hish mat salleh ni. Macam2. Bisik hati hani.

"Hish minum elok le sikit. Bersembur dah hah" marah hani sambil gelak2.

"Saya tak ada makwe la."

"Ecececr... nipu le"

"Betul la. Ni first time saya rasa suka dekat seseorang"  luah megat
"Seyez arrr!!"

"Hmm" megat angguk laju.

"First love la ni?"

Megat jungkit bahu.

Petang itu lama mereka lepak makan abc. Sambil sembang pasal mia. Dan pasal cinta megat untuk mia.

Khairul : Akhir

Masa terlalu cepat. Perut mia sudah semakin membesar.
Khairul menghitung waktu. Menanti kelahiran ahli keluarga baru.
Bunyi mia menjerit mengejutkan khairul. Khairul bergegas mendapatkan mia. Mia dalam kesakitan. Air ketuban sudah pecah.
----
Khairul menanti gelisah. Dr kata bayi mereka songsang. Dia tidak boleh turut serta utk proses melahirkan. Khairul makin gelisah.
Kehulu. Kehilir. Khairul tak senang hati.
Duduk bangun. Khairul tak senang duduk.
----
Pintu terbuka dan doktor muncul. Pada tangan jururawat belakang doktor pengang sesuatu. Bayi.
Khairul rasa ingin melompat. Gembira bukan kepalang.
"Semua selamat" doktor nama Mawar itu senyum dan terus berlalu.
Jururawat muda menghampiri Khairul.
"Perempuan" kata jururawat itu. "Puan mia ada di dalam. Mari"
Khairul terlalu teruja. Dia minta untuk kendong anak perempuanya. Jururawat bagi.
Khairul melangkah masuk. Kelihatan mia tersenyum girang.
"Anak kita. Perempuan" khairul masih teruja.
Mia angguk2 sambil senyum. Mia masih lemah.
"Abang dah fikir nama. Nuramya. Macam nama mia" khairul teruja.
"Mia ikut je"
Khairul terus peluk cium anaknya.
------
"Macam mana doktor?"
"Susah. Keadaan dia makin teruk"
"Tak da cara ke doktor"
Doktor mawar geleng kepala.
"Takkan saya nak biar dia terus macam tu"
"Kami dah cuba. Tapi keadaan dia makin teruk. Kami dah cuba sebaik mungkin. Ubat saja tak cukup"
-----
Khairul kelihatan gembira menggendong bungkusan anak patung di tanganya.
"Khai... khai anak mak"
Puan Sabariah menangis teresak.
"Mak. Tengok. Anak khai dengan mia "
Puan sabariah makin sebak.
"Khai. Semua ni tak wujud. Mia dah meninggal masa hari perkahwinan korang"
Mata khairul membulat.
"Tak. Mia ada. Tu. Mia baru je lahirkan mya"
Khairul jauhkan diri. Seketika dia kembali ketawa
"Alololo mya... anak papa..." patung kaku di tangan dicium khairul berulang kali.
Khairul ketawa gembira.
Wad psikitrik semakin riuh. Puan sabariah berlalu pergi. Khairul sudah hidup dalam dunianya sendiri.

Sunday, August 30, 2015

Khairul 3

Mia mula muntah2. Khairul jadi bimbang. Mia sakitkah?
"Jom abang bawang syang pergi klinik"
"Tak pe. Mia ok"
Khairul tetap bimbang
"Jom!" Tangan mia ditarik lembut. Khairul tak betah lihat mia sakit.
-----
"Alhamdulilah. Isteri encik ni morning sick. Pembawaan budak"
Khairul rasa nak melompat2. Wajah mia pula merona merah. Antara malu dan gembira.
Perlahan tangan mia khairul raih. Dikucup lembut.
-----
Muntah2 mia makin teruk. Khairul pula yang tak senang duduk.
"Sayang sure sayang ok ni?"
Entah kali ke berapa khairul tanya. Mia geleng2 tanda tak apa.
"Jom la pergi hospital" desak khairul.
"Mia o...." satu hamburan lagi terluah dalam sinki. Habis semua sarapan mereka pagi ini.
"Tengok tu. Jom la. Teruk sangat ni. Kesian baby. Makanan mia semua dah keluar tu"
"Mia..." mia rebah.
Khairul panik.
---
Mia ditahan di ward. Akibat kehilangan banyak air dan dehydrasi.
"Abang balik amik barang sayang dulu ya" khairul mengucup lembut dahi mia.
"Hmm" mia masih nampak lesu.
----

Saturday, August 29, 2015

Khairul 2

Sudah setahun mia memegang gelaran sebagai wartawan. Setahun juga usia perkahwinanya.
Khairul makin biasa. Mia sibuk. Terlalu sibuk. Khairul faham kerana dulu dia pernah berada di posisi itu. Dia juga pernah menjadi wartawan. Sebelum memohon jawatan menjadi pensyarah.
Bunyi telefon bergema. Pantas khairul angkat.
"Malam ni mia kena stay office. Kami kena standby" suara mia serak di hujung talian.
"Sayang sakit tekak ke?"
"Tak pe. Mia ok" jawab mia ringkas.
"Ok take care. Love you" khairul cuba memahami.
Talian dimatikan tanpa kata balas. Bergitulah setiap kali.
Khairul tahu mia masih belum mampu mencintai dirinya. Khairul tak kisah.
------
"Sayang..."
Khairul memegang lembut bahu mia dari belakang. Di urut-urut lembut bahu isternya.
"Maafkan mia"
Khairul berkerut. Mia selalu minta maaf. Terlalu kerap.
"Abang sentiasa maafkan mia walau apapun"
Khairul terlalu baik. Melayani setiap karenah Mia. Khairul terlalu setia. Sehinggakan mia terasa bersalah.
"Abang terlalu baik untuk mia"
Wajah khairul berkerut. "Kenapa cakap mcm tu. Tak da siapa lebih baik dari siapa la" khairul mengucup lembut ubun2-mia
Perlahan khairul berlutut dihadapan mia. Mengucup lembut tangan isterinya.
"Mia..."
"Syhh... " khairul meletakkan jarinya pada bibir mia
"sekali lagi mia cakap maaf abang cium mia"
Mia ketap bibir. Khairul sengih-sengih. Suka benar menyakat melihat wajah mia bergitu.
Khairul merenung lama wajah isterinya.
"I will love you forever"
------

Friday, August 28, 2015

Khairul

Mia masih membisu. Khairul tahu. Hati mia bukan untuknya. Tapi khairul tahu ini bukan pengakhiran segala.
Nuramira Liyana. Nama itu disebut berulang kali sebelum majlis akad nikah mereka. Tak mahu tersasul semasa lafaz akad.
"Abang janji akan jaga mia" bisik khairul.
Mia tersentak dari lamunan.
"Abang tahu hati Mia bukan untuk abang. Tapi abang nak mia tahu, hati abang juga bukan untuk abang lagi" khairul raih lembut tangan mia.
Perlahan air mata mia menitik.
"Maafkan mia" mia sebak
"Abang faham. Abang nak mia tahu. Abang tetap sayangkan mia walau apa pun"
Air mata mia semakin laju.
"Syhhh... jangan nangis" khairul kesat air mata mia perlahan. Pipi mia dielus lembut.
"Mia akan jadi isteri yang baik utk a...bang" mia masih tak biasa.
"Mia dah ada di sisi abang pun abang dah rasa cukup bahagia"
Mia terharu. Tidak sangka pensyarahnya ini cukup mencintai dia.
------
"Sayang masak apa ni" pinggang mia dirangkul perlahan.
"Eh bila a..bang balik" mia nampak terkejut.
"Tadi. Petang ni kelas start lambat. Abang balik la sebab ada hal urgent nak bagitahu ni"
Kening mia terangkat.
"Kecemasan apa?"
"Abang...." khairul buat muka serius
"Kenapa?" Mia cemas
"Abang rindukan mia" khairul tergelak kecil.
Mia muncungkan bibir. Hish suaminya ini buat saspen je.
"Abang ni kan" mia cubit manja khairul.
"Abang rindukan mia sangat-sangat" khairul rangkul balik pinggang mia erat2.
Mia tersenyum bahagia. Kalau keadaan ni berterusan mungkinkah mia akan jatuh cinta pada lelaki ini.
Mia tak pasti.
"Sayang..." panggil khairul lembut
"Hmm"
"I love you sooo much"

Antara Demostrasi dan Demokrasi ada Agend Yang Tersembuyi

Ramai yang mula sedar. Terlalu banyak benda yang tak kena. Terlalu aneh dan semakin pelik

Maka mereka merasakan untuk merubah keanehan ini mereka akan turun ke jalanan dan berteriak. Kembalikan normaliti yang hilang.

Namun aku tertanya. Apakah cara mereka tepat dan benar.
Mereka mungkin salah. Atau aku yang tidak betul.

Aku berada jauh dari tengah hiruk udara berdebu kuala lumpur. Bersama sebuah gerai. Ditemani langit mendung seakan mahu menangis.

Aku tahu sesuatu. Jauh disana mereka sedang siap siaga. Turun kejalanan menuntut pengembalian normaliti. Dalam kekusutan rasa dan perasaan yang berkecamuk.

Aku tahu. Tak mungkin mereka turun dengan penuh tenang. Manusia takkan tenang dengan ruang udara yang panas dan asakan tempikan keinginan. Aku tahu. Kerana aku juga manusia.

Langit semakin mendung dan aku makin sebak.

Kenapa bergitu mudah kalian terjebak.
Dan kenapa bergitu mudah tewas dalam nafsu syaitan.
Kenapa bergitu mudah salah tafsir itu berlaku.

Kalian hanya keliru.
Antara demokrasi dan demostrasi. Ada sesuatu yang jahat sedang menunggu.

Aku pula faham. Agenda yang aneh sedang bertopeng. Dari balik topeng demokrasi dari demostrasi. Lebih aneh agenda itu gelap dan hitam.

Mungkinkah. Abnormaliti yang ingin dijadikan normaliti. Akhirnya tewas menjadi lebih abnormal.

Dunia memang aneh.

Thursday, August 27, 2015

MIA : AKHIR

Andai abang pergi. Mia jaga diri

Mia tidak sangka. Megat rebah tiba2.

Nadi megat berdenyut lemah dipantul dari mesin yang berbunyi lemah.

Hati mia sebak. Apa yang megat sembunyikan.

"Syifa..." mata mia membulat.

Nama itu meniti dari bibir megat sejak semalam. Sejak megat berada dalam alam bawah sedar.

Hati mia sakit. Fikirkan siapa syifa.

Mia lupa. Sudah tiga tahun berlalu
Mungkin hati megat sudah di isi.

Mia rasa sakit. Hatinya pedih. Kalau benar sangkaany kenapa megat datang setiap hari melawatnya. Kenapa megat berikan harapan untuknya.

Mia mula membenci. Megat kejam. Pada dia. Dan pada syifa.
----

Megat bermimpi. Tangan halus syifa memegang erat tanganya. Bagaikan memberi kekuatan.

"Abang jangan risau. Syifa akan jaga abang" syifa tersenyum manis

Megat rasa bahagia.

Mereka duduk diatas padang yang luas. Dibawah rendang pokok. Hanya itu sahaja pokok di situ.

Syifa duduk menyandar pada batang pokok. Megat rebahkan kepalanya di riba syifa.

Syifa usap kepala megat perlahan. Megat terbuai.

"Syifa akan jaga abang sampai bila2" jemari syifa terus bermain di rambut megat.

Megat pejamkan mata menikmati rasa nyaman bersama syifa. Megat akui. Cinta untuk syifa tidak sehebat cinta pada mia.
Tapi syifa segala-galanya untuk megat.

"Maafkan abang. Abang tak dapat jaga syifa"

Megat terasa ada titis air jatuh pada pipinya. Perlahan megat buka mata.

Megat nampak syifa. Menangis penuh sayu.

"Abang minta maaf" syifa terus menangis

"Syifa redha"

Perlahan air mata megat jatuh. Mata megat mula memberat.

-----
"Doktor!!!"
Mia hampir histeria. Mesin nadi bunyi senada.
Kocak nafas dada megat sudah tak ada.

Tika doktor datang. Megat sudah pergi. Tubuh kaku megat tenang seolah sedang tidur. Cuma pada tubir matanya yang terpejam. Air mata megat jatuh.
-----
Mia suram dalam persalinan perkahwinan yang cukup biasa. Ini perkahwinan kedua. Mia tak rasa bahagia.

Mia masih ingat kisah dua bulan yang lepas.

Pertemuan yang cukup memilukan. Pada hari pengebumian megat, syifa datang. Bersama jawapan2 yang mia cari.

-----
"Abang megat tahu, risikonya tinggi"

Gadis bertudung labuh itu bertutur penuh teratur. Bicara satu2 dari bibirnya yang pucat.

"Syifa tak sangka. Abang megat korbankan cinta dia demi syifa"

Mia masih bungkam. Kaku hilang kata. Mia cuba kumpul perasaan. Cari kekuatan untuk bertanya.

"Syifa... "-mia rasa sebak. Takut membayangkan jawapan bakal diterima

"Megat mesti sayangkan syifa kan" mia makin sebak

"Syifa sayangkan abang megat lebih dari diri syifa. Tapi sayang abang megat untuk kak mia takkan siapa dapat tandingi"

"Tapi dia tinggalkan saya demi syifa. Mustahil dia sygkan saya lebih dari syifa"

"Sakit ditinggalkan hidup boleh tukar benci. Sakit ditinggalkan kematian kekal sampai bila2"

Mia berkerut.

"Syifa perlukan hati. Dan hanya abang megat mampu beri" air mata syifa jatuh.

"Memberi hatinya umpama memberi hidupnya. Abang megat tahu"

Mia terasa nafasnya sesak. Bergitu sekali cinta megat untuk syifa. Mia tewas. Sangka dia wanita paling megat cinta. Mia salah.

Perlahan mia bangun. Tidak sanggup untuk terus terluka. Hati mia sudah berkecai. Entah kenapa. Mia benci pada megat.

Benci kerana mencintai lelaki itu sedangkan megat mencintai wanita lain. Megat kejam.

----
Hani setia menanti mia. Melihat wajah suram mia buatkan hati hani sebak.

"Aku salah hani. Cinta megat bukan untuk aku. Cinta megat untuk syifa"

"Kau gila ke apa?"

"Ya aku gila bila fikirkan megat sebenarnya cintakan syifa. Perceraian kami bukan sebab akum tapi sebab megat. Sebab dia sayangkan perempuan tu" mia sudah meraung

-----
Sir khairul baru sahaja selesai melafaz lafaz akad nikah.

Air mata mia gugur. Teringat saat megat melafazkan ungkapan yg sama.

Megat kini sudah pergi. Mia menangkap susuk tubuh syifa dari celah tetamu yang ada.

Upacara pernikahan selesai. Mia masih tidak mampu tersenyum girang.

"Semoga bahagia hingga akhirat kak mia"

Suara lembut dan bibir yang pucat. Syifa ada segala kecantikan yang megat mahukan. Mia terluka.

"Terima kasih"

"Esok kami sekeluarga akan pulang ke uk. Kalau kak mia sudi. Jenguklah pusara abang megat untuk kami"

Hati mia terguris. Nampaknya benar sangkaanya. Syifa sudah berkahwin dengan megat.

"Keluarga syifa tak kisah ke syifa ikut keluarga megat. Walaupun mia menantu mereka tapi syifa masih ada kehidupan syifa juga bukan?"

Wajah syifa berkerut.

"Menantu?Maksud kak mia?"

"Bukan syifa isteri megat?" Hani mencelah

"Syifa adik abang megat. Adik kembar yang terpisah dari bayi"

Mia terasa dunianya gelap.

----
Perlahan bunyi kompan sayup kedengaran. Rumah mia kecoh. Pengantin perempuan rebah. Dengan nadi yang berhenti.

Mia 10

Perkahwinan itu bukan satu perjudian. Aku tidak memperjudikan cinta aku.

Ketika aku lepaskan dia pergi, apa yang aku mahu dia bahagia. Aku tahu. Aku menyayangi dia cukup untuk lepaskan dia.

Aku tidak sangka dia masih setia. Menunggu titip kata cinta kami yang sudah lama terlerai.

Namun bahagia itu perlukan pengorbanan. Aku korbankan cinta aku untuk dia demi seorang gadis bernama Syifa.

Dan tika dunia memaki aku kerana aku tinggalkan dia
Aku cuma yakin. Demi Syifa. Aku perlu berkorban.

----
Seminggu berlalu mia masih bersama bau2 ubat.

Dalam persalinan pink hospital dan tangan yang membengkak dari tusukan jarum yang sudah lama dihenti IV dripnya.

Megat masih terus datang. Setiap hari.

Megat sendiri tidak pasti kenapa. Tapi dia tidak mampu untuk biarkan. Mahupun pergi. Atau tidak peduli. Megat tewas dalam rasanya sendiri

-----
Mata mia bengkak disprok dari balik kaca mata hitam sewaktu menghadiri prosiding mahkamah.

Semuanya sudah berakhir.

Mia dan megat sudah terputus ikatan. Mereka sudah menjadi asing antara satu sama lain

"Maafkan a... saya" ucap megat sebelum berlalu pergi.

Hati megat turut terluka. Bukan ini yang dia mahu sebenarnya. Namun semua ini takdir dari kebetulan.

Sedang megat sendiri tahu dia perlu cari jalan, tuhan bantu dengan beri adengan.

Ini pengorbanannya untuk syifa. Juga untuk mia. Megat harus memilih. Dan dia terpaksa lepaskan cinta paling dia sayang untuk seorang gadis bernama syifa.

Megat tarik nafas dalam. Wajah mia ditatap sekilas.

"Andai ada jodoh, abang akan kembali" bisik megat pada diri sendiri.

-----
Dan kini. Megat kaku bersama mia. Bersama bau ubat yang makin kuat.

"Terima kasih..." ucap mia perlahan

Megat kaku. Hilang segala patah bicara.

"Sebab lukakan hati mia..."
Nafas megat sesak.

"Sebab awak ajar saya rasa sakit ini..."
Megat terasa berpusing2 kepalanya

"Sekurangnya... saya lebih kuat lepas ni"
Megat rebah.

----
Bunyi suara Mia menjerit sayup makin hilang.
Megat tahu dia tak punya banyak masa. Semuanya kerana syifa.

Mia 9

Cinta itu tidak semestinya bahagia. Tiap2 cinta dalam dunia ada yang akan berakhir dengan kecewa.

Cinta juga kadang perlu pengorbanan. Mahupun dikorbankan.

Aku yakin. Manusia tidak akan dapat memiliki semua kebahagiaan. Ada yang perlu dikorbankan demi kebahagiaan yang lain

Terperangkap dalam sebuah cinta seorang lelaki bernama Megat Syazwan Shah. Aku lemas. Aku lemah.

Aku tewas pada setiap bait cintanya. Aku tewas pada kehidupan tanpa cinta darinya. Nyata aku tak mampu. Aku mengharap dan terus mengejar cinta yang sudah punah.

Aku tidak sanggup lepaskan cinta aku untuk dia. Dan sungguh aku benci. Benci pada diri aku yang terus memeluk bayangnya dalam lenaku. Benci pada diriku yang terus mencintainya dalam mimpiku.
Dan aku mula sedar.

Aku membenci diriku dan hidupku

-------

Mia kaku menghadap keluar tingkap. Bersama diari hitam peneman dirinya sejak tiga tahun yang lalu.

Megat rasa sayu.

"Mia..." ibu mia menyentuh lembut bahu anaknya itu.

Tidak sangka sms yang di kirim bersambut. Megat muncul di muka pintu.

"Mia...." mata mia beri reaksi. Suara ibunya berganti suara seseorang. Lelaki yang dirindu sejak tiga tahun yang lalu.

Perlahan mia pusing kerusi rodanya. Ingin membuat kepastian.

Air mata mia tumpah.

Wajah yang semakin kurus dan jelas tidak terurus itu memandang sayu padanya.

Hati mia bagai dibelah seribu. Antara benci juga rindu. Mia semakin keliru.

Megat pula masih kaku. Wajah kurus mia ditatap. Wajah yang jelas hilang seri. Mia yang riang dan bahagia sudah tenggelam dari kusut wajah penuh kesepian dan kesedihan.

------
"Sir buat apa kat sini? Maaf sir. Suami saya tak da kat rumah"

Sir khairul senyum tawar.

"Maaf. Tapi saya cuma nak bagi ni"
Kening mia terangkat. Sampul coklat di tangan Sir Khairul menarik perhatianya.

"Sir duduk la kat kerusi tu. Nnti saya buatkan air"

Mia hilangkan diri dibalik dinding konkrit rumah mereka.

Sir khairul jengah2 kelibat mia. Perlahan tanpa di jemput dia masuk kedalam rumah mia.

"Tak payah susah2"

Mia hanpir terlompat. Air panas terkena di tanganya. Mia mengaduh panas.

Spontan sir khairul mendapatkan mia. Meraih tangan mia lalu meniupnya perlahan.

Mia tahan pedih.

Sir khairul tahan rasa. Bau minyak wangi mia menusuk hidungnya. Mengocak rasa dalam jiwa. Kali pertama dia berada sehampir ini dengan mia.

Mia pandai bawa diri. Pandai juga mengelak. Sejak sir khairul luah rasa, mia pandai cari alasan.

Sir khairul tak sedar. Entah bila dia tolak tubuh mia ke diding. Bibir mia raih perhatian. Mia cuba melawan tapi sir khairul hilang kawalan .

"Sayang kenapa...." langkah megat kaku.

Adengan sungguh memalukan. Tubuh megat mengeletar. Tahan marah dan kecewa.

Sir khairul tersedar. Pantas dia menjauhkan diri dari mia. Lebih dia terkejut megat memerhatikan mereka.

Mia terus terjelepok. Antara terkejut. Sedih dan marah.

----
"Mia tak salah. Mia..."

"Dah lah. Abang... eerr... saya tak nak ingat"

"Megat masih tak percayakan mia kan"

Megat diam. Membisu tanpa jawapan

Mia berpaling. Kesat air mata.

"Sir khairul pinang mia"

Megat menoleh laju. Wajah kosong mia dipandang lama.

"Baguslah" megat jawab dingin. Jelas megat masih cemburu

"Orang kata biarlah kita terima orang yang sayangkan kita. Sebab dia tkkan tinggalkan kita" nada mia makin sebak

"Sir khairul memang sayangkan awak"

"Megat?"

Megat diam.

Megat pun sayangkan mia. Kata2 itu hanya dalam hati.




Wednesday, August 26, 2015

MIA 8

Bunyi sms masuk. Megat malas untuk melihat. Dia tahu sms itu hanyalah sms dari kenalan soal kerja. Soal pencawang yang terbakar. Atau soal kertas kerja yang masih belum siap.

Namun megat tetap mencapai telefon yang masih kaku di tempatnya.

Mata megat membulat. Sms yg diterima berbeza dari biasa sejak tiga tahun yang lalu.

Khabar tiga tahun yang cuba dilupakan.

Perasaan megat bercampur baur. Tiga tahun dia cuba lupa. Namun megat tahu dia masih ingat.

-----
"Abang jaga diri nanti" mia titip nasihat sambil betulkan tali leher megat.

Megat mengenakan kemeja pink yang dihadiahkan mia pada hari lahirnya tahun lalu.

"Kacaknye suami mia ni" mia bergurau manja.

Megat senyum lebar.

"Abang kan lelaki paling kacak kat dunia ni"

"Perasan"

Megat tersenyum bahagia. Perlahan mia dirangkul

"Rindulah abang kat sayang nanti"

Mia hanya sengeh. Lakinya sorang ni memang tak sah kalau tak bagi ayat cayaq hati.

-----
"Sayang jaga diri. Jaga rumahtangga kita ya"

Megat kucup halus ubun2 mia. Bagasi sudah masuk kereta.

Entah kenapa hati mia sebak. Bukan pertama kali megat outstation. Tapi entah kenapa hati mia rasa tak sedap.

"Abang..." mia pegang erat tangan megat macam tak nak lepas. Air mata mia bergenang.

"Kenapa ni? Ala abang pergi kejap je" megat sapu air mata mia.

"Kalau sayang macam ni abang pun tak sanggup nak pergi" megat buat muka seposen

Terburai ketawa mia. Hish suami dia ni. Pandai betul amik hati.

"Abang jaga diri ye. Mia sayang abang"

---
Megat kaku di tempat duduknya. Sms yg diterima sms dari bekar mertuanya.

Khabar yang tidak dia sangka selepas tiga tahun. Sangka megat mia sudah move on. Tapi megat salah.

Langit mendung bertukar jadi gelap. Hujan sudah lebat. Hati megat bertarung lagi hebat.

Tuesday, August 25, 2015

Mia 7

Mia masih merenung setiap helaian foto perkahwinan bersama megat.

Dia tahu. Meski beribu kali dia buka balik lembaran itu. Megat takkan kembali.

Megat sudah membenci. Antara dia dan megat sudah tidak ada jalan penghubung.

Mia cuba redha. Tapi mia tahu dia tidak mampu.

-----
"Sayang. Abang akan outstation minggu depan"

Mia sedang sibuk siapkan makanan pantas menoleh.

"Pegi mana?"

"Johor"

Mia angguk faham. Bukan kali pertama megat outstation.

Mia terus siapkan makanan. Sudah seminggu dia menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa. Seminggu sejak dia sudah bergraduasi.

Megat ada tanya. Mia mahu sambung atau kerja. Mia masih berkira2. Hatinya mahu sambung. Tapi dia fikir pasal kehidupanya. Dia sudah bersuami. Kasihan pada megat.

Mia tahu. Megat tak kisah. Tapi mia kisah.

"Menung apa ni" megat rangkuk pinggang mia. Erat.

"Tak da apa"

Mia biarkan megat. Suaminya memang manja. Manja terlajak-lajak.

---
"Abang pergi dengan staff perempuan taw"

Megat sengeh2. Mia tahu megat tak pernah berpaling dari dia.

"Suka la tu"

Megat sengeh2.

"Mesti best kalau mia ikut"

"Tak nak la. Nanti abang tinggal mia pergi meeting dengan staff perempuan tu" mia muncungkan bibir

"Eeeeiii muncung tu macam itik!" Megat ketawa kecil.

"Mia. Abang janji. Selagi Allah izin abang dengan mia abang takkan sia-siakan mia. I love you sooo much"
Megat raih tangan mia. Dikucup lembut tangan isterinya itu.

"Mia percayakan abang"

"Abang pun percayakan mia"
------

Pang!!

Bingkai gambar perkahwinan mereka pecah.

Mia menangis semahu-mahunya.

Perlahan mia capai cebisan kaca dilantai.

Mia tak sedar. Cebisan kaca sudah membenam di urat nadinya. Darah perlahan keluar.

"Ya Allah mia!!" Suara emak sayup hilang dari pendengaran.

Move On

“Move on la Mya” Kata-kata Murni masih segar dalam ingatan. Pandangan aku buang ke luar. Jauh dan pilu. Memang mudah untuk cakap tapi susah untuk aku buat.
“Move on la Mya” Faris pun bercakap perkara yang sama. Arghhh! Korang tak rasa. Korang tak faham. Aku nak kalau boleh tapi aku tak boleh.
---
“Awak. Bintang tu cantik macam awak”
“Awak tahu. Saya selalu rasa angin tu bertiup dan hembus kata rindu pada saya. Rindu dari awak”
“Awak tahu malam tadi saya mimpi kita kawin. Saya rasa tu petanda”
“Awak. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya nak kita jadi kawan je la”
Prang!!
Bingkai gambar dan kaca berserakkan. Mya sungguh tertekan. Kata-kata membingit telinganya membuatkan Mya terasa mahu gila!
“Awak… saya minta maaf sebab sakitkan hati awak…”
“Hati aku bukan sakit je kau tahu!! hati aku ni dah musnah. Hancur. Lebur. Dah hilang dah semuanya. Tak ada apa yang tinggal kau tahu! semuanya musnah!!!”
Mya menjerit bagai orang gila.
Akhirnya dia terjelepok. Meratap kakinya yang berdarah terkena kaca dari bingkai gambar yang di baling. Mya benar-benar tertekan.
----
“Susah sangat ke nak move on?” Murni kembali bertanya.
“Kau ni. Relaks la. Move on beb!”
Mya pejam mata. Terasa kata-kata Murni dan Faris bagaikan belati. Menghiris tajam setiap inci kulitnya. Menyiat tembok kesabaranya
“Aku nak move on tapi aku tak tahu macam mana!!! aku nak move on la bodoh! Aku nak!!!!”
Mya menjerit sendiri.
---
“Saya harap awak masih boleh jadi kawan saya”
“Saya sayangkan awak. Tapi sebagai kawan. Maaf sebab salah tafsir semua ni. Saya bukan nak kecewakan awak”
“Saya minta maaf awak. Saya betul-betul nak jadi kawan awak”
“Sial!!!!! Kau ingat aku ni apa!!! Bodoh punya lelaki! Aku takkan jadi kawan kau. kau janji macam-macam dan tiba kau kata salah tafsir?! Bodoh!” Mya meronta sendiri.
---
Kalaulah aku mampu untuk move on aku tak perlu jadi macam ni.
Kalaulah hati manusia tu macam computer, kau boleh delete bila kau tak mahu aku tak perlu jadi macam ni.
Kalaulah memori manusia ni boleh format tak perlu aku jadi macam ni.
----
“Mya!” panggil Faiz ramah
“Ye saya? Ada apa?”
“Mya, saya minta maaf. Saya sedar. Saya sayangkan awak”
“Hah? Maaf? Sorry sir. Tapi Awak ni siapa?”
“Mya dah tak kenal Faiz. Awak, ni saya. Faiz”
“Siapa? Maaf saya tak kenal” Mya atur langkah pergi
“Mya wait! Takkan awak marah pada saya sampai awak buat tak kenal macam ni”
“Maaf saya tak kenal awak. Sorry”
Faiz kaku. Mya masih tidak berperasaan
“Owh my friend selalu cakap macam ni ‘move on la’” Mya senyum terus pergi.
---
“Siapa tu?” Murni menjengah-jengah
“Someone yang tak move on”
“Eh tu Faiz kan? Ex kau?” tegur Murni
“Entah. Tak kenal”

MIA 6

sudah tiga tahun berlalu. dan mia masih belum mampu untuk melupakan megat.

baju konvo yang tersarung pada badanya mengingatkan dia pada megat.
-----
"cantiknya"
megat tersenyum dari belakang mia.

mia turut tersenyum.

"mesti ramai yang tengok mia nanti. jelesnye"

sambung megat.

mia masih sibuk betulkan baju depan cermin.

setelah pasti semuanya ok mia berpusing menghadap megat.

"congratulation sayang" megat mengucup lembut ubun2 mia.

mia tersenyum bangga. tidak sangka konvokesyenya akan disambut bersama insan paling dia sayang ini.

-----
hani berlari kecil mendapatkan mia

"congratz beb"

"congrats kau juga!"

mia dan hani berpelukan.

"hani jangan peluk isteri I lama2. I jeles ni"

hani pantas leraikan  pelukan mereka
"amboii hang. ceq pinjam isteri kejap pun tak bole ka?-ke hang nak ceq peluk hang jugak?"

"boleh jugak" megat sengeh2

"eiii. gatai!" marah hani. mia hanya tergelak kecil.

"diorg dah panggil graduan. jom"

hani memaut lengan mia.

"jaga isteri I elok2 taw hani"

hani menjelirkan lidah.

megat nampak keluarga mia. terus dilambai2.

----
"happy graduation"

megat muncul bersama kek cantik di tangan. mia terharu.

selepas semuanya selesai keluarga mia terus pulang ke penang. sangkanya semua sudah habis sebelum megat muncul bersama kek ditangan.

malam itu megat buat dinner special untuk mereka berdua.

mia bahagia.

------
air mata mia tumpah.
hari ini dia bergraduasi dengan master.

tapi mia rasa kosong.
tiada lagi megat memerhatikanya bersiap menyarung jubah pagi ini.

bila mia berpaling. tiada lagi tangan sejuk megat raih tanganya ucap tahniah.

semuanya kosong. termasuk jiwa mia.

megat. sebaris nama itu sangat mia rindui.

namun sebaris nama itu juga hanya tinggalkan luka pada hati.

Monday, August 24, 2015

Mia 5

Mia memaut kuat tangan megat. Hatinya berdebar. Tidak sangka megat akan setuju rancangan gila Hani untuk keluar bersama sir khairul.

Dari jauh kelihatan hani dan sr khairul sedang berbual-bual.

“Hai!” hani memeluk tubuh sahabatnya itu.

“Hai!” megat menyampuk.

“Omaigod! Megat! Awat tembam sangat? Mia bagi hang makan banyak sangat ka?” Hani cuba mengajuk loghat kedah. Mak jemah sangat!
“Hani!” mia mencubit manja lengan hani
“Adoi!!”
Megat tersengeh-sengeh melihat laku hani dan Mia.
“Megat. Hang tak lebam ke kena ketam si mia ni”
Megat ketawa kecil.
“Mia masak sedap sangat! Sebab tu I makin chubby” megat sengeh-sengeh
“awak perli saya erk? Tahu la masakan saya tak sedap” mia mencebik
“Alololoooo… sayang abang. Jangan la merajuk. Seyez. Masakan sayang sedap”
“masakan abang lagi sedap”
Ketawa mereka terburai
“Hamboi. Tau lah pengantin baru. Saja buat I yang single ni jeles”
“kawinlah cik hani oit!” balas mia
“hani dah ada calon ke? Ke nak I kenalkan?” megat tertawa kecil.
“Adak e?”
“Amboi gatai!!” akhirnya ketawa mereka berderai.
“Ehemm…” Baru mereka ingat sir khairul ada bersama.
Mia cepat-cepat paut tangan megat. Megat pula macam biasa. Senyum memanjang.
“Abang, kenalkan ni sir khairul. Lect mia”
“Hai! Mia always talking about you”
Hani dan mia saling berpandangan. Megat bergitu tenang. Sir khairul pula lebih-lebih gelisah.
Mia tak sangka suami dia ni pandai berlakon.
“er… Mia cakap apa pasal saya?”
 “Hmm… Encik Khairul lecturer photocom dia sem lepas kan?”
Sir khairul angguk. Teragak-agak. Penuh gelisah.
“Si mia ni suka gila ambil gambar. Dia suka kelas encik khairul” mia membulatkan mata. Minat ambil gambar tu ye la. Minat kelas dia tu tidak. Apa megat ni!
“Oh… ye… mungkin dia suka lecturer yang ajar tu sekali”
What the?! Hampir saja mia menjerit. Tidak sangka sir khairul seberani itu.
“Mia suka lect kelas tu skali ke?” megat pandang mia senyum-senyum
Mia kerut dahi. Dah kenapa abang sayang aku ni! jerit hati mia.
“mestilah dia suka megat oit! Tapi hati dia masa tu dekat abang enjin kat uk. Siang malam dok sebut. Cari model pun sebut abang enjin tu!”
Sampuk hani.
Wajah mia merona merah.
“Seyez ar! Hensem kea bang enjin tu!” megat sengeh-sengeh
“gila kau tak hensem sampai angau cik mia ni”
“Angau?! Oh my god. I’m so jealous with that guy”
“Hani…!” mia ketap bibir. Mukanya sudah merah padam tahan malu
“you should see that guy. He is sooo hot!” sambung hani senyum-senyum kambing.
“You ada gambar dia ke hani?”
“Tak yah gambar. You pergi tandas pas tu tengok kat cermin. Tu la abang enjin tu” hani gelak kuat.
Ya tuhan. Hani ni kenapa!
Wajah sir khairul berubah.
“Oh my god! You angau kat abang dah lama ke?” megat buat muka terkejut
“eeeiii… dah la tu. malu la mia” mia cubit manja megat
Megat dan hani tergelak lihat mia tahan malu.
“Tapi abang pun ada satu rahsia”
Mia angkat wajah. Pandang tepat dalam mata megat
“Abang pun angaukan sayang sejak sekolah lagi” megat senyum nampakkan lesung pipit.
Wajah mia sudah panas. Tahan malu dan bahagia.
Megat tak pernah gagal untuk buatkan mia jatuh cinta padanya.
Sir khairul ketap gigi tahan geram. Tapi dia sedar, lelaki ini terlalu kuat untuk ditewaskan.
Sir khairul sendiri akui megat terlalu charming dan dia takkan mampu tewaskan megat untuk dapatkan mia.
-----------
“abang tak sangka mia akan buat abang macam ni”
Mia sudah tidak mampu tahan air mata. Megat tidak marah. Tapi wajah kecewa megat buatkan hati mia lebih luluh.
“mia tak buat semua tu abang. Percayalah”
Mia bersuara dalam serak. Dia tewas melihat wajah kecewa megat.
“I trust you. I always. But this is too much mia. Too much”
Megat palingkan wajah. Dan saat itu mia terasa dunianya gelap. Megat tak pernah berpaling darinya. Dia tahu megat sudah membencinya.
Hati mia sakit. Menyesali segalanya.
Namun mia tahu. cintanya untuk megat sudah terlalu besar. Dan dia tak mampu untuk menerima kebencian megat. Mia mula membenci dirinya.
“nuramira liyana…” megat berpaling perlahan. Matanya merah dek air mata.
“abang lepaskan mia dengan talak satu”
Mia terasa dunianya gelap.