Andai abang pergi. Mia jaga diri
Mia tidak sangka. Megat rebah tiba2.
Nadi megat berdenyut lemah dipantul dari mesin yang berbunyi lemah.
Hati mia sebak. Apa yang megat sembunyikan.
"Syifa..." mata mia membulat.
Nama itu meniti dari bibir megat sejak semalam. Sejak megat berada dalam alam bawah sedar.
Hati mia sakit. Fikirkan siapa syifa.
Mia lupa. Sudah tiga tahun berlalu
Mungkin hati megat sudah di isi.
Mia rasa sakit. Hatinya pedih. Kalau benar sangkaany kenapa megat datang setiap hari melawatnya. Kenapa megat berikan harapan untuknya.
Mia mula membenci. Megat kejam. Pada dia. Dan pada syifa.
----
Megat bermimpi. Tangan halus syifa memegang erat tanganya. Bagaikan memberi kekuatan.
"Abang jangan risau. Syifa akan jaga abang" syifa tersenyum manis
Megat rasa bahagia.
Mereka duduk diatas padang yang luas. Dibawah rendang pokok. Hanya itu sahaja pokok di situ.
Syifa duduk menyandar pada batang pokok. Megat rebahkan kepalanya di riba syifa.
Syifa usap kepala megat perlahan. Megat terbuai.
"Syifa akan jaga abang sampai bila2" jemari syifa terus bermain di rambut megat.
Megat pejamkan mata menikmati rasa nyaman bersama syifa. Megat akui. Cinta untuk syifa tidak sehebat cinta pada mia.
Tapi syifa segala-galanya untuk megat.
"Maafkan abang. Abang tak dapat jaga syifa"
Megat terasa ada titis air jatuh pada pipinya. Perlahan megat buka mata.
Megat nampak syifa. Menangis penuh sayu.
"Abang minta maaf" syifa terus menangis
"Syifa redha"
Perlahan air mata megat jatuh. Mata megat mula memberat.
-----
"Doktor!!!"
Mia hampir histeria. Mesin nadi bunyi senada.
Kocak nafas dada megat sudah tak ada.
Tika doktor datang. Megat sudah pergi. Tubuh kaku megat tenang seolah sedang tidur. Cuma pada tubir matanya yang terpejam. Air mata megat jatuh.
-----
Mia suram dalam persalinan perkahwinan yang cukup biasa. Ini perkahwinan kedua. Mia tak rasa bahagia.
Mia masih ingat kisah dua bulan yang lepas.
Pertemuan yang cukup memilukan. Pada hari pengebumian megat, syifa datang. Bersama jawapan2 yang mia cari.
-----
"Abang megat tahu, risikonya tinggi"
Gadis bertudung labuh itu bertutur penuh teratur. Bicara satu2 dari bibirnya yang pucat.
"Syifa tak sangka. Abang megat korbankan cinta dia demi syifa"
Mia masih bungkam. Kaku hilang kata. Mia cuba kumpul perasaan. Cari kekuatan untuk bertanya.
"Syifa... "-mia rasa sebak. Takut membayangkan jawapan bakal diterima
"Megat mesti sayangkan syifa kan" mia makin sebak
"Syifa sayangkan abang megat lebih dari diri syifa. Tapi sayang abang megat untuk kak mia takkan siapa dapat tandingi"
"Tapi dia tinggalkan saya demi syifa. Mustahil dia sygkan saya lebih dari syifa"
"Sakit ditinggalkan hidup boleh tukar benci. Sakit ditinggalkan kematian kekal sampai bila2"
Mia berkerut.
"Syifa perlukan hati. Dan hanya abang megat mampu beri" air mata syifa jatuh.
"Memberi hatinya umpama memberi hidupnya. Abang megat tahu"
Mia terasa nafasnya sesak. Bergitu sekali cinta megat untuk syifa. Mia tewas. Sangka dia wanita paling megat cinta. Mia salah.
Perlahan mia bangun. Tidak sanggup untuk terus terluka. Hati mia sudah berkecai. Entah kenapa. Mia benci pada megat.
Benci kerana mencintai lelaki itu sedangkan megat mencintai wanita lain. Megat kejam.
----
Hani setia menanti mia. Melihat wajah suram mia buatkan hati hani sebak.
"Aku salah hani. Cinta megat bukan untuk aku. Cinta megat untuk syifa"
"Kau gila ke apa?"
"Ya aku gila bila fikirkan megat sebenarnya cintakan syifa. Perceraian kami bukan sebab akum tapi sebab megat. Sebab dia sayangkan perempuan tu" mia sudah meraung
-----
Sir khairul baru sahaja selesai melafaz lafaz akad nikah.
Air mata mia gugur. Teringat saat megat melafazkan ungkapan yg sama.
Megat kini sudah pergi. Mia menangkap susuk tubuh syifa dari celah tetamu yang ada.
Upacara pernikahan selesai. Mia masih tidak mampu tersenyum girang.
"Semoga bahagia hingga akhirat kak mia"
Suara lembut dan bibir yang pucat. Syifa ada segala kecantikan yang megat mahukan. Mia terluka.
"Terima kasih"
"Esok kami sekeluarga akan pulang ke uk. Kalau kak mia sudi. Jenguklah pusara abang megat untuk kami"
Hati mia terguris. Nampaknya benar sangkaanya. Syifa sudah berkahwin dengan megat.
"Keluarga syifa tak kisah ke syifa ikut keluarga megat. Walaupun mia menantu mereka tapi syifa masih ada kehidupan syifa juga bukan?"
Wajah syifa berkerut.
"Menantu?Maksud kak mia?"
"Bukan syifa isteri megat?" Hani mencelah
"Syifa adik abang megat. Adik kembar yang terpisah dari bayi"
Mia terasa dunianya gelap.
----
Perlahan bunyi kompan sayup kedengaran. Rumah mia kecoh. Pengantin perempuan rebah. Dengan nadi yang berhenti.
No comments:
Post a Comment