Mia masih merenung setiap helaian foto perkahwinan bersama megat.
Dia tahu. Meski beribu kali dia buka balik lembaran itu. Megat takkan kembali.
Megat sudah membenci. Antara dia dan megat sudah tidak ada jalan penghubung.
Mia cuba redha. Tapi mia tahu dia tidak mampu.
-----
"Sayang. Abang akan outstation minggu depan"
Mia sedang sibuk siapkan makanan pantas menoleh.
"Pegi mana?"
"Johor"
Mia angguk faham. Bukan kali pertama megat outstation.
Mia terus siapkan makanan. Sudah seminggu dia menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa. Seminggu sejak dia sudah bergraduasi.
Megat ada tanya. Mia mahu sambung atau kerja. Mia masih berkira2. Hatinya mahu sambung. Tapi dia fikir pasal kehidupanya. Dia sudah bersuami. Kasihan pada megat.
Mia tahu. Megat tak kisah. Tapi mia kisah.
"Menung apa ni" megat rangkuk pinggang mia. Erat.
"Tak da apa"
Mia biarkan megat. Suaminya memang manja. Manja terlajak-lajak.
---
"Abang pergi dengan staff perempuan taw"
Megat sengeh2. Mia tahu megat tak pernah berpaling dari dia.
"Suka la tu"
Megat sengeh2.
"Mesti best kalau mia ikut"
"Tak nak la. Nanti abang tinggal mia pergi meeting dengan staff perempuan tu" mia muncungkan bibir
"Eeeeiii muncung tu macam itik!" Megat ketawa kecil.
"Mia. Abang janji. Selagi Allah izin abang dengan mia abang takkan sia-siakan mia. I love you sooo much"
Megat raih tangan mia. Dikucup lembut tangan isterinya itu.
"Mia percayakan abang"
"Abang pun percayakan mia"
------
Pang!!
Bingkai gambar perkahwinan mereka pecah.
Mia menangis semahu-mahunya.
Perlahan mia capai cebisan kaca dilantai.
Mia tak sedar. Cebisan kaca sudah membenam di urat nadinya. Darah perlahan keluar.
"Ya Allah mia!!" Suara emak sayup hilang dari pendengaran.
No comments:
Post a Comment