BUTTON

Tuesday, August 25, 2015

Move On

“Move on la Mya” Kata-kata Murni masih segar dalam ingatan. Pandangan aku buang ke luar. Jauh dan pilu. Memang mudah untuk cakap tapi susah untuk aku buat.
“Move on la Mya” Faris pun bercakap perkara yang sama. Arghhh! Korang tak rasa. Korang tak faham. Aku nak kalau boleh tapi aku tak boleh.
---
“Awak. Bintang tu cantik macam awak”
“Awak tahu. Saya selalu rasa angin tu bertiup dan hembus kata rindu pada saya. Rindu dari awak”
“Awak tahu malam tadi saya mimpi kita kawin. Saya rasa tu petanda”
“Awak. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya nak kita jadi kawan je la”
Prang!!
Bingkai gambar dan kaca berserakkan. Mya sungguh tertekan. Kata-kata membingit telinganya membuatkan Mya terasa mahu gila!
“Awak… saya minta maaf sebab sakitkan hati awak…”
“Hati aku bukan sakit je kau tahu!! hati aku ni dah musnah. Hancur. Lebur. Dah hilang dah semuanya. Tak ada apa yang tinggal kau tahu! semuanya musnah!!!”
Mya menjerit bagai orang gila.
Akhirnya dia terjelepok. Meratap kakinya yang berdarah terkena kaca dari bingkai gambar yang di baling. Mya benar-benar tertekan.
----
“Susah sangat ke nak move on?” Murni kembali bertanya.
“Kau ni. Relaks la. Move on beb!”
Mya pejam mata. Terasa kata-kata Murni dan Faris bagaikan belati. Menghiris tajam setiap inci kulitnya. Menyiat tembok kesabaranya
“Aku nak move on tapi aku tak tahu macam mana!!! aku nak move on la bodoh! Aku nak!!!!”
Mya menjerit sendiri.
---
“Saya harap awak masih boleh jadi kawan saya”
“Saya sayangkan awak. Tapi sebagai kawan. Maaf sebab salah tafsir semua ni. Saya bukan nak kecewakan awak”
“Saya minta maaf awak. Saya betul-betul nak jadi kawan awak”
“Sial!!!!! Kau ingat aku ni apa!!! Bodoh punya lelaki! Aku takkan jadi kawan kau. kau janji macam-macam dan tiba kau kata salah tafsir?! Bodoh!” Mya meronta sendiri.
---
Kalaulah aku mampu untuk move on aku tak perlu jadi macam ni.
Kalaulah hati manusia tu macam computer, kau boleh delete bila kau tak mahu aku tak perlu jadi macam ni.
Kalaulah memori manusia ni boleh format tak perlu aku jadi macam ni.
----
“Mya!” panggil Faiz ramah
“Ye saya? Ada apa?”
“Mya, saya minta maaf. Saya sedar. Saya sayangkan awak”
“Hah? Maaf? Sorry sir. Tapi Awak ni siapa?”
“Mya dah tak kenal Faiz. Awak, ni saya. Faiz”
“Siapa? Maaf saya tak kenal” Mya atur langkah pergi
“Mya wait! Takkan awak marah pada saya sampai awak buat tak kenal macam ni”
“Maaf saya tak kenal awak. Sorry”
Faiz kaku. Mya masih tidak berperasaan
“Owh my friend selalu cakap macam ni ‘move on la’” Mya senyum terus pergi.
---
“Siapa tu?” Murni menjengah-jengah
“Someone yang tak move on”
“Eh tu Faiz kan? Ex kau?” tegur Murni
“Entah. Tak kenal”

No comments:

Post a Comment