Bunyi sms masuk. Megat malas untuk melihat. Dia tahu sms itu hanyalah sms dari kenalan soal kerja. Soal pencawang yang terbakar. Atau soal kertas kerja yang masih belum siap.
Namun megat tetap mencapai telefon yang masih kaku di tempatnya.
Mata megat membulat. Sms yg diterima berbeza dari biasa sejak tiga tahun yang lalu.
Khabar tiga tahun yang cuba dilupakan.
Perasaan megat bercampur baur. Tiga tahun dia cuba lupa. Namun megat tahu dia masih ingat.
-----
"Abang jaga diri nanti" mia titip nasihat sambil betulkan tali leher megat.
Megat mengenakan kemeja pink yang dihadiahkan mia pada hari lahirnya tahun lalu.
"Kacaknye suami mia ni" mia bergurau manja.
Megat senyum lebar.
"Abang kan lelaki paling kacak kat dunia ni"
"Perasan"
Megat tersenyum bahagia. Perlahan mia dirangkul
"Rindulah abang kat sayang nanti"
Mia hanya sengeh. Lakinya sorang ni memang tak sah kalau tak bagi ayat cayaq hati.
-----
"Sayang jaga diri. Jaga rumahtangga kita ya"
Megat kucup halus ubun2 mia. Bagasi sudah masuk kereta.
Entah kenapa hati mia sebak. Bukan pertama kali megat outstation. Tapi entah kenapa hati mia rasa tak sedap.
"Abang..." mia pegang erat tangan megat macam tak nak lepas. Air mata mia bergenang.
"Kenapa ni? Ala abang pergi kejap je" megat sapu air mata mia.
"Kalau sayang macam ni abang pun tak sanggup nak pergi" megat buat muka seposen
Terburai ketawa mia. Hish suami dia ni. Pandai betul amik hati.
"Abang jaga diri ye. Mia sayang abang"
---
Megat kaku di tempat duduknya. Sms yg diterima sms dari bekar mertuanya.
Khabar yang tidak dia sangka selepas tiga tahun. Sangka megat mia sudah move on. Tapi megat salah.
Langit mendung bertukar jadi gelap. Hujan sudah lebat. Hati megat bertarung lagi hebat.
No comments:
Post a Comment