BUTTON

Friday, August 28, 2015

Khairul

Mia masih membisu. Khairul tahu. Hati mia bukan untuknya. Tapi khairul tahu ini bukan pengakhiran segala.
Nuramira Liyana. Nama itu disebut berulang kali sebelum majlis akad nikah mereka. Tak mahu tersasul semasa lafaz akad.
"Abang janji akan jaga mia" bisik khairul.
Mia tersentak dari lamunan.
"Abang tahu hati Mia bukan untuk abang. Tapi abang nak mia tahu, hati abang juga bukan untuk abang lagi" khairul raih lembut tangan mia.
Perlahan air mata mia menitik.
"Maafkan mia" mia sebak
"Abang faham. Abang nak mia tahu. Abang tetap sayangkan mia walau apa pun"
Air mata mia semakin laju.
"Syhhh... jangan nangis" khairul kesat air mata mia perlahan. Pipi mia dielus lembut.
"Mia akan jadi isteri yang baik utk a...bang" mia masih tak biasa.
"Mia dah ada di sisi abang pun abang dah rasa cukup bahagia"
Mia terharu. Tidak sangka pensyarahnya ini cukup mencintai dia.
------
"Sayang masak apa ni" pinggang mia dirangkul perlahan.
"Eh bila a..bang balik" mia nampak terkejut.
"Tadi. Petang ni kelas start lambat. Abang balik la sebab ada hal urgent nak bagitahu ni"
Kening mia terangkat.
"Kecemasan apa?"
"Abang...." khairul buat muka serius
"Kenapa?" Mia cemas
"Abang rindukan mia" khairul tergelak kecil.
Mia muncungkan bibir. Hish suaminya ini buat saspen je.
"Abang ni kan" mia cubit manja khairul.
"Abang rindukan mia sangat-sangat" khairul rangkul balik pinggang mia erat2.
Mia tersenyum bahagia. Kalau keadaan ni berterusan mungkinkah mia akan jatuh cinta pada lelaki ini.
Mia tak pasti.
"Sayang..." panggil khairul lembut
"Hmm"
"I love you sooo much"

No comments:

Post a Comment