BUTTON

Thursday, August 27, 2015

Mia 10

Perkahwinan itu bukan satu perjudian. Aku tidak memperjudikan cinta aku.

Ketika aku lepaskan dia pergi, apa yang aku mahu dia bahagia. Aku tahu. Aku menyayangi dia cukup untuk lepaskan dia.

Aku tidak sangka dia masih setia. Menunggu titip kata cinta kami yang sudah lama terlerai.

Namun bahagia itu perlukan pengorbanan. Aku korbankan cinta aku untuk dia demi seorang gadis bernama Syifa.

Dan tika dunia memaki aku kerana aku tinggalkan dia
Aku cuma yakin. Demi Syifa. Aku perlu berkorban.

----
Seminggu berlalu mia masih bersama bau2 ubat.

Dalam persalinan pink hospital dan tangan yang membengkak dari tusukan jarum yang sudah lama dihenti IV dripnya.

Megat masih terus datang. Setiap hari.

Megat sendiri tidak pasti kenapa. Tapi dia tidak mampu untuk biarkan. Mahupun pergi. Atau tidak peduli. Megat tewas dalam rasanya sendiri

-----
Mata mia bengkak disprok dari balik kaca mata hitam sewaktu menghadiri prosiding mahkamah.

Semuanya sudah berakhir.

Mia dan megat sudah terputus ikatan. Mereka sudah menjadi asing antara satu sama lain

"Maafkan a... saya" ucap megat sebelum berlalu pergi.

Hati megat turut terluka. Bukan ini yang dia mahu sebenarnya. Namun semua ini takdir dari kebetulan.

Sedang megat sendiri tahu dia perlu cari jalan, tuhan bantu dengan beri adengan.

Ini pengorbanannya untuk syifa. Juga untuk mia. Megat harus memilih. Dan dia terpaksa lepaskan cinta paling dia sayang untuk seorang gadis bernama syifa.

Megat tarik nafas dalam. Wajah mia ditatap sekilas.

"Andai ada jodoh, abang akan kembali" bisik megat pada diri sendiri.

-----
Dan kini. Megat kaku bersama mia. Bersama bau ubat yang makin kuat.

"Terima kasih..." ucap mia perlahan

Megat kaku. Hilang segala patah bicara.

"Sebab lukakan hati mia..."
Nafas megat sesak.

"Sebab awak ajar saya rasa sakit ini..."
Megat terasa berpusing2 kepalanya

"Sekurangnya... saya lebih kuat lepas ni"
Megat rebah.

----
Bunyi suara Mia menjerit sayup makin hilang.
Megat tahu dia tak punya banyak masa. Semuanya kerana syifa.

1 comment:

  1. Oriental Emperor Casino | Shootercasino
    Oriental Emperor casino offers a gaming and live casino งานออนไลน์ experience. Enjoy a 제왕카지노 great gaming 메리트카지노 experience while you enjoy the great slots, table games and more. Rating: 4.8 · ‎Review by Shootercasino

    ReplyDelete