baju konvo yang tersarung pada badanya mengingatkan dia pada megat.
-----
"cantiknya"
megat tersenyum dari belakang mia.
mia turut tersenyum.
"mesti ramai yang tengok mia nanti. jelesnye"
sambung megat.
mia masih sibuk betulkan baju depan cermin.
setelah pasti semuanya ok mia berpusing menghadap megat.
"congratulation sayang" megat mengucup lembut ubun2 mia.
mia tersenyum bangga. tidak sangka konvokesyenya akan disambut bersama insan paling dia sayang ini.
-----
hani berlari kecil mendapatkan mia
"congratz beb"
"congrats kau juga!"
mia dan hani berpelukan.
"hani jangan peluk isteri I lama2. I jeles ni"
hani pantas leraikan pelukan mereka
"amboii hang. ceq pinjam isteri kejap pun tak bole ka?-ke hang nak ceq peluk hang jugak?"
"boleh jugak" megat sengeh2
"eiii. gatai!" marah hani. mia hanya tergelak kecil.
"diorg dah panggil graduan. jom"
hani memaut lengan mia.
"jaga isteri I elok2 taw hani"
hani menjelirkan lidah.
megat nampak keluarga mia. terus dilambai2.
----
"happy graduation"
megat muncul bersama kek cantik di tangan. mia terharu.
selepas semuanya selesai keluarga mia terus pulang ke penang. sangkanya semua sudah habis sebelum megat muncul bersama kek ditangan.
malam itu megat buat dinner special untuk mereka berdua.
mia bahagia.
------
air mata mia tumpah.
hari ini dia bergraduasi dengan master.
tapi mia rasa kosong.
tiada lagi megat memerhatikanya bersiap menyarung jubah pagi ini.
bila mia berpaling. tiada lagi tangan sejuk megat raih tanganya ucap tahniah.
semuanya kosong. termasuk jiwa mia.
megat. sebaris nama itu sangat mia rindui.
namun sebaris nama itu juga hanya tinggalkan luka pada hati.
No comments:
Post a Comment